Followers

Monday, August 29, 2016

In making .. purpink @ littlemaryam

Assalamualaikum

Pada yang tercari2 telekung kanak2 umur 1-2 tahun or 3-4 tahun... kami dalam proses menyiapkan telekung purple-pink niii...
Moga dipermudahkan dan dapat memenuhi citarasa sikecil... pada yang nak cop awal2 boleh WA saya yer..019-2548268



Regards;
mila@rimbun

Juicing reference

Assalamualaikum..

Mengabadikan resepi jus setiap hari saya di blog hihihi
Jangan marah yer kengkawan.. dah tengok kat FB, pastu upload jugak kat blog.. macam2 makcik ni












Regards; mila@rimbun

Monday, August 22, 2016

Bila mak bukan OCD :-P

Assalamualaikum..

Sejak akhir2 ni banyak plak message dan cerita pasal OCD ni kan...

Honestly, saya ni rasanya the other side of OCD kuikuikui


Dulu2 rajin jugak nak kemas petang2 before hubby balik, kesian plak kan.. penat kat opis, balik rumah mcm tongkang pecah hahaha

Tapi, takdenyer nak bertahan lama, kadang kita kemas satu sudut, satu sudut lain dia dah start menyepah emmmm
Fengsan mak gini gayer nyer
At last... mak udah maleh nak oiii

Selagi si kenit tuh tak naik atas, lupakanlah niat nak mengemas tuh. Kalau bawa dia naik atas, umi tinggal wasiat jer kat kakak kasi kemas before tidur kikiki... kan senang kerja umi. Nasib kakak buat gak, walaupun mengomel jer kerjanya

Pst pst... ini sebahagian jer disepahkan... sebab suruk sebahagian lain nih. Nnt esok kita suruk yang ni, keluar yg lain, so takde ler dia boring. Gitu lerrr.. umi tak berapa pandai sangat nak jaga budak ni, banyak trial and error. Kak long dulu banyak duduk kat taska jer siang..

Till another story
Wassalam

Regards; mila@rimbun

Sunday, August 21, 2016

Renda oh renda...

Assalamualaikum

Sabtu semalam shopping barang2 jahit... getah kain semua dah abih huhuhu

Pastu terjumpa renda ni..
Cantikkannnn


Renda telekung 5" yang cun melecun
Regenyer yang tak tahan tuh
Satu bungkus ni boleh dapat 3 telekung.
Pasni kita try test..

Wassalam



Regards; mila@rimbun

Baulu Gebuz Gabaz (Bahulu)

Assalamualaikum...

Arituh saya share resepi baulu kat FB
Baulu untuk Asfa, sebab sebelum ni ada try buat beberapa kali tapi bila dah sejuk agak keras

Sesajer share kat sini plak kikiki


Kecik sangat tulisan tu kan... kita letak balik kat sini

Baulu gebuz gabaz

Bahan A...
4 biji telur ayam kampong
3 sb gula perang ( kalu suka manis sila tambah)
sedikit pure vanilla extract
sedikit ovelet (dalam 1/2 sk)


Bahan B
3 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
sedikit baking powder

Cara2:
1. Ayak bahan B
2. Pukul bahan A sampai kembang
3. Mix bahan A & B dan pukul lagi
Bakar dalam acuan

Asfa suka sangat dengan baulu ni, makan tak henti2 sampai dah nak muntah (adoii ler kenit)

Pastu suruh k.long rasa, k.long plak makan tak henti2 haha

Akhirnya dapat juga merasa baulu macam zaman dolu dolu... baulu yang first mak bakar. Biasanya masa mula2 testing2 dulu untuk dapatkan kuantiti tepung yang ok. berebut ler kami, tapi kalau time puasa, bleh tengok je ler kuikui.. adik2 yang tak pose tuh rembat dulu



Regards;
mila@rimbun

Saturday, August 20, 2016

Solat seawal usia...

Assalamualaikum kawan-kawan

Pagi Sabtu yang tenang...
Tapi perut berkeroncong nih hihi
Sajer nak share kekalutan bila nak ambik gambar dengan Asfa ni

Rasanya dari 10 gambar yang di snap, satu jer yang boleh pakai kakaka
Pastu dia dah nak tanggal telekung dah :-P
Nasib lah kan...

Projek in hand sekarang ni nak buat readymade telekung pink banyak2... so that mummy-mummy yang berminat lebih senang nak pilih. Rasanya warna pink and purple memang ramai peminatnya kan

Dan tengah mencari2 formula terbaik agar dapat sediakan telekung mampu milik untuk si kecil. Dengan material yang sederhana (means bukanlah dari cotton silk kut hahahahaha) dan tidak jugak yang terlalu keras dan panas. Moga Allah permudahkan, dan moga mijoriti gegirl muslimah kat Malaysia ni belajar tentang solat seusia 1 tahun lagi huhuhu.. angan2 panjangkan.

