Khamis, Oktober 31, 2013

Hangat dan hangit..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Curi-curi masa untuk menghapdet blog kesayangan hamba ni hihi

Macam2 cerita ngeri akhir2 ini kan.. tembaklah, tikam, bunuh etc etc.. sungguh tak selamat Malaysia ni jadinya. Walaupun selalu dengar statement Malaysia negara yang AMAN. Tapi hakikatnya bukan sahaja di luar rumah, di dalam rumah pun kekadang tak selamat kan... tekanan hidupkah? ataupun hilangnya pegangan hidup yang mendorong manusia bertukar jadi binatang sebegitu?

Arituh terdengar kat ikim.fm pasal adab keluar rumah.. so bila dah dengar, maksudnya dah tahu lah kan, bila dah tau takde makna kalau tak amalkan. Dan kalau amalkan sendiri2 pun takde maknanya, baik ajak sekali anak2 dan ahli keluarga (dan tak lupa kawan2 maya ku ini) amalkan.. 
Amalan apakah itu?

Jom baca 
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ 
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dari Allah”.

Doa ini bersumber dari hadis Nabi:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ يَعْنِي إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ يُقَالُ لَهُ كُفِيتَ وَوُقِيتَ وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ
Dari Anas ibn Malik bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang berdoa ketika keluar dari rumahnya dengan : “Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi la haula wala quwwata illa billah” maka akan dikatakan baginya: “telah dicukupkan untukmu, dan telah ditakutkan kepadamu”, dan ia telah dijauhkan dari syaitan”.

Actually ada lagi doa yang agak panjang, tapi kekadang kalau panjang2 sangat susah plak nak ingat, terutama nak suruh budak2 baca kan... so betterlah pendek jer tapi di amalkan

Dah lama saya tak posting gambar telekung kan...
Acik kekurangan masa lapang lerr hihi.. yang penting telekung2 ni dah sampai ke tuannya.
Antara yang sempat di muatkan disini... layannnnzzz


Sajer nyelit projek yang dah lama siap..
Atas permintaan anak dara  yang nak jugak ada Miz Owlie niii
Fabrik pilihan sendiri, tapi umi lah yg do the matching, kalau ikutkan tuannya, semua nak pink... tak rock langsung!
Tuannya happy betul tuh..


Sampai jumpa lagi yer kawan2...
Wassalamulaikum

Regards;

7 ulasan:

  1. Kalau boleh biarlah keluar kita selamat dan balik pun selamat itu yg dikehendaki..

    Ada ibu yg pandai nak mengolah tak susah sebab hasilnya sangat cantik..

    BalasPadam
  2. Suka tengok telekung pink tu cantik sangat.
    Lawa lah owl tu. Comel. Hihihi

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. betol tu..ngeri bebenor smpai duduk dlm rumah pn rse bahaya.heh

    BalasPadam
  5. ala..umi.. owl pink tak rock ke...? rock gak la.. guna shocking pink! hihihi.... ;)

    BalasPadam
  6. Kak Mila,
    dah banyak dah telekung kak mila buat. Yati baca entri dari atas sampai yang lama-lama. Tahniah kak, produktif, walaupun bz dengan komitmen lain. Thumbs up!

    BalasPadam

Love your comments...