Pengikut

Sabtu, Jun 30, 2012

Instant cardigan/jacket

Lately ni saya dok mencari sweater untuk Izzah, nak menggantikan sweater lama dia yang dah pendek tuh.
Cari punya cari, selalu jer ada yang tak kena. Kekadang saiz tak kenalah, warna tak sesuai lah, harga far away from budget lah... emmmm macam2. Tapi alasan sebenarnya adalah, hati ini dok teringat kain yang saya beli online tak lama dulu hahaha... kain ni sangat sesuai untuk sweater or jacket or cardigan.. apa2 yang sewaktu dengannya lah. Saya pun tak tau apa beza antara terms ni..

Malam tadi saya menung panjang, nak buat camnalah niii.. kain ni pula memang limited.. rasanya about 40x18 inch jer dan akhirnya.... jeng jeng..
Siap juga my version of superduper fast and easy jacket ni...
Gunting kain pagi tadi, siap jugak petang ni... plus minus masa memasak, membasuh, mengemas etc, saya agak2 siap in 3 hours kut huhuuu

Keliling ni saya top stitch dengan benang tebal... nampaklah ada deco skit hihi
Versi nyanyi lagu Negaraku...
Dan ianya reversible tau... both sides boleh pakai..

Fabric pink ni sebenarnya adalah cotton biasa jer, bukan cotton knit untuk buat jacket tuh.
Banyak boleh buat improvement kalau ada masa, contohnya letak extra butang, bg couple gitu, so takdelah nampak butang tuh dok one side jer kan.

Apa2 je lah kan... yang penting kalau sejuk nanti anak umi boleh pakai.
Made with love to warm you my dear...

Regards;

Khamis, Jun 28, 2012

Mini Jubah

Dah lama rasanya saya tak jahit baju, terutama baju lelaki. Bukan takmo jahit tapi kena banyak bereksperimen dulu, baru jadi. Kang kalau kurang sedap pakai, or tak dipakai, rasa macam kecik hati plak kan. Nak buatkan baju budak lelaki, saya takde anak lelaki.

Since last week saya testing buat mini jubah, macam jubah tapi takat lutut jer lah. Kolar pun takat bulat jer.. betul2 simple niiii hehehe

Ada berani ke tuannyer pakai?
Kain ni saya beli dah lama sangat, bertahun dah. Cotton untuk buat kemeja lelaki di Kamdar. Agak cantik kainnyer, tapi saya beli remnant sahaja. Adalah setakat 2.5 meter.
Leher tuh saya guna bias tape jer. Buat sendiri dan attach macam quilt tuh, nampak agak kemaslah (hati manyak suka...).
Hujung lengan plak plan asal saya takmau isi cuff, tapi nampak tak berapa cantik plak.. adoiiii tambah je lah (read: tambah kerja). Nasib masih ingat cara2 nak isi cuff ni...

Kenapa entah.. dah dekat2 nak cuti niii banyak benor kerja, mokcik bizi memanjang. Nasib dah tutup order quilt awal2, kalau idok, makin pening nak siapkan tempahan customer kan.

Sunday to Tuesday arituh ke Langkawi (hilang masa menjahit den)... sakanlah bershopping cekelat... tapi takde gambar lawatan yang boleh di tampal disini.. kerana apa? kerana hanya ada gambar lawatan ke loji kumbahan hihihi... tidak ada lawatan ke cabel car keee, makam mahsuri kerr.. pulau dayang bunting kerr... TIADA.
 One fine day, nak jugak ke Langkawi lagi.. boleh bawa Izzah sekali. Last time kami pergi sekeluarga 6 or 7 tahun lepas rasanya. Masa tuh Izzah belum sekolah pun, dia pun dah tak ingat kut. Banyak betul perubahan di Langkawi, terutama area pantai Chenang sana, kalau dulu dari jalan raya dah boleh nampak pantai kan, now hanya nampak kedai dan kedai. Kalau kesana malam2, dah macam kat oversea plak hahaha.. hanya nampak foreigner jerr. Yang masih belum berubah... rasanya airport kut hihi.... masih lagi takde aerobridge, kena menapaklah nampaknya. So.. naik MAS or AA, setaraf je lah.

