Followers

Friday, May 23, 2014

Huaarrgghhh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Apa dah jadi dengan makcik yang diet ni....

Makcik ni asyik dok pikir makan dan makan...



Makcik takut gomok


tapiiiii....
makcik kena jugak makan..
Kalau tak makan, makcik...


Apa dah jadi dengan makcik nih..
Abihlah diet makcik...



Regards;
 

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday






Regards;
 

Tuesday, May 20, 2014

Quick patch..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Quilt in progress
Quick patch guna panel..


To be honest.. saya lebih suka patchwork yang challenging instead of guna panel. Tapi dah pilihan customer kan, satu lagi plak sebab nak cepat, badan plak tak berapa nak sihat, so ok je lah...
more to go...
embroidering.. basting.. quilting.. binding etc etc

Ok wassalam

Regards;

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

16 May 2014
Setiap tahun kita semua celebrate hari guru hari ini kan...
Bukan main gembira anak dara saya arini, takde kelas katanya, semalam pun takde homework.. amboi sakan nak sambut Hari Guru yerr

Macam biasa ler.. bila hari guru, tak sah kalau takde hadiahkan..

Malas nak susah-susah fikir, buat sendiri jer lah.. kalau nak membeli kang, panjang benor beratur malam2 nak hari guru ni.. betul dak..
 Sesambil mengasah bakat menyulam...

Ok I have learned something.. see sulam kat atas tuh, yg ada epal tuh, itu first. Then baru buat baru yang belah bawah tuh. 

Ok.. kalau sulam kat tuala, silalah cari huruf yang gemuk-gemuk yerr (kasi cukup makan hihi), baru nampak jelas, cun dan kemas. Kalau huruf kurus tuh, malap dan padam bila bulu2 tuala tuh menutupnyer huhuhu

seorang cikgu akan dapat hadiah yg lain skit, special ke tak entahlerr, ada satu coin purse tapi dapat sekali dengan bookmark tuh.
Ini semua untuk guru2 sekolah kebangsaan yer.. sekolah agama belum lagi nihh adoiii..

Dibungkus sempoi jer yer... tak koser nak cari kertas wrapper bagai


Terima kasih buat semua guru-guruku (guru sekolah, guru ngaji, guru menjahit, guru memandu etc etc)
samada yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia. Moga Allah rahmati & memberkati mereka semua, tanpa budi  dan jasa mereka, siapalah saya..

Terima kasih juga atas kesabaran dan ketekunan guru2 kepada anakku... saya sendiri tak termampu nak mendidik mereka seorang diri tanpa kalian.

Terima kasih cikgu

Regards;
 

11.05.2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Tarikh yang dah lama berlalu, baru ada kesempatan nak bercerita

Apa istimewanya 11th May?
A woman, for first time celebrate her mother's day 12 years ago..
and a man become a father in a mother's day 12 years ago.


Tahun ini dah plan nak celebrate in different way, bukan lagi nak buat birthday party or nak bawa jajan/kek ke sekolah
Kemana kita?

Kita ke Kidzania... horayyy
Panjang cerita pasal kidzania nih.. plan asal nak bawa BFF sorang nih, tapi seminggu sebelum tuh kelahi plak kuikuikui. (saya memang tadah telinga jer bila dia cerita pasal kelahi, merajuk semua nih... bukan boleh layan sangat, sambil tuh bagi ler jugak kata nasihat skit2 skit kan.. banyak sangat karang kata kita tak faham plak)
Dah tak tau nak ajak siapa lagi, di ajaknya BFF sekolah agama (macam2 peringkat BFF aderrrr). Dah yang sorang ni setuju, berbaik plak dah dengan BFF sorang nih adehhh..
Akhirnya kami setuju jer la... bawa ler kedua2 BFF tuh sekali join ke Kidzania. Nasib baik parents diorg ok, bagi greenlight. Lagi pun dah cakap dah, dont worry about tiket masuk dan makan, kalau nak beli cenderahati sendiri tuh jer yang mungkin perlu duit sendiri

Pada hari kejadian.. bukan main lagi sukahati budak 3 orang nih hihihi. Excited!
Walaupun dari Batu Caves ke Kidzania tuh just takes about 20 minutes jer, tapi this is our first time... the day before dah sibuk2 cari info camna konsepnya dalam kidzania nih. Dah baca2 barulah dapat gambaran tapi dalam banyak2 cerita kat blog semua ni.. satu yang tertinggal..(or aku yang tak paham kut hihi) Pasal camna kekdahnya dalam sana.

