Ahad, September 25, 2016

TEMPAHAN TELEKUNG DEWASA

Assalamualaikum...

Dengan lafaz bismillah..
Saya dengan ini mengumumkan... hihi cheewahhh
Dah macam nak buka kedai plak kan..

Bukan apa, rasa berdebar plak..
Setelah sekian lama ber "RND" dengan telekung dewasa,
Dah banyak jugak alter telekung lama...
untuk membiasakan diri dengan telekung dewasa, nak dapatkan cara dan ukuran yang sesuai dan selesa..

Dengan ini saya membuka tempahan telekung dewasa.... pada yang berminat

Ciri2 telekung ini:
1. Menggunakan tetron cotton yang dikenali sebagai kain canggih (macam baju sekolah canggih tuh rupa kainnya, bagi kain putih/pink/purple shj.

2. Terdapat dalam 2 saiz untuk labuh telekung, namun begitu saya "open" myself, kalau ada yang nak customized labuh telekung tuh ikut saiz sendiri (akan ada tambahan kos jika lebih banyak kain digunakan)

3. Lining 22 inci dari kepala (boleh tambah hingga 30 inci jika suka dengan sedikit tambahan harga)

4. Lapik dahi menggunakan getah lembut

5. Lapik dagu menggunakan kain lycra yang tebal.

6. Kain menggunakan getah dan disertakan tali pengikat, supaya boleh adjust jika longgar

Andai ada yang berminat dengan telekung ini, boleh WA saya yer... 019-254 8268
Pengeposan percuma (dalam Malaysia) bagi 3 pelanggan terawal


Regards; mila

Selasa, September 20, 2016

Thank You Pn Hazel..

Assalamualaikum...

Lama tak share review customer kan...

Sebenarnya nak ucapkan ribuan terima kasih buat PuanHazel.. bukan sahaja atas review telekung LittleMaryam kat blog beliau... tapi... lebih dari itu, saya sedar yang ada kekurangan dari segi saiz telekung yang ada.

Apa kekurangannya?
Jarak antara saiz S dan M terlalu besar..
So susah nak pilih.. S singkat M labuh sangat..

Kalau tengok gambar kakak ni... labuh telekung tuh bawah lutut dahhh.. ini saiz M, sebab saiz S singkat plak


Sengaja saya tundakan sharing review kat blog beliau sampai harini... sebabnya nak tunjuk jugak improvement yang telah saya buat.

Jeng jeng jeng....
Lahirlah saiz XS & S


XS tu sebenarnya adalah saiz S yang lama.. sesuai untuk umur 1-2 tahun
dan S tu plak dilabuhkan sedikit... labuh depan 27 inci (dari bawah dagu 17 inci)

Harapnya lebih senang ibu bapa nak pilih saiz telekung bila ada saiz baru ni.

Dan terima kasih tak terhingga pada puanhazel (rupanya junior masa kat UIA dulu hihi) kerana sudi datang kerumah untuk beli telekung LM, moga kakak rajin solat yer... jazakillahikhairankathiran

Kawan-kawan yang nak tempeh telekung? ataupun nak cari yang readymade?
Boleh WA/TG/SMS saya yer 019-254 8268
Kalau lambat skit reply tuh saya mohon ampun dan maaf, kadang bizi skit dengan Asfa, kadang bizi kat dapur, kadang bizi kat mesin jahit hihi...

In Shaa Allah... dalam proses untuk ambik tempahan dewasa dah final stage. Almaklum, nak kena buat research dulu hahaha... Takut nak main terjah jer, kerana kalau boleh nak berikan yang terbaik untuk pelanggan

Regards; mila

Pakej SPA & Urut Khas hihihi

Assalamualaikum...

Pagi Selasa yang tenang..
Cerita 2 minggu yang lepas..
alkisah cik protex ni ada masalah takleh nak rewind bobbin..
Macam kecik jer masalahnya kan, tapi kalau stok bobbin dah abih dan kena gulung dengan NV, boleh guna benang ketul kecik jer... abih ler acik niii

Mula2 nak panggil JP Doshi
Start msg Jack on Friday.. yer la.. paham jugakkan, diorg mesti bizi, so nak dapatkan jadual bila diorg boleh datang... NO ANSWER

Message lagi on Saturday... the eanswer "Isnin kita datang"
Macam mudah sangatkan, tapi "masa" nak datang tak de plak bgtau
Maka seharianlah makcik ni dok prepare if they come on Monday
Dah pukul 2 ptg, call lg si Jack ni, nak datang pukul berapa
Di jawabnya.. nanti kita confirm, nanti kita call balik
Sampai ke sudah tak call2
Saya pun message jer suruh datang Selasa

Selasa acik tunggulah dari pagi
Message kat Jack, katanya nanti dia check.. adoiiii
Sampai pukul 4 petang, acik dah hilang sabar
Terus cari2 nombor Simon ni, dan tanya dia boleh tak servis mesin protex
Wahhh senang berurusan dengan Simon ni, terus dia jawab "Boleh, kat mana and nak dia datang bila"

Disebabkan takut jugak kut tetiba si Doshi ni datang plak, saya pun minta Simon datang Rabu

Elok jer dah confirm dengan Simon, ada plak staff Doshi ni telefon, bagitau arini diorg tak dapat datang sebab technician pergi ke Taiping. Esok boleh datang before tghari...

