Selasa, Mei 08, 2012

FB vs BS

Apa plak FB vs BS yer...
FB for Facebook, BS for Blogspot...

Dalam pemerhatian saya sejak akhir-akhir ni, dah banyak blog2 yang selalu saya kunjungi dah tak aktif or dah tak banyak posting dah, tup tup jumpa kat FB.. baru tau... ramai kawan2 kita ni dah berhijrah ke FB rupanya.

Memang saya akui, FB lebih interaktif, lebih senang nak posting, takyah nak karang ayat panjang2 kan. Target customer pun ramai, dan kalau dah guna fanpage tuh, semua orang dapat update kita. BS ni plak banyak kekurangannya kalau berbanding FB... nak kena tulis ayat panjang2, interaction pun thru comment or email, dan kalau dah reply to comment tuh takde plak notification.. but CAN opt to have that notification. Cuma satu jer kelebihan BS ni yang saya nampak, anyone can access to the blog post. Tak perlu nak log in dan ada own ID kan.

Dan saya setakat ni takde lagi plan nak migrate ke FB, nak buka fanpage pun tak reti (malas nak belajar hahaha). Semua order di FB adalah thru my personal ID jer : milakamila sahaja. Taklah banyak sangat order pun, mostly kawan-kawan.

Selalunya kan, kalau tetiba hati saya ni jeles tengok orang lain dapat banyak order, saya cakap kat diri sendiri... "larat ke kau nak buat kalau dapat order camtuh hehehe" then baru sedar diri ini di tahap mana.
Saya kena be firmed to myself..... limit the order so that I am happy doing it, this is my hobby and I am suppose to be happy with it. Not stress to meet customer demand.

So, in conclusion, saya tetap setia dengan BS ni. Posting and sharing my idea here, once a while taking order from those interested in my artwork. Saya berazam nak banyakkan perkongsian ilmu craft/sewing for free. Harapnya ilmu ini boleh di gunakan sampai bila2, tambah plak kalau dengan  ilmu ini kawan2 boleh menjana sedikit pendapatan yang halal... fuh I am grateful for that. Harapnya when I am at "6 feet underground" - this quotes reminds me of someone hehehe - the rewards will keep flowing, akan jadi ilmu yang bermanfaat dan dipanjangkan

Awat saya membebel panjang2 harini kan...

Yang kat bawah ni gambar2 quilted single bedsheet kawan saya.
In angry bird theme... dah lama dapat kain ni, tapi baru sekarang terluang untuk siapkan. saya start buat Sabtu weekend arituh, harini dah siap kedua2nya, kecuali 2 bolstercase... by weekend ni bolehlah siap agaknya

Yang dalam gambar ni saya try kat katil Izzah, tapi disebabkan tilam Izzah ni nipis jer, so memang agak labuhlah.
Saya menggunakan fluffy fiber sebagai batting, so bedsheet ni dah jadi macam alas tilam gitu. Sangat selesa sekali, kain yang di gunakan ni provided by my friend, 100% cotton dan sangat lembut. Emmm teringin nak beli kain ini untuk Izzahlah nanti.

Saya dok berkira2 dah ni, weekend yang ada dah agak terhad untuk saya menjahit. Macam2 plan untuk next 3 weeks... plus saya kena take into consideration one week holiday from sewing masa cuti sekolah nanti.... go go balik kampung. Dan yang bestnyer, tak sabar saya nak bershopping barang2 craft kat FAH & India Street kat Kuching hehehe...
Dan jugak, saya akan bercuti selama 2 minggu di awal July nanti for family vacation, fuh tak sabarnya dan moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Oklah kawan-kawan.. Thanks for reading and thanks for your visit.
Happy Thursday

Regards;
 

34 ulasan:

  1. Saya lagi suka BS ...tak tahu kenapa...saya macam malas nak layan FB sebenarnya .Maybe dalam FB tu orang yang kita kenal so susah nak tulis isihati kita .Dalam BS pula kawan-kawan semua kita tak kenal cuma kenal dialam maya so luah kan perasaan apa-apa pun boleh ....cuti sekolah saya pun penuh dengan aktiviti

    BalasPadam
  2. Me too Suzie, tapi ramai jugak kawan2 n saudara mara saya yang tau kewujudan blog ini, tp whether mereka dtg selalu ke tak, tak pastilah kan.

    budak2 ni kalau tak penuhkan masa cuti diorg ngan aktiviti kang diorg boring plak kan...