Ternganga2 jugaklah kami, nasib baik ada yang tolong terangkan. Rupanya setiap station tuh ada nilainya. Mungkin boleh dapat kizzo (earn income) ataupun mungkin kena spend your kizzo (kizzo ni matawang dalam kidzania, masuk2 jer dapat 50 kizzo)

So kalau nak cari duit, boleh pergi station(ai lupo apa namanya panggilan station nih) yang akan bayar upah mahal. Contoh station pos laju, lepas buat kerja dapat upah 10 kizzo. Jadi ahli bomba rasanya 10 kizzo jugak.Kalau jadi model pertunjukkan fesyen (pukul 1 tghari) akan dapat 15 kizzo.

Kalau lapar plak, ada beberapa tempat yang boleh spend kizzo, macam kat marrybrown ni, spend 15 kizzo, buat burger sendiri dan boleh makan. Tempat2 lain macam sushi king pun ada, boleh buat sushi. Di station Ayam Brand boleh buat cupcake.
Macam-macam ada ler.. nak jadi pilot or paramugari boleh masuk Airasia, nak jadi doktor boleh ke KPJ, nak jadi technician boleh ker TNB, etc etc.
Mula2 kami ikut jugak diorg, last2 tak larat weih! Duduk jer kat Parent Lounge, ada sofa dan ada jugak PC & internet access. Boleh plak saya tertidur kat situ hihi

Ni jadi pemberita plak kat TV8


Dah lapar...cari makan dulu (ini masuk Marrybrown, tgh prepare nak buat burger)


Kemudahan surau jugak ada, walaupun kecil jer, tapi agak selesalah.
Kalau parent nak makan ada jugak gerai jual makanan, sajer ambik makanan korea, with halal cert kat restoran tuh tau.

Jadi doktor kat KPJ plak dah.. ni dah last, dah 4.15pm dah.


Kalau nak tau.. kamilah orang pertama yang masuk arituh hihii.. sampailah habis pukul 5 petang baru keluar (sessi ahad selalunya 10 am - 5 pm) tapi tak dapat nak cover semua station. Rasanya dalam 10 station jer yang sempat diorg pergi. Itu pun memang takde beratur panjang. Takat tunggu 5 - 10 minit jer pun (kebanyakan tempat boleh terus masuk)
Menurut cerita yang saya jumpa kat blog, kalau time cuti sekolah, kena beratur panjang kat each station. Oh! cant imagine
So kawan2.. kalau bercadang nak kesana, silalah pergi pada bukan cuti sekolah yer. Dan juga.. rasanya avoid hari yang ada 2 session, rugi 2 jam tuh (boleh refer kat website kidzania)

Oh ya... pada yang memikirkan bajet kesana... mungkin boleh ambil peluang discount 30% untuk pembayaran menggunakan credit/debit card CIMB, tawaran sah sehingga 30 September 2014 (uihhh macam iklan gitu kan)
Arituh kami masuk dengan 2 dewasa dan 3 kanak-kanak patutnya kami bayar RM60x3+RM35x2=RM250.00
Tapi dengan discount 30% tuh, kami bayar dengan harga RM175 sahaja. Ada kupon free... popcorn, donut, gula2, face art dan sekeping gambar (gambar ni shj kalau beli sekeping RM25 yerr.. kalau beli 3 = RM60.00)


Kepenatan sudah... apa pun birthday girl berpuashati dengan hadiah nih... pastu kan.. dapat jugak handphone baru dari ayah kan kan.. buku dari ummi.. brooch dari cu.. 

