Isnin, Disember 29, 2014

BANJIR - Tempahan di tutup

Assalamualaikum semua...

Adalah dimaklumkan saya menutup semua tempahan telekung buat masa ini.
Seperti yang saya maklumkan bahawa telekung2 ini dijahit oleh adik saya di Temerloh. Berikutan banjir besar di Temerloh.... saya pun tak pasti bila boleh siapkan tempahan. Tambahan pula air tengah naik... kalu berterusan, ada kemungkinan stok kain dan mesin jahit pun akan rosak. Pertama kali dalam sejarah hidup saya ni... air naik sampai rumah kami.

Pada yang dah bayar deposit untuk tempahan, saya akan email anda semua untuk refund deposit.

Harap kawan2 semua faham dengan situasi kami sekarang. Insyaallah kami akan buka kembali tempahan bila keadaan dah pulih seperti biasa.

Doakan famili saya dan saudara mara sahabat handai di Temerloh dipermudahkan urusan dan selamay semuanya.
Terima kasih
Wassalam

Rabu, Disember 03, 2014

Welcome on board 28.11.2014

Assalamualaikum kawan kawan...

Lamanya tak update blog kan...

Bizi dengan kehadiran ahli baru
Walaupun dilahirkan premature at 34 weeks... alhamdulillah. .. baby sihat dan boleh balik rumah. Syukur sangat. Nanti2 kita citer lg k.
Wassalam

Isnin, November 03, 2014

DIY Sewing for Baby


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Aktiviti hujung minggu... 
nak berjalan2 n shopping tak berapa nak larat. Walaupun ramai kata beli barang kat expo lagi murah. Tapi dok fikir2 pasal orang ramai, nak jalan jauh, nak makan etc etc... adalah lebih baik dok rumah depan mesin jahit je ler hihi

Ini pun projek yang dah lama..
Cari balik kain cotton knit yang saya simpan jer selama ini.. Belek balik majalah2 Sew Hip yang lama.. tetiba tengok paten topi nih... cantik gak kan, simple gitu : Bear Baby Hat


Ramai yang tertanya2... baby boy ker hihihi
Sebenarnya.. ini je lah kain yang ada, tak banyak pilihan sangat pun, Rasanya gegirl pakai pun ok je kan,,, ihik ihik.. doktor kata tuan punyanya gegirl.. tapi apa pun saya reserve dulu, sebab scan biasa jer, tak pergi buat scan 4D pun. Takut ler kut doktor tersalah tengok kan.

Walaupun baju dah banyak (Wafiy punya), tambah plak saya ada beli 2 pasang yang baru, tap nak jugaklah try buat sepasang. Rasa best bila dapat buat sendiri.



Ada sesapa nak try Kimono Baby dress ni?
Boleh download free pattern dari sini http://www.sewlover.com/clothing/kids/2013-08-09/171.html
Actually banyak jugak pattern kat internet, tapi yang ni lebih senang nampak gayanyer kikiki

Ini plak seluar...
Nampak macam comel sangat kan.. dalam hati dok tertanya2 muat ker hihihi


Barut yang ada pun dah banyak, tapi mak ni over kiki, gunting gak 5 pieces yang baru. Kain flannel yang ada pun cuma pink tu jer... nak ke Kamdar lagi dah tak larat.. takat ke Nagoya kat AEON Big Wangsa Maju tuh boleh ler. Tapi printed flannel kat nagoya tuh saya tak berapa suka... kualiti kureng skit, kalau plain ok jer.


Then kat bawah barut tuh saya buat hooded bedung. Yang hijau tuh flannel, backing dengan cotton. 

Kemas punya kemas.. terjumpa bantal kekabu yang kak long pakai.. dah lebih 12 tahun usia bantal nih huhu
Ini kekabu kampung yang tak kempis, memang bagus sangat.
Batang bantal yang dah comot tuh saya tukar baru... ambik kekabunya jer 
Then dapat idea dari kawan2 kat FB, gunakan minky sebagai pillowcase.
Simple pillowcase jer pun.. tapi terasa gebuzzzzzz nyer. Kak long pun berminat jugak untuk sarung bantal minky nih hihihi. Nak sama dengan adik dia nanti. 
Kak Long memang excited nak dapat adik, almaklum dah 12 tahun sorang2 jer kan... tak sabar2 dah nak suruh adik keluar hihi. 