Apa pun... dengan Asfa ni saya bereksperimen... dia memang di ajar untuk pakai telekung sejak dari umur 1 tahun. Memang mula2 pakai dia akan cepat2 tanggalkan. But biasalah budak2 kan... Tapi setelah 6 bulan, dia dah tau dah nak sujud. Pakai telekung bila nak solat... tapi biasa ler, kalau solat Jemaah, orang baru angkat takbir, dia dah sujud kikikiki

Betullah apa yang disampaikan oleh Rasulullah... mulakan dengan melihat macamana orang solat, lama2 akan ikut skit2... in shaa Allah, sampai masa ianya akan solat dengan sempurna.
Dan saya tidak berapa setuju kita pisahkan terus kanak2 bila solat. Contoh solat di bilik tertentu sahaja yang mana anak2 kita tinggalkan kat luar. Dengan alas an nak dapat kekhusyukan... Kalau di ajar, budak2 ni lama2 tak mengganggu kita solat, bahkan akan hormati kita. Selalunya Asfa nak sesuatu bila saya tengah solat, dia akan tunggu sebelah, dah siap bagi salam baru dia start kacau, minta itu ini. Dan ini bukanlah terus jadi camtuh, dah jenuh kena kacau sebelum ni hihi

Oklah.. membebel panjang plak saya harini yer... orang nak restlah on weekend ni kan... bukan nak dengar bebelan hihihi

Till we meet again... wassalam


Regards; mila@rimbun

Friday, August 19, 2016

LittleMaryam in a jar


Assalamualaikum...

Saya yang terkadang agak fanatic dengan projek RRRRRR... berapa R pun tak tau lah hihi

Selagi boleh kita Reuse
Tak pun Repurpose
Tak pun Recycle
Apa2 R lah kan

 
 
Ada satu R cara saya adalah... recycle plastic yang masih elok dan sesuai untuk pos barang pada customer..
Kalau ikutkan... rasa macam tak berapa proper kan, macam tak menghargai customer jer... (ada tak yang rasa gitu)... itu ikut teori marketing ler
Tapi teori diri sendiri... saya suka dan seronok kalau saya beli sesuatu, ianya tak dibungkus keterlaluan, plastic recycle pun tak kisah... saya suka jer.
Sebab at the end, barang yang di beli tuh jer yang perlu tiptop, bungkusan tuh akan dibuang jua akhirnya.. tak pun direcycle jua kikiki
 
Apa pendapat kawa2 erks...


Regards; Mila@Rimbun

Thursday, August 18, 2016

Sunday, August 14, 2016

Grinder cum Juicer = Blunger

Salam Ahad...
Best kan..
Ahad ni sunyi jer..
Semua orang tido lagi hihi, walaupun dah pukul 8 pagi..
Agaknya burung2 pun cuti kut.. sunyi jer kikiki

Sajer testing testing..
Testing menguli guna juicer.... kat kotaknya dipanggil blunger

 
 


Wahhh memang menjadi ler
Uli 10 minutes... memang dah sebati adunan ni... bleh canai n bentukkan dah
Tapi tak leh nak uli banyak2lah yer
Ini saya masukkan 3 cawan tepung... itu pun dah macam nak melimpah dah kuikui.. max dah kut

Lepas ni kita bleh masukkan inti dannnn goreng hihihi

Adunan kulit karipap tapi isi skit yis... apa laaa kejadian seterusnya agaknya, tungguuuuu


Regards;
Mila@Rimbun


Jubah for Boyz

Assalamualaikum..
 
Ceritera raya tertunda hihi
 
Alkisahnya saya nak jahitkan sesuatu untuk anak sedara kesayangan ni..
2W>>> Wajdi dan Wafiy
Masa tuh dah dekat nak raya pun, orang dah sibuk nak balik beraya kan.. takan nak cari kain plak
 
NAsib baiklah gerobok Awe ni ada macam2.. dah ala2 poket Doraemon plak
 
Matching2... belek2.. akhirnya jadi jua
 


Kain ni cuma ada semester setiap satunya...
Nasib baik kain merah tuh bidang 60 inci, muatlah nak buat baju Abang Long Wajdi yang dah booolat tuh

Kebetulan plak baru beli pliers untuk prong snap button... apa lagiiiii..

 
 
Nampak dak kekurangan baju ni...
Hihi poket baju Abang Long tuh potong melintang kuikui
Leher baju Wajdi tuh plak ada skit kureng disitu... kureng lawa kikiki.. overall boleh pakai
 
Ada sesapa berminat nak jubbah camni?
Saya sebenarnya ada plan nak buat readymade jubbah camni (as at now saya tak de produk untuk boy kan, tapi tak tau market camna). Nampaknya kena buat homework lebih lagi niiiii
 

Friday, August 12, 2016

Clearance Readymade Telekung (S)

Assalamualaikum

MURAH... MURAH...
Arini saya nak warwarkan clearance untuk saiz S
Murah dari biasa yerrr.... Tapi limited stok, first come first serve
 Harga tak termasuk pouch yer, tapi termasuk kos pos s.m.
Update as at 18.08.2016
SPink1-sold
Spurple-Sold
Spink-booked


Berminat?
Boleh WA saya 019-2548268
Sesuai untuk usia 1 - 3 tahun...

