Followers

Monday, September 30, 2013

ABC Transportation Quilt....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buzzy weekend.. buzzy in my sewing rooms and I really enjoyed every moment...

Sudah siap tempahan dari rakan sekerja hubby, repeat order, yang ini dah yang ke-3
To be delivered on hubby's 2nd last day in his current office, nasib baik sempat :)

Quilt ini size 43x53 inch
1 Toddler pillow with 2 pillowcases (1 quilted+1 normal)
1 Baby pillow with 2 pillowcase (1 quilted+1 normal)
2 Bolster with cases


Baby owl in action :P


Till we meet again
Wassalam

pst pst : harini Izzah ada test UPKK, moga Allah permudahkan anak umi menjawab soalan


Regards;

Friday, September 27, 2013

Owlie in Yellow


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi Jumaat yang indah.. walaupun nampak macam nak hujan, tapi Jumaat tetap menceriakan, betul tak? wink wink!

Semalam saya dok membelek kain, matching sana sini nak buat sarung bantal... sarung bantal for a boy, tapi semua matching fabric macam tak kena plak, my blue fabric kebanyakkannya printed with love, printed with pinklah... adoyaiiii (this is 2nd pillowcase sebab yang arituh gambar bear, katanya tak seswai, si boboy ni takmo plak dah, so yang 2nd ni saya kena hati2 lerr). Yang polkadot blue, tak sesuai plak dengan biru main theme....fining fikir, maka saya tolak tepi dululah (selalu camtuh ler kalau takde idea kan... kalau proceed jugak kang tetas je lah kerjanya)

Jangan fining... jom buat something yang menggembirakan hati..
Buat yang senang2 jerr
Maka... lahirlah Owlie the 2nd niiii


Saiz lebih kurang yang semalam, tapi yang ini lebih simple, takde kepak
Pattern dari mana plak ni????


Ini pattern lukis sendiri :P, godek2 kat google untuk tengok contoh yang ada dan sesuaikan ikut citarasa sendiri, tambah garam gula secukupnya hihihi, panaskan kuali, dan goreng sampai garing :}]

Saya dok plan2 apa yang nak dibuat weekend ni...
#Bantal = 2 toddler sizes, 3 baby sizes, 4 bolster
#Sarung bantal - 1 toddler 1 baby 2 bolsters
#Sarung bantal 16x16 inch
#Telekung pouch - pink & purple
#Quillow cars theme - 1
Isk isk... sempat ker nih? Dalam hati nak buat owlie lagi nih hihihi


Jom dengar Tafsir Surah 52 At-Thur dipagi Jumaat yang mulia ini...





Regards;
 

Thursday, September 26, 2013

Owlie the burung hantu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Please meet.... The Owlie


A quick theraphy sewing (ala2 tak sedar diri banyak order nak kena siapkan hihi)
Asalnya nak buat sarung bantal tempahan, tapi bila matchingkan dengan kain semuanya rasa mcm tak seswai... terus divert jahit so owlie ni jadinya hihihi...

Definitely this is not the owner of this cute owlie yerr hihi..

Kepada kawan-kawan yang teringin nak jahit owlie ni, silalah tengok kat sini yerr http://hammerandthread.blogspot.com/2010/07/owl-stuffies-tutorial.html
Tak susah pun nak jahit, took me about an hour to finish everything...

Jom kita cari ilmu...
Hikmah 56.Jangan berasa gembira atas perbuatan taat.
Kawan-kawan...
Pernah tak rasa syukur kerana kita solat, dalam ramai2 manusia, Allah pilih kita untuk sujud kepadaNya, Allah bagi kita kekuatan untuk menggerakkan sendi2 dan tulang belulang kita untuk sujud kepadaNya.. sedangkan asal kejadian kita, kita ini tidak mampu melakukan satu apa pun kecuali dengan kurniaanNya
لاحول ولا قوة الا بالله 
Ya Rabb... Alhamdulillah.