Moga selamat semuanya nanti
Wassalam


Regards;
 

Jalan-jalan lepas lepas PSRA, tapi belum abih UPSR hihi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Cerita lama.. baru sekarang nak update diblog.
Walaupun UPSR tertunda2, tapi kami dah rancang awal, hotel pun dah book. Izzah pun bukan semangat sangat dah dengan UPSR hihi. 

Plan asal nak ke TRAP di Sungkai jer, masuk on Sunday, nak dapatkan on weekend asyik penuh jer.
Tetiba hubby kata tak best plak Sabtu tak duduk kat rumah jer, alang2 pergi Cameron dulu, then Ahad baru ke Trap.
Hari Jumaat malam baru booking hotel di CH kikiki


Sampai ke CH pun dah petang, check in hotel, relex2 jap, turun makan n terus ke pasar malam. Jalan kaki jer pun sebab dekat jer dengan hotel. Tapi mokcik ni tak berapa nak rut (orang Pahang mesti faham kikiki). Lepas pusing pasar malam terus balik ke bilik... huhuhu nasib baik.. lepas tuh hujan lebat. Tak terbayang camna ler those yang bawa baby tuh kan.

Esoknya lepas sarapan singgah jap kat Time Tunnel, Izzah sibuk nak kutip strawberry. Rasanya harga strawberry kat pasar malam memang lebih murah ler. Izzah memang sibuk dengan strawberry cecah coklat je lerr huhu. Rasanya lebih 60 hengget beli strawberry jer. No more keychain or mende2 yang tak berapa berguna tuh.
Then teruskan perjalanan ikut Simpang Pulai, singgah KEA Farm, singgah makan homemade ice cream etc etc...
Takde lawatan beriya sangat pun, sesaja berjalan2 jer

Petang dalam pukul 5 baru sampai di Felda Hotspring Sungkai
Lepas check in semua, terus ke hotspring
Tapi dah nak tutup pun, dapat jalan2 and tengok2 jer.

Penginapan di hotel tersebut termasuk tiket hotspring for 2 days, so.. no worries.. esok boleh masuk lagi.

Pagi2 lepas breakfast kami dah pun ke kolam hihihi
Seeee.. takde orang pun lagi, punyalah susah nak suruh si Izzah ni bangun


Tempat ini kami yang punya hahahahaha
Izzah main sorang2 jer tuh kiki. Dah last2 ada beberapa orang budak main sama-sama dengan Izzah kat situ

Nasib baik masak telur awal2, lepas tuh ada yang masak telur sesarang huhu.. jenuh nak menunggu
Makan telur sampai rendam kaki.. best
Nak berendam badan malas ler plak

Overall, TRAP kat Sungkai ni oklah... out of 10 saya bagi 7 kut.
Sebab tak banyak sangat tarikan untuk budak2. Tapi memang masih mengekalkan hutan semulajadi, Kalau buka malam, macam Tambun lagi best kut kan.

Sekian melaporkan... sebagai rujukan dimasa depan hihi




Regards;

Jumaat, Oktober 24, 2014

Tempahan Telekung Kanak-kanak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dah lama tak post pasal telekungkan...
Antara yang terbaru disiapkan.. ada jugak yg tak sempat nak ambik gambor kikiki


Pada yang nak tempah, sila email yer.
Tapi kekadang saya agak sibuk dan agak lambat reply... minta maaf banyak2.
Kekadang rasa dah reply, tapi tak reply lagi huhu.. sekali lagi maaf
Sejak dua menjak ni macam tak dapat nak fokus sangat, kerja di ofis banyak.
Apa2 pun insyaallah, ada masa lapang skit saya akan reply ok. TQ semua


Regards;

Selasa, Oktober 07, 2014

Salam AidilAdha..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Hari ini 12 Zulhijjah.. masih lagi di suasana aidiladha..
Masih lagi kedengaran takbir raya
Masih lagi banyak acara korban dijalankan

Alhamdulillah... aidiladha kami tahun ini disambut di Temerloh, balik hari Sabtu, mengharungi jem selama 4 jam, baru sampai ke Temerloh yang kalau biasanya tuh cuma sejam setengah huhuhu..
Tension ker? Entah ler... biasa jer.. cuma sakit pinggang ler nak sampai ke rumah mak.

Seperti biasa.. adidiladha di tempat kami disambut secara sederhana sahaja, kunjung mengunjung pun ala kadar jer. Selalunya lepas solat raya, kaum adam akan tukar baju dan ke masjid semula untuk membantu melapah, tapi tahun ini agak kurang meriah sebab tak ramai yang melakukan korban.