OK salam sayang semua..

pst pst.. esok last day saya akan hantar barang, untuk sebarang pembelian dengan pembayaran yang dibuat selewat2nya malam ini. Kalau bayar esok pagi, maknanya saya hanya akan pos pada 16hb yerr. Harap maklum yer. Saya tak larat nak entertain last minute posting walaupun untuk satu dua barang sahaja, terkejar2 sangat rasanya.

Regards;
 

Isnin, Jun 18, 2012

All about transportation

My last quilt order finished for June.
in bright colour.. its all about transportation..
Saya guna organic cotton yang blue in vehicle print tuh.. plus "tyre track" untuk border, all from Timeless Treasure. So its a mix of organic cotton, not fully. Kalau fully organic rasanya cost sama dengan sale price hahaha

Asal patchwork pattern yang saya buat lain, rearange balik, last2 jadi camni. Thanks kawan2 for your response in my previous posting kat sini


Ini bukan quilt, tapi sarung tilam, zippered.

Tambah 2 helai barut bertali, dan a baby bib

Ready to go to the owner...
Owner baby quilt ni dah 7 tahun menanti cahaya mata  dan hati mereka. Saya doakan moga di permudahkan segalanya. Moga the baby and the mother sihat selalu... Aminnnn

Saya ni sok sek sok sek... selsema. So today on MC, penangan pergi konsert Maher Zain. Duduk tempat terbuka pada masa jerubu camni... adeh.. ngantuk nyerrr

Regards;
 

Sabtu, Jun 16, 2012

Telekung pink vogue :P (with tutorial)

In pink youuuuu...
senyum memanjang budak kecik sorang ni, telekung ini hanya untuk special occasion sahaja katanya.. nak berjalan jauh niii

Saya try nak tulis sedikit tutorial camna nak jahit telekung sendiri, tapi rasanya agak terbatas bila guna gambar sebegini... emmm apa yang boleh di terangkan sahajalah yer.. andai anda rasa tak paham dan nak lebih detail, silalah belajar dengan guru menjahit betul. Janganlah sayang duit, insyallah tak rugi belajar. Boleh contact kak Zai kat sini http://zairazone.blogspot.com/ untuk kelas jahit tudung dan telekung.

Untuk saiz Izzah ni, first I need at least 1.8 meter kain dengan wof (width of fabric=bidang kain) 45 inch dan dilipat dua (Untuk telekung dewasa saya selalunya menggunakan 2 meter kain dengan wof 60 inch)
Ambil telekung yang sedia ada dan potong ikut saiz yang diperlukan, dari situ boleh adjust labuh belakang atau depan, ikut kesesuaian.

Gunting alas dahi dan alas dagu
(update on 18/2/2013)
Saiz lapik atas dahi, lebar 2 inci, panjang 12.5 inci
Kedutkan sehingga 10.5 inci or boleh juga guna getah 10 inci sahaja
Lapik bawah dagu, lebar 1.5 inch, panjang 10 inci (mesti di potong serong supaya ianya stretchy
.

Cantumkan alas dagu dan alas dahi dengan menggunakan pin dan ukur/test pada muka.

Kalau dah betul saiznya, bolehlah di cantumkan keduanya

Now cantumkan body telekung dengan alas dahi bermula dari titik tengah atas kepala, hingga ke titik tengah alas dagu.


