Jumaat, Februari 17, 2017

Sendiri bikin.. baru puashati hahaha

Assalamualaikum...

Cerita si Maryam solehah lagi...
Hahahaa macam takde cerita lain kan.. nanti kalau k.long baca blog umi mesti dia cakap... aikkk sorang jer ke anak umi.. seme pasal Maryam jerr kikiki

Mencari tshirt labuh untuk Maryam..
Sebab apa nak labuh? Sebab nak pakai malam hari, pakai masa tido... kalau pendek n singkat jer, mesti Nampak perut hahaha... walaupun dan tight-in.. dah le selimut takmo pakai..

Cari2 .. takde yang kenan dihati... (hati tailor perahsan gitu ler kannn.. tak kenan hajer :D)

Akhirnya mak kembali ke bilik jahit dannnnnnnn... in 2 hours..




Kain belang2 colourful ni dah habis... nak letak kat leher pun bersambung-sambung kikiki... jadilah melentang gitu, tak berapa cantik bila pakai, lantok ler kan...
 

Budak ni memang suka bila dapat baju baru...
Wokehhh settle tang baju, seluar plak De dah bagi siap2 3 helai... TQ De

Sampai jumpa lagi....



Regards; mila

Khamis, Februari 16, 2017

Dak Maryam kesayangan UmiAyahKakak

Assalamualaikum...

Alkisah dak Maryam kesayangan UmiAyahKakak dapat baju baru untuk pergi kenduri..
Matching plak dengan turban yang Awe nya hadiahkan
Ala ala macam pwinses dah dak MAryam ni kikiki




 
Sebenarnya umi baru first time try baju fish tail camni..
Plan asal nak buat 2 pieces, baju dan kain.
Tapi sebab kembang setaman depannya tuh, dah nampak macam singkat plak, akhirnya umi cantum jer baju dan kain, maka jadilah long dress a.k.a jubbah... senang nak pakai kannnn
 
Kain ni plak adalah perca yang telah disimpan sekian lama, yang bunga2 tuh kain baju kurung mak (wan Asfa), plain pink tuh baju umi masa kat UIA dulu2... fuhhh lebih 15 tahun simpan perca ni kikiki, berguna jua... tunggu sipemakainya hadir di atas dunia ini hihihihi...
 





Sorry yer kengkawan yang berkunjung ke sini.. spamming your view dengan gambar si kenit ni hihihi

Wassalam, sampai jumpa lagi

Regards; mila

Khamis, Februari 02, 2017

Gigi G.I.G.I

Assalamualaikum..

Alahai lah kisahnya gigi..
Alamak, gigi pun nak masuk blog kikiki

Masa cuti CNY arituh unplanned balik kampung ke Kuching, plan asalnya nak pergi kenduri di Melaka, pastu convoy balik ke Temerloh dengan adik2 yang lain.
.
Tapi Allah yang Maha Perancang, tetiba mak mertua tak berapa sihat plak, takleh bangun sebab sakit pinggang, jadi kami pun balik ke Kuching jer lah.
.
Itu pun banyak cerita gak... asalnya hubby nak balik sorang jer, tapi betul2 last minute balik semua.... flight pun tak sama, hubby pukul 8.40 pagi, kami pukul 2 petang. Mereput tunggu kat Golden Lounge tuh 5 jam, nasib perut di isi... dari sarapan pagi, sampailah ke lunch... buhsan dah orang nengok kami anak beranak ni melepak kat situ kut kuikui
.
.
Gigi geraham saya ni dah lama ada serpihan, dah jumpa doctor gigi kat Sharifah Aminah kat Greenwood, tapi doctor tuh suruh dating lain kali untuk consult permanent doctor kat situ, suruh buat rawatan gigi, since gigi pun dah retak. Macam biasalah acik ni kannn... susah betul voluntarily nak jumpa dentist kikiki...
.
.
Dah ada tanda2 nak sakit gigi, tapi layan jer nyut nyut tuh
Dah tuh CNY kan... mana ada klinik buka
.
Last2 Isnin tuh dah tak tahan lagi dah... Nasib baiklah klinik kat kubah ria ni buka, ramai plak orang. Dua jam jugaklah menunggu.
.
Tapi berbaloi gak lah cabut gigi kat Kuching ni... Percaya tak, kos nya cuma RM60 untuk gigi geraham ni.
Itu rate kanak2 kalau kat KL ni tau :-)
.
Bila doctor offer untuk bawa balik, cepat je acik setuju hihi

Jenuh membelek gigi ni..
Dengan gigi sebatang ni acik rasa, terlalu besar kurniaan yang Allah berikan.
Selama hampir 40 tahun berbakti, entah berapa tan makanan dah di prosesnya. Keras dan teguh, tapi retak jugak akhirnya
.
Wahai gigi gerahamku.. Terima kasih atas khidmatmu, moga kau jadi saksi yang baik2 sahaja di akhirat nanti. Maaf kerana selama ini tak nampak sumbangan mu. Atau mungkin kurang menghargai mu. Atau mungkin tidak menjagamu dengan baik.
.
Aduh syahdu plak acik..
Yer sedikit sahaja ujian buat acik ini, sakit gigi. Saat tu lah "tak nampak tanah' mencari doctor gigi :-P

Ok sampai jumpa lagi di akhirat sana cik gigi.. (kalau ikut kuliah Ustaz Ahmad Dasuki, diakhirat nanti kita akan dapat kembali anggota badan yang hilang masa di dunia ini)

Sampai jumpa lagi kawan2.. hargailah gigi anda... cheeewahhh pesanan penaja


Regards; mila