Dapat jugaklah seplastik daging korban, emmmmm baru rasa, walaupun kita mampu nak beli daging, mampu nak makan daging setiap hari pun, tapi bila dapat daging korban.. happy nyerrrrr.. apatah lagi kalau mereka yang memang tak mampu nak beli daging kan.. insyaallah.. kalau diizinkan, tahun2 akan datang akan cuba buat sendiri korban, selain dari buat di luar negara.

Minggu sebelum raya arituh saya tak berapa sihat, sakit perut cirit birit dan tak selera makan, last2 masuk air dan doktor bagi MC on Monday
Dah sihat skit sempatlah menjahit... yang sempoi2 ajer


Simple baby blanket dan juga burp cloth
backing guna flannel jer.. senang gitu


Ada jugak kekadang orang tanya apa guna burp cloth.. emmm actually nama jer yag terlebih gelemer kut kikiki... ianya lebih kepada sapu tangan untuk lap muntah baby gitu jer kan.. kalau tak silap saya ler... kalau silap tolong betulkan. So kalau guna tuala kecil pun ok jer kan.

Emmmm saya tengok list barang2 yang diperlukan untuk baby nanti, nampaknya senarai yang belum ada tuh dah bertambah pendek, 
Rezeki baby kut..
Tak mewarisi barang2 kakak, tapi banyak mewarisi barang2 cousin dan juga orang lain.
Barang2 yang dah ada :
NB diapers
Cloth Diapers
Barut
Swaddle
Rompers 
 Bib
Stokin & sarung tangan
Bantal
Tilam
Blanket
Tuala
Breast pump
Nursing cover
Diaper bag
Waterproff nappy change mattress

Yang belum ada (banyaknya optional kut kan.. jahit/beli time pantang/bila perlu pun boleh jer kut hihihi)..:
Baby quilt
Diaper stacker
Manual breast pump (rasanya nak beli gak satu, just in case perlu kan)
Kain lampin
Lain2 yang disposable macam baby oil, shower gel, wipes semua belum beli lagi gak huhuu


This week dah masuk 27 weeks, dah nak masuk 3rd trimester.... emmmm.. masih belum decide nak bersalin dimana :-)

Harap dapat buat pilihan yang terbaik



Wassalam


Regards;

Jumaat, September 26, 2014

DIY sewing for baby...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Bertemu kembali..

Dah takde cerita lain dah kan.. cerita jahit barang baby jer kerjanya..

Nak menjahit pun bukanlah larat sangat, balik kerja je nak kejarkan kedapur sebab lapor, dah makan, mulalah mata nak pejam..
Penat jer memanjang...
Nasib baik sejak tidur agak nyenyak dimalam hari, pagi2 takdelah rasa lemau sangat
Begitulah kut, bila mengandung di hujung-hujung usia ni.. mana nak sama masa muda belia kan

Tapi.. macam biasa ler, tukang jahit tak pro nih memang hajat besor, semua mende nak jahit sendiri hikhik

Kita mulakan dengan yang senang dululah...

Arituh mengemas barang2 jahit, jumpa balik span mampat (tak tau ler orang panggil apa nih) dulunya buat awning tudung... ingat tak pada zaman dahulu... (hik hik.. macam citer sang kancil plak) kan ada tudung yang awning span tuh.

Dah outdated dah awning span nih... tapi rasa-rasanya ada guna untuk baby baru nanti..

Tadaaaaa


Waterproof diaper change mattress
Kat tengahnya saya gunakan span mampat tuh
So dengan harapan, kalau terpaksa baringkan baby kat atas lantai or permukaan yang kurang rata, span tuh ada sebagai alas




Belakangnya plak saya gunakan PUL fabric hijau, aisshh bila belum tau boy or girl (nak g scan 4D pun malas), maka saya pilih warna universal je lerrr

Binding tuh plak saya gunakan tali beg nylon... nak sangat waterproof semua kan hihi.. bukan apa... kalau kena air kencing ker.. senang nak basuh dan senang kering (erkss agaknya ler)

Tengah fikir2 nak letak snap button supaya bila lipat kemas skit, tengah mencari idea dulu nih, nak lipat 2 or lipat 3..