Ek eleee...kalau dari semalam call me and bgtau kan ke bagus. Why taking soo long. Tak kisah sebenarnya tak dapat datang segera, sebab diorg pun mestilah dah ada jadual sendiri. Tapi ini sepi tanpa cerita...
sebenarnya few months back memang dah pernah call for service, tapi camni ler... nanti kita call balik yerrr... sampai sudah tak call

Rabu tu Simon datang servis mesin...
Wahhh impress betul... sebab before this bobbin tuh takleh nak auto off bila benang penuh. Means, kita kena potong benang, kalau terlepas pandang maunyer buang jer benang tuh.. melimpah ruah dari bobbin kuikui.. tapi si Simon ni dah adjust... bila penuh jer terus tendang.. OFF (Pernah tanya Doshi dulu2, tp katanya takleh buat camtuh)

Dulu mesin ni takleh nak jahit lycra or jersey.. even tukar tapak non-stick pun, hanya lycra tertentu jer yg ok.. Now dah adjust.. boleh jahit lycra dan jersey walaupun guna tapak biasa... fuh acikkk suka.. Alhamdulillah
Adalah few improvement yang Simon ni tolong adjustkan.. memang acik suko ati betoi lerr

Servis juga si penyanyi kat sebelah tuh... mesin jait tepi.. tukar cutter yang dah tumpul. Siap jumpa telur cicak lg huhu.. ini mesti kes acik lama tak menjahit bila ngandungkan Asfa arituh.. Sempat ekau wat projek kat situ yer cikcak oiii

 
Panjang kisah acik pagi ni kan...
Acik geram dengan si Doshi ni..
Tapi bila fikir2 balik.. setiap sesuatu yg terjadi tuh sebenarnya Allah dah aturkan dan Allah nak bagi yang terbaik untuk kita.. Nampak tak..
Allah jadikan Doshi ni wat hal.. Allah bukakan jalan untuk panggil orang lain, rupanya Allah nak bagi yang lebih baik
Seronok bila menjahit rasa mcm mesin baru kikiki
Alhamdulillah ala kulli hal
 
Pada yang nak servis mesin jahit.... kat sini acik share nombor yer...
Area mana dia cover tuh silalah tanya yerr
Sebenarnya dapat nombor ni dari blogger jugak... cik Melor
Dah lama simpan dan dah pernah call for servis, cuma ingatkan Simon ni boleh servis mesin Singer jer.. rupanya boleh servis mcm2 jenis mesin. Kalau mesin sulam tuh, part computer chips tuh jer kena hantar kat manufacturer... kalau takat bersihkan body n part lain pun dia boleh buat.

 Wassalam... till we meet again


Regards; mila

Ahad, September 18, 2016

Telekung PurPink @ LittleMaryam

Assalamualaikum wbt

Ada yang berminat dengan telekung si cilik?
Memperkenalkan.... saiz baru telekung kanak2 LittleMaryam...
Saiz S dan XS

XS ni adalah telekung lama saiz S, tapi labuh/lebar kain telah dikecilkan, sesuai untuk kanak2 umur 1-2 tahun
Manakala saiz S, telekung telah dilabuhkan sebanyak 3 inci dari saiz lama, dan saiz kain adalah seperti S lama.

Harapnya senang skit ibu-ibu nak pilih saiz, terutama anak2 yang berumur 3 tahun... nak ambik S (lama) dah singkat, nak ambil M labuh sangat plak... so dah ada option saiz S baru yer mama-mama gorges semua


Pada yang berminat, boleh WA/TG saya di 019-254 8268, kalau takde WA/TG, boleh jugak sms saya. Tapi harapnya tidak call yer... saya takut ter miss info bila cakap melalui phone.
Semua ni readystock, ada banyak unit, penghantaran dalam masa 2-3 hari, kecuali kalau nak tambah pouch, perlukan sedikit masa untuk sulam pouch, tambahan 1-2 hari diperlukan.

