Pengikut

Selasa, Julai 31, 2012

Bila bertemu mesin jahit...

Salam Ramadhan kawan-kawan semua..
Lama jugak saya tak update apa2 kan.. bizi lah kengkononnya.
Actually tak banyak cerita pasal jahit menjahit ni, cerita2 ramadhan sahaja, tambah plak balik jer dari solat terawih dah kepenatan, nampak tilam dan bantal je dah.

Bila hujung minggu baru ada peluang bermanja-manja dengan mesin jahit..

ini project hari sabtu arituh.. tetiba lepas subuh terasa macam nak buat beg untuk mak, time tuh lah jugak saya pilih kain, potong dan jahit, rasanya by 8am dah siap hahaha.. instant bag betul kan
ada hidden pocket kat depan tuh tau.. bolehlah buat tempat letak surah yassin mak.
Handle "instant" jerr hahaha... fully zippered dan guna cara lekatkan zip untuk pouch kecik tu jer.. cantik jugak dan boleh dapat full bag opening. kat dalam plak ada satu lagi zippered pocket. Saya malas nak letak open pocket sebelah dalam sebab bila masukkan telekung ianya macam jadi penghalang plak.

Sabtu saya balik kampung, sempatlah berbuka di sana hari Sabtu tuh..
Dan sempat jugak potong 2 baju raya, satu baju wajib hihii.. ada plak istilah wajib yer. Wajiblah sebab semua orang pakai baju tuh raya nanti (kalau semua siapkan bajulah). tahun ni saya memang malas nak jahit baju orang lain.. so belikan kain sudah memadailah yerrr.

Semalam plak saya MC, wahhhh what a bless... dah sihat skit, apa lagiiiii.. merempit dengan mesin jahitlah. In 4 haurs siap 2 pasang baju (baju saya dan izzah), tapinya bila nak lekatkan getah kain, getah dah habis rupanya... aiyoooo. Sooo to be continued ler jawabnya

Then terfikir plak nak buatkan satu lagi telekung Izzah... macam banyak sangat dah telekung dia kan.. macamana tak banyak.. satu untuk sekolah agama, satu untuk taska, satu untuk terawih, satu lagi untuk kat rumah hahaha...
Kali ini saya nak try guna getah kat muka dia instead of macam smocking tuh... wallaaaahhhh.. katanya sungguh selesa. Alhamdulillah.. disebabkan renda tak cukup, saya sambung dengan kain lain je lah.. ala2 renda gitu.. tapi cantik jugak kan.

Ni satu lagi projek masa lapang lepas sahur, sebelum pergi kerja.. hari2 jahit skit2, akhirnya siap jugak
3 keping sejadah muka. Sebeanarnya ada 4 keping, tapi dah bagi mak satu (masuk sekali dalam beg telekung baru tuuuu)
Saya guna kain untuk buat cadar ni... off white skit, so nampak macam kelabu skit dalam gambar kan.
Simple quilt jerrr...and machine binding.
Sengaja guna warna putih supaya lebih khusyuk solat... jangan plak dok kira kotak quilting tuh udah ler yerr hihihi.
Sejadah ni berukuran 14inch x 24 inch.

Oklah.. sekian sahaja saya melaporkan dari sudut kreatif saya hihihi
Selamat menjalani ibadah puasa kawan2 semua...

Regards;

Selasa, Julai 24, 2012

Tangan yang memberi..


Di saat kita cukup segala, rumah yang selesa, makanan berbuka penuh meja, dah abih terawih siap ada moreh lagi, bersahur pun ikut suka nak makan apa yang selera, baju raya ikut suka nak tema apa, sepasang tak cukup, 10 pasang pun boleh beli lagi dan lagi.

Apa salahnya kita hulurkan bantuan sedikit ikut kemampuan di sini..


Silalah click untuk menderma

Harap kawan2 semua sudi menderma ok..

Regards;
 

Isnin, Julai 23, 2012

Ramadhan Timesheet

Hari ini dah hari ketiga kita berpuasa kan... rasa macam sekejap jer masa berlalu.
Tahun ini semangat lain skit, tak tahulah nak kata lain macamana, tapi terasa nak ambik kesempatan Ramadhan dengan sebaiknya, tak nak cerita banyak pasal raya, nak fokus ramadhan sahaja.

