Followers

Tuesday, October 30, 2012

Its "RE" = repurpose-redo-recycle-refashion

Sewing is my therapy
or
therapy sewing
What everrrrr

Bila saya dah tension dengan macam2 hal, saya tend to doing something without rule.. but not breaking any rule or breaking into somebody house yerr hihi
Its sewing without rule..

Here are another batch of hubby's XXL shirt, telah di lunyaikan (opsss bukan tension kat hubby tau)...
I cut it into 9 1/2 inches square ..
and
Turn into..... ezy pezy blanket... single size (kut) 55x80 inch

Backing with 2 meters of fabric, mitered corner without binding..

I love this method soo much, easy, jimat fabrik dan cepat tapi still nampak cantik dan sangat kemas. 
Ada saya tengok tutorial, tapi kat mana ntah, nanti kalau jumpa balik saya letak link kat sini ok.


Thinking of giving this to my mum in law.. 
bebila dia teringatkan anak lelaki dia tuh, bolehlah pakai selimut ni hihihi... 
or else.. 
bebila dia pakai selimut ni, mesti dia ingatkan anak lelaki dia tuh.. boleh tak camtuh?

Bila cakap kat Izzah camtuh.. dia pun pelik.. "aikkk ayah kan dah besar, napa nenek nak ingat2 lagi?"



My answer... "No matter how old you are, as a mother, you will always be my baby" betul tak kawan-kawan? 
Kekadang saya terfikir.. kita mungkin berjaya dalam kerjaya or apa sahaja yang kita lakukan, dan ada masanya kita menyangka itu adalah atas daya usaha kita sendiri, tapi pernah tak terfikir, mungkin ianya adalah berkat doa dari ibu bapa kita, or ibu mertua dan bapa mertua kita, but doa tuh.. once we lose it, we will lose it forever.... so sementara mereka masih ada sepatutnya lah kita gembirakan hati meraka.
Hihi just a note to myself...

Till another story... Wassalam

Regards;
 


Monday, October 29, 2012

Cerita raya dan cerita fabrik

Salam Aidiladha kawan2 semua
Ada yang mengerjakan ibdah korban tahun ini? 

Pada yang pergi haji tuh.. seronoknyerrrrrr kan. Suka sangat tengok TVAlhijrah.. especially dokumentari khabar haji dari sana. Saya berdoa banyak2 agar dapat pergi haji dalam masa setahun dua ni, menyempurnakan rukun Islam yang ke lima (register lambat tapi berangan nak pergi awal kan hahaa).

Kami beraya di kampung, tapi Sabtu petang dah balik ke KL, sessi berenang punya pasal.
Dah balik KL, sempatlah menjahit serba sedikit, 
Yang ni sarung bantal, sedondon dengan quilt comforter vehicle arituh..

First time buat bantal karipap yum yum hihi

Bantal2 ni tak termasuk dalam set, sebab tuan punya dah ada bantal sendiri, tapi saiz bantal ni sama dengan bantal yang saya ada, sajer lah try test kan..

Oh ya... nak buat pengumuman sedikit, mulai hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima fabric dari customer untuk patchwork & quilting. Memandangkan mungkin ada yang tidak faham macamana nak buat patchwork, terutama kualiti kain yang saya perlukan. 

Tambahan pula saya menjahit ni sebagai hobby, and I am happy playing with beautiful fabric. Kalau fabricnya tak cantik or bukan quilting quality, saya pun stress, nak potong pun stress, nak jahit pun stress maka akan jadilah produk stress plak kang hihihi. Dan kalau dah hantar fabric dan saya pulangkan pun mesti anda plak stress kan, so ada baiknya kita hapuskan stress ini awal2 yer hihi

Tapi andai anda nak buat sarung tilam or sarung bantal yang takde nak patching2, saya masih boleh pertimbangkan... cuma peringatan yang penuh kasih sayang (cheewahh) dari saya, pertimbangkanlah untuk beli fabrik yang lebih mahal dari polycotton untuk baby anda. Upahnya sama sahaja.

Macamana nak bezakan polycotton dan cotton? Andai anda biasa ke Nagoya Texstile, kalau yang berharga RM3 itu adalah polycotton, ianya agak keras, cepat luntur dan berbulu dan agak panas. Tapi kalau yang berharga RM9.80 tuh adalah cotton, mungkin bukanlah 100% cotton, tapi lebih sejuk dipakai, dan tidak luntur. Harga di Kamdar pun rasanya lebih kurang sahaja, but sorry, kalau di kedai lain saya kurang pasti.

