Followers

Monday, June 30, 2014

Tempahan telekung..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk tempahan telekung, saya mohon maaf banyak2, kami terpaksa tutup dulu tempahan buat sementara waktu bagi memberi peluang untuk kami menyiapkan baju raya kikikiki... unless tempahan yang tak kisah siap selepas raya (lebih kurang 2 weeks after raya ok)

Inshaa Allah, kalau ada readystock, saya akan umumkan di blog ini. 

Selamat berpuasa dan beramal di bulan yang di mulia ini.

Wassalam...

Regards;
 

Diari Ramadhan 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Apa khabar kawan-kawan?
Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa khabar berita hikhik..
Akhirnya berpeluang juga untuk update blog ni..

Sihatkah saya? Huhuhu masih lagi melayan perasaan loya didada.. walaupun dah masuk 13 weeks. Ingatkan bila puasa terus hilang, tapi nampaknya cuma boleh berpuasa, dan loya tetap ada... but alhamdulillah sejak semalam tak muntah kecuali pagi ini lepas bersahur, but still controllable

Seronok tau... bila berpuasa hari pertama adalah hari cuti, tambah berganda seronoknya sebab meriah dengan kehadiran mak dan adik2. So boleh memasak beramai2 sambil borak2.. gelak2... tapi saya selalu mengelat kikiki.. pening jer, dok tersandar kat kusyen.

Seronokkan.. dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi, masih bernyawa kita pada hari kedua Ramadhan ini... Alhamdulillah.
Terdapat juga adjustment dalam diari ramadhan saya tahun ini, kalau tahun lepas seronoknya lepas berbuka sibuk bersiap2 nak ke surau, disurau plak dapat solat jemaah, dapat dengar tazkirah, dapat bersedekah etc etc... tapi tahun ni dengan sedih hatinya saya terpaksalah dirumah sahaja. Hari pertama saya cuba untuk jemaah disurau, tapi bacaan imam yg panjang amat meletihkan saya, suasana panas dan sesak menyebabkan saya hampir pitam, balik rumah dah sakit pinggang dan kebuluran.... At last saya buat keputusan untuk solat terawih dirumah jer lah... buka aircond huhuhu... solat pun ikut kemampuan. Rasa penat, rehat or baca alQuran kejap... then sambung lagi. Kalau lapar boleh makan.... Agaknya bila dah ada baby ditahun depan, mampu tak saya melakukannnya lagi? Huh.. anggaplah ini sebagai training yer hihi

Dalam gembira ada juga sedihnya.. sedih sebab sejak dari awal tahun arituh saya dok mendoakan agar suami terpilih untuk ke conference di Jeddah awal Ramadhan nih (last kami pergi bulan ogos 2011, cerita disini), doa yang dimakbulkan Allah, tapi dalam keadaan diri yang sebegini, memang impossible untuk ikut sekali. Kalau ikut pun menyusahkan sahaja... malahan membahayakan diri sendiri huhuhuuhu.. sedih tau! Terbayang nak berbuka puasa di Masjidiharam, berebut tempat solat... berbuka dengan roti dan yogurt.. tinggal angan2 je lah kan...Tapi kejap je lah sedihnya.. a'la kulli hal.. ما شاء الله كان ما لم يىشاء لم يكن

 Dah abihlah citer sedih...
Ini cerita menu buka puasa semalam.. 
 Sahur 1st Day : Nasi putih, Udang goreng dengan kacang, balance ayam masywi dinner dan telur dadar

Bebuka : Buah melaka, badak berendam, murtabak (adik beli), tepung pelita (beli jugak), air tembikai laici
Nasi putih, sayur lemak petola, siakap kukus, sambal kicap

Sahur2nd day : Nasi goreng, ikan kembung goreng

Wassalam.. الى  اللقاء


Regards;

Wednesday, June 11, 2014

WW 11.06.2014



Regards;
 

Wednesday, June 04, 2014

Maafkan kami.. maafkan kami.. (nyanyi ala2 PRamlee yerr)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Mesti ada kawan2 yang email bertanyakan tempahan telekungkan.. 
email tanya pasal tempahan quilt..
Tanya pasal tutorial itu dan ini..

Maaf kan saya...
Maaf sebab lambatnyer ler reply..
Ikut mood jerr.. 
Mood kelaut, lambat ler reply
Mood didaratan.. cepat ler reply

Sebab apa?
Sebab saya ni melayan fining....
Sibuk melayan tekak yang loya... 
sibuk layan rasa lapar..

Auuwww chak!
Image : Google

Merasa ler kebuluran di bumi bertuah ini..
Kebuluran walaupun dikelilingi makanan..
Apa tak nya.. semua tak selera, tapi perut lapar gilerr...
memang sangat tension tau.. faktor usia kut kan... 
Moga saya dikurniakan ketabahan menghadapi semua ini..
MOga bersabar yer, kalau saya lambat balas email.
Moga 1st trimester ni cepat berlalu..
terutama dah nak ramadhan, harapnya boleh berpuasa penuh lah nanti

Chaw chin chaw

Wassalam

Regards;
 

Tuesday, June 03, 2014

Restock : Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kawan-kawan yang disayangi semua..

Dah restok buku yang hot ini yerr..

Kepada yang berminat untuk memilikinya boleh hubungi saya yer....

Limited copies.. ada last 5 copies available

By email : my.milakamila@gmail.com
By whatsapp : 019-254 8268

Untuk tahu detail, boleh tengok kat post saya yang terdahulu 

Harga sebuah RM39.00 (termasuk kos pos ekspress dalam Malaysia)
Harga 10 buah RM29.00 sebuah + kos pos bungkusan RM13.00
SOLD OUT

Regards;