Moga dapat manfaat..
Jom jaga adab kita
Wassalam
Regards;

Wednesday, September 25, 2013

Monday, September 23, 2013

Lots of LOVE, Lots of Tips, Tricks and ops! trapped

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat kembali bertugas. Say NO NO to mood cuti... be happy on Monday 

Flashback weekend yang ditinggalkan semalam, seronok sebab rasa sangat energetic... dan sangat produktif (end of the day.. melepek! haha)
Sempat finish off 3 quilt ni tau hihihi
Basting-Quilting -Binding & Showing (off)

Yang jadi mangsa, the girl behind the quilt (kena pegang quilt elok2 to get better picture...alahai cameraphone je pun!)


Macam nampak cepat & senang jer nak quiltingkan? Trust me, before this, asal ingat nak quilting jer, rasa lemah lutut, sebab akan banyak sesi tetas menetas. Mulalah, sambil menetas, verangankan mesin mahal2, dengan built in walking foot bagai hahaha...
BUT,
Recently, I read somewhere in FB, cant remember which quilt/sewing group, someone share about using non-stick foot for quilting using hi-speed. Maka semangat berkobar2lah makcik mencuba non-stick foot yang dah sekian lama terperuk kat dalam drawer sewing machine tuh.
Walllaaaaaa.... sungguh best. tak perlu dah risau pasal fabric atas & bawah tak sama (pada yang pernah cuba quilting mungkin paham maksud saya ni kan, pada yang tak paham, just ignore je lah hihihi)
So kepada kawan2 quilters yang guna mesin hi-speed, trylah tukar footer kepada 'non-stick' bila quilting.
Terima kasihlah kepada yang sudi share ilmu itu, saya pun dah tak ingat siapa huhuhu.... dan ini saya share plak kat sini, mudah2an ada manfaat jugak pada yang lain.

Update: kepada yang mungkin tak tau camna non-stick or teflon foot for industrial sewing machine, saya punya camni..
gambar : pinjam dari cik google
Mesti ada yang tertanya2, tak boring ke dok mengadap mesin jahit jer sepanjang weeknd kan...
Actually banyak lagi aktiviti weekend saya selain menjahit... antaranya
Swimming 
makcik dah terrorist benor dah bab berenang breaststroke la ni (ayat ngengada kan!), dah boleh non-stop 3 round kolam renang tuh. Tapi mokcik fail bab berenang freestyle, 2 kali stroke jer tenggelam hahahaha, maka dengan gigihnya belajar freestyle, cikgunya adalah si Izzah hahaha... awat ntah, asal saya pusing kepala jer, air masuk telinga uhaaaaa.. (usaha tangga kejayaan)
Cooking
- This week try rebus kacang kuda for fitrst time guna slow cooker... wahhhh senang gitu, turn (on) and tinggal kekdahnya, lepas 3 jam dah lembut
- atas permintaan Izzah, sekali lagi masak gulai patin tempoyak, padahal last week masa kat kampung dah 3 hari membedal patin tempoyak, alang2 buat seperiuk dan bagi jiran2 yang sangat suka dengan patin tempoyak
- Yummy bread pudding with custard sauce 
- Kacang pol...... kegemaran saya & hubby, tapi Izzah langsung tak suka. Sejak ada grinder ni, daging cincang pun buat sendiri, senang gitu.... cari daging yang paling cun, batang pinang.. so takdelah ada tergigit urat macam beli yang readymade
Jogging
Alahaii... setakat se-round  taman tasik metropolitan yang busuk itu. DBKL nned to do something on this polluted tasik, rasanya few months ago, before puasa, kami kesana, airnya masih jernih lagi.
Attending kenduri huhu
Kepada pengantin, moga bahagia ke anak-cucu
Shopping
Apa lagi kalau bukan shopping barang dapur kan.. best pergi shopping time orang belum dapat gaji, next week kita dok diam2 kat umah yerr, kalau nak beli apa2 beli kat kedai runcit kat depan tu jer lah..

Amboiiii panjangnya citer mokcik..
sampai jumpa lagi k
Wassalam

Regards;

Wednesday, September 18, 2013

Si comel yang comel

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sharing gambar gambar budak comel ni je lah hari ni yerr


Telekung baru buat Khalishah
Muka masam nih hahaha

Kak Long inteprem sama yerr


Body telekung ni hijau muda, dipadankan dengan ruffle love colourful, telekung ni saiz S, just nice untuk si Ica yang baru berumur 2.5 yrs ni..