Regards; Mila@Rimbun

Monday, August 08, 2016

Kitchen tool : Slow Juicer

Assalamualaikum..

Dah almost 3 weeks rasanya abang sado ni ada kat rumah.
Dipinang dan dibawa pulang jua setelah sekian lama survey sana sini hihii..
Almaklumlah, bajet skit ajer.. konon nak cari bawah 1k..
Tapi bila test.. ada jer tak puas hati, juice kasar sangatlah.. susah nak basuh lah.. besar gedabak sangat lah.. aishh macam2 kan.. dah takde jodoh gitu ler. Macam jugak orang nak kawin kan kuikui (lari topic plak makcik ni krikrik)

Kami beli di Maybank TreatFairs.. hubby bayar guna point dan ditambah dengan cash.
Setelah tengok Elba, Kenwood, Hurom, Kuvings... akhir sekali kami ke gerai Primada ni...
Apa yang best sampai hubby pun tertarik erks?
Acik ni tak tertarik tak per, sebab acik tak bayor kuikui
 
Juice yang smooth, tak banyak keladak
Hampas agak kering
Motor yang agak powerful
Boleh guna sebagai grinder/sorbet/icecream maker (tukar kepala jer)
Boleh guna untuk menguli (tukar kepala)
Free plak ozon sterilizer kat belakang tuh
Harga? Biarlah rahsia hihihi
Alamak buhsan bila baca review orang tapi bab harga nak berahsia plak kan...
Oklah... disebabkan saya pun memang suka mencari review orang kat internet, dan memang kecewa bila nak kena Tanya pasal harga hihi... saya bagitau je lah kan, harganya RM2400
 
Tak pastilah worth buying ker tak dengan harga tuh kan. Kuving yang new version tuh harga lebih mahal, tapi takde striliser. Hurom plak ada striliser tapi cuma boleh buat juice jer.
So far untuk juicer oklah.. tapi belum pernah cuba grinder.
Untuk menguli dah cuba dan memang ok jugaklah, untuk uli tepung dalam kuantiti yang kecil dalam 2 - 3 cawan. Dalam 10 minit, dah kenyal (nampaknya makin senyap sunyilah BM acik tuh yer hihi)
 
Nak basuh pun agak senang. Ada 5 part sahaja dan takde perlu menyental. Jirus dengan air pun dah ok. But bare in mind, saya terus basuh selepas guna untuk elak ada saki baki buah yang kering kat tapis juicer tuh.
 
Harap bergunalah review ini bagi orang yang tengah mencari slow juicer yer. feel free to ask kalau perlu maklumat lanjut (saya bukan duta Primada tau.. sekadar pengguna sahaja... dan mungkin thru time, review ini akan berubah)
Hari2 buat jus untuk hubby bawa ke opis hihihi
Terasa seronok plak
Macam2 nak cuba
 
Sebelum ada juicer ni ada juga dok terfikir, mesti perbelanjaan dapur meningkat sebab nak beli buah banyak kan...
Tapi luckily... takde lah banyak sangat pun. Seminggu mungkin tambahan dalam RM20 sahaja. Pandai2 lah matchkan buah supaya dapat hasil yang optimum.
Kadang tuh beli sayur2 seperti timun, tomato, pegaga, carrot etc kat pasar malam tak banyak pun. Tak sampai RM10 pun, tiap2 hari boleh buat juice.
 
 Selamat mengejus yer kawan-kawan


Regards;
Mila@Rimbun

Rindu serindu rindunya.....

Assalamualaikum & Selamat pagi

Isnin yang ceria harini
Dah lama tak dapat ketenangan untuk update blog ni, usahkan nak berkongsi tutorial ker kan... semua tinggal kenangan dah tuh hihi. Tunggulah Asfa besar skit, bolehlah aktif semula kut, kalau panjang umur kan dan sihat tubuh badan

Yang ni cerita melepas rindu..
rindu dengan quilting, walaupun takde patchwork yang komplikated, sekadar guna panel jer

 
Junior Pilot for Muhammad Adam AlFatih
Siap sulam nama lagi tuh.... yang lambatnya menyulam ler. Bertahun dah acik ni ada mesin sulam, tapi masih lagi tahap beginner hahaha
 
 
Ramai jugak yang bertanya pasal tempahan quilt ni..
Yerr.. saya dah buka untuk tempahan, tapi terhad pada tempahan yang tidak urgent sahaja. Tempahan yang dekat sangat due date nya memang saya mohon maaf, takut tak tercapai dik tangan hahaha...
 
Rasanya banyaknya nak cerita kat blog ni, tapi kita slow2 jalan lah yer.. sampai jumpa lagi


Regards;
Mila@Rimbun

Monday, August 01, 2016

Readymade Size M

Assalamualaikum
 
Menaip sambil kelahi anak beranak hahaha.. boleh imagine dak
Nasib ler kan.. bila kenit ni dah bangun..
Bagi yang berminat denagn saiz M, metrial jersey..
Model saiz M takde.. so pakaikan kat model comey saya je lah yer
Boleh WA or email ok..

Regards;