    BalasPadam
  3. hai. melor pun lebih suka bs. fb tu tak tahu nak tulis apa. tapi ada juga fb sbb tak mahu di katakan old pesen. hahhaha
    betul kata u. kite buat apa pun mesti dgn hati yg gumbira. kalau dah jadi tension hasl kerja pun tak memuaskan. now melor alami keadaan tu. lps nih kena limit la tempahan yg di terima supaya hasil nya memuaskan n kepala sendiri tak sakit.

    BalasPadam
  4. Melor.. saya pun sesekali ke FB jugak.. banyak jugak masuk group2 jahit kat FB, yg bestnyer interaktif lah... boleh sembang2. Tapi still rasa best ngan BS jugak..

    Rasanya kalau kita fulltime taking orders bolehlah ambik unlimited orders, kalau tak larat buat sendiri boleh ambik pekerja kan, tp kalau dah part time n hobby jer, mmg kena ada limit, buat calculation sendiri dengan masa yg ada banyak mana boleh di buatkan ikut masa yang ditetapkan. Rasa bersalah kat customer kalau asyik lambat jer. Dan yang pentingnya kena jugak ada masa untuk suka suki jahit, ada masa untuk jahit barang2 sendiri n ahli keluarga, baru kita rasa happy kan.

    BalasPadam
  5. saya pun suke BS ni kak at least kita boleh pilih kita nak baca yg mane.kat fb tu semua terpampang kat depan mata, sape kutuk sape.BS ni at least kita tau sape kita follow,lgpun BS tadek kena block kat mane2 rasanya..fb office bnyk yg block..BS forever..ehehe (sbnrnya mls nak godek FB tu gak..hihi)

    BalasPadam
  6. suzie pon suka BS sebab saya suka orang bercerita, walaupon orang kata cerita merepek meraban...

    BalasPadam
  7. saya ada dua acc FB...satu lebih kepada personal, utk kwn sekolah, uni and sedara mara je..sebab situ mcm2 gambo keluarga ada..

    cuma bebaru ni je bukak acc fb baru khas utk link kan ngan blog sy tu..tu pun sekadar pos gambo je..takde tulis apa2 pun status kat situ..

    apa2 pun sy msh setia ngan BS..ruang yg plg sesuai utk cetusan hati dan idea sy..

    p/s: xamik pre order ke utk brg2 kraf kt kuching tu?hehe

    BalasPadam
  8. salam mila,

    masing2 ada kelebihan, terpulang pd citarasa masing2.. sy plak dr FB ke BS, malas nak layan FB skrg nie.. BS nie rasa lbh privasi, senang nak berceloteh & post pasal aktiviti2, ala2 cam diari gitu.. tp lebih umum subjeknya.. btw, mila ambil upah utk jahit set bedsheet ke? kalau king size brp rm? tq

    BalasPadam
  9. Tini... kat ofis akak ni pun FB kena block. Malam2 nak buka PC tu yg malasnya, but now hubby ada bg BB utk access FB, tp tak berapa pandai sgtlah guna.. masih exploring

    BalasPadam
  10. Shiedah... tak terus buka fanpage ke?
    BS ni boleh citer panjang, dan boleh jadi open diari, nak tgk past post pun senang...

    BalasPadam
  11. suzie... tu lah.. even kendian hari boleh baca, tapi kalau FB susah nak selongkar balik post lama2 arituh.. masing2 ada kelebihan n kekurangan

    BalasPadam
  12. Puan Hazel.. teringin nak menjenguk BS u, tp kat profile tak boleh tgklah, mcm tak share profile gitu...

    bedsheet ni baru first trial... insyallah kalau ada permintaan akan consider untuk buka for tempahan dimasa depan.. tgk lepas July trip nanti camna.

    BalasPadam
  13. Shiedah.. lupa ngan soklan shiedah pasal order brg2 craft tuh... emmm kena tgk dulu apa yg ada kat sana, dah naik harga ke belum... kalau ikut rege dulu mmg lah murah skit dari sini

    BalasPadam
  14. saya pun suka BS sbb kat opis tak blh bukak FB..heheheh..saya tengah plan nak buat single dan simple bedsheet tok anak saya..fiber untuk batting besar mcm tu nak beli kat mn kak?ari tu ada tengok kat kedai jahit dia jual 1 meter,1 meter je mahal jugak semeter tp tak ingat harga dia..klu nak buat cover oven ke mesin jahit pun guna fibre tu jegak ke kak mila?