Kalau sesapa tercari2 span tuh, kut nak buat satu untuk baby kan.. ni saya sertakan gambar.. pernah jugak saya gunakan untuk buat tapak kasut/selipar... alaa selipar dalam rumah tuh :-) 

Oklah.. till we meet again..
Jangan serik yer ke blog saya nih... asyik citer pasal jahit barang baby jer :-P

Wassalam

Regards;

Jumaat, September 19, 2014

DIY Maternity Pillow

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Salam Pagi Jumaat.. sayyidul ayyam

Hari yang cerah.. saya bangun pagi pun agak bersemangat hihihi

Mungkin faktor tidur yang agak nyenyak kut semalam emmm.. mungkin disebab tidur dengan teman baru saya nih.. sempat siapkan malam tadi hihii

Diperkenalkan... my DIY Maternity Pillow
setelah review banyak tutorial dari mr google, akhirnya saya hentam karam dengan my own paten jer... 

Yang penting, saya nak menggunakan bantal kepala yang sedia ada...
Saya nak supaya back support and tummy support tuh taklah bergerak2 bila saya berpaling ke kiri or kanan huhuhu.. makcik memang cerewet

Akhir jadi jugaklah.. seperti yang dihajati


Disebabkan tak tau berapa kilo fiber yang perlu digunakan, saya beli 3 kilo.. tapi rupanya pakai cuma sekilo lebih skit ler. Bantal ni tokleh keras sangat, nanti kang menekan perut plak. So kalau fiber tuh kempis, kendian kendian kita tambah ler lagi...

Sebenarnya ter 'inspired' dengan pattern nih... nak beli satu tapi regenya kejung jap poket ni kang hihii... Compare dengan kos DIY, kain 2.5 meter + 1++ kilo of fiber... less than RM50 jer :-)

Dreamgenii 2 in 1 Pregnancy Support & Feeding Pillow

Ingat nak buat tutorial.. tapi entah macamana.. lupa nak ambik gambar hihihi
Takde rezeki lah nak share nampaknya...

OK.. sampai jumpa lagi...
Wassalam


Regards;

Isnin, September 15, 2014

Extended!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Ingat tak lagi tutorial telekung pink si Izzah yang saya buat 2 tahun lepas?
Boleh tengok kat sini.. http://blogrimbun.blogspot.com/2012/06/telekung-pink-vogue-p-with-tutorial.html

Telekung ini memang antara telekung pilihan Izzah. 
Rasanya ada jugak kawan2 yang berjaya buat telekung guna tutorial tuh kan... terima kasihlah kerana mencuba, moga dapat jugalah saya menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat bekalan di dunia akan datang.

Sejak masuk darjah 6 nih, Si Izzah nih dah bertambah ketinggian dengan cepatnya, kain sekolah pun dah singkat.

Termasuklah telekung nih... Tapi masih boleh pakai, sebab tang muka masih ok lg... dari situ saya terfikir nak melabuhkannya.. buat extention gitu hik hik

Dah lama terfikir, semalam baru berpeluang untuk menjahitnya.. taraaaaa
Saya tambah 5 inci kain polkadot pink tuh, memang matching betul dengan body telekung tuh. Nasib baik kain ok lagi... nanti2 kalau kain dah singkat, umi tambah plak kat kain hikhik..

Sempat jugak saya bereksperimen dengan menggunakan getah 1/2 inci untuk muka telekung Izzah.. emmmm mcm lagi selesa jer budak ni pakai.....
Hikhik.. sapa kata anak tukang jahit untung?
Untung ler kut.. selalu pakai telekung disambung2.. selalu pakai telekung eksperimen hihi
Nasib ler anak tukang jahit kan...
So.. kalau mak2 yang suka berjimat, since takde sapa yang akan inherit telekung ni nanti, bolehler main sambung2 camni :-P
Bukanlah kedekut, tapi kita mungkin ada duit untuk membeli sesuka hati kita, tapi kita kena ingat, sumber kita adalah sesuatu yang mungkin takde penggantinya... dan milik semua orang. Preserving resources for future generation

Oklah sampai disini dulu.. wassalam


Regards;

Makan dan makan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Good morning..
Mood cuti, tapi pergi jugak kerja. Yang bestnya jalan clean n clear
20 minit jer dah sampai ofis..
Cuti sekolah + esok public holiday kan.. mesti ramai yang sambung jer bercuti harini.

