Isnin, Julai 16, 2012

The Story, The Journey

Assalamualaikum kawan-kawan semua..
I am back..
Back at home, back to office... but yet back to my sewing corner. Penat belum hilang, nak kena adjust masa tidur dulu ni. dah terbiasa 5 jam lewat dari masa di sini, tidur pun jadi lambat.

Kali ini kami pergi sekeluarga.. not only hubby, Izzah and me..
but
Here we are..

Kami tujuh beradik semuanya, tapi hanya enam yang dapat pergi sekali, termasuk my mum, the one wearing pink jubah.
Nama2 kami ini unik skit, saya Kamila, yang tak join adalah adik saya Kamal, yang ketiga Raslah (wearing jubah kelabu), yang ke-4 Raslan (yang dukung anak tuh), kelima Salamiah (tudung cream), keenam Mohd. Salim (sweater hitam), dan yang ketujuh Khalilah (sweater hitam-hijau). The rest are my in laws Fatihah (isteri Raslan) dan Azohan (suami Raslah).. not to forget my dear hubby and si kecik Izzah & Khalisah hihihi

Plan asal kami nak join group 29hb June, tapi disebabkan adik yang belajar di UUM ada final exam on 28th June, terpaksalah tunda ke 2nd July, dan trip ni singgah bermalam di Muscat, Oman (instead of transit)
Menginap di Golden Tulip di Muscat (hotel disediakan oleh Oman Air)
pic: Teman Izzah... si comel Khalisah Aliya..
Jalan2 di Muscat... masa agak terhad, so tak banyak tempat pun kami pergi. Cuaca pun agak panas (+-44 degree)

Made from camel bone
Berlatar belakangkan pelabuhan
Nilai matawang Oman ni agak mahal, 1 Riyal Oman = +-RM8 tau.
Takat jalan2 dan window shopping oklah. Matawang Saudi Riyal pun diterima, tetapi agak mahal jugaklah 1 riyal oman=10 riyal saudi. Takat beli fridge magnet bolehlaaaa hahahaha

Flight dari Oman ke Jeddah lebih kurang 2 jam
Kemudian menaiki bas ke Madinah alMunawwarah lebih kurang 6 jam.
Kami tiba di Madinah alMunawwarah pada pagi 4hb Julai.. lebih kurang 3 pagi.

Di Madinah kami menginap di hotel Durrat alFeroz (betul ke idok ejaannya ni hihii). Lebih kurang 80 meter dari gate Masjid Nabawi, belakang Hilton Madinah.

Cuaca di sini agak panas, rasanya dalam 40-44 degree... aturcara pada hari pertama adalah lawatan dalam masjid Nabawi... ke makam Rasulullah, makan sahabat2, dan perkuburan Baqi'. Tempat2 tersebut kebanyakannya tidak boleh di masuki wanita, hanya setakat dari luar sahaja.

Saya rasa tarikan utama Masjid Nabawi adalah Raudhah, antara tempat yang di janjikan oleh Rasulullah sebagai salah satu tempat yang mustajab doa.
Alhamdulillah dapat jugak ke Raudhah, entah macamana saya boleh sampai dengan keadaan bersesak2 tuh... orang lain berlari, saya berjalan sebab takut jatuh, tapi once stop jer, tengok karpet kat kaki dah warna hijau. Tapi memang tak sempat nak solat sunat. Setakat sempat berdoa sahajalah.
Masjid Qiblatain (2 kiblat)
Area perkuburan syahid perang Uhud
Acara melontar riyal di pasar kurma
Seperti yang selalu di ingatkan oleh kawan2.... jangan beli kurma di ladang kurma, tapi belilah dipasar kurma. Supaya tak menyesal kendian hari hihii. Rasanya beza dalam 5-10 riyal jugak sekilo. Plus pasar kurma ni ada lebih banyak choice.

Dan sekali lagi jugak di ingatkan, kalau nak membeli-belah, lebih baiklah di Madinah, even nak tukar duit pun di Madinah lebih murah.... rate di Madinah lebih kurang di Malaysia. tapi rate di Mekah lebih mahal.

