Isnin, September 24, 2012

In the jungle




A toddler quilt measuring 48x63 inch.. taller than me hihi

Reversible in jungle theme

RM190.00
-SOLD-


Regards;
 

Jumaat, September 21, 2012

Cover cover lah skit yerr

Cover your aurah opsss... correction, cover your sewing machine :P

Sweet Lil Kitties in red..



Regards;

Khamis, September 20, 2012

Puzzle game...

Saya ada masalah besar niii!!!
Besar sangat-sangat... 

Sebelum tuh layan dulu puzzle saya ni yerr..
All 7 inch squares

Then pusing2 skit jadi camni... rasa macam tak berapa cantik plak

pusing2 lagi... jadi camni plak hihi... yang ini saya kenan..

horeyyyyy.. dah siap cantum... 53x63 inch.

Kembali pada masalah besar saya tadi... mesti kawan2 tertanya2 apakah itu masalah saya kan.
Masalah besar saya adalah tiada kosistensi dalam projek jahitan saya uhuk uhuk.. sedih dengan diri sendiri.
Tau tak apa lagi yang masih WIP bila saya overexcited nak siapkan si puzzle hijau kat atas tuh..
  •  ada satu tempahan sewing machine cover, saya dah buat halfway tapi nak isi applique skit bg tambah seri.. pending
  • my snowdrop single size quilt... patutnya dah boleh binding, pending
  • saya dah potong kain untuk buat cadar baru, separuh siap, tinggal nak lekatkan getah sahaja.. pending
  • sarung bantal peluk dan sarung bantal, kain dah dgunting.. pending
  • malas plak nak masuk kiraan kain yang digunting untuk buat cloth pad, cloth pantyliner, make up bag, etc etc... tapi pending.
  • tambah lagi ada 3 keping patchwork yang dah siap, tp entah bila nak basting quilting and binding tuh...


ADOIIIII.. itulah masalah besar saya, banyak kerja separuh jalan, pastu ambik masa nak dapatkan aura untuk siapkan. hajat dihati punyalah besar, tapi effort tak banyak hihihi

Tambah plak.. sekarang ni saya dok concentrate nak bina semula stamina di kolam renang (amboi ayat, macam perenang negara plak ahaksss). Almaklum sejak puasa memang saya tinggalkan sesi renang dan sesi aerobik saya. Tapi berat badan tetap turun tau.. dulu2 lepas miscarry last year berat ku ini 52kg, terasa sungguh berat gitu. Before puasa its 50kg jer (2 kg jerr!!!) After puasa, back to my ideal weight 46kg. Kalau ikut BMI memang underweight, tapi kalau ikut rangka tulang saya yang kecik ni, 50kg is the max, ideal is between 46-48kg sahaja.

Cerita pasal kolam renang ni memang macam2. First time pergi, selepas hampir 2 bulan berehat memang sakit setiap inci urat kat badan ni hahaha. Second time banyak improvement.. dah boleh berenang di tengah2 kolam, dulu takut, especially kat kawasan dalam, kang tetiba tak larat, mana ada tempat nak singgah kan (opss macam bus stop plak dah). Now dah boleh berenang straight dari hujung ke hujung olympic size pool tanpa henti. Dah boleh buat dalam 15 round gitu.... in 2 hours tau...hihihi. memang lambat pastu banyak rehat.
Masuk plak cerita pasal baju renang, offcourse saya guna baju renang muslim.. tak sanggup ai nak berbikini ahaks!. Isnin lepas kami ke Sogo untuk survey2 Sport Direct, tapi singgah dulu di booth Arena n Ogival... horeyyyy Arena ada 50% discount on muslimah swimming suit. Rege asal RM368 rasanya, dapat dengan harga RM184.. rembat terus hahaha. Wokey lah ada 2 baju renang kan. My first baju pun Arena.. ingat nak try Speedo, tapi 3 pieces lah plak. I prefer 2 pieces jer, tudung sekali ngan baju, lebih senang nak pakai.Ogival pun ada discount jugak, tapi 20% jer rasanya. Price after discount dalam RM253. Sport Direct tak banyak discount pun, dalam 20% jer, so better beli kat dalam Sogo.
Izzah pun ada baju renang baru jugak, bukan 1, tapi 2 lagi.. tapi itu ayahnya beli di Jakarta.. murah benerrrrrr.. convert dalam RM dalam 35 jer.. kalau disini baju renang budak2 pun harga sama jer dengan dewasa. Actually ada jugak hubby belikan untuk dewasa (saya lah tuh) tapi agak ketat. maybe kena cari yang XXXXXL kut hahaha. at least merasa jugaklah banyak X kan. Tapi harga memang murahlah.. rasanya dalam RM45 jer untuk baju renang dewasa.

