Jumaat, September 26, 2014

DIY sewing for baby...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Bertemu kembali..

Dah takde cerita lain dah kan.. cerita jahit barang baby jer kerjanya..

Nak menjahit pun bukanlah larat sangat, balik kerja je nak kejarkan kedapur sebab lapor, dah makan, mulalah mata nak pejam..
Penat jer memanjang...
Nasib baik sejak tidur agak nyenyak dimalam hari, pagi2 takdelah rasa lemau sangat
Begitulah kut, bila mengandung di hujung-hujung usia ni.. mana nak sama masa muda belia kan

Tapi.. macam biasa ler, tukang jahit tak pro nih memang hajat besor, semua mende nak jahit sendiri hikhik

Kita mulakan dengan yang senang dululah...

Arituh mengemas barang2 jahit, jumpa balik span mampat (tak tau ler orang panggil apa nih) dulunya buat awning tudung... ingat tak pada zaman dahulu... (hik hik.. macam citer sang kancil plak) kan ada tudung yang awning span tuh.

Dah outdated dah awning span nih... tapi rasa-rasanya ada guna untuk baby baru nanti..

Tadaaaaa


Waterproof diaper change mattress
Kat tengahnya saya gunakan span mampat tuh
So dengan harapan, kalau terpaksa baringkan baby kat atas lantai or permukaan yang kurang rata, span tuh ada sebagai alas




Belakangnya plak saya gunakan PUL fabric hijau, aisshh bila belum tau boy or girl (nak g scan 4D pun malas), maka saya pilih warna universal je lerrr

Binding tuh plak saya gunakan tali beg nylon... nak sangat waterproof semua kan hihi.. bukan apa... kalau kena air kencing ker.. senang nak basuh dan senang kering (erkss agaknya ler)

Tengah fikir2 nak letak snap button supaya bila lipat kemas skit, tengah mencari idea dulu nih, nak lipat 2 or lipat 3..

Kalau sesapa tercari2 span tuh, kut nak buat satu untuk baby kan.. ni saya sertakan gambar.. pernah jugak saya gunakan untuk buat tapak kasut/selipar... alaa selipar dalam rumah tuh :-) 

Oklah.. till we meet again..
Jangan serik yer ke blog saya nih... asyik citer pasal jahit barang baby jer :-P

Wassalam

Regards;

Jumaat, September 19, 2014

DIY Maternity Pillow

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Salam Pagi Jumaat.. sayyidul ayyam

Hari yang cerah.. saya bangun pagi pun agak bersemangat hihihi

Mungkin faktor tidur yang agak nyenyak kut semalam emmm.. mungkin disebab tidur dengan teman baru saya nih.. sempat siapkan malam tadi hihii

Diperkenalkan... my DIY Maternity Pillow
setelah review banyak tutorial dari mr google, akhirnya saya hentam karam dengan my own paten jer... 

Yang penting, saya nak menggunakan bantal kepala yang sedia ada...
Saya nak supaya back support and tummy support tuh taklah bergerak2 bila saya berpaling ke kiri or kanan huhuhu.. makcik memang cerewet

Akhir jadi jugaklah.. seperti yang dihajati


Disebabkan tak tau berapa kilo fiber yang perlu digunakan, saya beli 3 kilo.. tapi rupanya pakai cuma sekilo lebih skit ler. Bantal ni tokleh keras sangat, nanti kang menekan perut plak. So kalau fiber tuh kempis, kendian kendian kita tambah ler lagi...

Sebenarnya ter 'inspired' dengan pattern nih... nak beli satu tapi regenya kejung jap poket ni kang hihii... Compare dengan kos DIY, kain 2.5 meter + 1++ kilo of fiber... less than RM50 jer :-)

Dreamgenii 2 in 1 Pregnancy Support & Feeding Pillow

Ingat nak buat tutorial.. tapi entah macamana.. lupa nak ambik gambar hihihi
Takde rezeki lah nak share nampaknya...