Dari Madinah kami bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah. Kami bermiqat di Bir Ali.
Sampai di Mekah dah pukul 10 malam dan terus check in di hotel.

11 malam kami turun untuk mengerjakan tawaf dan saie yang dipimpin oleh mutawwif, Ustaz Mustaffa.

Untuk saie, kami berpecah dari group mutawif sebab kami naik ke tingkat 1. Lebih selesa sebab kurang sesak, Izzah plak dah penat. Entah berapa kali berhenti, baru habis 7 kali.

Habis saie dah pukul 2.30pagi. Mula2 kami bercadang nak terus stay sampai subuh, tetapi izzah insist nak balik jugak.
Kat sini suasana malam atau siang tiada beza. Orang tawaf di keliling kaabah tuh memang tak pernah putus, malam atau siang.
Panas terik.. rasanya tak sanggup nak tawaf pada waktu ini kan (tengahari terik), tapi once you are inside there, tak rasa pun panas. Sedar2 dah 7 pusingan.
 Yang ini bersedia untuk ke bermiqat di Tanaim..

Lepas saie... saya kepenatan terus tertidur hahaha

Lawatan ke ladang unta, dan boleh minum susu unta fresh... huhuhu (takat seteguk jer boleh masuk tekak saya ni hahaha)

Lawatan ke muzium... Masjidilharam in future... now bahagian kiri tuh dalam pembinaan

Makan malam kami sekeluarga... selalu conquer meja yang paling panjang. Makanan yang disediakan adalah makan melayu-indonesia. Oklah.. dari makan masakan arab kan... yang tak tahannya, hari2 ada jer daging kambing.

Berlatar belakangkan bukit Thur, di atasnya terdapat gua Hiraq, tempat Rasulullah mendapat wahyu pertama.

Lawatan ke Jabal Rahmah, tempat di mana Nabi adam dan Siti Hawa bertemu setelah 40 tahun terpisah.

Aiskrim 3 riyal... yum yum
Dataran Kaabah dalam pukul 6.30 petang (sebelum maghrib)... dah ramai yang berpusu-pusu datang. Kat sini kalau tertinggal duit, ada kemungkinan boleh dapat semula, tapi kalau tingalkan tempat solat, jangan harap boleh dapat semula. Terutama "hot spot" seperti berhadapan dengan kaabah (nampak kaabah bila berdiri)

Jam besar....
I wonder berapa RM agaknya untuk satu malam kat sini yerr....
bergambar kenang-kenangan.
Moga dapat datang lagi...

Secara keseluruhannya saya berpuashati dengan pakej umrah Andalusia ni..
-makanan ok, masakan melayu
-umrah yang dipimpin oleh mutawwif sampai 3 kali
-andai takmau bayar apa2 tambahan, at least dapat buat berumrah sebanyak 3 kali
-arrangement additional umrah dibuat oleh mutawwif in group dengan kos sebanyak 10 riyal sahaja untuk kenderaan
-bagi yang tidak pernah menunaikan haji, kami dibawa ke mina dan muzdalifah, at least boleh dapat gambaran serba sedikit berkaitan haji
-jarak ke masjidilharam agak dekat, dalam 350meter
-staff yang amanah... adik tertinggal beg yang ada duit dan dokumen diri di Madinah, dia sangkakan hilang dalam perjalanan, rupanya tetinggal di bilik hotel di Madinah. alhamdulillah, dapat semula tanpa terkurang sedikit pun.