Untuk produk handmade yang saya buat pula, saya akan pastikan ianya dari fabric yang 100% cotton, so that worth buying. Beli dari mana? Sesetengah saya beli di local store seperti Nagoya or Kamdar, dan yang berharga lebih dari RM10++, dan ada jugak saya beli dari online local shop, dan ada jugak online dari US, terutama kalau ada discount dan USD rate rendah.

Ok.. thats all for today. Pada yang berkira2 nak hantar fabric tuh saya mohon maaf banyak2 yer.


Regards;
 

Tuesday, October 23, 2012

Cerita Telekung Comel..

Assalamualaikum kawan-kawan..
Pagi ni cerita pasal projek malam tadi, a bit excited nak buat telekung lagi, tapi Izzah dah banyak sangat telekung. Dan sejak saya cerita pasal telekung Izzah, ramai plak yang bertanyakan tempahan telekung. Saya plak, undecided, nak ambik ke tak?

At last saya ambil juga... can't resist.. tengok telekung cantik2 kat kedai, teringin nak buat satu, so ambil tempahan adalah salah satu cara untuk merealisasikannya hihihi

Inilah dia cubaan pertama saya, untuk budak umur 5 tahun, saiz telekung ni saya ambil dari telekung lama Izzah yang dah singkat, berguna jugak rupanya. 
Polkadot pink tuh sangat matching dengan solid pink, tambah plak dengan lace di hujung ruffles tuh

Saya letak strap getah dan ada lace jugak di muka
Bahagian muka ni ada lapik dagu dan dahi. Lapik di dahi menggunakan getah untuk keselesaan. Nasib ada Izzah yang boleh bagi feedback kan, yang ada getah ni lebih selesa dan boleh dipakai lebih lama. Terutama budak2 ni cepat membesarkan, kalau telekung dewasa ok kut guna teknik mcm smocking tuh.

Sorrylah.. takde gegirl 5 years yang boleh jadi model..
Telekung ni comes with a drawstring bag, tapi begnya belum siap...

Ini model 10 years old hihi.. in her favorite telekung, 
Kain yang saya guna ini agak nipis, jadi saya letak lining sampai dada. Yang pink di atas saya tak letak lining sebab kain dah agak tebal, budak2 ni kalau tebal sangat rimas n panas plak kan.
Seronok jahit telekung ni, terutama bila boleh hias sesuka hati letak lace and ruffles...
Till another story.. wassalam


Regards;
 

Monday, October 22, 2012

Panduan Belajar Quilting & Patchwork Sendiri

Salam kawan2 semua..
Dah lama rasanya tak berkongsi ilmu di sini, tutorial pun dah lama tak buat kan. Lately ni saya banyak dapat pertanyaan, samada di FB ataupun di email... soalan apakah itu? Soalan cepu emas, macamana nak jahit quilt. Ada yang minta buatkan tutorial, ada yang minta adakan kelas, ada yang minta nota, ada yang minta macam2 lah, saya pun dah tak ingat dah.

Nak buat tutorial???? rasanya seharian menaip, mengedit gambar etc.. pun belum habis kut hahhaa
Nak adakan kelas???? fuhhhh saya selalu memikirkan how much should I charged, where to start, where to organise it, how, etc etc, etc.. semua ni sebab saya sendiri tak pernah attending any quilt class so far
Nak beli nota??? Perlukah? sedangkan banyak notes kat internet for free

Oklah, let me share some knowledge on how to learn quilting by yourself.. tapi kat sini just tips je yer.. anda carilah sendiri, kerana my Google is the same as yours kan..

Quilting Tools - Rotary cutter, self healing mat, ruler etc etc. Quite costly. tapi kalu takde pun tak per, you can still use scissors dan normal ruler tuh. But avoid complicated patchwork pattern, pening nanti nak potong bila saiz tak betul2 sama.

Quilt top - boleh cari "free quilt pattern" and choose pattern that suit your level. Kalau rasa2 diri beginner, adalah lebih baik try simple patchwork sahaja. Kalau anda browsing Moda Bakeshop blog, banyak free pattern yang dah ada label whether beginner, intermediate atau pun advanced, bajet berapa banyak kain pun ada sekali. Dan kalau betul2 nak senang, gunakan sahaja panel fabrik. Kalau guna panel ni, you can focus on  quilt learning rather than patchwork

Basting - good article on basting here http://blog.lisacall.com/2005/11/basting-a-quilt-a-definition-and-how-to/, normally saya jelujur sahaja. or kalau guna bating nipis, saya spray guna adhesive spray

Quilting - Do your own search on tutorial/article pasal Quilt in the ditch, Stippling, Free Motion Quilt, Trapunto, hand quilt.. macam2 teknik ada. Tools : walking foot, darning foot, quilt guide

Binding - Search binding tutorial, mitered corner binding, pillowcase binding, quilt without binding, you will see sooooo many tutorial there.

