Isnin, Julai 22, 2013

cerita ceriti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan 13, 1434

Dah pun di fasa ke 2 Ramadhan... sungguh cepat masa berlalu, rasa sekejap jer.

Semalam buat pertama kalinya kami berbuka di surau. Rasanya last berbuka di masjid adalah masa di MasjidilHaram 2 tahun lepas. Sebelum tuh, pernah berbuka di masjid masa belajar dolo dolo jer.. fuh lamanya kan.
Satu peristiwa (peristiwa ler sangat hihihi) yang menyebabkan saya teringat balik kuliyah alHikam Ustaz Zulkifli AlBakry berkaitan rezeki. Rezeki adalah sesuatu yang di jamin oleh Allah. Alkisahnya masa berbuka semalam, kami malas nak berebut makanan, buffetlah katakan, so kami biarkan orang lain ambik dulu makanan, but what happen? semua makanan habis huhuhu, nasi habis, ikan n ayam pun licin, kesian jugak ngan Izzah sebab lambat makan, tapi tak semena2 ada plak yang hantar makanan... banyak plak tuh dan sedap... selera si Izzah makan.
Yang seronoknya berbuka di surau takde lah masa nak landing2 dulu before bersiap nak terawih... pastu mata pun nak tutup jer kan hihii. Syukur kepada Allah, di berikan kesempatan untuk solat terawih berjemaah di surau. Tambahan pula ada tazkirah lepas 4 rakaat, banyak ilmu dan peringatan yang untuk di hadam dan di praktikkan. Saya pun tidak faham kenapa sesetengah negeri mengharamkan tazkirah between terawih... mungkin they have their own reason.

Aishhh membebel ajer kan...
Saya ni budget bagus punya, bulan puasa tak mo menjahit dah kononnya... bajet je lah yg bagus, hakikatnya ada jer order yang pending ni. Dan yang sedihnya, weekend sahajalah saya ada masa di bilik jahit. weekdays balik dari terawih saya hanya nampak bantal & tilam huhuhu

Buat 4F (Farhana-Nana, Farihin, Fayyad & Fahmi), harapnya sukalah dengan bantal2 ni yerr

Sulam Applique Cupcake khas buat peminat cupcake hihihi

Tau tak apa yg common thing about me? Yang pernah di komen orang tapi.. saya tetap suka apa yang saya buat... saya suka sulam sesuka hati tanpa tengok centre ke tak.. lurus ke tak kikikiki.
Ada lagi nampaknya pending order dalam list saya ni... ada 4 set sarun tilam n bantal baby in making.. haishhh ada harapan jahit baju raya di malam raya ni hihihi

Oklah sajer nak share gambar2 dari customer... ini dari Teratak Iera, comel betul dak Affaf ni kan...


Dan ini plak Ammar dengan adiknya.. ingat tak quilt tuh...
Actually bantal tuh masa saya postkan kat blog ni salah eja namanya, nasib tak susah sgt nak alter balik huhu.. mimpi apa ntah saya ni masa dok jahit huruf tuh hihi, so nama yang sepatutnya Quresma, bukan Qursema 

Terima kasihlah kawan-kawan semua atas tempahan..
Harap kalau ada terkurang lebih tuh di halalkan yer... 
 Sampai jumpa lagii
Wassalam

Regards;
 

8 ulasan:

  1. Pada kakak kalau yg baik tak menjejaskan aqidah kenapa nak diharamkan. Sebaiknya haramkan mana yg merosakkan akhlak laaaagi banyak..

    Cantiklah bantal comel tu Mila:)

    BalasPadam
  2. Paling suka bantal farihin n fahmi! Hehe.. 4AD xde bantal ke kak?? Hikhik

    BalasPadam
  3. saya pun pernah pertama kali berbuka kat masjid dgn anak2.. itupun anak yg teringin. lepas solat, ramai betul beratur pjg, sampai giliran kita lauk dah habis.. kesian kat anak..

    BalasPadam
  4. Kak Zakie... tu lah kan kak, takdelah nak dikatakan bidaah kalau setakat dengar tazkirah 20 minit tuh. Bukan cerita pasal mengarut pun, takat tazkirah untuk memperbaiki ramadhan kita jer

    BalasPadam
  5. Suzie... alhamdulillah.. surau kami pun dah renovate, ruang luar masjid tuh dah di cantikkan, so kalau ibu2 yg ada anak kecik pun boleh dtg n solat diluar, anak2 pun ada tempat nak duduk n main.

    BalasPadam
  6. MamaD...4AD nak bantal jugak keee hihi

    BalasPadam
  7. IerA... rasanya better pre pack food untuk berbuka kan, kalau buffet, yang tak dapat mengawal nafsu tuh mesti ambik penuh pinggan yg mana akhirnya masuk cik tong jerrr.
    Walaupun camtuh.. Izzah dok berangan jugak nak g lagi hihi

    BalasPadam

Love your comments...