Cuma mungkin mereka patut buat sedikit improvement dari segi:
-komunikasi sebelum bertolak, sebab saya tak dapat any details, hinggalah beberapa hari sebelum tarikh bertolak. Itupun setelah saya email bertanyakan hal tersebut.
-arrangement bilik yang agak kurang teratur. Adik saya yang sepatutnya dapat bilik untuk 2 orang, tapi diletakkan di bilik 4 orang (dipisahkan), sedangkan mereka bawa baby. namun begitu kami di berikan bilik yang sepatutnya pada malam kedua.
-bilik hotel di Madinah agak kotor dan berhabuk (terasa macam nak pinjam vacuum cleaner jerrr hahaha)
-bayaran2 tambahan di terminal haji (balik) sepatutnya diberitahu lebih awal atau pun adalah lebih baik di tambah dalam harga package. Supaya mengurangkan unexpected cost incurred, terutama kalau dah nak balik, ramai yang dah kosong poket ... opss

Apa2 pun kekurangan ini tidaklah mencacatkan perjalanan kami, cuma ianya boleh dipertingkatkan di masa akan datang. Dan kalau ada rezeki lagi kesana, rasanya saya akan menggunakan Andalusia lagi.. no doubt.

Ops.. sedikit tips...
- kalau anda seperti kami, takde sesapa nak hantar ke klia (dah semuanya nak pergi kan), boleh booking van Publiccab, boleh muat 8 orang, dari batu caves ke KLIA cuma RM150.00
-kalau dulu beg kasut untuk masuk masjidilharam is a must kan.... now tak perlu lagi dah. Plastic2 untuk kasut disediakan di pintu masuk (tapi rasanya tak semua pintu) but depan Safwah tower tu pun dah boleh ambil plastik kasut tuh. Tapi saya agak sensitif skit dengan alam sekitar, jadi lebih suka pakai beg plastik yg sama (reused).
-kalau anda nak pergi dalam masa terdekat ni, silalah bawa face mask. Better pakai daripada anda menghirup udara bersimen hehehe (kerja2 meruntuhkan bangunan lama sedang giat dijalankan)

Syukurlah perjalanan kami pada kali ini tiada cacat celanya. Pergi dan kembali dengan selamatnya.

Kepada kawan2 yang belum kesana, berusaha dan berdoalah. Kerana yang memutuskan untuk kita sampai kesana adalah Allah. Teringat kata2 ustaz masa ceramah arituh, mungkin ada orang yang lebih kaya dari kita, kereta lebih mahal, rumah lebih besar, pangkat lebih tinggi tapi kerana belum ada jemputan dari Allah, tak jugak sampai kesana. Ada jer alasan... yang berpangkat kata susah nak cutilah, yang anak ramai kata susah nak tinggalkan anaklah....  seribu satu alasan.. tapi kalau dah ada jemputan tuh, kut datang bertongkat or berkerusi roda, or even merangkak.. boleh jer sampai. Inilah yang kekadang menginsafkan saya.
Masa perjalan balik kami satu penerbangan dengan jemaah dari Sri Lanka (kalau tak silaplah). Mereka ini kebanyakaannya dah tua, berjalan pun terbongkok2, dan tidak pandai membaca, duduk di seat yg tak sepatutnya... tapi mereka di muliakan oleh Allah untuk sampai ke rumahNya. So tak perlulah kita memandang sinis golongan ini... betul tak.

Setakat inilah sahaja perkongsian saya untuk trip kali ini. Apa yang baik jadikanlah teladan dan apa yang buruk jadikanlah sempadan.

Regards;
 

20 ulasan:

  1. seronoknye, melor pun simpan keinginan nak kesana. seperti yg di kata belum ada jemputan lagi. mungkin 1 hari nanti doa melor akan di kabulkan.

    BalasPadam
  2. 2-3 hari lepas saya mimpi ke Mekah ...rasanya buat umrah sebab dalam mimpi tu siap mutawwif tu tunjuk2 tempat melontar semua ...hahahah maybe dah ngidam sangat kot ...esok pagi bangun suka sangat saya .Moga dapat lah sampai kesana tahun depan ..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. melor... Insyaallah.... Yang penting kita ada usaha dan doa

    BalasPadam
  5. Suzie..... Kut dah dekat seruannya tuh. Arituh kan awak minta saya doakan semoga awak sampai kesana kan, alhamdulilah saya ingat nak sampaikan, teringat masa di raudhah n masa lepas tawaf.... Clearly saya ingat nama awak dan beberapa org yg lain yg berkirim doa. Moga doa awak termakbul

    BalasPadam
  6. Alhamdullillah...dah selamat semuanya ye. Abah saya kasutnya hilang masa lepas solat,berjln kaki diatas TAR yang panas untuk balik hotel.Alhamdullillah...dia ckp x panas sangat...kaki dia elok2 saja. Seronok dengar pengalaman2 org2 yang dah sampai ke tanah suci...;).

