Khamis, Disember 05, 2013

DIY Alter Tudung Awning Lembut Berdagu....(tutorial ala kadar jerrr)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Alkisahnya, pagi2 ni makcik bersemangat waja nak alter tudung hijau muda tuh, dan nak pakai pergi ofis
Semalam, balik2 dari berenang lapor perut ler plak, (Izzah takde boleh marathon 20 round kolam tuh kiki). Udahnya membedal pisang sampai 2 biji, dengan secawan oat-barley. Kenyang sangat ler plak bila nak tido kui kui. Ada baiknya tetas je lah awning tudung yang memang dah plan nak alter tuh.. sementara nak tido tuh.

Kita tayang dulu hasilnya.. nanti2 makcik cerita camna nak jahit k.
Tudung hijau tua tuh makcik alter hari Isnin, yang oren tuh plak hari Selasa... Jatuh chenta ler plak dengan tudung2 spesis camni..
Sebenarnya.. kat work station ni, makcik tengah usha usha half moon, ini semua atas pengaruh anak dara ku itew ler.. sibuk bershawl. Tapi rasanya kureng seswai dengan jiwa raga mak cik. Belit sana sini terbelit udahnya nanti leher kui kui. (jiwa raga orang tua kut makcik ni kikiki)

Tetiba rasa nak share ler plak camna nak jahit tudung awning lembut & berdagu ni, kut ada yang berminat....

Ok kita guna balance2 kain je yer.. (Nasib ada lagi simpan fuh!)
Ambik 2 pieces of fabric, agak2lah lebarnya boleh dapat satu awning dan cantumkan, jahit lurus jer
Then iron, bagi licin halus mulus gitu..

Top stitch, make sure seam tuh menghala ke belah dalam... dan topstitch belah bawah awning tau, nanti tengok gambar kat bawah kalau kurang paham maksud makcik ni yerr


Lipat dan gosok.
Make sure lipatan tuh atas skit dari jahitan, kasi besar skit gambor ni


Gambar dibawah ni belah dalam. See, arah seams tuh. Arrow tuh tunjuk tempat saya lipat


Then ambik paten awning dan gunting..
Saya guna saiz awning untuk budak tapi bila gunting saya tambah seams
(Ukuran lebih kurang 12.5inch panjang & lebar 3.5 inch)

Dan jugak, jangan lupa gunting alas bawah dagu
(saiz alas dagu ni saya bedal jer.. tapi tak suka besar sgt mcm tudung berdagu yg readymade tuh, lebarnya lebih kurang 1.5++ inch jer)
Then bolehlah cantumkan- refer gambar dibawah- 
- (a) mula2 cantumkan awning kebody dari titik tengah sampai hujung awning (kiri & kanan)
- (b)Then cantumkan alas dagu dari titik tengah ke hujung awning (kiri & kanan)
Then bolehlah fitting kat muka sendiri, kalau dah ok, boleh jahit tepi dan top stitch keliling

Ok its done...
-percaya tak tudung ni di jahit sambil2 masa gosok baju pukul 6.15am tadi, siap 6.30am hihihi. kejap je kan-

Cun tak tudung2 ni?... sila abaikan muka mokcik yang tak berapa cun tuh yer, fokus pada tudung ajer kikiki.. mokcik ni tak fotogenic.. malu weh nak berselfie... Tapi dah tudung sendiri, terpaksalah jadi modelkan..


Harap bermanfaat pada kawan2...
Kalau ada pertanyaan boleh letak kat komen yerr...

Wassalam...


Regards;
 

38 ulasan:

  1. Kakak suka tudung style ini. Kalau labuh lagi senang. Jenjalan dah tak payah susah-susah bawa telekung. Lepas berwudu' dah terus boleh solat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh kak, boleh bawa solat sbb dagu ada cover.
      ****sahut seruan prof muhaya, "takan nak tutup aurat time solat jer, lepas solat tak ikut perintah Allah ke"**** insaf, terkena kat batang hidung sendiri

      Padam
  2. mila... awning n lapik dagu tu kena guna kain jersey or lycra jer ker.. ai tak pakai tudung lycra dah sekarang niee... sbb susah nor nak cari kain yg tak lekat body.. ai pakai cotton.. cam nor eehh nak wat tudung cotton ada awning n lapik dagu.. garu2 pala,.. tapi tak pernah2 try lagi jahit sendiri.. hihihi..