Begitu jugak dengan Izzah nampaknya. Semangat benor nak masuk bulan puasa.. so dia pun berjanji
- nak puasa penuh
- nak solat 5 waktu
- nak solat terawih
- nak baca alQuran
- nak banyak bersedekah
Amboiiii banyaknyer list anak umi ni yerrr

Start puasa hari pertama memanglah tahan ujian lapar dan dahaga, tapi hari kedua.. kantoiiii. Pukul 4 petang dah mengamuk kelaparan.. adehhh saya memang malas nak layan edisi mengamuk niii... Actually kalau duduk kat taska ok jer, tapi bila kat rumah, terlebih manja

Opssss dan satu lagiii.. minta upah.
saya cakap kat dia, kalau puasa biarlah Allah yang bagi upah yer.. umi takmau janji nak bagi duit.

Tapi disebabkan budak kecik ni nak bersedekah, tapi takde duit, so umi pun buat satu remuneration scheme hahaha.... macam kat HR plak kan..
OK.. setelah fikir2 kita buat camnilah.. untuk setiap solat 5 waktu dapat RM1, so kalau lengkap 5 kali sehari, dapat RM5
untuk solat terawih plak, dapat RM1 untuk 2 rakaat.... dan dan dan... upah yang dapat tuh mestilah di sedekahkan, kalau tak semua pun, at least separuh... dan saya pun bagi suggestion, akhir bulan ni kita pergi cari baju raya, dan sedekahkan kat sini. emmm ok tak plan saya ni? hahhaa...

Dan untuk tracking semua ni saya buat timesheet, khas untuk AIMS tersayang.. tengok tuh 2nd day Ramadhan dah kantoi...

Korang rasa lawak tak buat timesheet camni eks? hihihihi... actually saya nak menggalakkan Izzah solat 5 waktu.. terutama subuh.
Mungkin ada hikmahnya saya berkerja, jadi kalau di taska, tak perlu disuruh, mesti solat Zuhur dan Asar. Tapi kalau dirumah, pada hari cuti, ada jer alasannya. Agaknya kalau saya FTHW, mesti lagi susah nak disiplinkan bab solat ni.

Untuk puasa plak.. saya tak lah wajibkan dia berpuasa penuh.. setakat yang termampu tetapi tetap digalakkan. Selagi belum sampai waktunya kan...

Harapnya lepas ramadhan ni akan lebih berdisiplinlah bab solat 5 waktu ni... UMI loves you soo much AIMS


Regards;
 

Sabtu, Julai 21, 2012

Pagi 1 Ramadhan yang penuh keberkatan

Salam pagi sabtu 1 Ramadhan kawan-kawan
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan Ramadhan sekali lagi.

Selamat berpuasa kepada kawan-kawan semua, moga amalan kita dterima olehNya

Pagi2 ni saya dok sibuk siapkan telekung Ramadhan saya, asalnya nk buat telekung umrah, tp tak sempat, dapat jadi telekung Ramadhan pun oklah kan

Dapat 2 pasang, dan kalu rajin ada lg kain untuk dipotong tuh..... amboi bukan main sakan bertelekung baru yerrr hihihi. Emmmmm mungkin ada sesapa yang bertuah tuh akan berpeluang nk pakai telekung baru jugak kut.... sapa tuh? ikut rezekilah yerrr

 

Yang simple2 jerrr... janji selesa pakai. dan bila bawa g surau, tak mengganggu pandangan hihihi. Bukan apa.... telekung meriah sangat kang mengganggu kekhusyukan orang lain plak kan. skit2 tertengok telekung kita kikiki. Ada orang kata apa salahnya beli telekung mahal skitkan.... sebab kekadang beli baju pun mahal. For me memang tak salah, tapi better untuk pakai kat rumah, takdelah orang lain dok tengok2 jerrr pastu dalam hati dok pikir.... mesti beli kat bandung niiii.. berapa RM lah agaknyer hihihi.. apa pendapat kawan2?
Saya guna lace sederhana n simple jerrrr.... yang lebar tuh RM2 semeter, yang kecik tuh 80sen semeter....
Agak2 berapa kos semua telekung ni yerrrr.... kain putih ni bidang 60 inci, kena ada 4 meter @ RM8.50semeter=Rm34.00. Lace RM8(4m)..... so lebih kurang RM42.00. Murah ke mahal eks..... agak2boleh dapat jain lebih murah with the same quality ke?

