Khamis, Februari 21, 2013

Ulat buku?

Assalamualaikum kawan-kawan
Terima kasih atas kunjungan...

Dua malam ni saya cuti.. cuti menjahit
Izzah selalu mengaku dirinya "ulat buku" dan umi ni plak katanya "ulat mesin jahit" hihihi

Tapi ntah kenapa, bila saya start buku Siri Pahlawan Islam ni, lupa terus dengan mesin jahit, tak sabar2 nak habiskan,, kekadang soksek soksek hihihi.. kena cover skit ayaq mata tuh hihihi

Harini dah habis keduanya, dan ini jer koleksi yang ada, tumpang sekaki masa beli buku Izzah arituh
Lepas ni kena singgah di Book Cafe lagilah nampaknya, nak cari kisah Imam besar macam Imam Syafie and Imam Hambali plak. Tapi dalam hati ni takut plak nak singgah Book Cafe dengan budak kecik tuh... kalau dia shopping lagi fengsan wooooo

Rasanya last saya baca kisah pasal sejarah Islam ni masa di tingkatan 5 kut, or masa di UIA agaknya. Rugi kan... rugi sebab kurang membaca pasal sejarah Islam dan kurang mengambil iktibar kisah diorg. Bayangkan.. diorg berperang jihad di siang hari dan bangun tahajjud dan membaca alQuran di malam hari... sedangkan kita ni siang bekerja dalam air-cond, dan belah malam ada tilam yang empuk, makan yang enak2, hidup yang aman damai, kut terjaga tengah malam pun tidur balik... nipisnya lah iman kita....
Besarnya jasa panglima2 perang ini, hinggakan syiar Islam sampai kepada kita hari ini.

Dikalangan mereka tentera Islam ni taat setia kepada pemimpin tanpa berbelah bagi...kerana mereka tahu, perintah tersebut untuk Islam, now? kita pun tak tau mana pihak benar dan mana pihak salah... pemimpin yang ada pun banyaknya berjuang untuk diri sendiri dan kaum kerabat. Agaknya bila akan ada seorang pemimpin dikalangan kita yang hati ikhlas memimpin kita kerana Allah?
Oh no no... saya tak berminat dengan politik.. I hate politik.. boleh tak cakap camtuh? hihihihi

Kalau korang terjumpa buku2 seperti ni... janganlah sayang duit nak beli satu yer... ianya lebih hebat dari drama korea tau wakakaka (saya dah bertaubat dan takmo lagi dah tengok drama korea... laghaaaa & menghitamkan hati, sebab tuh solat tak khusyuk kut....) Para peminat drama korea jangan marah tau.. ikhlas : ex-peminat drama korea :P

Regards;
 

5 ulasan:

  1. dear mila.. tq sbb exposekan juger buku 2 nie.. smlm dapat buku baru - masih dlm mod kanak2... buku 31 kesah nabi.. t cik azue wat book review eehh... beli pun ikut online.. skrg tgh hunting komik pahlawan islam .. dah lama tengok kat MHI.. but belum jumpa kat memana kedai buku.. sgt cantk ilustration masa cik azue tgk kat n berkenan sgt.. t nak terjah juger lah PTS Cafe nie.. tq na for the sumber.. (cik azue @ kuazue)

    BalasPadam
  2. Duluuuu-dulu, saya suka baca Kisahsul Anbiya & crita2 Umar Abdul Aziz. Skrg ni back to basic dah, Pengantar Hadith & Al Quran, tapi susah nak faham kalau x da guru. Kalau bab baca fiction, saya no.1! Sekarang nak baca balik Kisah Nabi2 sbb anak2 dok tanya tu & ini, dah x brp ingat!:D

    BalasPadam
  3. K.Mila, sy pn dlu peminat tegar drama Korea..skrg dh krg n mmg dh lama x layan citer korea..

    kisah2 sahabat n pahlawan Islam ni mmg bgs utk kite hayati kn..byk yg kite blh bljar dr pengorbanan mereka..

    BalasPadam
  4. bgs2.. sy bnyk gak buku2 ni tp x abis baca g.. hehe


    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    BalasPadam

Love your comments...