As at today.. saya dah pun 23 weeks 5 days..
Dah hampir nak masuk 6 bulan dah... another 16 weeks to go
Si kakak ni memang excited sangat dah nak tengok baby, nak main dengan baby. Hari2 dok risau nanti baby nak tinggal dengan sapa, risau sebab tengok baby kat taska tuh selalu kena marah dan kekadang dibiarkan menangis oleh bibik.  Ni buat seriau nak hantar taska nih... Sikakak jugak sibuk melobi suruh umi duduk rumah jer.. ahaksssss

Macam biasa, cerita seterusnya, cerita pasal makan kiki... mana ntah perginya projek craft.
Pagi2 bangun tido jer perut dah berkeroncong, baby kat dalam pun dok tendang2 hihihi
Asal lapar jer mesti aktif menendang. Nak bgtau dia lapar jugak ler tuh
Umi ni dah makin montel... dari dulunya 49kg, now dah 59kg huuhuu


Yang ini plak roti puri, kawan2 WA group suggest resepi nih.
Memang sedap ler roti puri nih, rupanya kat kedai mamak ada jual gak. Si Izzah makan sampai berkeping-keping, last2 tinggal sekeping jer untuk ayah, nasib dapat diselamatkan sekeping tuh hihi

Sajer nak letak resepi, sebagai ingatan diri sendiri, sebahagian saya dah alter skit dari resepi asal...

ROTI PURI

3 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
2 SB susu pekat manis (bancuh sekali dengan air)
1 SK yis kering
3 SB minyak jagung
Sedikit garam

Campur semua dalam bekas kecuali air. Masukkan air sedikit2 sampai adunan boleh diuli. Rehatkan sekejap, Bulatkan kecik2, nipiskan dengan tangan dan goreng dalam minyak panas.

#Air tuh memang kena masukkan sikit2, arituh saya masuk semua sekali, kena tokok tambah tepung plak sebab agak lembik
# Nipiskan dengan ketebalan sederhana (agak2 1/4++ inci kut), kalau terlalu nipis jadi rangup plak, kalau terlalu tebal, tak kembong plak
#Boleh makan dengan kari ayam/daging or macam saya, makan dengan sambal sardin. Izzah plak makan dengan gula
# Disebabkan adunan agak lembik tuh, herot2 roti puri ku hihih... tak berapa cun. Lelain kali bole sedikitkan air dan buat bulat2.. cun2 :-)

Dah masuk musim kenduri kahwin kan... walaupun belum cuti sekolah. Setiap minggu ada jer jemputan. Semalam kami ke Jln Semarak, next week balik kampung, ada kenduri saudara plak...

Selamat pengantin baru pada yang akan melansungkan perkahwinan
Selamat semuanya yerr
Wassalam...


Regards;
 

Jumaat, September 12, 2014

Terima Kasih.. Syukran..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sejak dua menjak dah habis tempoh "blackout" nih.. selera makan semacam plak.
Last check up berat turun 500gm, tapi rasanya next check up memang bert mencanak naik. Selang sehari saya menimbang, dah naik 4kg huhuhu... mokcik udah gomok


Pantang besar dah ber BW ke blog2 resepi.. tengok makanan macam nak meleleh ayaq liyuq jer kikiki

Ni hasil dari ber BW


Apam pisang gula merah, aishhh tak ingat dari blog mana... sedap ler... makan tak renti. Nasib baik separuh bagi kat jiran sebelah.

Hasil dari merasa roti officemate, ku gagahi ke bakery shop.. cari tepung hi-protein.. tetiba jumpa unbleached hi-protein, seronoknya.
Maka keluar selimut ler BM ku ini... 

Yum yum... 
Roti nih memang sedap.. recommended ler untuk dicuba... 

Oh ya...
Entry ini sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang hantar buku ini..

Katanya buku ini milik arwah bonda beliau, tapi since takde siapa yang minat menjahit, buku ini terbiar sahaja, so disedekahkan kepada saya wink wink.. Syukran Jazilan..

Kepada kawan-kawan duduk area Temerloh, dan nak tempah kek, roti etc etc.. boleh tengok blog ini http://ovenpanas-huda.blogspot.com/, walaupun blog mcm dah lama tinggal, tapi tuannya aktif membaking...

Sekian.. sampai jumpa lagi. Wassalam


Regards;
 

Tangkap mood jahit beg...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Tayang gambor dulu yerr...


