Pengikut

Rabu, November 04, 2015

Sew for Adik : Headrest

Assalamualaikum..

Alkisahnya belikan carseat baru untuk adik, umi berazam untuk ajar adik duduk dalam carseat untuk keselamatan. Takmo lagi pegang2 macam kakak masa kecik dulu. Bila dah besar baru nak ajar masuk carseat, memang dah terlewat lah. Infant carseat carrier yang beli arituh plak dah sendat dengan adik.. ohhh dah besar rupanya budak kenit ni kan..

Pilih punya pilih, umi kenan dengan brand Koopers STEP. Kiranya menepati ciri2 yang diperlukan dan yang paling penting bajet takleh lebih dari RM500... yang ni slighly lower than budget, hanya RM429.00. Ayah takleh kata apa dah, sebab ni memang keluar dari poket umi yer hahahahahaha

Masa kat fabmom tuh ada ternampak headrest, wahhh bleh tahn regenya, almost RM50 kut huhuhu (ker lebih erks).. ohhh mahal sgt tuh

Balik rumah umi pun godek2 pattern headrest yang ada... dannnn jeng jeng...


Adik in action

Terciptalah pattern yg umi design sendiri huhuhu

Nampaknya adik sangat selesa
Travel dari KL ke Temerloh memang adik tidur sepanjang jalan.
Kalau jalan2 dekat2 je pun, lebih 5 minit, mulalah adik menguap hahaha...
Selesa sangat ker dik masuk carseat baru tuh...



Regards;
 

Selasa, November 03, 2015

Sew for Adik 2..

Assalamualaikum..
Entry cerita cerita lama...

Masa nak balik ke Kuching arituh dok cari sweater untuk adik pakai masa dlm flight. Cari punya cari.. semuanya jumpa saiz 1 yr, almaklumlah si adik ni kecik molek jer orangnya kan
Tetiba datang idea buat sendiri huhuhu..
Inilah dia sweater cum cardigan dengan hood untuk adik... cun tak adik?


Ini pun cerita sebelum balik ke kuching gak... konon nak upgrade ler ring sling yang buat aritu ker Meitai..
Maka jadilah satu MT dari soft denim ni..
Kakak sibuk nak try kendong adiknya..

Reversible.... dua2 sama cun.. (mak perasan) opsss adik kakak pun cun gak hikhik

Alahai.. tengok gambar ni, halus mulus jer kulit adik kan


Ini gambar beberapa bulan yang lalu
Last week adik kena measles... kesian kulit adik dah jadi kusam.. masih dalam recovery period lagi. Apa pun alhamdulillah, demam dah takde, cuma tinggal batuk2 n selsema jer... bilalah nak hilangnya batuk tuh dik... Allah lah yang Maha Penyembuh..

Kakak ni memang sayang sangat kat adik. Bila adik demam lama, pastu dah kehilangan senyuman adik, akak siap nak buat solat hajat, minta supaya Allah sembuhkan adik.. terharu mak. Moga kesih sayang kedua adik beradik ini kekal till jannah.. Amin




Regards;

Isnin, November 02, 2015

Tempahan Baby Bedding set..... sila sila..

Assalamualaikum..
Dah lama nak tulis pasal ni sebenarnya..
Opsss tajuk tokleh blah... macam nak aktif semula ambik tempahan jer kan.. aikk mana nak letak budak kenit kat rumah tuh kikiki

Pembetulan skit sebenarnya..
Ini cerita lama, yang lama nak tulis, dah lama simpan dalam hati.. hikhik.. amboiii

Just nak bgtau, pada yang berhajat nak tempah baby bedding set, bolehlah ke blog Yan ni yerr http://mylittlestuff27.blogspot.my/ 

Jangan malu jangan segan bertanya, insyaallah tak kecewa huhuhu

Ini gambar Asfa masa umur sebulan.. sekarang dah hampir setahun anak umi kan... today 11 bulan 7 hari dah...
Terima kasih pada Yan kerana hadiahkan Asfa bedding set ni, tilam kekabu empuk dengan bantal peluk dan bantal kepala, siap ada 3 bantal kepala lagi...






Regards;
 

Assalamualaikum..

Assalamualaikum..
Baru perasan, oktober langsung takde posting di blog hahaha.. Dah macam rumah tinggal yer dak
BW pon dah lama tak buat. Bizi dengan macam2 hal...


Asy-Syura 42:49-50
Milik Allahlah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki,memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki
Ataupun Dia menganugerahkan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa











Regards;