Last two weeks saya dah start semula beraerobik bila balik kerja, tapi on off sebab nak habiskan puasa ganti n puasa 6. So this week dah boleh consistent skit.. 3 times a week. Saya beli VDC Denise Austin jer, bukan pergi kelas aerobic pun. Itu pun baru level 1 ahaks..
Semua ini untuk merealisasikan azam tahun 2012 saya, nak lebih sihat dan cerdas.
Saya pun confuse niii.. bila masa plak nak menjahit.. bila masa plak nak bersenam ni.. kemas rumah lagi.. masak lagi.. hihi.. BOLEH! andai anda kata pada diri anda BOLEH!


Regards;
 

Rabu, September 19, 2012

Jangan....


YUpppp I protest against disrespect of our beloved Messenger of God Muhammad s.a.w. 
And I am a muslim, muslim is not a terrorist, jadi saya tidak bersetuju apa-apa tindakan keganasan untuk menunjukkan perasaan marah sehinggakan ada yang tidak berdosa terkorban dan merosakkan harta benda.
Walaupun bukan di Malaysia, tapi rasa terkilan jugak dengan tindakan sebahagian saudara kita di negara lain. Mungkin kita patut bantah secara halus seperti dengan cara kurangkan/stop membeli barang2 dari negara yang anti-Islam dan menghina Rasulullah. Hentikan peperangan sesama Muslim, kerana dengan itu tiada lagi pembelian senjata dari negara barat etc. etc.

Allah Maha Mengetahui Segalanya

Regards;
 

Jumaat, September 14, 2012

Coffee table pocket organiser

Dah pun ada new table runner...
The runner is perfectly fit to the table plus the anti-slip fabric, everything in my ok from my eyes..
Tapi..pst pst tuan rumah tak berapa puas hati lagilah.. Tuan rumah kata masih lagi bergerak kalau ditarik/tolak, so takut barang2 kat atas akan jatuh aissshhh
Nasiblah puan rumah ni kreatif dan tak cepat putus asa, kalau putus asa pun peram jer lah dulu, lelain kali cuba lagi hihii..

Then puan rumah dapat idea camni.. buat fitted tablecloth macam dining table tuh, then letak skirt dan alang2 isi poket terus... jadilah organiser. Lepas ni takyahlah nak peram tp tak menetas remote TV kat atas sofa tuh yerrr hehehe


Tengok bahagian bawah plak... fitted tau... rasanya kalau guna heavy cotton better lagi, sebab lebih keras terutama tang bucu tuh. Seriau jugak kut terkoyak ke kan, tapi so far ok jerrr


Letak balik table runner puan rumah yang cun tuh yerrr...


No more complaint yerr hihi (pst2 rasanya tuan rumah taklah puas hati sgt, cuma malas nak layan dah kut ahaks)

Sesapa yang tak letak remote TV and Astro tuh kat tempatnya siaplahhh!.. 
Pilih satu denda ni.. nak kena bebel or nak kena rotan hahaa..

pst pst.. kalau ada nak tempah sebijik camni silalah email yer... tapi ukuran meja hendaklah tepat tau.

Regards;
 

Rabu, September 12, 2012

10Q

I received an envelop yesterday and look at what inside it.....
Horayyyy... its an Aidilfitri wish and 2 beautiful mug rug
Thank you soo much Nomaliza
Visit her blogshop
or personal blog
to see her beautiful creation from her sewing room..
I would say she is a very talented lady in bag making..

