Khamis, Mei 30, 2013

Kuliah Syarah Al-Hikam 5: Kesungguhan kepada perkara yang telah diakui


"Kita adalah kaum yang Allah muliakan kita dengan agama Islam. Maka fahamilah! Kalau kita mencari kemuliaan yang lain selain Islam, nescaya Allah akan menghina kita."
ucapan Saidina Umar r.a. ketika pembukaan Baitulmaqdis






Regards;

Kasut oh kasut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tajuk ntah apa2 kan...
Sesajer nak menulis (elak diri dari tido hahahhaa)
Saya ni memang jenis yang tak suka menyimpan banyak2 barang... so kalau kasut ni normally saya ada sepasang kasut jer pada satu2 masa, tapi mengambil pengajaran dari pengalaman lepas (kasut rosak terus den pakai selipor g kerjer wakaka).. maka saya upgrade skit, so saya akan ada extra sepasang kasut backup. Lagipun bila ada 2 kasut ni, bolehlah digilirkan.. maka jangkahayat kasut pun panjang skitlah.
sumber : Google
Alkisahnya masa bercuti arituh.. saya terjumpa butik kasut feveret saya. Sebab so far, kasut jenama tersebut memang tahan agak lama, terutama tapaknya.
Tambah plak ada discount.. best tuh!!!

Selama ini saya baca cerita orang jer pasal layanan double standard salesgirl ni.. tapi kali ini terkena kat diri sendiri plak huhu. 

Mungkin agaknya saya ni nampak tak bergaya kut..or in other word selekeh kut eks hihi. Bila makcik2 "tanah seberang" masuk.. wahhh siap ada greeting lagi, saya nak minta saiz kasut pun kena cari salesgirl yang nak entertain... macam kacau plak diorg tengah entertain makcik tanah seberang tuh..

Teringat plak saya dengan cerita yang pernah saya baca kat blog beberapa tahun lepas.. at the end.. beli banyak2 nak tunjukkan banyak duit huhu.. awatlah teringat cerita camtuh.. dan terfikir plak ler nak wat camtuh kikiki... dalam hati dok cakap jer.. "ingat aku miskin sangat ke"

But tetiba saya terfikir..
Memang betul pun aku ini miskin huhu
Yang kaya adalah Allah.. Rabbi wa rabbulalamin..
Saya pun just ambik kasut yang saya kenan, bayar dan terus blah jer... toksah ler nak menyesakkan fikiran dengan situasi remeh temeh tuh kan...

alhamdulillah.. Syukur sangat sebab saya masih berfikiran waras, dari ikutkan nafsu untuk dapat penghargaan manusia.
Moral of the story.. layanlah semua orang samarata, tanpa melihat "kuasa beli" mereka.

Tadi google picture kasut terjumpa plak selipor ni kikiki
Ada berani tak bawa g shopping kakaka



Wassalam

Regards;

Untuk si comel Sofea-Qaleesya-Fatin Damia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Antara telekung yang telah disiapkan..
Dah diposkan pun.. Moga selamat sampai ke tuannya..


Ada juga telekung yang takde gambar tapi dah pun diposkan huhu.. koordinasi pasal gambar2 telekung ni dengan my sister masih lagi ada sedikit kekurangan...
Yup.. telekung2 ni bukan dijahit oleh saya, tetapi di jahit oleh adik saya... tapi jangan risau.. in shaa Allah.. dari segi kualiti jahitan tiada beza.

Dan ini pilihan kain yang baru.. Pilihan lama nampaknya dah habis...
Plain pink kedua2 gambar ni nampak berbeza disebabkan kamera, tetapi sebenarnya dari kain yang sama... warna yang paling hampir dengan warna sebenar adalah gambar bawah tuh tau....
Masih lagi mencari-cari kombinasi dot yang baru untuk telekung yang lebih cun melecun :)

Oklah.. pada yang nak tempah telekung kanak-kanak, boleh refer detail di sini 


Selebihnya boleh email saya di my.milakamila@gmail.com
or di FB saya www.facebook.com/milakamila  

Regards;
 

Rabu, Mei 29, 2013

Bestnyer cuti....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa kabar kawan-kawan.. miss me, miss my post? uhuk uhuk...(soklan yang tokleh tahan tuh)

Masih lagi dalam mood cuti walaupun fizikal dah dok kat ofis.
Pada kawan2 yang email bertanyakan telekung, quilt etc... minta maaf banyak2 sebab lambat respon. Insyallah hari ini saya akan try reply semua ok.

