Pengikut

Jumaat, Ogos 28, 2015

Terima Kasih..

Assalamualaikum semua
Senyap sunyi jer blog ni kan.. Macam dah takde orang kihkih

Tapi masih lagi ada yg sudi email dan tempah telekung dengan kami.. terima kasih banyak2.
Yerrr kami dah pun buka semula tempahan, tapi tak sempat sangat nak umumkan disini (baru ini ada kesempatan)
 Mila@rimbun yang sekarang bukan lagi yg dulu2.. dulu2 den relex, sekarang den sudah berhenbeg kihkih. Hek eleeehh kan, orang lain pun ada henbeg kenit tapi ada jer masa nak mengupdate blog hihi

Sebenarnya dah takde cerita pasal kraf sangat pun, sebab tuh tak tau nak cerita apa, hukhuk. Mesin dah berabuk, harap2 kain2 tuh takle berlifas, tunggulah Asfa dah besar skit, bolehlah aktif semula berkarya

Sampai meng hapdet lagi dilain kali
Wassalam

Regards;

Rabu, Jun 17, 2015

Telekung Kanak-Kanak Readymade For Sale

Assalamualaikum kawan2 semua..
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan
Ramadhan Karem..

Disebabkan tempahan telekung telah ditutup, kami memberi peluang jugaklah pada kawan-kawan yang sedang mencari telekung untuk simanja mendapatkan telekung readymade dari kami. Ada antaranya fabrik baru yang belum dibuka untuk tempahan, kami buat dulu, kalau sedap mata kami memandangnya, maka ianya for sale hihihi

Semua yang tag S ada saiz S, dan tag L bersaiz L
Harga bagi S RM40 sepasang, kecuali S14=RM45 dan bagi saiz L RM70
Termasuk pouch dengan nama yang kami akan jahit kemudian.

sold

sold
sold
sold


Saiz L ini cuma ada satu sahaja, discount RM2 dari harga asal RM70 kerana ada 3 titik kesan karat, kecil sahaja, tapi dipulangkan oleh customer dan kami telah gantikan yang baru. Andai anda berminat dan nak tengok detail besar mana titik2 kesan karat tersebut, kami akan email gambar.

Sila email kami di mr,telekung@gmail.com or boleh WA/Telegram 019-254 8268 (please dont call)

Sekian terima kasih

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Moga berkesempatan untuk beribadah dan lebih dekat pada Pencipta..

Wassalam



Regards;
 

Isnin, Jun 08, 2015

Di akhir Syaaban sudahhh.. (TEMPAHAN TELEKUNG DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU)

Assalamualaikum...

Moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan... yang dah tak lama dah.
Bila fikir pasal Ramadhan ni.. macam2 cerita plak kan, pasal office hour, pasal berbuka nak masak apa, pasal nak pergi terawih, pasal baju raya, balik raya etc etc.. setiap tahun topik yang sama gitu.. tapi tak boring plok keh keh keh 

Blog ni dah makin inactive... aishhh apa jadi dengan tuan punya blog. Hari2 masa terluang lunch hour kat office hanya sibuk cari info pasal breastfeeding, pasal healthy food for infant (Asfa dah 6 bulan huhuhu).. pasal nursing wear.. itu ini begitu begini semua pasal Asfa adoiiii. Mak yang dah tua beranak baru gini lerr.. ilmu anak sulong arituh dah masuk arkib ahak ahak

Oppsss copppsss.. sebenarnya harini nak bgtau.. Tempahan telekung buat masa dan ketika ini DITUTUP sehingga selepas raya, insyaallah...
Kasi can tukang jahit gunting baju sendiri plok, dan gunting baju orang yg tempah baju kat tukang jahit keh keh keh (alkisah tailor baju melayu dah tutup tempahan, jadi tempahan divert ker tukang jahit telekung)

Belanja gambar Asfa lah skit erks kikiki

Wassalam

Regards;
 

Khamis, Mei 07, 2015

Mood menjahit : up n down

Assalamualaikum semua

Pengumuman skit..
Owner blog ini masih wujud kikikiki

Banyak gambar disimpan dengan harapan akan di upload ceritanya di blog, dan satu hari nanti bolehlah refer balik kat sini, sebagai kenang-kenangan
Tapi apa jadi? Gambor yang ada dah memenuhi phone.. blog tetap kosong tanpa update huhuhu

Minky blanket yang makin diminati ramai..
Satu untuk Asfa hihihi..
Kalerpul gitu...

Dan yang ni boy theme, hadiah untuk Umar, muda 7 hari dari Asfa...

Masa pregnantkan Asfa, langsung takde daya upaya nak menjahit quilt... nasib baiklah ada satu quilt yang dalam simpanan, tapi bila quilt tuh dihantar ke taska untuk jadi alas tidur Asfa.. alamakkk 

Maka mak dengan sesegeranya, macam mee meggie gitu.. cari-cari 2 pieces of fabric, letak fiber kat tengah, basting n quilting n binding tadaaaaaa... 
Boleh digunakan oleh Asfa untuk golek2 depan TV
Asanya 2 panel.. parallel.. malas dah nak patching patching...
Quilting pun yang senang2 ajer.. siap dalam masa setengah hari jer kuikui..  an instant quilt pun boleh kan... nasib ler anak tukang jahitkan.  Kalau bukan anak tukang jahit berbulan sebelum keluar dah tempah siap-siap hihihi

Oklah.. setakat disini dulu.. moga terus ada semangat untuk menulis diblog ini hihihi



Regards;