Oklah..... banyak kerja yang perlu di settlekan hari ini. Paling utama kain baju yang melambak tuh, balik dari umrah saya batuk dan selsema yang teruk, hanya sempat basuh dan lipat jer, rumah pun macam tongkang pecah daaaaa hihihi

Salam Ramadhan semua...

Regards;

Khamis, Julai 19, 2012

Isnin, Julai 16, 2012

The Story, The Journey

Assalamualaikum kawan-kawan semua..
I am back..
Back at home, back to office... but yet back to my sewing corner. Penat belum hilang, nak kena adjust masa tidur dulu ni. dah terbiasa 5 jam lewat dari masa di sini, tidur pun jadi lambat.

Kali ini kami pergi sekeluarga.. not only hubby, Izzah and me..
but
Here we are..

Kami tujuh beradik semuanya, tapi hanya enam yang dapat pergi sekali, termasuk my mum, the one wearing pink jubah.
Nama2 kami ini unik skit, saya Kamila, yang tak join adalah adik saya Kamal, yang ketiga Raslah (wearing jubah kelabu), yang ke-4 Raslan (yang dukung anak tuh), kelima Salamiah (tudung cream), keenam Mohd. Salim (sweater hitam), dan yang ketujuh Khalilah (sweater hitam-hijau). The rest are my in laws Fatihah (isteri Raslan) dan Azohan (suami Raslah).. not to forget my dear hubby and si kecik Izzah & Khalisah hihihi

Plan asal kami nak join group 29hb June, tapi disebabkan adik yang belajar di UUM ada final exam on 28th June, terpaksalah tunda ke 2nd July, dan trip ni singgah bermalam di Muscat, Oman (instead of transit)
Menginap di Golden Tulip di Muscat (hotel disediakan oleh Oman Air)
pic: Teman Izzah... si comel Khalisah Aliya..
Jalan2 di Muscat... masa agak terhad, so tak banyak tempat pun kami pergi. Cuaca pun agak panas (+-44 degree)

Made from camel bone
Berlatar belakangkan pelabuhan
Nilai matawang Oman ni agak mahal, 1 Riyal Oman = +-RM8 tau.
Takat jalan2 dan window shopping oklah. Matawang Saudi Riyal pun diterima, tetapi agak mahal jugaklah 1 riyal oman=10 riyal saudi. Takat beli fridge magnet bolehlaaaa hahahaha

Flight dari Oman ke Jeddah lebih kurang 2 jam
Kemudian menaiki bas ke Madinah alMunawwarah lebih kurang 6 jam.
Kami tiba di Madinah alMunawwarah pada pagi 4hb Julai.. lebih kurang 3 pagi.

Di Madinah kami menginap di hotel Durrat alFeroz (betul ke idok ejaannya ni hihii). Lebih kurang 80 meter dari gate Masjid Nabawi, belakang Hilton Madinah.

Cuaca di sini agak panas, rasanya dalam 40-44 degree... aturcara pada hari pertama adalah lawatan dalam masjid Nabawi... ke makam Rasulullah, makan sahabat2, dan perkuburan Baqi'. Tempat2 tersebut kebanyakannya tidak boleh di masuki wanita, hanya setakat dari luar sahaja.

