Followers

Saturday, May 26, 2012

The matching pillowcases


Lately ni saya banyak baca pasal modern quilt.. kalau tanya saya apa itu modern quilt, saya nampak banyak cara2 baru yang lebih simple. Nak kata baru tuh taklah, tapi mungkin sebelum ini quilters lebih suka menggunakan teknik yang sedia ada.. lebih cantik dan menarik, macam FMQ spiral, feather etc..

Dan dari permerhatian saya modern quilting ni lebih kepada line quilting... tapi andai anda lebih arif pasal modern quilt ni sila betulkan saya yerr, kalau salah pemahaman. Almaklum budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan

Dan ini matching pillowcase untuk Mama Bears quilt arituh. Baru siap, sedangkan tuan punya  quilt ni dah lahir kedunia semalam. Tahniah to Kak Sue di atas kehadiran orang baru.. a baby girl. Anak yang ke empat rasanya kan..
So saya pun ambil kesempatan untuk try modern quilt ni.. buat weavy and zigzag.. best plak. Ini guna hi-speed machine jer, takyah nak pakai darning foot bagai.. Actually Chain Square untuk Izzah arituh pun saya guna teknik ni, dipanggil "organic line quilt" rasanya.
Kalau suka nak tengok banyak hasil modern quilt ni bolehlah ke MOdern Quilt Guild ni

Oklah... saya ni tengah2 nak bersiap-siap nak balik kampung ni sempat jugak nak buat posting blog kan... hehehe..
Selamat bercuti to me, myself and I
Selamat bercuti jugak buat kawan2 semua.

Regards;
 

Thursday, May 24, 2012

In 2 and 1/2 hours...

Plan asal saya malam tadi adalah nak siapkan order.. ada sikit lagi, pillowcase dan bolstercase yang perlu di siapkan, dan lepas tuh bolelah proceed siapkan quilt yang satu lagi.

Tapi si Izzah ni dok remind pasal hadiah hari guru sekolah agama dia esok.. ayoyoyo.. dia dah cakap dari last week lagi, tapi sebab bizi sangat hujung minggu arituh, terus saya lupa.. dannn jadi urgent ler plak

Dah pikir2 kan apa yang paling simple nak buat, sekali makcik tuh nak beg plak dah.. aduzzzz
So ini je lah hasil jahitan saya dalam masa pukul 8 hingga 10.30 malam... semuanya start dari potong kain yerr... from scratch. Pilihan kain pun Izzah yang buat.
Beg kereta tuh nak bagi ustaz, saya buat quilted bag, simple jerr
Beg biru bunga2 tuh untuk ustazah, saya dah malas nak potong batting, so saya buat drawstring bag sahaja, sesuai sangat kalau nak isi telekung niii


Dan yang ini plak pencil case. Saya guna waterproof fabric CathKidston, ikut tutorial Diaryof a Quilter on oilcloth zipper purse. Senang sangat sebab tak de guna lining, interfacing or even batting.

Fabric ni takan pecah kat hujungnya (fraying), so no worries.. plus sturdy bag on its own
Tuan punya beg ni dah tidur, tanpa sempat siap, bangun2 untuk ke toilet terus tanya beg2 dia ni siap tak hahaha... agaknya dia mimpi beg ni kut.

Oklah.. harapnya ustaz dan ustazah gembiralah menerima hadiah yang tak seberapa ini. Jasa anda tidak terbalas dengan hadiah sebenarnya.

Mana hadiah untuk cikgu2 sekolah kebangsaan plak? Saya korek tong handmade jer lah, pilih mana yang si Izzah kenan... bertuah sungguh anak ku itu

Regards;

Monday, May 21, 2012

2 in 1

My finished quilt(s) today...
The birdies on the tree
And the Mama Bear with flowers

oh oh tipah tertipu.. bukan two quilt sebenarnya
Only one and its reversible..
A crib size quilt.. about 45 inch x 59 inch

Handstitch binding, so kalau tak belek betul2 mesti tak tau mana satu depan dan mana satu belakang kan..
First time saya ambik upah sahaja untuk quilting ni, the fabric semunya dari customer. Another pillowcases and bolstercases to go. Harapnya boleh siap before cuti2 balik kampung weekend ni nanti :)

The person behind the scene hehehe.. penat pegang quilt tuh yerrr.. mai ummi belanja air kosong ok..

Good night and sweet dream....

Regards;

Friday, May 18, 2012

Cosmetic bags.... and other story

Minggu ini agak hectic buat saya. So masa untuk menjahit malam hari saya dah di curi oleh masa nak menghantar dan menjemput Izzah balik dari tuisyen.