Saya sebenarnya terlupa, sepatutnya dah lekatkan getah dulu, so saya tebuk skit dan masukkan getah, dan dijahit semula

Untuk telekung ini saya buat lining bahagian kepala, sebab saya tahu, Izzah memang jarang nak pakai anak tudung, tapi saya omit step lining sebab rasa mcm agak susah nak diterangkan

Now cantumkan dari bawah alas dagu sehinggalah ke kaki telekung

Top stitch muka telekung, kalau tak buat lining, bahagian muka ni hendaklah dijahit tepi terlebih dahulu, kemudian baru top stitch


Saya guna deco stitch NV50 untuk cantumkan lining dengan body telekung

Finished.....

Kalau anda nak lebih simple, boleh tengok tutorial dari AzimaDIY di sini  ataupun MakcikRehan di sini (update on 18/2/2012), yang mana tak pelukan lapik dahi, cuma perlu isi getah jer dan lekatkan lapik dagu. Dulu2 saya buat camni jugak, tapi since dah belajar dengan Kak Zai, yang ada lapik ini lebih selesa dipakai.

Selamat mencuba yerrr

Gambar Izzah  masa di Marwah, lepas saie in July 2012, senang nak cari hihihi (update 18/02/2012)



Regards;

Jumaat, Jun 15, 2012

Patchwork Note 1

Happy Friday kawan-kawan semua..
Friday is the most productive day of the week right hihii.. esok nak cuti, so kenalah siapkan semua kerja for this week.

On this bright sunny day, I just wanna share some tips on patchwork pattern. I havent used any readymade quilt pattern so far, but I do take some of the idea by surfing on the net and make my own patterns. Its much more convenient to me as it fits my skills (as a beginner) and the size that I want. 

As you can see below, here is my own drawing patchwork pattern
Turn out to be this baby quilt.
The pattern above measuring 40 inch x 32 inch, and I have added the borders to make it wider

This paper pattern helps me a lot on fabric cutting, I will just need to cut what is needed... no extra block and not that I need to stop sewing it just because I need to cut more fabric. Its also helping me a lot in arranging the blocks.

What you need is a square block paper.. or else.. "curi " satu buku maths anak anda hihihihi..
Make an assumption on the square, for a baby quilt I normally used small block, an 8 inch block, therefore 1 square = 2 inchs on fabric. And the picture below, I assume 1 square=3 inch square on fabric, making 9 inch block each.

Jeng jeng jeng... pattern besar camni kekadang saya pun pening... nii nak buat queen size kengkonon, tapi bilalah ntah nak siapnya.
Emmmm camna plak nak add seam allowance kan..
 You just need to add:
  • add 1/2 inch for square block, contoh nak buat square 2 inch, so you need to cut 2 1/2 inch suare on fabric
  • add 7/8 inch for HST (half square triangle). Contoh nak buat 2 inch HST (2.5 with seam), you need to cut 2 7/8 inch square on fabric. You can refer to this formula for detail, and this tutorial for quick piercing.
  • add 1 1/4 inch for hourglass square. Contoh nak buat 2 inch hourglass block (2.5 with seam), u need to cut 3 1/4 inch square on fabric. You can refer to this formula and this tutorial for details.
Oklah.. itu sahaja perkongsian ilmu saya pada hari Jumaat yang mulia ini.
Sebenarnya ada permintaan agar saya buat kelas untuk patchwork ni, tapi I have no confident yet, rasanya masih lagi beginner, so saya kongsikan apa yang saya ada di sini sahajalah yer. Harap ramai orang boleh dapat manfaat dari perkongsian ini.

Salam sayang semua...


Regards;

Rabu, Jun 13, 2012

Baru tapi lama....

Layan je lah gambar aksi budak dapat telekung baru  ni yerr...
Oittt tidur ke solat tuh hihihi
Opssss... bukan telekung baru sebenarnya. Tapi telekung umi yang agak pendek, redo jadi telekung Izzah
Bila tengok telekung yang selalu di pakai si kecik ni, baru Ummi sedar yang anak Ummi ni dah besar. Telekung pun dah senteng (agak2 korang biasa tak dengar perkataan ni? Singkatlah maksudnya hihihi).