Bye..

Regards;
 

Isnin, September 10, 2012

Old one looks new - (with chair slipcover tutorial)

Dengan bangganya (oitt apa bangga2 plak ni!) oh tidak, dengan tanpa segan silunya saya nak share meja makan saya yang lama ini dengan kulit yang baru..

Meja makan ni penuh dengan nostalgia, beli masa baru kawin. Masa tuh kami ni hidup agak susah, tinggal di tumah sewa yang ada 2 bilik sahaja. Gaji bulanan saya sebagai audit asst. pun cuma RM1k ahakss!.. nowadays.. gaji kerani pun lebih dari ini kan. Jadi bila beli barang, pricing was the main criteria plus no hutang2, semua mesti cash term, sanggup kumpul duit dulu baru beli barang. Rasanya kami beli meja makan ni dengan harga tak sampai pun RM200.00.... murahkan. Compare to my friend yang masuk rumah arituh... meja makan dia je dah RM6k.. fuh keciknyer daku. Adoiii melalut sudah.

Zoom skit bawah meja, camnilah keadaan fitted table cloth tuh... rasanya kalau kawan2 tengok ni, mesti boleh imagine camna nak buat kan. Bila fitted camni, taklah alas meja tuh bergerak bila ditarik. Selamatlah skit

Zoom skit kat depan dan belakang kerusi tuh... tak banyak pleat sebab takut tak cukup kain.
Rupanya memang betullah tak cukup. Yang last tuh skirtnya ditampal2 dan sambung2 (lucky that patchwork is my cup of tea kan) so memang tak nampak sgt bersambung, unless belek betul2.


Ada ramai jugak teman crafter yang email saya on cara nak buat slipcover ni... untuk tidak menghampakan, maka saya buat tutorial simple ni. Bare in mind, this is my first attempt in sewing this, dan dengan berjayanya menjahit 6 kerusi sekali hahaha.

Material yang diperlukan :
Kain about 11 meters or more untuk 6 kerusi +tablecloth (better lebih sebab saya menggunakan 10 meter, cukup2 jer, dan depend pada saiz kerusi anda jugak)

1. Lukis pattern penyandar dan juga tempat duduk. Saya terus lukis pada fabric, alternatif lain, boleh jugak lukis diatas kertas
You need : 2 pieces untuk penyandar, dan 1 piece untuk alas tempat duduk dan 1 piece of fabric for skirt, I just cut at WOF. Untuk skirt, make sure to add at least 2 inch from the height of you chair, arituh saya ukur 17 inci, pastu tambah 1 inci jer seam, last2 dapat ngam2 betul. so terpaksalah tambah kain kain kat bahagian bawah

Additional info : saya buat ada padding, so saya perlukan 1 piece of fiber of each (penyandar+tempat duduk) and lining. But in this tutorial, that step omitted

Gunting kain dengan 1 inci seam allowance (perlu besar skit sebab boleh adjust kalau ketat)
Layer both penyandar dan jahit sekeliling (line hijau muda). Jangan lupa tinggalkan 1/2 inci tanpa dijahit (seperti dalam gambar di atas)
Bahagian depan dicantumkan dengan alas tempat duduk (see.. reason kenapa kena tinggalkan 1/2 inci tadi, senang nak jahit alas tempat duduk dan skirt nanti)
Saya trim excess fabric dengan pinking shear jer, malas nak jahit tepi.
Now step nak cantumkan skirt.. saya mulakan dengan titik tengah bahagian belakang. Saya lebihkan kain untuk pleat dalam 4 inci. tapi it depends on you chair.. mungkin ada kerusi yang lurus je kebawah kan..
Jahit skirt dari belakang penyandar dan terus ke bahagian tempat duduk. Boleh jugak kalau nak letak pleat di bucu hadapan tempat duduk. Jahit sampai bertemu dibahagian belakang.
Then cut off the excess fabric and sew the beginning and ending fabric together.
Sew the pleat
Bahagian luar nampak camni..
Dan seterusnya jahit kaki skirt. boleh jugak nak letak piping or apa2 ikut kreativiti anda

Iron it before put in to the chair... dah siap
Harap bermanfaat tutorial simple ni.. Jangan lupa link kesini kalau anda guna tutorial ini untuk projek anda yer.. seronok saya.. hilang penat mengedit gambar dan mengarang ayat ... ahaksss

Dan kalau nak lebih kemas, boleh letak tali kat bawah tempat duduk supaya boleh di ikat.  Pardon me for bad english and bad malay... campur aduk dah jadi manglish plak kan.