OK.. sampai jumpa lagi...
Wassalam


Regards;

Isnin, September 15, 2014

Extended!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Ingat tak lagi tutorial telekung pink si Izzah yang saya buat 2 tahun lepas?
Boleh tengok kat sini.. http://blogrimbun.blogspot.com/2012/06/telekung-pink-vogue-p-with-tutorial.html

Telekung ini memang antara telekung pilihan Izzah. 
Rasanya ada jugak kawan2 yang berjaya buat telekung guna tutorial tuh kan... terima kasihlah kerana mencuba, moga dapat jugalah saya menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat bekalan di dunia akan datang.

Sejak masuk darjah 6 nih, Si Izzah nih dah bertambah ketinggian dengan cepatnya, kain sekolah pun dah singkat.

Termasuklah telekung nih... Tapi masih boleh pakai, sebab tang muka masih ok lg... dari situ saya terfikir nak melabuhkannya.. buat extention gitu hik hik

Dah lama terfikir, semalam baru berpeluang untuk menjahitnya.. taraaaaa
Saya tambah 5 inci kain polkadot pink tuh, memang matching betul dengan body telekung tuh. Nasib baik kain ok lagi... nanti2 kalau kain dah singkat, umi tambah plak kat kain hikhik..

Sempat jugak saya bereksperimen dengan menggunakan getah 1/2 inci untuk muka telekung Izzah.. emmmm mcm lagi selesa jer budak ni pakai.....
Hikhik.. sapa kata anak tukang jahit untung?
Untung ler kut.. selalu pakai telekung disambung2.. selalu pakai telekung eksperimen hihi
Nasib ler anak tukang jahit kan...
So.. kalau mak2 yang suka berjimat, since takde sapa yang akan inherit telekung ni nanti, bolehler main sambung2 camni :-P
Bukanlah kedekut, tapi kita mungkin ada duit untuk membeli sesuka hati kita, tapi kita kena ingat, sumber kita adalah sesuatu yang mungkin takde penggantinya... dan milik semua orang. Preserving resources for future generation

Oklah sampai disini dulu.. wassalam


Regards;

Makan dan makan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Good morning..
Mood cuti, tapi pergi jugak kerja. Yang bestnya jalan clean n clear
20 minit jer dah sampai ofis..
Cuti sekolah + esok public holiday kan.. mesti ramai yang sambung jer bercuti harini.

As at today.. saya dah pun 23 weeks 5 days..
Dah hampir nak masuk 6 bulan dah... another 16 weeks to go
Si kakak ni memang excited sangat dah nak tengok baby, nak main dengan baby. Hari2 dok risau nanti baby nak tinggal dengan sapa, risau sebab tengok baby kat taska tuh selalu kena marah dan kekadang dibiarkan menangis oleh bibik.  Ni buat seriau nak hantar taska nih... Sikakak jugak sibuk melobi suruh umi duduk rumah jer.. ahaksssss

Macam biasa, cerita seterusnya, cerita pasal makan kiki... mana ntah perginya projek craft.
Pagi2 bangun tido jer perut dah berkeroncong, baby kat dalam pun dok tendang2 hihihi
Asal lapar jer mesti aktif menendang. Nak bgtau dia lapar jugak ler tuh
Umi ni dah makin montel... dari dulunya 49kg, now dah 59kg huuhuu


Yang ini plak roti puri, kawan2 WA group suggest resepi nih.
Memang sedap ler roti puri nih, rupanya kat kedai mamak ada jual gak. Si Izzah makan sampai berkeping-keping, last2 tinggal sekeping jer untuk ayah, nasib dapat diselamatkan sekeping tuh hihi

Sajer nak letak resepi, sebagai ingatan diri sendiri, sebahagian saya dah alter skit dari resepi asal...

ROTI PURI

3 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
2 SB susu pekat manis (bancuh sekali dengan air)
1 SK yis kering
3 SB minyak jagung
Sedikit garam

Campur semua dalam bekas kecuali air. Masukkan air sedikit2 sampai adunan boleh diuli. Rehatkan sekejap, Bulatkan kecik2, nipiskan dengan tangan dan goreng dalam minyak panas.