Anak ummi ni kalau tak di suruh solat, tak pernahnya nak ingat sendiri... kecuali di taska. Tak disuruh pun solat jugak.. aduhaii agaknya kalau saya jaga anak sendiri jadi FTHW, apa nak jadi lah anak ku yang seorang ini... banyak benor alasan kalau umi suruh solat. Cer ummi suruh main game kat PC, sepantas kilat hahaha

Zoom dekat skit bahagian atas kepala telekung tuh... saya guna deco stitch bunga kecik2... sangat cantik plak rasanya (perasa-an lebih hihi).
Lepas ni nak buat satu lagi untuk si kecil ni.. boleh letak dalam kereta, in case terpaksa solat di jalanan, jarang surau ada sediakan telekung budak kan... tambah plak dah dekat nak ramadhan ni... boleh bawa pergi solat terawih nanti.

Hari ini saya dok dengar perbincangan pasal NCD jer memanjang, maybe sebab topik akhbar semalam pasal NCD kut kan... NCD stands for Non Communicable Disease... so ada kemungkinan hari ini kita sihat walafiat, esok dah collapse. Dan rata2, memang banyak dengar pasal orang yang dapat penyakit ni. Tak kiralah samada tua or masih lagi muda. Ada sesetengah tuh tak sampai pun 30 yrs old.

Rasanya kebanyakan kita sedar pasal penyakit ini kan, tau risikonya, tau puncanya, TAPI when it come to ourselves we think that...
  • aku sihat je lah.. harap2nya terus sihatlah
  • aku tahu exercise baik, tapi susahnya nak buat exercise atau pun nak jaga makan. takde masa, or penyakit malas ni terlebih lah
  • Datuk aku dulu makan berlemak jer.. boleh hidup sampai umur 70 tahun, ok jer.. sihat jerr
  • Aku selalu meetinglah... masalahnya diorg hidang makanan sedap2.. tolak rezeki maknanya kalau tak makan
  • etc etc all sorts of alasan 
Pernah tak kawan2 bagi alasan yang sama? 
Rasanya itu adalah sebahagian alasan saya juga.. cuma recently ni saya dah TEKAD.. tekad untuk atasi semua alasan2 tuh. dan harapnya ia berkekalan, saya akan terus berusaha untuk hidup dengan lebih sihat dan menghargai pemberian Allah yang sangat berharga ini. 


 
Regards;
 

Selasa, Jun 12, 2012

Birdie oh Birdie

Oh my happy day..
Bila dah siapkan satu2 quilt ni saya rasa amat lega sekali.. rasa macam accomplished something big, tapi takde lah besar mana pun kan.

Harap2 tuan punya sukalah dengan quilt ni. Kekadang bila customer bagi final say to me on the design dan choice of fabrics, rasa seriau jugak, takut2 kalau customer tak kenan kan.... Tapi setakat ini tidak adalah berlaku, cuma takut2 ajerrr :P


The baby quilt, about 50x40 inch
Pst pst.. tangan kat belakang tuh dah minta upah tolong pegang quilt hahahaha.. agak2 berapa nak bagi ni..

The small and big pillow, plus the bib, mitten and shoes
Pst pst.. setelah sekian lama tak buka mesin sulam hahaha...



Macam biasa, saya buatkan drawstring bag untuk letak quilt, ada jugak kekadang customer tanya, ngapa tak buat untuk letak bantal sekali hehehe.. (kena lain harga lah kut). Yang ini sebenarnya untuk travel, saya berpendapat selalunya bantal orang akan letak dalam diaper bag jer kan, sebab senang nak guna bebila. Tapi quilt ni normally dah sampai destinasi baru buka, so lebih senang kalau ada beg ni, kemas dan senang nak bawa. And in case kalau dah tak guna quilt ni, nak simpan pun senang, lebih kemas gitu.