Tapi alhamdulillah, ada tetamu istimewa kat rumah ni, siapa lagi kalau bukan mak saya (dan jugak adik). So walaupun hubby takde kat rumah, tapi tetap meriah dengan kehadiran tetamu2 saya ni.

Sambil2 berborak dgn mak selepas hantar Izzah tuisyen, sempat jugak saya siapkan 3 cosmetic bag niii. Saiz yang ni tak besar sangat, +-5 inch tinggi dan 7 inci lebar. Nak buat pencilcase pun ok juga.

Si merah menyala ni guna waterproof CathKidston fabric... tegak berdiri walaupun tanpa interfacing dan batting, memang sesuai sangat untuk beg


Dan yang dua kat bawah ni in cupcake theme... in 3D applique


Saya dapat idea ni dari McCall Quick Quilt. Tapi dah modified ikut citarasa sendiri hehehe.. Apa beza dengan applique biasa tu agaknya? emmm maybe dalam gambar kat bawah ni tak nampak sangat kut...
Actually applique tuh saya dilekatkan ke beg dengan jahitan quilting tu jer..
So ianya tak ditampal ke beg guna zigzag or blanket stitch seperti biasa.. maybe di lain kali saya buat tutoriallah pasal 3D applique ni. Seronok plak buat teknik baru niiii :)

Oklah.. citer lain plak... Saya sebenarnya happy, happy sebab tengok baby comel atas Ladybird in Pink Raindrop ni
Inilah dia Adelea rupanya yerrr. Head over to mama Adelea's blog, Shieda Sonice for full story..
Shieda ni pun seorang crafter tau... geram jer tengok Curvy Clutch yang comel2 tuh..

Oklah kawan2.. happy Friday and happy sewing day hahaha (particularly to part time crafter like me)

Regards;
 

Thursday, May 17, 2012

Susah ke nak sihat?

Saya nak refresh balik azam tahun 2012 ni.. iaitu nak jadi lebih SIHAT
Rasanya so far saya dah terbiasa dengan lesser food intake, bila makan bufet di hotel pun, saya dah boleh control, makan takat perlu sahaja.. bukan makan apa yang ada.

Di rumah pula, saya dah banyak bertukar kepada healthy food:-
* lesser deep fry food : banyak stim, bakar or rebus jer. Selalunya minyak masak yang saya beli 5kg tuh boleh bertahan lebih dari 6 7 bulan hihihi
* banyakkan guna olive oil dalam masakan. Terutama kalau goreng sayur or grilling.
- guna steam or boiled rice... saya sangat suka dengan herba ponni
* a glass of fruit juice a day... malam2 mesti blend either avocado, tomato or green apple, tapi jarang sekali orange juice sebab malas nak kupas hihi
* lesser fast food... saya pun tak taulah kenapa, tapi tekak ni dah macam tak boleh terima burger mcd or ayam kfc tuh... better lagi beli burger ayam organik Azzain n beli roti burger dan buat burger sendiri, letak banyak2 sayur.
* sejak dulu lagi saya memang tak beli ayam biasa, normally mesti beli ayam organik Azzain, but kalau makan kat luar bedal je lah kan..

Tapi kan... dalam saya jaga makan niiii.. arituh (few weeks ago), ada health screen test kat ofis ni.. sangat bertuah rasanya sebab semuanya ok, kadar gula, blood pressure, kidney ok jer... takde tanda2 penyakit yang berangkai-rangkai tuh.. TAPI...  CHOLESTROL anda sangat tinggi.. adehhhhh. Ok, patutnya kena buat further check up, sebab itu represent total kolestrol kan, tak differentiate between bad and good kolestrol. Tapi that result really alarms me hihi.. yelaaaa.. baru jer keluar dari kategori underweight niii.

Emmm.. saya mungkin boleh disiplinkan diri dengan makanan.. tapi keep on making thousands of reasons when it comes to physical exercise. Setakat pergi brisk walk once a week, or swimming once a week, mana nak cukup kan... dan saya juga mcm ramai orang.. tau kepentingan exercise tapi terlalu banyak alasan untuk exercise.

So.. I talked to myself a lot..kalau aku boleh motivate diri untuk control my food intake, awat tak boleh nak motivate diri untuk exercise? adehhh I have no answer..

And NOW, I am trying hard to motivate myself to work out.. over these 4 weeks, nampaknya the motivation is still there... sampi je ke rumah terus masak simple2 untuk Izzah dan at 7 mesti dah start aerobik, simple2 jer. Then buat weight training skit2, nasib baik dumbell tuh banyak choice.. daku gunalah yang paling ringan.