Byeeee

Regards;
 

Menang 5 ribu ringgit!!!!! WOW

Kring kring..... (fuh conventional ringing phone hihi!! phone nyer pun conventional tau)

Aikk "private number".. sapa eks

Saya : Hello

Caller : Hello, Ini Puan K* ke?

Saya : Ye saya bercakap

Caller : Puan, saya buat panggilan dari Menara Celcom, Puan adalah pemilik nombor 019****** kan? [dengan dialek Indonesia yerrr]

Saya : Ye saya

Caller : Tahniah Puan, nombor telefon puan telah terpilih untuk memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak 5 ribu ringgit dari Celcom. [beberapa kali jugak ulang sebab saya tak berapa faham/dengar sangat apa yang dia kata, mungkin dialek indonesianya mmg agak jelas]

Saya : Oooo ye ke (jawapan takde perasaan hahaha, mungkin dia expect saya akan terkejut and menjerit keriangan kut)

Caller : Puan, untuk dapatkan wang tunai ini, Puan tidak perlu bagi akaun number, cuma perlu tahu puan pakai perbankan apa yer? 

Saya : Maybank

Caller : Puan tidak perlu risau, saya cuma perlukan puan untuk pergi ke ATM berhampiran sahaja, agak2 ada tak ATM maybank berhampiran puan sekarang?

Saya : Saya dalam perjalanan, tak taulah bila boleh pergi ke ATM maybank

Caller : Yang terdekat ada tak puan, berapa minit perjalanan kesana? saya akan telefon puan semula bila puan dah berada di ATM

Saya : Nak buat apa plak kena ke ATM, kalau duit saya, sesuka hati sayalah nak keluarkan bila

Caller : Puan jangan susah hati, kami takkan suruh puan keluarkan duit, kami cuma perlukan bukti yang duit puan telah sampai ke akaun puan sebagai bukti kepada pihak celcom

Saya : Aishhh bukti pindahan duit pihak banklah bagi, kalau saya ada duit 5 ribu pun kat dalam bank, mungkin itu duit gaji saya, bukan duit dari celcom... apahal plak nak saya yang buktikan (saya dah start hangin, tapi control lagi, sebab sajer nak mengabihkan credit si pemanggil)

Caller : Ini duit hadiah puan, tak sama dengan pindahan duit biasa

Saya : Aikk boleh plak bank buat polisi lain untuk transfer duit hadiah yerrr. Celcom takmo tangkap2 gambar n letak kat paper ke.. takan bagi camtuh jer..

Caller : Puan, ini prosedur kami, ini duit 5 ribun ringgit tau

Saya : Saya peduli apa dengan 5 ribu ringgit tuh, gaji saya pun banyak dari itu (hahaha tempat yang terbaik untuk menipu bongkak sombong dan riak!!!! 

Caller : Ok terima kasih

Bila dah letak terasa rugi plak tak terus layan n buat2 dah berada di ATM. actually nak jugak tau dia nak suruh kita buat camna? Nak suruh kita daftar online banking ke agaknya... or any other method?. Kalu jenis yang telefon untuk aktifkan credit card tuh mmg tau sangat, mula2 dia minta nombor credit card, lepas tuh dia minta nombor belakang kad kita, katanya itu nombor siri yang bank bagi hihihi... sorry! Aku tak bodoh.