Saya rasa tarikan utama Masjid Nabawi adalah Raudhah, antara tempat yang di janjikan oleh Rasulullah sebagai salah satu tempat yang mustajab doa.
Alhamdulillah dapat jugak ke Raudhah, entah macamana saya boleh sampai dengan keadaan bersesak2 tuh... orang lain berlari, saya berjalan sebab takut jatuh, tapi once stop jer, tengok karpet kat kaki dah warna hijau. Tapi memang tak sempat nak solat sunat. Setakat sempat berdoa sahajalah.
Masjid Qiblatain (2 kiblat)
Area perkuburan syahid perang Uhud
Acara melontar riyal di pasar kurma
Seperti yang selalu di ingatkan oleh kawan2.... jangan beli kurma di ladang kurma, tapi belilah dipasar kurma. Supaya tak menyesal kendian hari hihii. Rasanya beza dalam 5-10 riyal jugak sekilo. Plus pasar kurma ni ada lebih banyak choice.

Dan sekali lagi jugak di ingatkan, kalau nak membeli-belah, lebih baiklah di Madinah, even nak tukar duit pun di Madinah lebih murah.... rate di Madinah lebih kurang di Malaysia. tapi rate di Mekah lebih mahal.

Dari Madinah kami bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah. Kami bermiqat di Bir Ali.
Sampai di Mekah dah pukul 10 malam dan terus check in di hotel.

11 malam kami turun untuk mengerjakan tawaf dan saie yang dipimpin oleh mutawwif, Ustaz Mustaffa.

Untuk saie, kami berpecah dari group mutawif sebab kami naik ke tingkat 1. Lebih selesa sebab kurang sesak, Izzah plak dah penat. Entah berapa kali berhenti, baru habis 7 kali.

Habis saie dah pukul 2.30pagi. Mula2 kami bercadang nak terus stay sampai subuh, tetapi izzah insist nak balik jugak.
Kat sini suasana malam atau siang tiada beza. Orang tawaf di keliling kaabah tuh memang tak pernah putus, malam atau siang.
Panas terik.. rasanya tak sanggup nak tawaf pada waktu ini kan (tengahari terik), tapi once you are inside there, tak rasa pun panas. Sedar2 dah 7 pusingan.
 Yang ini bersedia untuk ke bermiqat di Tanaim..

Lepas saie... saya kepenatan terus tertidur hahaha

Lawatan ke ladang unta, dan boleh minum susu unta fresh... huhuhu (takat seteguk jer boleh masuk tekak saya ni hahaha)

Lawatan ke muzium... Masjidilharam in future... now bahagian kiri tuh dalam pembinaan

Makan malam kami sekeluarga... selalu conquer meja yang paling panjang. Makanan yang disediakan adalah makan melayu-indonesia. Oklah.. dari makan masakan arab kan... yang tak tahannya, hari2 ada jer daging kambing.

Berlatar belakangkan bukit Thur, di atasnya terdapat gua Hiraq, tempat Rasulullah mendapat wahyu pertama.

Lawatan ke Jabal Rahmah, tempat di mana Nabi adam dan Siti Hawa bertemu setelah 40 tahun terpisah.

Aiskrim 3 riyal... yum yum
Dataran Kaabah dalam pukul 6.30 petang (sebelum maghrib)... dah ramai yang berpusu-pusu datang. Kat sini kalau tertinggal duit, ada kemungkinan boleh dapat semula, tapi kalau tingalkan tempat solat, jangan harap boleh dapat semula. Terutama "hot spot" seperti berhadapan dengan kaabah (nampak kaabah bila berdiri)

Jam besar....
I wonder berapa RM agaknya untuk satu malam kat sini yerr....
bergambar kenang-kenangan.
Moga dapat datang lagi...

Secara keseluruhannya saya berpuashati dengan pakej umrah Andalusia ni..
-makanan ok, masakan melayu
-umrah yang dipimpin oleh mutawwif sampai 3 kali
-andai takmau bayar apa2 tambahan, at least dapat buat berumrah sebanyak 3 kali
-arrangement additional umrah dibuat oleh mutawwif in group dengan kos sebanyak 10 riyal sahaja untuk kenderaan
-bagi yang tidak pernah menunaikan haji, kami dibawa ke mina dan muzdalifah, at least boleh dapat gambaran serba sedikit berkaitan haji
-jarak ke masjidilharam agak dekat, dalam 350meter
-staff yang amanah... adik tertinggal beg yang ada duit dan dokumen diri di Madinah, dia sangkakan hilang dalam perjalanan, rupanya tetinggal di bilik hotel di Madinah. alhamdulillah, dapat semula tanpa terkurang sedikit pun.