Sekian dulu... wassalam

Regards;
 

Friday, May 09, 2014

Wasiat untuk anakku...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dah dekat pun 11 May..
Apa istimewanya 11 May?
On 11, there is some one turn 12th....
Apart from hadiah2 lain yang dijanjikan (hadiah hari jadi ni kalau nak cerita punyalah panjang kan....)
Saya dah plan nak bagi dia buku ini...
But sebelum bagi.. off course ler mak kena baca dulu huhuhu.
Dah pun di topik2 akhir, dan sedikit komen... memang bagus dan mudah difahami... sangat relevan buat remaja zaman kini yang kecik2 lagi dah ada FB, WA etc etc..
Salah satu permintaan bufdey gurl nih adalah, nak buka akaun Fb when she turn 12... tapiiiiiii kita tengoklah yerr.. whether ayah bagi ke dok kikiki (itu alasan paling best yang sentiasa umi guna pakai :-P) #pastu umi lobby ayah..#

Ok.. wassalam

Regards;
 

Thursday, May 08, 2014

FTW WAH SAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Apa ler ke mende nyer kan...
Ok... makna disebalik huruf..
FTW=full time work
WAH = working at home
SAH = stay at home
I purposely omit all M=mum, simply because, tak semua mums jer yg boleh buat kan! (my sister is working at home but still single ;-))

Currently banyak terbaca, mostly kat FB and cerita kawan2:
#yang FTW tapi nak jadi WAH, tapi takut dan ragu2
#yang dah pun WAH tapi dok cakap, nothing special with being WAH and its a tough job at home
#yang dah pun WAH tapi tgh cari kerja FTW
#dan macam2 lagi.. so on and on

Semua topik yang ada pro n cons dan panjang berjela komen orang, setiap orang ada different idea different opinion.
Tapi yang jarang dengar pasal SAH kan... normally diorg ni low profile kut (sebab tak masuk sangat FB untuk promot barang tekkkkk! sorry).

Yo laaa... i believe.. kebanyakan FTW adalah educated person (but tak lah semua), dah biasa pegang duit, dah ada commitment, dan dah ada status kan, so memang have to earn something untuk kekalkan current financial status huhu (ampun kawan2.. this is my personal opnion, pls dont agree with me).. saya cakap sebegini sebab, this is me! (I think so... but I have another strong reason kut)

Lately I get in touch dengan kawan2 masa sekolah menengah, and they are all SAH. Their spouse plak bukanlah someone yang earn 5 or 6 figures per month, some just kerja biasa2, kerja sendiri. But good things about them, I have never heard of them sharing about tak cukup duit, or financially in trouble (or maybe because we just met, after long hiatus). Some happily go to masjid everyday untuk mendalami agama. some every day go to market, buy ikan and sayur, masak for their children... emmmm Peaceful right? what do you think?
Macam zaman mak2 kita dulu... their household income much much lesser than us-ofcoz barang pun murah, they stay at home jaga kita, still they live happily ever after (uik! macam cerita cinderella plak)
Tapi zaman sekarang, seolah2 kemestian untuk mencari wang lebih bagi pihak isteri... kekadang kita rasa kalau tak kerja... anak aku takleh nak pergi universiti, takde itu takde ini... kekadang saya terfikir, adakah kita ini sebenarnya takut dengan bayang2... bayang2 kepapaan, ataupun sebenarnya kita ini mencintai dunia terlebih, deep inside our heart?

Ampun dan maaf in advance kalau ada yang terasa, tapi saya tidaklah nak menuding jari kepada orang lain, lebih kepada peringatan untuk diri sendiri, tetiba terfikir plak hihihi. 
Sekadar ingin membetulkan niat untuk mencari rezeki, kita merancang, tapi Allah yang tentukan. Dan setiap orang dah pun ada rezeki makan pakai masing-masing, kekadang kita alpa dalam usaha mencari rezeki untuk beribadah kepadaNya.... sibuk dengan mencari rezeki keduniaan.
Dan sebenarnya apa yang kita usahakan untuk dunia pun adalah satu ibadah kepadaNya asalkan niatnya betul... dan jangan bergantung keterlaluan pada usaha sendiri... sandarkan setiap usaha itu kepada Allah

Moga aku, yang akan pasti mati ini, dikurniakan kesedaran...