Percaya tak... in 20 minutes memang dah berpeluh, dan ianya taklah berat sangat. Lagi pun on alternate day jer... dan rasa lebih bertenaga.. ringan jer badan.

And to keep me motivate, I should thanks my hubby for subscribing to Shape mag... selama ni just ignore the mag walaupun ada edisi baru setiap bulan hahaha..

Dan semalam saya terpandang buku ni at our small library in dhauz

Wahhhh so many tips to follow... especially for Malaysian like us... plenty of food everywhere.. many people die because of too many food not because of hunger
Oklah.. this is nothing to do with craft.. just sharing my motivation. Berharap sangat agar semangat ini berterusan and stay healthy and fit forever. (see.. i have to add the word 'fit' to my "azam" this year hehhe)


Regards;
 

Wednesday, May 16, 2012

In progress.....

Yesterday night I am working on these blocks.. I have finished 20, 8 inches blocks in these bright colours..
I am thinking hard on the theme.. its something like "vehicle on the road" right. The vehicle print perfectly fit for boy theme actually

Fabric Shipyard Vehicle in blue tuh sebenarnya organic cotton from Timeless Treasure.. ada beza kah organic cotton compare to no-organic... I cant see it.. macam sama jer, tapi harga lain2 hahaha
Dan blok-blok ni menyebabkan saya kurang lena tidur hahaha
Sebab apa?
Sebab saya "undecided" nak rearrange camna..

Camni ka? Yang ini baru terfikir..


ataupun camni? Yang ini original pattern yang saya buat masa drafting on paper.

Yang ni? caca marba sudah hahaha
Tolong kawan2 vote mana satu yang cantik.. pic1, pic2 or pic3?

Another patchwork making.. yang ni guna panel, since panel ni melintang, so saiz patchwork ni jadi besar, lebih kurang crib size 45x60... tapi tengoklah besar mana agaknya bila dah siap nanti yerr. Ingat nak letak border lagi, tapi dah besar sangatlah plak..
Ini bukan nak buat 2 quilt tau.... yang ni nak buat reversible, dua2 side boleh pakai. Dua2 side guna US cotton.. fuh.. mana entah nak cari panel cantik macam ni. FYI fabric ni provided by my customer

Ok...SSS=Salam Sayang semua

Regards;

Tuesday, May 15, 2012

So Soon....

 This song reminds me of someone who is too dear to my heart.

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

CHORUS
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

Maher Zain



Regards;
 

Sunday, May 13, 2012

The Chain Square Birthday Quilt

Happy Birthday to youuuu...
Sebenarnya birthday budak kecik ni dah lepas pun, on 11/05/2012 arituh.  Tapi harini nak tayang hadiah birthday dia yang hanya sempat disiapkan pada 12.05.2011; 00:15.. yer pukul 12.15 pagi baru siap.

The Chain Square birthday quilt

Single size, lebih kurang 75x60 inci

Aksi budak yang happy dapat quilt ni hahaha


Saya buat line quilting jer.. walaupun nampak simple tapi nak menjahit more than 100 lines tuh fuhhhh berpeluh jugaklah... saya mengambil masa lebih 1 jam untuk quilting sahaja.

Sidai di verandah, supaya cepat kering, tapiiiii kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan mencurah2, basahlah skit kat hujung2 quilt tuh. Tapi budak kecik tuh nak jugak pakai malam ni, so what to do... iron je lah...


Emmm sungguh penat harini, pagi2 lagi dah ke The Curve untuk main bowling. Petang plak ke swimming pool. Happy betul saya, now dah boleh berenang sepanjang olympic size pool tanpa berhenti, tp takat 1 round je lah. Itu pun dah semput nafas mokcik ni hahhaa. Kalau selalu turun insyallah, boleh tingkatkan stamina and... burn more chalories hihi

Selamat Malam, have a nice dream.. opsss last sekali, gambar kain dari FQS, beli masa ada shipping discount arituh.. lucky me sebab dapat rate RM3.06 jer uttk 1USD.. termurah pernah dapat tuh.
Regards;

Friday, May 11, 2012

Jumaat; 11-05-2012 ; 19 Jamadilakhir 1433

Salam pagi Jumaat yang mulia.. :)


Regards;
 

Tuesday, May 08, 2012

FB vs BS

Apa plak FB vs BS yer...
FB for Facebook, BS for Blogspot...

Dalam pemerhatian saya sejak akhir-akhir ni, dah banyak blog2 yang selalu saya kunjungi dah tak aktif or dah tak banyak posting dah, tup tup jumpa kat FB.. baru tau... ramai kawan2 kita ni dah berhijrah ke FB rupanya.

