Jumaat, November 23, 2012

Online shopping oh Shopping Online

Panjang kan kalau nak cerita pasal online shopping niii
Kekadang kalau dengan kawan2.. bila cakap "I beli online" ada dua dua kemungkinan reaksi dari member tuh... 
satu golongan : oh online ke.. selamat ke?
satu lagi : oh ye ke.. kat mana, nak beli jugaklah
satu golongan memang tak percaya langsung dengan online shopping
satu golongan memang dah terbiasa dengan online shopping ni

dan saya ni tergolong dalam orang yang tegar bershopping online dan orang yang tegar menjual online hahahaha...

As an online shopper, memang saya banyak berhati-hati, rules of thumb saya adalah...:-
  •  beli di website yang dah ada track record kawan2, recommended baru try, dan jangan percaya sangat testimoni kat website tuh... mungkin betul, mungkin tidak
  • Tapi kalau betul2 new, yang ini saya set tolerance limit yang mana agak2 kalau failure transaction, the amount that I spend will not effect me, either barang tak dapat tapi duit kena kebas or barang tak dapat tapi kena lalui pelbagai channel untuk dapat balik refund. Bukan sampai hutang bertahun nak cover balik that spending
  • Ambil tahu market price, so that anda takan tertipu dengan harga yang terlalu murah or terlalu mahal, contoh kalau barang yang selalunya berharga RM100, now djual dengan harga RM10... agak2 boleh caya ke? but again.. depends pada your tolerance limit, kalau rasa alaaaahhh.. RM10 jer, kalau betul best jugak, kalau scam takdelah kisah hilang RM10 tuh.. then boleh lah proceed kan.. ataupun ada jugak kes yg kata harga asal RM500, now dapat dengan harga RM100 jer hihi, padahal rege sebenar orang jual cuma RM90 jerr.. hihi tipah tertipu. Penipu ada di mana2 sahaja

Alhamdulillah, Lucky me... tak pernah lagi menjadi mangsa terpilih untuk any online shopping scam ni. Kalau setakat tersalah hantar barang dan seller sanggup hantar barang yang betul kemudian tuh biasalah... saya appreciate seller yang macam tuh sebab dia memang betul2 honest.. at least I know I am dealing with human, manusia tak lari dari kesilapan kan.

Dan... saya plak at the same time an online seller.. hajat nak buka kedai kat FB, tapi hajat ni kejap terpadam , kejap terpendam hahaha... belum confident kut. Dan lebih suka dengan blogspot ni, mungkin sebab niat asal saya adalah untuk berkongsi ilmu-ilmu jahit ni sahaja, tapi turn out to be a seller.

Disebabkan saya memang tak suka kena tipu, maka sedaya upaya saya untuk tidak menipu orang. 
Even dalam menetapkan deadline pun, saya akan bagi ample time untuk saya siapkan within deadline. Tak mau janji bukan main manis boleh siap, tapi tak siap2 jugak kan. Sebab tuh kalau saya tak dapat nak buat within yang customer minta, saya lebih rela decline the offer. Kira itu bukan rezeki saya lah nak tolong jahitkan.

Begitu juga dalam pemilihan kain, sebolehnya saya nak yang terbaik, walaupun kekadang agak mahal. Dan sebolehnya, kalau customer ada mention satu2 tema tuh, saya akan usahakan untuk adakan tema tuh.

Tapi kekadang as a human ada masa saya agak ber emosi.. bila orang desak saya untuk dapatkan harga yang lebih murah.. discount and discount.. saya pun rasa down... Bila dapat kain dari customer yang bila potong dah lurus, bila jahit bengkok or pecah n bila iron kecut.. adoiii.. cabaran semuanya kan.  Mana ada kerja yang takde cabaran, dan saya cuba untuk take it as an opportunity. Takdelah besar mana pun cabaran tuh berbanding orang Palestine yang berhadapan dengan rejim zionis di Gaza sanakan.