Saya pun ada tulis sedikit panduan untuk draw our own patchwork pattern, plus how how to calculate each piece of fabric di sini

Saya harap benar lepas ni takdelah yang email saya tanya macamana nak quilt yer. Ataupun tanya quilt in the ditch tuh macamana? ataupun Free Motion Quilt tuh macamana... letihlah saya nak jawab sebenarnya. Saya ni kalau blogwalking dan jumpa sesuatu yang baru, saya akan copy that wording and paste to google, immediately boleh dapat jawapan. Tapi kalau soalan specific, contoh berkaitan quilting menggunakan NV50, or mana nak dapat supplies.. boleh jer tanya, silakanlah. I sew I share and I also sell hahaha...



Regards;
 

Vehicle in Action

Projek sambil-sambilan dihujung minggu...
Sebab apa saya kata "sambil-sambilan".. sebab banyak sangat aktiviti weekend saya, nak menjahit pun cilok2 jer.

Tema kenderaan... nampak tak binding tuh biru dan kuning? kiranya bridging the front and the back, sebab memang kontra betul warnanya kan. At first nak letak fabric lain tapi sebab tanah putih, rasanya tak berapa sesuai plak untuk backing

Quilting in the ditch

Dan ini plak sarung tilam.. quilted nampak gebuzz gitu..


Kat belakang saya letak zipper.. a hidden zipper and piping toooooo
First time buat piping, rasanya banyak kena improvised lagi dan kena beli piping foot untuk hi-speed kut. Yang ini saya guna protable NV50, mak aiii rasa mcm berkurun nak jahit keliling tuh.
Bias binding untuk piping tuh saya buat sendiri... emmm terasa mcm jimat kainlah bila potong bias niii.
Ada lagi few things to go untuk kombinasi Vehicle in Action niii...
Yup.. what a bizi weekend, so tak sempat nak siapkan semua.

Pagi-pagi sabtu dah ke Kajang, then ke Alamanda, Putrajaya for bowling. Finished at 3pm, took our lunch there and then went for swimming at 5pm till 7pm.
This week saya berjaya buat 30 laps @ 50 meter = 1.5km swimming. Breaststroke only.. tengah try2 freestyle.. haha asal pusing jer air masuk telinga adoiiiii

See you..

Regards;
 

Friday, October 19, 2012

Patchwork Passion II

In progress
Love you panel...

Ada budak ni nak interprem sekali hihi.. Ngada2 nak pakai selendang daaaaa



Regards;

Single Quilt : Scrappy Snowballs (For sale)

A scrappy quilt
Mungkin saya ni terpengaruh dengan quilt blog dari barat kut.. saya sangat suka scrappy quilt macam niii
Boleh bayangkan tak besar mana sebenarnya?

Tumpang jap kata atas katil Izzah.. 
fit for a single size bed, boleh jadi selimut or boleh jugak dijadikan bedcover


Actually banyak stages untuk saya siapkan quilt ni, rasanya mengambil masa lebih 3 bulan untuk betul2 siap hahaha.. Malam tadi last stages, quilting the small squares.. siap jugak akhirnya.

Quilt in the ditch....

Ready to ship


Price : RM280.00 (termasuk kos post dalam Malaysia, Pos Bungkusan)
Not Available but can remake with the same pattern
Email me if interested OK

Regards;
 

Thursday, October 18, 2012

Patchwork Passion

Semalam saya dok berangan sendiri, kalaulah saya diberi satu hari khas untuk patchwork jer.. bestnyer..
eh sehari cukup ke... ke seminggu baru cukup.. opss ke sebulan hihi.. rasanya memang takan cukup.

My end product is quilt, but my passion is patchwork.. aishh separuh jalan jer rupanya. sebab tuh kalu datang rumah saya, memang banyak patchwork yang dok tersidai kat tangga tuh. In a way jadi macam perhiasanlah, but they are all my WIPs!

Yang kat bawah ni in progress..
Asal panel camni.. (pst pst gambar ni tuan kedai kain punya yerrr..)


Happy Thursday kawan-kawan...
Wassalam

Regards;
 

Wednesday, October 17, 2012

Quilted Table Runner : Love in Hot Red (For Sale)

Merahnya mak ngah...