Wassalam

Regards;
 

Ucapan terima kasih ini ku tujukan buat....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kepada siapakah ucapan tu yer?
Kepada yang menghantar fridge magnet ni lerr hihihi

Siapa agaknya tuh?

Actually dah lama dapat notis pos laju ni, tapi tak jugak g ambik, sampailah pihak pos laju bagi amaran kat sms kuikui. Kalau tak ambik, akan dipulangkan semula huhuu.. bergegas ler makcik ke pos laju untuk menuntut barang nih.

Sangat comel si kerang ketam nih kan... begitu juga dengan kebaya biru tuh. Menambah lagi koleksi FM kami, walaupun bukan pengumpul FM tegar tapi dah dekat nak penuh ler jugak fridge tomel ku itew.

Kepada Cik Yatie, di ucapkan terima kasih atas hadiah ini yer..  ada masa buatlah GA lagi yer kikikiki
(tuan rumah nih entah berapa lama dah tak buat GA kan)

Sampai Jumpa lagi yerrr... wassalam

Regards;

Monday, May 05, 2014

Jenuh lerrrr..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Jenuhler nak serasi dengan Windows8 nih hihihi...
Mungkin the best, ambik yang touch screen, mcm tablet jer, tapi ongkosnyer opkos ler lebih plak kikiki
Selamat maju jayalah diucapkan pada tuan laptop baru ni yerrr... makcik tukang beli jer, ambik nama katakan, eddah 3 tahun dah habis, tahun ni boleh ler claim kat income tax kihkih...
Banyak boleh simpan data nih, storage 1 TB huhuhu...
Harapnya tuan laptop berpuashati yerr


Regards;
 

Keepsake Memory Quilt for Muhammad Damar Alfurqan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sebulan....
Lebih dari sebulan nak siapkan quilt nih!
alhamdulillah siap juga akhirnya
Syukur kepadaNya, beri kekuatan dan kelapangan untuk menyiapkan tempahan

Nama penuh Muhammad Damar Alfurqan tapi nego-nego ngan mummy Damar, omit je lah Muhammad tuh. Bukan apa... quilt nih kekadang dipijak2, kekadang kena kencing ler... macam2 kan.. so rasa tak sedap hati nak letak nama Muhammad tuh, nasib baik mummy Damar ok jer...erkss kekadang terfikir jugak, am I too sensitive hihihi.. sebab ada je orang yang tak kisahkan.

Font DAMAR  tuh hasil pembelian font kat sini http://embroiderysuperdeal.com/ 
at USD9.99 dapat 50 font type.... murah kan.. boleh pakai untuk macam2 project

Terlebih rajin menyulam, sarung bantal n bantal peluk pun ku sulam jugak kuikui

Handstitch binding

Bila tuan punya quilt tak sibuk2 tanya bila nak siap, saya take my own sweet time... itu yang boleh handstitch binding. Kalau yang sibuk tanya bila nak siap tuh memang ku balun jer guna mesin hihihi. Tiada ketenangan fikiran hahaha
Alkisahnya, sedikit fining dengan pattern buat sendiri ini...
Rasanya kira2 matematiknya dah betul, tapi bila jahit ada masalah plak, ada yang terpendek plak..
Saya kongsikan patchwork note saya... boleh baca n faham dak?
Dah jenuh kira2, baru terfikir nak measure semula kain yang dipotong, adoiiiii mokcik ni potong kain lebih seinci, hahahha padan muka.
Memang ler... patchwork ni kalau besar sangat pun susah, kecik sangat pun susah jugak. Lucky that I am addicted to this puzzle solving patchwork hihi

Oklah kawan2... selamat bekerja dihari Isnin.. mulakan harimu dengan senyuman k...
Wassalam



Regards;