Adoi.. panjang plak cerita saya ni.. banyak sangat cerita karang macam nak tunjuk kebaikan sendiri sangat hihi, padahal taklah baik sangat pun. Ok kita citer bende lain plak.

Lately ni mesin sulam saya ni dah hot balik.. pushing myself untuk menyulam, apa guna ada mesin kalau buat tukun tiruan je kan..

Quilt untuk AULIA

Dengan tema bellerina dan rama-rama, quilt top dah siap, sulam nama pun dah siap.. next step basting n quilting

Every 3 months I am waiting for this... suka sangat dengan majalah quilting ni, rasa macam2 majalah nak di langgan... parah poket ku gini

Happy Friday kawan-kawan....
Selamat berhujung minggu semua
Mode : Nak buat apa yer hujung minggu ni, Izzah plak di kampung


Regards;
 

8 ulasan:

  1. sebolehnya mencuba utk jd yg terbaik dalam berurusan jual beli... takut dengan duit org.. sbb tu akk paling takut amik deposit .sebolehnya mmg nak elak.Prefer brg siap - bayar duit-pos brg.

    kalo nak guna bahan /material luar dr koleksi akk - suruh depa bayar harga material tu dulu atau beli material sendiri pastu hantar.. tp nak tau dulu material cemaner sbb ada material yg mmg tak sesuai(pastu ada kes2 yg kita dah beli bahan yg dikhendaki - pastu depa backout) so nak selamatkan diri sendiri - suh depa byr dulu duit bahan..(itu ler deposit pd akk) .. kalo bhn akk sendiri no hal..takmo - akk jual kat org lain.. rezki ada dr Allah .. insyaallah..

    BalasPadam
  2. sy jgk pembeli online yang tegar. penah beli online sun glases semata2 dr US.lepas convert duit kita RM50 je( mcm la sini takde sunglases ahaha)husband yg nak beli sy tolong uruskan sbb sy lagi pakar bab2 paypal ni dr dia..ahahaha
    tp shopping online ni best la..thrill dia lain mcm sikit sebab kena tunggu barang kita sampai lepas 2-3 hari buat payment

    BalasPadam
  3. Kak jamilah... Saya pun takut nk ambil deposit, tp kalu x ambik takut org backout, selalunya saya catit betul2, takut kut saya meninggal ke hihihi... At least waris bole tlg pulangkan hahaha, sampai kesitu pikir...panjang betul wakaka

    BalasPadam
  4. Shiedah... Jauhnya beli spek.... Saya x pernah lg beli brg lain selain kain n brg lain

    BalasPadam
  5. nice inspiring blog :)

    xoxo
    http://singingthumbelina.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. pas ni leh la share reliable shop tu..

    BalasPadam
  7. I want to report an online shop : Kachfashion (www.kachfashion.com). On 13 October 2012. I made payment to KACH Enterprise (PG0221642-W), an online clothing shop in Malaysia. They didn't contact me even after payment was received until I inquired about my purchase 8 days later. Finally, after 15 days or so after they had received my payment, they sent me a torn garment! Upon complaining to them. I was told to send the dress back to the company within 7 days from 5 Nov 2012 if I wanted a refund. Pos Laju delivered the dress back to them on 6 Nov. 2012 but to date (24 Nov), I have yet to receive a refund. Kachfashion has ignored all my emails, Twitter & Facebook messages. The company also deleted my online account so I can't trace my order! They have also deleted all my public messages on their Facebook page inquiring about my refund. The phone number listed in one of their advertisements is also a wrong number. I have proof of all email correspondences with the company. Beware of shopping at Kachfashion! I have reported the company to all the relevant authorities in Malaysia.

    Company Information
    KACH Enterprise (PG0221642-W)

    Correspondence Address
    27B, Jalan Perai Jaya 3
    Bandar Perai Jaya
    13600 Perai
    Pulau Pinang, MALAYSIA

    Enquiry
    info@kachfashion.com

    MALAYSIA Facebook pages : Kachfashion / Karen Kachfashion / Kachfashion Kach / Kach Kachfashion

    BalasPadam

Love your comments...