Percutian kami kali ini ke...
Universal Studio Singapore..

Pertanyaan biasa dari kawan2 yang belum pergi "Best ke?"
Dan pernyataan biasa kawan2 yang dah pergi "Best kan! rasa nak pergi lagi"
 Oh TIDAK!!!!!!
alangkah tidak best nyerrrr... Cuba bayangkan beratur 2 jam untuk event yang mengambil masa 5 - 10 minit!!!!. Bangunan yang besau-besau tuh sebenarnya nak menampung orang yang beratur jer hihihi
OK kalau anda pergi masa bukan cuti sekolah or tengah minggu, mungkin anda akan dapat good experience.

Suka benor budak sorang ni kat jamban shrek ni hihi

My sister and me 

Izzah & Tam


Happy couple ever after hihi..
Tau tak.. kalau nak ambik gambar dengan maskot2 camni kena beratur panjang huhuhu.. pastu nanti kang sesuka hati jer diorg dah takmo bergambar, walaupun baris masih panjang.. maybe dah nak masuk untuk show kut eksss

At last tak banyak tempat yang kami masuk... setakat 4 tempat jer kut sebab dah tak larat nak beratur (Izzah & Tam jer extra 1 sebab masuk cyclon....roller coaster ahaks.. berani benor anak umi nii). Nak makan pun mengambil masa hampir sejam beratur huhuhu
Kami bernasib baik sebab dapat free lunch voucher dengan $5 gift voucher

Actually kami ambil trip harian jer dari JB. 
Kalau anda tengah survey2 nak kesana, kami ambik pakej Rajawali Bintang, harga per head RM198.00 termasuk pengangkutan... dan bernasib baik ada lunch voucher tuh... lunch tu jer dah SGD14 :-P

Ahad plak kami ke Legoland... eksss takat muka pintu gerbang jer hihi.
Opss.. tiket masuk kesini RM140 dewasa dan RM110.00 untuk kanak2 bawah 11 tahun yerrr
My mum & me

Izzah and her Mak

Tempat wajib pergi bila di JB huhu..
Kacang pool pak ajiii niii yum yum...

Dan tak lupa... terima kasih kat si comel ni kerana menghiburkan hati kami selama di JB... terima kasih sebab bagi "homestay" free ahahaha

Wassalam....

Regards;
 

Khamis, Mei 23, 2013

AlHikam 21 : Meminta hanya kepada Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Bersungguh-sungguh dalam perkara yang Allah telah beri jaminan seperti rezeki, tetapi lalai dalam perkara yang dituntut seperti ibadah adalah tanda buta mata hati"



Regards;

Thursday Talk..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Happy Thursday kawan-kawan..
Aishhh ngantuk benor saya hari ini... rasa macam nak pejam jer mata ni
Gara-gara nak menyiapkan order 'customer' saya ni lerrr... 
Customer sorang ni memang very special, kalau tak buat kang muncung 10kaki molotnyerrr :-P

Ini adalah untuk Ustaz dan Ustazah di sekolah agama, untuk cikgu dan cikgi sekolah kebangsaan saya belikan chocolate Cadbury bar jer... just ikat reben and its done.
Tapi untuk ustaz sekolah agama ni dia takmo ler plak, sebab takut coklat tuh cair.. dah sekolah petang kan...

Honestly... first time embroidery guna NV950, dah tuh nak kena adjust2 thread tension dulu baru ok. Tak macam NV90 arituh... tension benang tuh dah ok, so tak perlu ubah2 lagi dah...(emb sahaja kan!).. dah tuh urgent plak tuh... arini dah nak bagi kat ustaz aish.. aish... dah ler umi ni freshie jer dalam sulaman tuala nii
Kalau zoom dekat2 skit sulaman tuh banyak jugak cacat celanya tau... fuhhhh (lap peluh-ekss tapi bukan dengan tuala tuh yer hihi)... baru masuk preschool embroidery work niii :). Nak kena sulam tuala sendiri dulu niii..

