Rabu, Mei 29, 2013

Bestnyer cuti....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa kabar kawan-kawan.. miss me, miss my post? uhuk uhuk...(soklan yang tokleh tahan tuh)

Masih lagi dalam mood cuti walaupun fizikal dah dok kat ofis.
Pada kawan2 yang email bertanyakan telekung, quilt etc... minta maaf banyak2 sebab lambat respon. Insyallah hari ini saya akan try reply semua ok.

Percutian kami kali ini ke...
Universal Studio Singapore..

Pertanyaan biasa dari kawan2 yang belum pergi "Best ke?"
Dan pernyataan biasa kawan2 yang dah pergi "Best kan! rasa nak pergi lagi"
 Oh TIDAK!!!!!!
alangkah tidak best nyerrrr... Cuba bayangkan beratur 2 jam untuk event yang mengambil masa 5 - 10 minit!!!!. Bangunan yang besau-besau tuh sebenarnya nak menampung orang yang beratur jer hihihi
OK kalau anda pergi masa bukan cuti sekolah or tengah minggu, mungkin anda akan dapat good experience.

Suka benor budak sorang ni kat jamban shrek ni hihi

My sister and me 

Izzah & Tam


Happy couple ever after hihi..
Tau tak.. kalau nak ambik gambar dengan maskot2 camni kena beratur panjang huhuhu.. pastu nanti kang sesuka hati jer diorg dah takmo bergambar, walaupun baris masih panjang.. maybe dah nak masuk untuk show kut eksss

At last tak banyak tempat yang kami masuk... setakat 4 tempat jer kut sebab dah tak larat nak beratur (Izzah & Tam jer extra 1 sebab masuk cyclon....roller coaster ahaks.. berani benor anak umi nii). Nak makan pun mengambil masa hampir sejam beratur huhuhu
Kami bernasib baik sebab dapat free lunch voucher dengan $5 gift voucher

Actually kami ambil trip harian jer dari JB. 
Kalau anda tengah survey2 nak kesana, kami ambik pakej Rajawali Bintang, harga per head RM198.00 termasuk pengangkutan... dan bernasib baik ada lunch voucher tuh... lunch tu jer dah SGD14 :-P

Ahad plak kami ke Legoland... eksss takat muka pintu gerbang jer hihi.
Opss.. tiket masuk kesini RM140 dewasa dan RM110.00 untuk kanak2 bawah 11 tahun yerrr
My mum & me

Izzah and her Mak

Tempat wajib pergi bila di JB huhu..
Kacang pool pak ajiii niii yum yum...

Dan tak lupa... terima kasih kat si comel ni kerana menghiburkan hati kami selama di JB... terima kasih sebab bagi "homestay" free ahahaha

Wassalam....

Regards;
 

7 ulasan:

  1. Bercuti rupanya dia... Hijhikik.. Ke johor negei tumpah darahku... Akak crk email eh nanti bla alik kerja...

    BalasPadam
  2. Kakcik belum ada rasa teruja nak ke USS. :)

    BalasPadam
  3. Syoknyer dpt jenjalan... len kali kena masuk legoland tu.. tp bukan cuti sekolah la...hihi...
    Menarik kedai pak aji tu kak... kat ne tu?

    BalasPadam
  4. MamaD.. kedai pak aji tuh kat foodcourt sebelah balai bomba larkin. Glamer jugak tempat tuh rasanya.... ramai orang tapi servis cepat jer

    BalasPadam
  5. X teringin lg nak pergi uss sebab dengar beratur pjg je. Tp wafi ikut rombongan Sekolah okt Ni so jimat. Hihihi

    BalasPadam
  6. as salam mila... USS tu mmg elok g masa off season... saya g 3 tahun lepas... masa johor cuti.. syok.. beratur tak lama... puas..

    masuk tak 4d cinema dia?? best masa donkey bersin...

    legoland je lum... depan gate jugak bergambar sakan..
    pasal ramai kata panas sgt.. pokok kecik2 lagi... so kami tunggu sampai legoland "matang" baru plan nak jejak ke sana...

    BalasPadam

Love your comments...