Isnin, Februari 04, 2013

Nak tempah telekung?

Assalamualaikum kawan2.. salam sejahtera

Hari ni clear sudah tempahan telekung untuk bulan January arituh, gembiranya hati sebab semua dah di siapkan dan di poskan. Harapnya tuan empunya berpuashati

Ini adalah telekung dewasa warna pink, kali ini mokcik ni dah malas nak jadi model, malu2 ayam gitu hihi..
Ada 2 lagi telekung saiz M & L tapi lupa plak nak ambik gambar.. dah packing baru teringat

Sebenarnya ramai jugak yang email bertanyakan pasal tempahan telekung ini... dan kalau ada yang baca page "Panduan Tempahan" ni, mesti perasan yang saya ada letakkan harga disitu.

Oklah... kali ini saya letak kat post plak lah... 
Harga telekung adalah mengikut saiz:
S = RM40.00
M=RM55.00
L=RM70.00
Harga adalah termasuk kos pos berdaftar (limited time) dan juga pouch kecil dengan sulam nama yang simple.
#sila ambil perhatian : atas faktor keselamatan, saya merasakan beg dengan sulaman nama ini kurang selamat kalau dibawa dikhalayak ramai, oleh itu sila pastikan anak anda meletakkan pouch dengan nama ini didalam beg lain kalau berada di khalayak ramai. Pouch ini pun kecil sahaja, cukup untuk memastikan telekung well organised sebelum di masukkan ke dlm beg lain :).

Untuk panduan saiz, sebelum ini selalunya saya terangkan through my personal email, so kat sini I make it clear ok:
S = untuk umur 2-4 tahun, luas muka adalah 8.5 inch, labuh dari bawah dagu adalah +-16 inch
M = untuk umur 5-6 tahun, luas muka 9.5 inch, labuh dari bawah dagu +-22 inch
L =  umur 7-12 tahun, luas muka 10 inch, labuh dari bawah dagu +-27 inch
*anggaran mengikut umur tuh adalah sebagai panduan sahaja, tetapi kena tengok dari segi fizikal kanak2 tersebut. Anggaran muka juga boleh di ubah, contoh bagi kanak2 yang agak berisi, saiz muka mungkin terpaksa dibesarkan sedikit. 

Pilihan kain adalah seperti berikut.. either love dot or pink polkadot sahaja yang ada

Kombinasi baru (update 18/02/2013)


Untuk confirmation of order, saya perlukan deposit at least 50%.  Tempahan akan di siapkan secepat mungkin tetapi bergantung pada list of order yang sedia ada. Saya akan bagitau bila tarikh di jangka siap sebelum anda membayar deposit

Dan......
berkaitan telekung dewasa... rupanya ramai jugak yang berminat dengan telekung pink ini yer hiihi..
Dan setelah menjahit dua pasang telekung dewasa, dan ada satu lagi in progress, rasanya cukup sampai disini (mak aii macam tajuk lagu kan hihih)... saya tidak lagi membuka tempahan untuk telekung dewasa.
Hanya untuk kanak2 sahaja.
Tidak ada alasan kukuh kenapa saya tidak ambil tempahan telekung dewasa.. cuma.. rasanya perlukan lebih masa dan usaha untuk mencari formula sesuai untuk saiz telekung dewasa ni. Tidak seperti telekung budak yang boleh dikategorikan dengan umur dan ketinggian.

Harap apa yang saya tulis di atas memberi sedikit penjelasan berkaitan tempahan telekung ok. Boleh email saya di my.milakamila@gmail.com, dan kalau anda prefer guna WhatsApp, email me your phone number, nanti saya WA.
Dan kena minta maaf awal2 lagi ni... saya hanyalah partimer dalam bidang jahitan ini, sewing is my hobby, oleh itu harap bersabar kalau email anda agak lambat di balas. Saya " trying hard" to differentiate my current job from my hobby agar kedua dua rezeki saya ini mendapat keberkatan... (rasa bersalah ambik masa kat office jawab email huhuhu... unless kalau dah siap semau kerja.. insyallah saya try jawab masa lunch hour ok.)

Weekend arituh kan cuti panjang... hubby plak ke Langkawi, dan kami (saya dan Izzah) balik kampung hihi.
Rasanya ini 2nd time saya memandu sendiri ke kampung, pastu dah terbiasa bawa kereta kecik, now nak bawa kereta besar plak (idok ler besor mana pun, cuma besarlah dari viva ku itew)

Dan... best sangat spend masa dengan budak comel niii
Inilah Wajdi... dah lebih sebulan.. tembam gituuu
Asyik nak minta susu jer... macamana tak tembam kan, belum sampai 2 bulan dah dekat nak 5kg. Padahal masa lahir 3kg jer.
Dan yang paling best, budak ni tak pandai nangis, kalau haus jer dengar suara dia jerit, tapi bukannya nangis sampai keluar air mata. Mahal airmata anak bujang sorang nii hihihi
Kalau dia dah kenyang dok terbaring sorang2 pun dia ok jer... baik kan. Kalau si Kak Long tudung purple tuh... masa kecik dulu bukan main kuat nangis, terutama kalau tak nampak bayang orang haha.. kak long penakut eks..

Wajdi.. we miss u, :hug:

Till another story...

Regards;
 

6 ulasan:

  1. ..saiz telekung kanak2 terlalu comel utk sy:P ..

    Kak Long muka sronok giler..wajdi plak bt muka cm boringg je ha3..

    BalasPadam
  2. Hihihi baru dok fikir aku ni ssh2 tempah je kat mila sekali x ambik utk dewasa pla. Suka si izzah dpt baby.

    BalasPadam
  3. Kalau poket ku tebal, sure dah ku booking cadar-cadar yang comel-comel itu plak :) jeles gn orang2 yang terer menjahit ni.. hehe xsabar menunggu telekung dapat..hee..

    BalasPadam

Love your comments...