Dan ini plak telekung yang dah siap
Gambar atas tuh without flash I guess..
Tapi actual colour sama jer atas dan bawah..

Harap Damia dan Basyirah gembira dengan telekung ini yerr.. Rajin2 solat tau

Eh eh!! esok cuti kan.. (Saje jerr tuh wat2 lupo hihi)
Bestnyer tak sabar nak bercuti...
Destinasi kami kali ini adalah... nun di selatan semenanjung huhu.. 
Orang selatan ada nak jumpa I (bajet mokcik glemer sangat ler tuh kakaka)

OK selamat bercuti semua yer..
Akhirukalam
Jom kita lebihkan selawat hari ni

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Regards;
 

Rabu, Mei 22, 2013

Fresh Squeezed...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Colourful day today
Bangun pagi2 ni happy... 
Happy sebab satu lagi set baby quilt dah disiapkan... Ambil order ni terasa macam satu amanah yang mana selagi tak siap, hati rasa tak berapa nak tenteram haha..
Actually quilt comforter ni saya siapkan weekend arituh, Monday saya siapkan sarung bantal.. tetiba ekss! bantal nya nan ado hahaha..
Baru perasan stok bantal dah habis, so balik kerja semalam, Izzah kata dia takmo makan nasi (yeah! umi takyah masak), So buat projek isi kekabu dululah...
Tadaaa.....

Panel ni dari koleksi Fresh Squeezed by Sandy Gervais, Modafabric
Quilt size 37x47 inch


The quilted pillowcases


Dan tak lupa... telekung chomel untuk kakak to be.. Sofiya Yasmin, dah lama siap, tapi peram dulu sebab nak tunggu quilt set ni siap..


Hopefully the owner happy with all these.. Terima kasih atas tempahan dan terima kasih sebab sabar menunggu..


Wassalam... (mood tak sabar nak cuti sekolah :-P)

Regards;
 

Selasa, Mei 21, 2013

123 Summer Holiday & Spongebob Square pant

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cerita pasal quilt plak kita yerr..
Quilt comforter 2 beradik ni siap dah lama, eh! ke saya dah pernah post kat sini eks... saya pun dah tak ingat dan malas nak browse balik posting lama hihi

Pending sebab kain tak cukup hihi.. ok....the truth is.. ini kain customer, bukan fabric dari gerobok saya tau.
Saya ni dah terbiasa ada kain yang bersusun2 di lemari, jadi tak berapa cekap mengira berapa meter/ela diperlukan untuk setiap quilt size tuh.

Yang ini saiz besar skit.. 50x63 (eh! ye ke... lebih kuranglah)

Bila kira2 semula berapa ela fabric diperlukan.. (assume kain bidang 45 inci, panjang 36 inci=1 yard)
Top :: 2.2 yard
Backing :: 2.2 yard
Binding :: 0.6 yard
Total semua :: 5 yards 
So bila nak tambah sarung bantal dan sarung bolster, kena tambah lagi at least 1 yard huhuhu.. baru tau banyak kain digunakan rupanya yerrr

Ok kalau average price US Cotton (yang ini memang fully US Cotton top and backing tau) is RM35.00 (Kalau beli locally i.e. Yee Button, susah nak dapat rege ni tau)
RM35.00x6yards=RM210.00 huhuhu

Wokey.. lupakan pasal RM RM tuh.. kita layan gambar je lah


Yang ini plak tema Si SquarePant main bola hahaha...


Ini baby size 36x46 inch

Jom kira kain yang diperlukan:
Top :: 1.2 yard
Back :: 1.2 yard
Binding :: 0.4 yard
Total :: 2.8 yards


Nampak tak applique kapal terbang tuh hihi... rasanya macam kurang tepat pilihan warna tuh.. kalau warna oren ke kan.. mesti nampak jelas gitu..

Oklah.. thats all for today

Before that intai intai skit
Patching in progress huhuhu..