Another one quilt set to go. Actually quiltnya dah siap, tinggal accessories jer ajer belum siap. Harap boleh siap by hujung minggu ni, tenang skit hati nak pergi tengok konsert Maher Zain wakakakaka.
Ada sesapa yang dah beli tiket? Jom kita pergi sama2

Regards;
 

Selasa, Jun 05, 2012

More reason to sew bags..

Masuk jer pintu office semalam hati saya dah berbunga2.. kembang setaman.. dah sampai rupanya idaman hati niii


Banyak benor tips kat dalam buku ni. Tapi kalau sesapa yang dah ada buku The Bag Making Bibble, maybe ada certain tips tuh yang repeated, but cant comment more sebab tak mentelaah page to page pun lagi, just browse through jerr

Tapi buku kali ni memang banyak pattern, banyak project...

Jangan jadi projek terbengkalai udah lah yerr hahaha
Mesti ada yang tertanya2 beli kat mana kan.. saya beli dari Bookdepository UK, ada free shipping plus yang ni pre order, ada discount about 25% if not mistaken, harga asal buku ini USD27.99, tapi yang ini USD20.99 sahaja, duit ringgit dalam RM67++

Bolehlah berkira2 buat masa bulan puasa nanti, sambil2 jahit baju raya.. opsss ngapa bulan puasa plak kan? sebab saya dah plan bulan puasa ni saya tidak akan menerima sebarang tempahan, advanced order untuk lepas puasa pun saya tak nak ambil... biarlah any order dibuat selepas bulan puasa nanti.
Minta maaf pada yang bertanya pasal tempahan quilt, saya terpaksa tolak buat masa ini. Andai ada kesempatan, dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan, lepas puasa nanti insyallah.. saya buka kembali tempahan.

Salam Sayang...

Regards;

Isnin, Jun 04, 2012

B.A.C.K

I am back... back at home and back to the office.
Back with full loaded of new fabric in the house... all these are for bedsheets and pillowcases... most important, its mine, I mean for my own use, not for orders or others...


More than 20meters of fabrics hahaha... patutlah tak cukup 20kg (we were exceeded by 2.5kg and Si merah AA demand for RM40 for that extra 2.5 kg aduzzz)
No other option.. hand lungage, but limited to 2 bags only per person.. aduhaiii.

And not a surprise.. jarum penimbang kat rumah tuh bergerak 2 angka ke kanan..omakaiiiii.. seminggu balik kampung dah naik 2kg. Lucky enough Si Merah AA not charging their air tickets by kg, if not I might ended up losing another RM40 hihihi... things that I hate most when balik kampung and also raya season... losing control of my diet....

Dan kali ini saya tak banyak membeli craft supplies, adalah sedikit sebanyak butang dan benang ni...


Balik kampung kali ini lebih banyak jalan2 and shopping. Normal routine bila balik kampung iaitu membersihkan rumah sendiri di buat ala kadar. Kami pun malas nak tidur rumah sendiri.... setakat bersihkan habuk and taik cicak jer lah. Rumput yang panjang kat luar tuh suruh orang racun jer. Tak sempat pun nak menggali bandung.

Dan ini plak... a bit surprise with the price here... the same item sold somewhere else with only 50% discount, but here? unbelievable... bukan ori ke eks? Saya ni buta brand skit hehehe

Izzah plak dok sibuk main dengan Azib, dapat upah sehengget sehari untuk jaga Azib hahahaha...
Pastu jangan tak caya... budak kecik ni berniaga aiskrim Malaysia plak dah. Nenek plak dok layan jer tolong sama2 buatkan. Cuaca plak agak panas, rasanya more than 150 batang aiskrim di jualnya.... dah tuh semua hasil jualan di ambilnya... skit pun tak bagi balik modal dah upah orang yang tolong dia.. kedekut betullah budak sorang ni.


Regards;