    BalasPadam
  15. Yatie, akak guna fiber yang 3/4 inci, beli kat chowkit, bidang 90 inci. kalau untuk buat placemate or cover tuh akak guna batting nipis jer.. rasanya ABmaz kat jln Tar sana jual murah.. RM2.50 jer semeter. kualiti mcm beli kat Nana yg 150gm tuh jer.. mmg murah bebenor. sekali beli akak angkut 10 meter terus hihi

    BalasPadam
  16. saya pun suka BS...tp sbb lmbt nk upload jd byk p ke FB...kebanyakkan rmi org or customer jmpa sy melalui BS...jd BS lagi popular dr FB...cuma FB sng nk update n upload gambar...sy pun jrg update entry kt FB sbb Super BZzz...till june...hu hu hu..keje office melambak...blk pulun menjahit pulak...

    Cadar tu cantik...nnt nk try buat cdr paki batting la..he he he...

    BalasPadam
  17. Saya suka bs...more private kan..it is like our home in cyber..lately macam nak termuntah pulak masuk fb...too much people and aktiviti sampai tk bole nak register ape yang dibaca...seronok mila buat cadar quilt kan..it is addictive tau..puas buat projek besor2 nih..

    BalasPadam
  18. Setuju. Now I treat my bs not as tempat ambil order/promote but just as my seiwng/life journal je. For business Fb page is the best place. Life update sikit2 je kat page, mainly on promo & get in touch wth customers. Diakui, now 95% business dtg dr Fb...but now that I'm back working full time kena limit balik dah menjait...sayang & sedih rasanya coz I really love sewing & the biz is very dear to my heart...

    BalasPadam
  19. saya suka BS!Walaupun ada FB, tapi tetap suka BS. I feel like at home, sbb boleh tulis luahan hati. FB bagi saya serabut, too much info ntah apa2. Satu lagi, kat BS banyak tutorial, so i can learn too. what can i learn from FB?

    sewing for me is hobby and passion ..to release stress. kalu stress, saya masuk je sewing lab saya, terus lupa all things from office. Best kan.

    BalasPadam
  20. pembetulan ye..

    .....saya masuk je sewing lab saya, terus lupa all #%+&*!@ things from office.

    BalasPadam
  21. Ajnie... kat Fb sebenarnya ada banyak jugak tutorial tp susah sebab kena log in bagai dulu. kalau search kat google mmg tak nampak...

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Kak Ros, betullah.. plus iklan2 yang ntah apa2.. poning.

    memang addicted... walaupun penat tp bila tgk barang dah siap tuh, dah tak terasa penat dah

    BalasPadam
  24. Zura... tengok kawan2 yang berbisness di FB tuh nampak mmg banyak dapat tempahan n order. Itu yang terfikir2 kalau buka bisness kat FB kut lagi laju... tp nasib sempat sedar diri... its not the money that I am looking for, its to enjoy my sewing/crafting hobby.. walaupun order tak banyak tapi hati senang dan boleh buat yang terbaik untuk tempahan yang ada... insyallah customer pun gembira.

    BalasPadam
  25. imazzz... sewing is a theraphy by itself kan... lupa segala masalah kat office...

    BalasPadam
  26. Tyha memang x ambik upah...buat sebagai hobi.Banyk masa ada di FB...so lebih suka FB kot...;).Kadang2 terasa hati juga bila org nak menempah...kita tolak...dikata tolak rezeki.Untuk masa sekarang menjahit adalah hobi untuk release tension....bila ambik order nanti dah x dak terapi tension...jadi tertekan lak nak siapkan order orangkan....hehehe

    BalasPadam
  27. NoEN..tempahan tak banyak means tak memeningkan kepala kan, kita boleh concentrate kat satu2 order, kena tau kemampuan diri sendiri.

    BalasPadam
  28. Tyha... apa kata orang tuh kita tak dapat nak control kan, dah mulut diorg. Tapi asalkan kita tahu kemampuan diri kita dan apa yang terbaik untuk kita ok lah. kekadang tempahan yang terlalu banyak personilsed mcm tempahan baju memang memeningkan, sebab tuh saya suka quilting, boleh ikut kreativiti dan imaginasi sendiri.

    BalasPadam
  29. Kak Mila.. saya pun suka blog.. blog ni umpama jurnal saya.. bila-bila nak refer senang.. :D

    BalasPadam
  30. salam mila...lama tak berkesempatan nak singgah sini..bz sendiri....saya pun suka Blog...

    BalasPadam
  31. kak mila nak link nana tu kak..kot2 blh beli online ke..saya kat Puchong..tak larat nak beli brg jahit sampai ke KL nun..Jln TAr pun dah lama tak gi..hihihihi

    BalasPadam
  32. kak mila nak link nana tu kak..kot2 blh beli online ke..saya kat Puchong..tak larat nak beli brg jahit sampai ke KL nun..Jln TAr pun dah lama tak gi..hihihihi

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Love your comments...