Tetiba dapat ilham nak menjahit table runner, atas komen seseorang sebenarnya. Katanya kenapa quilt ni semua untuk baby dan budak kecik, mengapa tak buat untuk home deco.. emm betul jugak tuh. Kesian orang yang takde baby macam saya kan hihi.. tapi saya ada big baby girl, oklah tuuuuu

Plan asal nak buat kecil jer.. tapi terbesarlah plak, 19x56 inches (washed)

Belakang saya guna belacu.. dengan sedikit FMQ sana sini

mitered corner tau..

Jenuh pikir nak buat FMQ camana, akhirnya dapat idea camni.. ok tak?

Niat asal memang nak letak kat MyLilShoppe yang dah running out off stock dah, dah macam boleh tutup kedai tuh hahaha.. tetiba hati rasa sayang plak hahaha.. tak perr kutabahkan hati.... lelain kali boleh buat lagi.

Ok kalau sesapa nak ada table runner baru untuk Raya Haji ni silalah email saya ok. Saya dah basuh and ready to use
Harga pengenalan: RM100.00 termasuk kos pos (berdaftar)
Adiozzz


Regards;

Tuesday, October 16, 2012

Restock Cloth Pantyliner

Salam semua.. sobahulkhair..
Malam tadi sempat restock 10 pieces cloth pantyliner niii.. sementara Izzah ke tuisyen n hubby g swimming, masa yang best, hanya aku dan mesin jahit ku auwwww
Kepada yang berminat silalah email yer, saya minta maaf sebab tak dapat nak notify those yg email saya sebelum ini bertanyakan pasal pantyliner ni, malu wehhhh dah lama sangat hahaha... (tetiba baru ni terhegeh2 nak restock kan hihi)
Harga : RM8.50 per piece exclude post
Wassalm

Stock update : 10 pieces SOLD OUT

Regards;
 

Monday, October 15, 2012

Projek besar untuk diri sendiri..

Ingat tak cerita saya pasal shopping fabric kat Kuching awal tahun arituh.. aissshh sebenarnya saya pun tak ingat dah posting yang mana ahaksss, tapi sampai overloaded 20kg limit flight AA. Penangan shopping lupa diri.

Setelah kain2 tersebut ditolak kesana, tolak kesini (bulky, susah nak simpan!), akhir jadi jugakkkk
bukan takat satu tau, siap dua lagiiii perghhhhhhNIPU hahaha


set yang kedualah kononnyer

Opsss.. tidak sama sekali, cuba bayangkan camno yang simpan banyak2 comforter dengan rumah yang "besar" dua tiga kangkang kera tuh. Ada baiknya buat reversible. Kalau guna cadar set A, kita guna side A. kalau guna cadar set B, kita guna comforter side B ok... bijak bijak... 




Dik kerana malas nak potong2 kain, ambik je lebar kain dan lebar fiber (nasib baik sama jer saiznya), maka jadilah XXL nyer comforter. Padahal saiz tilam queen jer, tapi buat comforter saiz king..

Dalam bizi2 ni sempat jugak cilok masa jahit comforter ni, actually just guna pillowcase binding jer, malas nak buat proper binding kalau yang besar camni..

Yang mana satu kawan2 suka? pink or bunga2 besar tuh..
Saya pilih this side...

Happy Monday
Happy work day :P
Regards;
 

Friday, October 12, 2012

Cuci mata yang berhabuk..

Bila dapat kain jer hati ini berbunga-bunga ceria

Panel World Map Panel in Blue

Places panel in white

These two panels above, I have extra pieces, Kalau ada sesapa nak saya jual at RM35 per panel (exclude posting)
Status: World Map=2 units (1 reserved, 1 available)
Places=1 unit (reserved)


And this one... panel yang mahal ahaksss.. USD9.90 satu, tapi sebab tersangatlah kenan dengan this print.. hangkut jugak 1 piece

Heroes on Parade

Heroes vehicles

Dino.. sungguh ceria

Its butterfly.. Panel in multi

Yang ni fabric by yard
Atas: City Centre, City life in Earth
Tengah :Perfectly Perched, Nesting Chairs in Garden
Bawah :Pop Garden and Bijoux, Sway in Brown

(All US Cotton)

Saya beli Nesting Chair tuh 1/2 yard jer, aishhh dah dapat rasa rugi plak ambik skit sangat hahaha.
Semua ni masuk fabric selection untuk quilt dan yang sewaktu dengannya...


Regards;