Wassalam


Regards;

Telekung Chomel Sakinah & Maira

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله

Pagi-pagi ni kita tengok telekung chomel lah yerr
Untuk si comel Maira & Sakinah..

Harapnya Maira & Sakinah & juga tak lupa mummy both of them suka dengan telekung ini. Moga rajin solat yerrr

Jom kita lebihkan selawat hari ni

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Regards;
 

Isnin, Mei 20, 2013

44 : AdDukhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat datang Monday...
Alhamdulillah.. another week to go...

Kerja sampingan saya, sambil buat kerja di ofis ni. Sedar2 dah pukul 12 emmmm.. cepatnya masa berlalu. Tapi rasa seronok sebab..... dapat dengar tafsir surah AdDukhan niii

AdDukhan Ayat 1 - 31

AdDukhan Ayat 31- 59

Sangat suka dengan cara penyampaian Ustaz Abdullah Yassin ni... lemah lembut gitu. 
Saya ni orang yang jahil, dah tuh selalu beralasan nak pergi majlis agama, alhamdulillah saya dilahirkan di zaman IT ni, dapat jugak menimba ilmu, walaupun sambil2 berkerja dan di depan PC.
Apa pun, pada pendapat saya, kita kena jugak berhati2 dalam memilih video yang nak ditonton di internet ni, takut yang memesongkan... betul tak.

OK.. take care kawan2
إلى اللقاء و مع السلامة 

Regards;

Khamis, Mei 16, 2013

Ssshhhhhhhhhhh.....


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله

Projek bila dapat MC... :p
Patutnya bila doctor bagi MC kenalah rehatkan.. tapi asala dapat MC jer terus segar bugar jer rasanya hahaha

Maka terus jer saya call kedai mesin jahit ni (Actually otw balik terus singgah, tapi takde orang plak dah kat kedai).. kata nak tengok NV950 yang masih ada stock harga lama tuh :).. ehemmm RM1999.00 ajer tuh!

Tengok jer terus jatuh chenta ahaks!
Sebab kalau NV90e arituh, kalau nak guna design dari luar kena buka Netbook/Laptop, tapi yang ini just guna USB 2.0 jer.. mokcik sukooooo.

Deco stitchnya pun banyak jugaklah kalau banding dengan NV50. More choices untuk simple letter... eksss aku guna ke?
Wide table (yang tak berapa wide tuh) dah ada sekali, darning foot pun included. Overall.. its a good buy

Opss.. Kalau ada yang tertanya2 kat mana saya nak sumbat yg ni... Actually, NV90e and NV50 telah pun selamat berada di kampung. Udah sedekah kat adik untuk dia continue jahit telekung di kampung, so dengan kehadiran pendatang baru dengan izin ini, takde lah menyemak bilik jahit pun. (alasan rindu kat NV50 n NV90, maka ku angkut NV950)

Pelik tak? Kalau nak beli henpon baru arituh punyalah liatnya... bajetnya tight benor, angan2 nak cari yg less than 1k ahaks.. (but takper.. nasib ada orang sponsor). Tapi bab beli mesin jahit ni laju jer... pejam mata jer... dah dapat seketul (aishh magic sungguh).. cer suruh saya beli handbag harga 500 hengget, maunya setahun dulu mokcik pikior, baru boleh buat decison hahaha. So setiap orang tuh ada minatnya sendiri kan.... (jangan salahkan saya kerana memiliki banyak mesin jahit huhu)

Ok.. ada tak kawan2 yang tengah cari mesin jahit yang simple dan bajet kecil2an shj eks? Kat kedai saya beli NV950 ni diorg buat clearance model lama Brother LS2160 dengan harga RM450.00 sahaja(harga asal RM599), memang cukup murah dah tuh kalau setakat nak jahit baju sendiri dan anak2 or buat tampal kain koyak ke kan (tapi saya tak pernah guna, ok ke tak saya tak pasti plak).
Pinjam gambor kat google jap eks
Kalau berminat email saya yer.. nanti saya bagi no. phone kedai.. anda boleh tengok sendiri.

إلى اللقاء و مع السلامة 

Regards;