Memang saya akui, FB lebih interaktif, lebih senang nak posting, takyah nak karang ayat panjang2 kan. Target customer pun ramai, dan kalau dah guna fanpage tuh, semua orang dapat update kita. BS ni plak banyak kekurangannya kalau berbanding FB... nak kena tulis ayat panjang2, interaction pun thru comment or email, dan kalau dah reply to comment tuh takde plak notification.. but CAN opt to have that notification. Cuma satu jer kelebihan BS ni yang saya nampak, anyone can access to the blog post. Tak perlu nak log in dan ada own ID kan.

Dan saya setakat ni takde lagi plan nak migrate ke FB, nak buka fanpage pun tak reti (malas nak belajar hahaha). Semua order di FB adalah thru my personal ID jer : milakamila sahaja. Taklah banyak sangat order pun, mostly kawan-kawan.

Selalunya kan, kalau tetiba hati saya ni jeles tengok orang lain dapat banyak order, saya cakap kat diri sendiri... "larat ke kau nak buat kalau dapat order camtuh hehehe" then baru sedar diri ini di tahap mana.
Saya kena be firmed to myself..... limit the order so that I am happy doing it, this is my hobby and I am suppose to be happy with it. Not stress to meet customer demand.

So, in conclusion, saya tetap setia dengan BS ni. Posting and sharing my idea here, once a while taking order from those interested in my artwork. Saya berazam nak banyakkan perkongsian ilmu craft/sewing for free. Harapnya ilmu ini boleh di gunakan sampai bila2, tambah plak kalau dengan  ilmu ini kawan2 boleh menjana sedikit pendapatan yang halal... fuh I am grateful for that. Harapnya when I am at "6 feet underground" - this quotes reminds me of someone hehehe - the rewards will keep flowing, akan jadi ilmu yang bermanfaat dan dipanjangkan

Awat saya membebel panjang2 harini kan...

Yang kat bawah ni gambar2 quilted single bedsheet kawan saya.
In angry bird theme... dah lama dapat kain ni, tapi baru sekarang terluang untuk siapkan. saya start buat Sabtu weekend arituh, harini dah siap kedua2nya, kecuali 2 bolstercase... by weekend ni bolehlah siap agaknya

Yang dalam gambar ni saya try kat katil Izzah, tapi disebabkan tilam Izzah ni nipis jer, so memang agak labuhlah.
Saya menggunakan fluffy fiber sebagai batting, so bedsheet ni dah jadi macam alas tilam gitu. Sangat selesa sekali, kain yang di gunakan ni provided by my friend, 100% cotton dan sangat lembut. Emmm teringin nak beli kain ini untuk Izzahlah nanti.

Saya dok berkira2 dah ni, weekend yang ada dah agak terhad untuk saya menjahit. Macam2 plan untuk next 3 weeks... plus saya kena take into consideration one week holiday from sewing masa cuti sekolah nanti.... go go balik kampung. Dan yang bestnyer, tak sabar saya nak bershopping barang2 craft kat FAH & India Street kat Kuching hehehe...
Dan jugak, saya akan bercuti selama 2 minggu di awal July nanti for family vacation, fuh tak sabarnya dan moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Oklah kawan-kawan.. Thanks for reading and thanks for your visit.
Happy Thursday

Regards;
 

Friday, May 04, 2012

Ladybird in Pink Raindrop for Adelea

Salam pagi Jumaat yang indah kawan2 semua.
Blog saya ni makin hari makin sunyi plak yer... posting pun setakat  sekali dua seminggu. Gara-gara nak menumpukan sepenuh perhatian kepada tempahan yang ada....

As at to date, saya menutup segala tempahan baby quilt dan juga dan yang sewaktu dengannya, KECUALI cloth pantyliner. Sebab as and when, I will just take a break and sew a cloth pantyliner :).

Another mission accomplished today..


A quilt comforter for baby ADELEA, with theme Ladybird in Pink Raindrop... main fabrics are combination of Urban Zoology Ladybugs in Pink and Rainy day and Monday Pink Raindrop.

Pertama kali jugak saya buat applique nama dan flower. Best but extra work to do.

Keliling bunga-bunga ni saya handquilt, for the first time. Rasanya tak berapa sesuai sebab saya menggunakan batting tebal dan fluffy.

The matching quilted pillowcase, in striking pink. Too much colour,
dont you think so

Another pillowcase in lovedot

Zoom skit kat FMQ tuh hihihi...

I am grateful for the order.
TQ Soo much.

Kepada yang berkira-kira untuk meng"order", saya hanya akan buka tempahan pada pertengahan July. Tetapi andai anda nak tahu detail on pricing dan pilihan fabric, bolehlah email saya.


Regards;