Pengikut

Selasa, Mac 27, 2012

Panduan Tempahan Baby Quilt

Salam semua..

Dah siap "Attic Window" baby quilt comforter niii
Jom nyanyi-nyanyi.. ABC123..
Kombinasi warna-warna pestel..
Walaupun saya lebih suka kombinasi contrast tapi corak panel ni agak kelabu. so kalau di jodohkan dengan border yang garang2 sangat, tenggelam pulak gambar2 tu kan. 

Dulu2 buat mitered corner ni saya rasa membazir kain, tapi yang ni saya rasa ok jer. Mungkin sebab 1 corner sahaja agaknya. Kalau 4 corner hehehe.... belum cuba belum tau..

Ada lagi yang belum siap... sarung bantal kepala dan sarung bantal peluk.
(Baby quilt ini telah terjual dan saya tidak restock kain dah yer)

Saya sebenarnya nak menulis sedikit panduan untuk yang ingin membuat tempahan Baby Quilt Comforter set... berikutan dari banyak email yang saya terima akhir2 ini. Rasanya lebih adil kalau saya letak kat sini supaya tak terlalu banyak pertanyaan yang berulang-ulang:-

1. Price range untuk 1 quilt comforter adalah RM150-RM250.00. Harga ini bergantung kepada pilihan kain, pattern patchwork dan saiz. Saya menggunakan lofty fiber (3/4 inch) sebagai batting, andai ada permintaan untuk menggunakan cotton batting, saya akan quote additional price for it (additional about RM100 from the original price for cotton batting). The price comes with 1 comforter plus a drawstring bag to store the quilt. Simple embroidery such name also available.


2. You have a choice to add kekabu pillow and pillowcase, kekabu bolsters and bolstercase, diaper bag, diaper stacker etc etc... Price adjusted accordingly.. for ref. as per below:
1 set kekabu pillows (ONLY) comprise of 1 small pillow (14x10 inch) and 1 big pillow (13x19 inch) and 2 bolsters pillow (19x7.5 inch) = Price RM45.00
Pillowcase = RM15 (Normal) RM25 (quilted)
Bolstercase = RM20 for 2
Diaper stacker = RM30.00
Baby Binder/Barut (flannel cotton) = RM5.00
Baby Bib= RM10.00
Baby shoe=RM20.00
Kalau ada yang berminat dengan tilam kekabu, saya boleh tolong belikan dan buat cover, tapi saya tak buat sendiri yerrr.
Harga satu set (quilt+sarung bantal etc) kebiasaanya akan ada discount in total

3. Saya juga menerima material dari customer (upah sahaja), tetapi kain yang disediakan hendaklah mencukupi. Upah adalah bergantung pada saiz quilt dan jenis batting yang di gunakan. Upah untuk lain-lain barang:
Sarung bantal biasa RM5 - RM10 (mengikut saiz)
Sarung bantal quilted RM15 - RM25.00 (mengikut saiz)
Sarung tilam RM12 - RM30 (ikut saiz)
Diaper stacker RM25.00

4. Saya perlukan deposit sekurang-kurangnya 30% untuk setiap tempahan. Andai anda membatalkan tempahan, deposit hanya akan di pulangkan setelah barang tersebut terjual ke pihak ketiga, setelah di tolak kos2 berkaitan (jika ada).

5. Kos pos ditanggung oleh pembeli. Pilihan menggunakan pos laju ataupun pos bungkusan. Pos bungkusan adalah jauh lebih murah, untuk satu set kebiasaannya dalam RM10-RM12 sahaja.Selain kos pos, handling fee juga ditanggung oleh customer, iaitu kos pembungkusan etc, range dalam RM2 untuk setiap bungkusan.

6. Tempahan hendaklah melalui email atau pun PM di facebook. Saya lebih suka ianya "written" instead of verbal order. Senang saya nak refer kemudian hari. Oleh itu jangan segan silu untuk email saya.

7. Setakat ini saya hanya menerima tempahan di dalam Malaysia sahaja. Segala transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia.

8. Tempoh untuk saya menyiapkan tempahan adalah selama 2 minggu. Namun begitu bergantung kepada senarai tempahan yang ada on first come first serve basis.

Untuk contoh quilt yang pernah saya buat silalah klik disini http://blogrimbun.blogspot.com/search/label/Quilt
untuk pilihan kain yang ada kat sini http://blogrimbun.blogspot.com/search/label/Fabric%20Selection

emmm apa lagi yerr.. saya akan tambah dari masa ke semasa.. List ini sebagai rujukan sahaja, apa2 pun untuk keterangan lanjut email saya at my.milakamila@gmail.com ok.

last update: 29/10/2012
Regards;
 

7 ulasan:

  1. :).. tahniah..dah maju nih..bila akak nak maju nih...

    BalasPadam
  2. Wow harga cukup menarik..berbaloi2 lah..dapat beg travelling jugak ehh...Best price so far..

    BalasPadam
  3. Harap Mila dapat banyak order... then you can have a lot of fun sewing them. :)

    BalasPadam
  4. Thanks kawan2..

    Anic.. I do admit that I enjoy sewing it more than I enjoy receiving the upah... just love it

    BalasPadam
  5. Sampai sekarang saya hanya bisa mengagumi Quilt.. belum dapat buat sendiri..
    Karya2 Mila sangat cantik..

    BalasPadam

Love your comments...