    BalasPadam
  7. Kak Mila.. thanks for sharing the experience.. seronok saya membacanya.. Semoga ada rezeki saya dan keluarga ke sana..insyaAllah... seronok betul tgk akak sekeluarga ke sana... :)

    BalasPadam
  8. alhamdulillah.. mila dah selamat pegi + kembali. seronok sangat tengok suasana - dapat pg pulak dengan adik beradik + ipar duai sekali.. alhamdulillah rahmat + rezki dari Allah swt. moga semuanya berolah keberkatan dari ALLAH

    BalasPadam
  9. syukur.. saya pun tumpang gembira membaca kunjungan mila.. di iringi dgn mak, adik beradik , suami dan anak... mmg terasa sesgt keriangan.. kalau boleh mmg nak buat begitu juga satu hari nanti..insyallah..(moga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dipermudahkan segalanya ya..)

    tq for the tips.. kekdg ramai yg pergi terlepas pandang tip2 yang di anggap remeh.. tapi bagi kita yang x pernah pergi dapat jadikan panduan..

    BalasPadam
  10. Tyha.. kasut kita mmg kena masuk dlm plastik or beg sebelum diletakkan ke rak kasut. kalau idok mmg 50% chances akan hilang. Alhamdulillah kaki ayah awak tahan x pakai kasut. ada tuh saya dengar cerita pecah2 kaki jln atas TAR. adik n adik ipar saya pun hilang kasut, diorg sms sesapa yg dah balik minta tlg hantar selipar lain, tak berani nak berkaki ayam. Saya plak selalu bawa jer dlm beg, senang nak ketandas bila perlu.

    BalasPadam
  11. MamaD... Insyaallah.. ada rezekinya nanti giliran ziela n keluarga plak kesana. Adalah pro n cont pergi ramai2 ni.. tp mmg happeninglah

    BalasPadam
  12. Tulah abah pon kata....ada yang masuk hospital sebab kaki pecah2 akibat pijak TAR yang panas.Alhamdullillah dia x apa2.Kes plastik kasut tertingal dihotel.Kasut pulak kasut baru beli...hehehehe.X de rezeki abah nak pakai kasut mekah kat Malaysia....;)Yang penting dia x apa2.Mak pon ckp..tebal betul kulit tapak kaki abah. Dia baru pijak sebelah kaki dah terasa mcm melecur. Derangpon berhajat nak pergi lagi kalau ada peluang kalau x dpt panggilan haji.

    BalasPadam
  13. Umi Eca.. sekadar berkongsi apa yang dilalui serba sedikit, setiap orang pengalaman berbeza

    Masa nak balik arituh dengar cerita ada makcik tuh kena pick pocket kat sana, kocek jubah dia to koyakkan utk ambil duit. Emmmm as usual.. di mana2 pun tetap ada manusia yg mengambil kesempatan mencari rezeki secara haram ni, so kena berhati2. At the same time, kita hendaklah selalu beringat untuk mencuci harta kita dengan sedekah dan zakat. Insyaallah apa yang Allah telah peruntukkan untuk kita akan kekal jadi hak kita.

    BalasPadam
  14. Tyha... Actually kalau ada bawa duit, boleh jer jalan keluar dari dataran masjidilharam tuh n terus masuk ke shopping complex, boleh beli selipar baru dah.

    Bila dah pergi umrah mmg akan terasa teringin nak g haji plak. ye lah... kalau nak g umrah lagi dah dikira sunat kan, so better aim untuk haji plak, sebab itu wajib

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, kak mila dah selamat pulang.
    DOakn Rozy sampai seru nanti naa...
    tak sabaq nak tgk karya kak mila balik :)

    BalasPadam

Love your comments...