Salam Ramadhan almubarak kawan-kawan semua.
Lama jugak saya menyepikan diri yer. Blog ajer yang sunyi tapi tuannyer ni kalut. Kalut nak siapkan baju raya, kalut nak kejar ke dapur, masak untuk berbuka, kalut nak kejar ke surau nak solat terawih... kalut nak g beli kuih raya (ahaks!! tahun ni ada kuih raya magic tau.. tunjuk2 terus jadi)
Baju raya kami 2 pasang seorang jer... (ini jer yang termampu = mampu di transfer jadi baju hahaha).
Untuk saya sepasang kurung pesak gantung, sepasang lagi kurung biasa. untuk Izzah sepasang kurung biasa, satu lagi dress ala ala jubah gitu. Saya ni mcm biasalah.. asal jahit baju jer saya akan ketensionan.
Dress labuh Izzah tuh asalnya nak letak conceal zipper ehem!.. akhirnya zip itu ter"conceal" jauh kat dasar bakul sampah hahhahaa. selamat sudah.
Cerita pasal raya ni, kalau orang lain mungkin dok plan nak ada langsir baru.. nak buat kuih raya etc etc kan. Saya ni mungkin bukan tergolong dalam kategori tuh kut.. saya tukar langsir kalau rasa perlu jer, or dah boring dengan the existing color, tak tunggu raya pun. Kuih raya pun malas nak buat sebab selalunya balik kampung lama, bila KL plak dok sibuk open house sana sini. So kalau ada orang nak datang rumah, masaklah makanan berat skit. Biskut2 raya tuh setakat penyeri jer.. formula raya sempoi ala saya hik hik
Eh Mana gambar baju raya??? tunggu rayalah yerrr
Dan sambil2.. dah ada pola dress tuh saya potong jugak kain ni, cotton, tapi coraknya macam comot skit kan, buat baju Izzah, dress dengan seluar. Bajet2 pakai pergi surau... sopan skit dari pakai t-shirt yang dah banyak yang sendat tuh
Dua tiga hari ni hati saya ni sedih skit.. sedih sebab vitamin B saya tuh skit sangat. Bukannnn.. bukan sikit sangat, tapi sikit dari tahun lepas.Tapi syukur jugak sebab ada vit B kan.
Pastu tetiba pagi2 tadi saya terfikir, memanglah angkanya sedikit sahaja, tapi sempena bulan Ramadhan ni, senang jer nak melipat gandakan sampai beratus2 kali ganda kan kan... even beribu kali ganda pun boleh, semuanya dengan keikhlasan hati. dan saya rasa sungguh gembira kerana dapat ilham ni.
Jomlah kawan2, kalau anda ada RM1, nak tak ianya jadi RM7,000 or even RM70,000,000... skim cepat kaya pun tak secepat dan tak sebanyak ini keuntungannya..
Andai rezeki kita sedikit sahaja, maka kerana ianya sedikitlah maka kita perlu perbanyakkannya.. perbanyakkan dengan sedekah, mudah mudahan ianya dapat membersihkan hati dan harta kita.
Insyaallah..
Regards;