Teringat plak gambar raya diorg niiii
Pada kawan-kawan yang berhajat nak tempah telekung kanak-kanak, boleh tengok detail di sini yer http://blogrimbun.blogspot.com/p/tempahan-telekung-kanak-kanak.html
Kalau suka dengan design ni, just mention nak "Telekung Hijau Ica" (nama tak komersil sungguh hahaha)

Wassalam


Regards;
 

Tuesday, September 10, 2013

Sepetang bersama XXL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

List projek sendiri ni banyak, salah satunya nak menghabiskan saki baki kemaja XXL my roommate. Hopefully he will say good bye forever to this size of shirt hihihi. 

Seronok potong memotong sesuka hati nii tau.. tapi agak complicated jugaklah kerjanya, walaupun nampak best

First kena cabut segala butang yang ada, boleh recycle yer...


Then tetas jahitan yang boleh dibuka & gosok bagi licin, senang nak potong


Jom kita potong dan potong dan potong


Horeyyyy.. lots of 9.5 inch squares here
(just for record : I got 17 pieces of 9.5 inches square from a XXL shirt)

Kita cantum dan cantum in random
Saya cukup berhati-hati takut ada yang sama warna side by side..

Tekkkkkkk! (bunyi buzzer tuh hihi)
Makcik tetap buat salah...

The one and only mistake that I made..

This was made from 90 pieces of 9.5 inch squares
10x9=90
Approximately 5 and half pieces of shirt terkorban hahaha
Hajat hati nak buat selimut queen size, sebab sebelum ni dah buat 2 helai selimut single size.
Backing saya plan nak letak fleece jer, bukan fleece yang kat kamdar (by meter) tuh tau, saya guna fleece yang lembut macam material furry buat plushie/doll tuh. Feeling warm gitu.

Ok malam ni cantum dengan backing plak
Malam esok boleh basuh
Malam lusa boleh pakai vavavavava.. konpiden benor mokcik ni

Semangat gitu... nak ambik semangat menjahit ni kena jahit barang sendiri dulu, Dah ada beberapa order yang masuk, so kena cepat2 habiskan projek sendiri ni dulu, baru senang hati

Wassalam


Regards;
 

Monday, September 09, 2013

September 1000 Pillowcases Drive

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada kawan-kawan crafter semua
Jom tambah pahala dengan projek jahit  sarung bantal niii

Pada yang tak tau menjahit atau takde mesin jahit, pun boleh menyumbang, iaitu dengan cara belikan kain or sumbangkan dalam bentuk wang ringgit



Their website http://www.gmjclub.com/

Projek saya semalam... 




Kalau ada kawan-kawan yang berhajat untuk menyumbang melalui saya, boleh jugak pilih kain yang ada dalam simpanan saya (nanti saya bagi by email), nanti saya akan jahitkan dan hantarkan. Dalam kepala dok calculate berapa RM ler hihihi.. 
Ok untuk fabrik japanese cotton (local) RM20.00 or US Designer RM45.00 untuk satu sarung bantal termasuklah kos pos ke GMJ. Saya akan hantar sekali dengan sumbangan saya nanti.
For info, sehelai sarung bantal berukuran 29x19 inci memerlukan 1 meter kain :)
Limited time jer yer.. itu pun kalau ada yang berminatlah kan.

Wassalam...


Regards;
 

Bebelan Monday... Ikhlas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Its Monday again... I love Monday


Tetiba hari ini nak membebel ler plak hihi.. Nak membebel pada diri sendiri

Saya pernah begini uhukuhuk:
“susah payah aku tolong kau, bila aku minta tolong banyak benor alasan”
“time susah kitalah kawan, time senang terus dilupakan”
“Dah Berjaya, sedikit pun tak ingat nak appreciate pertolongan kita”

image from internet
Actually banyak juga terbaca keluhan orang pasal pertolongan yang tidak di dihargai ataupun tidak berbalas, termasuklah diri sendiri.
Menolong orang dengan harapan di balas, most of the time bukanlah mengharapkan penghargaan kewangan tetapi, harap agar mereka membantu dikala kita memerlukan, betul tak?