#Air tuh memang kena masukkan sikit2, arituh saya masuk semua sekali, kena tokok tambah tepung plak sebab agak lembik
# Nipiskan dengan ketebalan sederhana (agak2 1/4++ inci kut), kalau terlalu nipis jadi rangup plak, kalau terlalu tebal, tak kembong plak
#Boleh makan dengan kari ayam/daging or macam saya, makan dengan sambal sardin. Izzah plak makan dengan gula
# Disebabkan adunan agak lembik tuh, herot2 roti puri ku hihih... tak berapa cun. Lelain kali bole sedikitkan air dan buat bulat2.. cun2 :-)

Dah masuk musim kenduri kahwin kan... walaupun belum cuti sekolah. Setiap minggu ada jer jemputan. Semalam kami ke Jln Semarak, next week balik kampung, ada kenduri saudara plak...

Selamat pengantin baru pada yang akan melansungkan perkahwinan
Selamat semuanya yerr
Wassalam...


Regards;
 

Jumaat, September 12, 2014

Terima Kasih.. Syukran..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sejak dua menjak dah habis tempoh "blackout" nih.. selera makan semacam plak.
Last check up berat turun 500gm, tapi rasanya next check up memang bert mencanak naik. Selang sehari saya menimbang, dah naik 4kg huhuhu... mokcik udah gomok


Pantang besar dah ber BW ke blog2 resepi.. tengok makanan macam nak meleleh ayaq liyuq jer kikiki

Ni hasil dari ber BW


Apam pisang gula merah, aishhh tak ingat dari blog mana... sedap ler... makan tak renti. Nasib baik separuh bagi kat jiran sebelah.

Hasil dari merasa roti officemate, ku gagahi ke bakery shop.. cari tepung hi-protein.. tetiba jumpa unbleached hi-protein, seronoknya.
Maka keluar selimut ler BM ku ini... 

Yum yum... 
Roti nih memang sedap.. recommended ler untuk dicuba... 

Oh ya...
Entry ini sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang hantar buku ini..

Katanya buku ini milik arwah bonda beliau, tapi since takde siapa yang minat menjahit, buku ini terbiar sahaja, so disedekahkan kepada saya wink wink.. Syukran Jazilan..

Kepada kawan-kawan duduk area Temerloh, dan nak tempah kek, roti etc etc.. boleh tengok blog ini http://ovenpanas-huda.blogspot.com/, walaupun blog mcm dah lama tinggal, tapi tuannya aktif membaking...

Sekian.. sampai jumpa lagi. Wassalam


Regards;
 

Tangkap mood jahit beg...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Tayang gambor dulu yerr...


Dalam suasana sedikit kecewa dengan isu semasa, yang melibatkan kami hikhik..
Isu BOCOR lerrr.. apa lagi

Maka terpaksalah Izzah postpone hajat nak bergembira tengok TV dan baca novel lepas habis PSRA.. dah nak kena pergi sekolah gak sampai habis Kertas Sains dan English kan.. kesian anak umi

Kita ceriakan diri dengan beg barulah..
Dah lama request, tapi baru ni umi sempat buat.. itu pun time cuti tunggu anak umi UPSR. 
Bestkan duduk rumah.. fefeling jadi surirumah.. erkss sehari je lah pun

Kita zoom skit huhu



Khas untuk anak umi.. made from heart.. 
Suka sangat tuannya sebab warna pink, walaupun asalnya request nak ada Eifel towel.. tapi design eifel tuh agak malap.. rasanya tak sesuai dengan jiwa anak umi hihi

First time buat design macam ini dan takde refer mana2 tutorial.. harap dok imagine dalam kepala jer, nasib baik jadi.. fuh!!!

OK.. sampai jumpa lagi...
Masa agak terhad nak update blog selalu uhuk uhuk

Regards;
 

Rabu, September 03, 2014

WW 3-9-2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم





Regards;