Dalam suasana sedikit kecewa dengan isu semasa, yang melibatkan kami hikhik..
Isu BOCOR lerrr.. apa lagi

Maka terpaksalah Izzah postpone hajat nak bergembira tengok TV dan baca novel lepas habis PSRA.. dah nak kena pergi sekolah gak sampai habis Kertas Sains dan English kan.. kesian anak umi

Kita ceriakan diri dengan beg barulah..
Dah lama request, tapi baru ni umi sempat buat.. itu pun time cuti tunggu anak umi UPSR. 
Bestkan duduk rumah.. fefeling jadi surirumah.. erkss sehari je lah pun

Kita zoom skit huhu



Khas untuk anak umi.. made from heart.. 
Suka sangat tuannya sebab warna pink, walaupun asalnya request nak ada Eifel towel.. tapi design eifel tuh agak malap.. rasanya tak sesuai dengan jiwa anak umi hihi

First time buat design macam ini dan takde refer mana2 tutorial.. harap dok imagine dalam kepala jer, nasib baik jadi.. fuh!!!

OK.. sampai jumpa lagi...
Masa agak terhad nak update blog selalu uhuk uhuk

Regards;
 

Rabu, September 03, 2014

WW 3-9-2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم





Regards;
 

Rabu, Ogos 27, 2014

Ku lihat hujauuuuuuuuu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Lagi lagi hijau kan...
Buat mei tai untuk wafiy pun hijau...
Buat baju sendiri pun hijau..
Hijau mata hitam ku hihi

Macam ni ler mentaliti tukang jahit.. walaupun bukan pro pun, tapi perasan pro hihi.
Since perut makin besar, malu plak saya nak pakai baju2 yang ada tuh.. sendat weih, kecuali jubah dan ada beberapa helai jer yang muat.
Jadi, misi yang gagal weekend arituh.. misi mencari baju mengandung.
Bukanlah cari banyak tempat pun hikhik..
Tapi yang ada tuh... singkat lengan ler.. tak selabuh baju2 yang selalu pakai ler.. jarang lerr... kena gosok lerr.. aishhh makcik perahsan tailor nih memang cerewet. Deep inside my heart... huihhhh mehei nyerrr :-P
Yo lerrr.. kalau satu helai rege RM100, kalau nak cari 3 helai, maunyer nak kena spend 300, pakainyer 3 4 bulan jer.. sungguh tak berbaloi.
Nak beli jubah je kang... saiz S tak muat, saiz M kang bahu jatuh plak.. kena alter jugak kan...
Berjela makcik perahsan tailor ni punya alasan hikhik

At last.. balik rumah, selongkar lemari kain.. cari kain yang sesuai.. potong sana potong sini.. jahit sana jahit sini, akhirnya.. selepas 2.5 hour jeng jeng..
Dapatlah si hijau yang sempoi ini


Sangat puashati :thumbs up:
Kain ni rasa-rasanya dapat free dari Saliza Kainohkain
remnant 2 meter dia selit masa beli kain before this.
So makcik perahsan tailor ni pakai baju free le nampak gayanya kiki
Ini cotton, but luckily, kain ni sangat selesa dan tak kedut sgt.. senang nak gosok.
Thank you sesangat Saliza... (opsss Liza pun dah 10 weeks kan.. welcome to club)

Wassalam..


Regards;

Carrier Attack :-)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

I am catching up with my sewing mood
Tetiba saya rasa teramatlah berminat nak jahit mei tai.. hihihi. Nak tunggu baby sendiri lambat le plak. Jadinya saya nekad nak jahitkan mei tai untuk anak saudara baru ku... si Wafiy.. dah almost 4 months dah pun si wafiy ni. Dah 6.5kg pun.

Jenuh membelek kain..
Nak cari yang tebal tapi takmo ler keras kejung... yang tebal tapi soft gitu
Mula-mula nak guna canvas denim. mak aiiii kejung weih!!!
Akhirnya saya guna soft denim ini untuk strap

Combined dengan medium weight japanese cotton dinasour tuh... hijau oklah kut untuk boy kan..

Saya ikut tutorial ini http://www.afullerday.com/2008/01/diy-hood-to-headrest-mei-tai-tutorial.html
Agak senang jugaklah nak buat mei tai... cuma kena guna banyak kainlah. No wonder kalau beli siap mahal. Terutama kalu guna kain designer kan...

Hopefully bergunalah untuk Wafiy dan umi nya yerrr

Sedikit info pasal baby carrier yang saya dapat di FB




Sampai jumpa lagi... Wassalam

Regards;