Regards; mila

Aidiladha 2016.... saat indah

Assalamualaikum..
Salam hujung minggu
Nampaknya weekend je lah acik pemilik blog ni ada masa nak update blog. Ada jugak try guna apps kat phone, tapi asyik fail to publish jer... tak reliable langsung (ker acik yang tak reti erks)

Mengabadikan saat2 manis di Aidiladha, walaupun hari2 tasyriq dah pun berlalu

Masa ambik gambar ni dah petang, dah nak balik ke KL


 
Saya sayang keduanya...
both my mums dunia dan akhirat
Harapnya Allah bagi kekuatan untuk berbakti kepada keduanya sehingga keakhir hayat mereka
Harapnya saya adil dan sabar melayani kerenah keduanya
 
Our small family...
 
Moga ketemu lagi....

Regards; mila

Ahad, September 11, 2016

Telekung anak-anak solehah

Assalamualaikum...
Salam pagi ahad, pagi arafah
Puasa tak kawan2?
 
Saya masih di KL
In shaa Allah kejap lagi nak balik ke Temerloh
Jangan jelezzz... acik raya dengan dua MAK kalini.. mak mertua dating dari Kuching dan kami beraya di Temerloh
 
Updating sebahagian gambar telekung...


Nak tempah telekung untuk anak anda?
Boleh WA saya di 019-254 8268... pls jangan telefon, takut acik ni lupa.. kadang kalut skit dengan si Asfa... message jer yer... bila free acik tengok :-)

OK.. Selamat semuanya... Selamat Menyambut Aidi Adha


Regards; mila

Jumaat, September 09, 2016

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (Restock)

Assalamualaikum..

Jom bantu anak-anak menghadapi peperiksaan dengan MBBI.. jomm

Boleh simpan dan digunakan sampai tua tau hihihi... yuppp ianya buku grammar & vocab... dah macam kamus plak tau.



Harga di atas tidak termasuk kos pos
COD area Giant Bt. Caves
WA 019-254 8268

Wassalam

Regards;
mila@Rimbun

Juz a Juice

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari..
Mulakan dengan selawat kepada junjungan mulia اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد     يَارَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّم

Kompilasi jus lagi hihihi
Kalerful gitu hihihi
Ada yang bertanya... mana jus yang sedap & mana yg tak sedap..
Senang jer jawapannya... jus buah semuanya sedap, manis2
Tapi jus sayur memang kadang tuh yakkkkk uewkkk kuikui.. terutama letak peria hahahaha

Apapun.. "All things are poison and nothing is without poison. It is the dose that makes a thing poisonous."
Boleh baca topik pasal responsible juicing kat internet untuk info lebih lanjut ok



Regards;
mila@rimbun

Isnin, September 05, 2016

01092001 to 01092016

Assalamualaikum..

Entry tertunda

Another year counts... and keep counting

15 tahun berlalu
Dari muda sekarang dah tua
Dari single sekarang dah anak dua
Dari zaman berjalan kaki sekarang dah berkereta
Dari poket kosong sekarang dah serba ada (yang biasa2 jer lah, bukan nak cakap dah kaya raya hihihi.. cuma alhmadulillah lebih dari dulu)
Dari selim melim sekarang dah lebih lemak sana sini :-P
Harapnya till Jannah.. aminn

 


 
 
Sajer ler.. sempena merdeka, hubby ambik cuti sehari extra
 
Disebabkan k.long sekolah esoknya, kami cari2 destinasi dekat2 ajer
At last kami decide nak ke Suria Hotspring kat Bentong (jalan lama)
Kami walk-in jer pun, alhamdulillah ada bilik kosong. Tapi sebab check in on public holiday, kenalah bayor surcharge
 



















Seronok.. sebab tak ramai orang. Rasanya kalau full kat sini, penuh sangat kolam tuh kut.
Kononnya pepagi 1 September tuh kami balik pepagi tuh dan hantar k.long g sekolah... tp hapahhhh.... takmo bangun k.long. Ponteng ler sehari...

Oklah... till another year to come.. Wassalam

Regards;
mila@rimbun

Oh My Primada

Assalamualaikum...

Alkisahnya juicer kesayangan hamba...
Retak filter net nya..
Silap sendiri...
Tak cek betul2 biji kurma sebelum masuk juicer...

Apa pun.. Alhamdulillah wa syukrillah

Dapat claim warranty, tukar baru dari Primada

Wahhhh thumbs up... memang bagus sangat after sales service diorg ni..
At first saya call, tapi PIC takde, and tinggalkan phone no. Tak sampai 1/2 jam, dah ada call balik. Nasib baik boleh tukar free. Tapi sekali je lah (untuk setiap part)... kalau lagi filter net ni.. beli baru ler nak oiiii hahaha... Apa pun untuk part lain still boleh pakai warranty for 2 years

Looking for juicer? Try test lah Primada (adoiii macam iklan berbayar plak kan)


Regards;
mila@rimbun