Cuma mungkin mereka patut buat sedikit improvement dari segi:
-komunikasi sebelum bertolak, sebab saya tak dapat any details, hinggalah beberapa hari sebelum tarikh bertolak. Itupun setelah saya email bertanyakan hal tersebut.
-arrangement bilik yang agak kurang teratur. Adik saya yang sepatutnya dapat bilik untuk 2 orang, tapi diletakkan di bilik 4 orang (dipisahkan), sedangkan mereka bawa baby. namun begitu kami di berikan bilik yang sepatutnya pada malam kedua.
-bilik hotel di Madinah agak kotor dan berhabuk (terasa macam nak pinjam vacuum cleaner jerrr hahaha)
-bayaran2 tambahan di terminal haji (balik) sepatutnya diberitahu lebih awal atau pun adalah lebih baik di tambah dalam harga package. Supaya mengurangkan unexpected cost incurred, terutama kalau dah nak balik, ramai yang dah kosong poket ... opss

Apa2 pun kekurangan ini tidaklah mencacatkan perjalanan kami, cuma ianya boleh dipertingkatkan di masa akan datang. Dan kalau ada rezeki lagi kesana, rasanya saya akan menggunakan Andalusia lagi.. no doubt.

Ops.. sedikit tips...
- kalau anda seperti kami, takde sesapa nak hantar ke klia (dah semuanya nak pergi kan), boleh booking van Publiccab, boleh muat 8 orang, dari batu caves ke KLIA cuma RM150.00
-kalau dulu beg kasut untuk masuk masjidilharam is a must kan.... now tak perlu lagi dah. Plastic2 untuk kasut disediakan di pintu masuk (tapi rasanya tak semua pintu) but depan Safwah tower tu pun dah boleh ambil plastik kasut tuh. Tapi saya agak sensitif skit dengan alam sekitar, jadi lebih suka pakai beg plastik yg sama (reused).
-kalau anda nak pergi dalam masa terdekat ni, silalah bawa face mask. Better pakai daripada anda menghirup udara bersimen hehehe (kerja2 meruntuhkan bangunan lama sedang giat dijalankan)

Syukurlah perjalanan kami pada kali ini tiada cacat celanya. Pergi dan kembali dengan selamatnya.

Kepada kawan2 yang belum kesana, berusaha dan berdoalah. Kerana yang memutuskan untuk kita sampai kesana adalah Allah. Teringat kata2 ustaz masa ceramah arituh, mungkin ada orang yang lebih kaya dari kita, kereta lebih mahal, rumah lebih besar, pangkat lebih tinggi tapi kerana belum ada jemputan dari Allah, tak jugak sampai kesana. Ada jer alasan... yang berpangkat kata susah nak cutilah, yang anak ramai kata susah nak tinggalkan anaklah....  seribu satu alasan.. tapi kalau dah ada jemputan tuh, kut datang bertongkat or berkerusi roda, or even merangkak.. boleh jer sampai. Inilah yang kekadang menginsafkan saya.
Masa perjalan balik kami satu penerbangan dengan jemaah dari Sri Lanka (kalau tak silaplah). Mereka ini kebanyakaannya dah tua, berjalan pun terbongkok2, dan tidak pandai membaca, duduk di seat yg tak sepatutnya... tapi mereka di muliakan oleh Allah untuk sampai ke rumahNya. So tak perlulah kita memandang sinis golongan ini... betul tak.

Setakat inilah sahaja perkongsian saya untuk trip kali ini. Apa yang baik jadikanlah teladan dan apa yang buruk jadikanlah sempadan.

Regards;
 

Isnin, Julai 02, 2012

A Journey

Kepada semua pengunjung blog ini, ampun maaf andai ada tersalah silap kata.
Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan dan mendapat umrah yang makbul dan mabrur.



Regards;