One day saya terdengar satu cerita (tak ingatlah bila), yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew kalau tak silap dalam ruangan Islam Itu Indah di ikim.fm... cerita pasal Saidina Ali & Saidatina Fatimah yang Allah nukilkan di dalam alQuran, surah al-Insan ayat 8-11

Al kisahnya pada hari pertama mereka hendak berbuka puasa,  yang ada hanyalah sekeping roti, tetiba datang seorang miskin meminta makanan, maka mereka memberikan kesemua makanan yang mereka ada
Pada hari kedua pula, ketika hendak berbuka puasa dengan sekeping roti juga, datang pula seorang yatim meminta makanan, maka mereka memberikan kesemua makanan yang mereka ada
Dan pada hari ke tiga  pula, ketika mereka hendak berbuka dengan sekeping roti, datang pula seruan agar mereka membantu memberikan makanan kepada orang tawanan, dan sekali lagi mereka memberikan apa yang ada.

(8)Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan
(9)(Sambil berkata) “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap sebarang balasan dan ucapan terima kasih daripadamu”
(10) “Sesungguhnya kami takut akan azab Tuhan pada hari orang yang bersalah berwajah masam penuh kesulitan”
(11)Maka Allah melindungi mereka daripada kesusahan hari itu dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan

INSAFLAH... percaya tak bila ada orang meminta pertolongan dari kita.. sebenarnya Allah nak bagi kita kebaikan. Seperti kisah keluarga Rasulullah ini, sebenarnya Allah nak bagi mereka kegembiraan di akhirat nanti, sebab itu Allah datangkan orang miskin, yatim & orang tawanan, untuk mereka berbuat kebaikan.
(Ya Rabbi, ceteknya perkiraan ku sebelum ini kerana menyangka bila ada orang meminta bantuan, meraka hanya ingin mengambil kesempatan dan mengurangkan harta benda ku)

Bersyukurlah kepadaNya.. kerana sebenarnya mudah sahaja bagi Allah nak bagi orang lain yang mendapat kebaikan tersebut, tetapi Allah pilih kita (Ya Rabbi Alhamdulillah).

Dan bantulah ikhlas kerana Allah, tidak mengharapkan balasan hatta ucapan terima kasih pun dari sesama manusia,  tetapi semata-mata kerana mengharapkan agar suatu hari nanti Allah yang akan membantu kita.

Sedarlah mereka itu manusia biasa yang ada keterbatasan waktu dan kudrat, mungkin di waktu kita perlukan bantuan, mereka memang betul2 tidak mampu membantu. Jadi haraplah bantuan dari Allah kerana Dia sentiasa ada, sentiasa hampir dengan kita.

Dan perlukah kita minta penghargaan dari manusia? Perlukah kita rasa kecil hati bila pertolongan kita tidak disebut-sebut? Leave it to Allah, kerana Allah tidak akan lupa kebaikan kita, sudah pasti! jika tidak di dunia, di hari pembalasan nanti ianya akan di sebut. 
Mahukah kita dik kerana mengharapkan penghargaan manusia, Allah padamkan kebaikan tersebut di akhirat nanti... padahal waktu itulah yang paling penting dan kritikal. Sedangkan di dunia ini kalaulah kebaikan kita tidak disebut, tidak luak sedikit pun kita kan.

Sekadar luahan hati buat diri sendiri yang banyak sangat kelemahannya.
Andai ada yang sudi membacanya, moga dapat serba sedikit kebaikan.