Tak mustahil ada jugak yang betul2 tertipu dengan panggilan seperti inikan.
So kawan2, berhati-hatilah. Kurangkan rasa tamakkan duit dalam hati kita ni, penuhkan dengan rasa cinta dan mengharapkan keredhaan Allah. Moga Allah lindungi diri, family dan harta kita semua... Amin


Regards;

Jumaat, September 07, 2012

The Runner

Hi friends..
Let me introduce you to my new runner in the house
Perfectly fit to my coffee table

In scraps and only scraps in dresden

Backing with the anti-slip fabric (the one in white)

Scraps that creates more scraps emmmm.. what am I going to do with this scraps? Should I keep it for the future project or just throw it to the bin..

My first ever project using my dresden ruler, bought it few months back from FQS. What a wonderful experience I had. I started on Monday night (suddenly getting the mood to cut the fabric after Izzah made a comment on the coffee table.. hahaha) and finished it on Wednesday, handstitch the binding on Thursday and there it is... (Monday to Thursday seems to be a bit too long with this simple project right.. but bare in mind that I only had few hours, sometime lesser, at night to be in my sewing room.. :P.)


So now.. I am welcoming my raya guest with my new table runner hihi.. and not to forget the new tablecloth and a half completed cahir cover (only 3 chairs covered, the other 3????? are still in progress, hopefully I can finished it over the weekend).. And... get ready for the FAQ (Frequently asked question).. "Buat sendiri ke ni???" Hahaha i love that Q.. and I love answering it... 

Happy weekend..

pst pst.. I am linking this post to..


Regards;
 

Isnin, September 03, 2012

Jom 'baru'kan yang 'lama'

Bila pergi beraya rumah orang lain, baru ada semangat nak hias rumah sendiri.. terasa plak rumah saya ni kosong tanpa hiasan. Perabut pun togel jer, dah ler lama, murah plak tuh ahakss.. (Meja ini seusia dengan perkahwinan kami, 11 years on 1st Sept 2012 baru ni :)

Plan asal bila masuk rumah baru arituh nak beli dining table baru, yang ini nak letak kat rumah sewa, tapi tenant yang nak masuk arituh tak mau plak dining table sebab diorg dah ada satu.. so what to do. Rumah plak sekangkang kera jer, mana nak letak kalau guna dua meja hihi. (Mode tetiba terfikir: kalau jual kat perabot 2nd hand tuh berapa rengget agaknya diorg ambik yerr emmm)

Idea nak buat table cloth dan chair cover ni dah lama. Kain ini pun dah lama beli. Kain ni agak tebal dan ada shield, ala2 laminated gitu tapi bukanlah totally waterproof, kalau air tumpah cepat2 lap taklah meresap. Jumpa di kamdar tapi remnant section, memang murahlah dari harga sebenar, just RM5 semeter.

Inilah dia a fitted table cloth (bukan takat bedsheet jer yg fitted tau hihihi)
dan for the first time I sew a chair cover. Izzah kata kerusi dah tutup aurat gitu haha.
Nak buat ropol lebih2, takut kain tak cukup plakkan. So buat simple je lah. Ada jugak hajat nk try piping, tapi better simple than a halfway project kan (sedar diri skit yerr).
Tempat duduk dan tempat sandar tuh saya letak padding, gebuz gitu. Bagi selesa skit orang yang duduk nanti.
Dah siap 3 kerusi, another 3 to go..
Nak minta kawan2 komen skit chair cover ni, boleh improvised lagi tak? Perlu ke letak ribbon tie at the back? Rasa macam semak plak kan... dan kalau nak buat untuk 6 kerusi, memang kena cari kain lain yang sepadan, maybe solid or polkadot kut. (Dalam hati ada malas sudahhh hihihihi)
Ataupun... too much sangat ke skirt kerusi tuh sampai lantai? patut buat separuh je ke eks?

Arggghhh.. pagi2 ni mode geram kat diri sendiri sebab lupa nak start puasa 6 harini, geram tau, bangun2 tidur jer terus minum air, dah siap2 mandi baru teringat arini nak puasa...maybe boleh nak continue puasa tapi rasa tak best plak....
Untuk puasa 6 ni saya target hari kerja jer, hari cuti terlalu banyak jemputan open house dan time ni lah nak jumpa member2, so memang tak best plak tak pergi sebab nak puasa 6 kan.. ok.. kita start esok.. chaiyokk


Regards;