Opsss.. ini bukan part of marketing plan yer.. hihi baru2 ini saya terbaca yang kalau sesiapa yang pernah menghadiri kelas/seminar internet marketing plan, antara tips nak dapat ramai pengunjung adalah dengan banyakkan posting pasal agama. OOO patut ler yer, banyak share pasal agama kat page jualan ni... manalah ku tahu, sebab blog saya ini sebenarnya bukanlah untuk tujuan komersil. Lebih kepada perkongsian, tapi at the same time, saya turut ambil order kecil-kecilan... yang mana kekadang tuh saya lebih rasa seronok bila takde order hahahhaa.. (camno nak di komersilkan)


Regards;

Friday, September 06, 2013

Planket = Blankow = Quillow

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aktiviti bilik jahit saya.. dua tiga malam nak siapkan satu blanket ni hihi.
Tempahan blanket sebenarnya, tapi saya suggest kat buat :
Blanket+Pillow=blankow
or 
Pillow+blanket=Planket
pilih mana sedap nak sebut yerr

Blanket top saya letak cotton dengan simple patchwork jer
Backing plak guna fleece, kain selimut yang gebus tuh.
Actually selimut fleece ni saya beli saiz single kat kamdar (tak jumpa lagi yg jual by meter)
since ini selimut saiz toddler, saya potong dua, so dapat saiz 40 x 64 inci.

Ada hidden pocket disini..

Jom wat "magic" skit..

Selimut di lipat 3 memanjang...

Terbalikkan poket.. tadaaaaaa...
Saya jahit applique A for...... Aulia
Applique tuh guna felt je pun, handstitch.

Gulung/lipat blanket then...
Masukkan dalam poket..

Maka jadilah....
PILLOW

Sangat sesuai untuk travel... 

Kalau kawan2 nak try jahit sendiri, boleh tengok tutorial kat sini yerrr.. 
Actually banyak lagi tutorial lain, boleh search QUILLOW (Quilt+Pillow)

Wassalam

Regards;
 

Thursday, September 05, 2013

Thursday Talk

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
29 Syawal 1434

Dah akhir Syawal nampaknya kan, kawan2 dah habis puasa sunat syawal?

Nampaknya dah makin sunyi blog ni kan, aduhai mokcik bizi benor.
Ditambah plak secubit perasa malas sesedap rasa hahaha.

Harapnya tidak terlambat untuk mengucapkan:
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56, 31 Ogos 2013

Emm adakah saya sahaja yang rasa agaknya? Sambutan kemerdekaan tahun ini agak suam2 kuku kan! Tak ramai yang kibarkan bendera (termasuklah saya hihihi)

Tambah plak kehangatan cerita kenaikan harga petrol huhu.. cerita merdeka terus sejuk kut erks..
Kat mana2 orang dok sibuk cerita pasal kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga petrol, betullah tuh. CONFIRM harga barang akan naik.
Kalau dulu2 pergi shopping (cerita masa Izzah kecik2) dengan RM100 tuh boleh cover seminggu dah, penuh tangan dah bawa barang dapur.
Now dah jarang2 sangat bayar less than RM100.

Kalau nak mengomen or mengomel pasal kenaikan harga petrol ni memang takde kesudahannya, macam2 fakta, macam2 soklan timbul nanti kan... so saya ambik langkah berdiam dan berlapang dada je lah.
Kalau ikut DIRECT impact saya skit jer, saya isi full tank viva 2 kali sebulan, sekali isi dalam RM51++, sebulan saya spend RM102, so saya kena bayar extra RM11 lah (hihi sebenornye saya tak bayar pun, guna duit plastik jer, plastik tuh plak orang lain yang bayarkan)
Chain effect plak.. offcoz sayur2, ikan dan ayam akan naik rege. Cuma kami jarang makan di luar, so kalau teh tarik naik doploh sen ker, pat posen kerr.. kami pun tak sedar sgt (erks! bila last minum teh tarik yer, before puasa kut).

Oklah.. kita tinggalkan cerita RON95 tu yerr..
Now nak tayang gambar tetamu comel saya last week



Best peluk budak sorang niii.. semangat.
Baik plak tuh, sekali dua jer merengek... tak pernah plak menangis melalak

Ini plak hasil keras tangan yang dah lama siap, tapi tak jugak ambik gambar hahaha..
A scrappy pillowcase

Setakat disini dulu yerr... sampai jumpa lagi
Wassalam

Regards;