    BalasPadam
  3. Azue.. napa lekat kat badan yer.... rasa mcm takde plak melekat kat badan

    sekadar idea jer azue... why not tang awning n dagu ni guna lycra, body guna cotton? tapi ini sekadar cadanganlah.. tak pernah try, so tak tau camna.

    BalasPadam
  4. as salam k.mila...
    cantik pula k.mila buat soft awning ni... blhlah try buat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try lah faziah.. banyak kelebihannya kiki (promo lebihkan!)
      - senang boleh bawa solat, berdagu dan kalau sujud tak "tersadung" kat awning
      - nak basuh masuk mesin jer
      - nak travel, lipat jer masuk sekali ngan baju

      Padam
  5. Suka juga tudung gini. First beli kat ariani 3 tahun dulu kot. Dah nipis dah pun

    BalasPadam
  6. mak suka sangat tudung macam ni ^^

    nak try buat la, tapi kan akak buat tudung ni guna kain jenis ape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. The best guna cotton lycra or knit or denim lycra... pernah guna lycra biasa tuh tapi melekap sgt kat muka.. but oklah, boleh pakai, cuma tak seselesa denim lycra

      Padam
  7. salam dear....tq untuk tutorial ni.....cantik cutting awning ngan lapik dagu tu terletak je.....biasa tngk org buat mesti lapik dagu terselit bawah awning.....boleh tak saya tahu ukuran muka utk tudung ni bape ya? n saiz untuk awning budak sesuai besar mana ya ukurannya? tq....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam mama babybatriesya..

      saiz awning budak yang biasa saya guna : panjang 12.5 inch, lebar 3 inch
      actually before this memang buat lapik dagu tuh panjang & lebar, so ianya akan bertindih awning. Tapi rasa mcm kurang best, sebab tuh saya pendekkan lapik dagu, lebar lapik dagu ni saya kecilkan, lebih kurang 1.5 inch termasuk seam.
      Minta maaf banyak2, saya tak ukur pun saiz muka ni, asal ok ngan muka saya jer ok lerr kikiki. Sebelum dpt saiz ni.. entah berapa kali tetas dah... so kalau buat sendiri tudung ni, kena trial and error, tapi its rewarding.. boleh pakai tudung yang selesa

      Padam
    2. terima kasih sudi jawab.....saya selalu part awning le selalu hentam je, kalu utk anak selalu je terlebih panjang sampai pipi hehe....tp mmg cantik tudung tu bila awning ngan lapik dagu mcm tu....lagi satu bila jahit tudung sekolah anak, awning lembut ni macam tak terletak, penyet2 je.....tak cantik le pulak tengok...ke lebih elok guna teknik double stitch utk tudung lembik2 nih?

      Padam
    3. either buat teknik mcm tutorial saya ni or boleh jugak gunakan kain gam yang nipis tuh as stabiliser. tapi taklah betul2 terbentuk secantik awning keras tuh. sebelum ni mmg guna kain gam nipis tuh jer utk tudung sekolah anak sbb nak masuk mesin jer hihi.
      But tudung yg baru ni saya dah buat teknik mcm dlm tuto ni, dia lebih suka yg ni.

      Padam
    4. Tq.....saya kena try teknik ni.....

      Padam
    5. Trylah... kut ok jugak ngan anak u. In case x berapa paham, boleh jer tanya :) happy to help

      Padam
  8. Salam kak,

    akak guna mesin jahit apa n berapa harganya...

    tk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam syikin.. yg ni akak guna industrial machine (hi-speed) dengan tapak teflon utk jahit lycra. Harga RM1700 masa akak beli arituh. Jenama Protex.. ada akak cerita dlm posting2 sebelum ni

      Padam
  9. Salam. Amik tempahan tukar awning tak. Huhuhu. Tudung saya awning keras sume Rosak. Susah nya nak jaga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Noor Hidayah... hihi tujuan share kat sini supaya boleh cuba sendiri.. saya tersangatlah malas nak ambik order. Sorry yerrr

      Padam
  10. Assalamualaikum kak. Kalau pakai tapak mesin yang biasa tu ok ke untuk jahit kain denim lycra?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer, tapi jarum kena tukar guna ballpoint/jarum mas. Insyaallah x melompat jahitan

      Padam
  11. as salam dik...kain denim lycra tu boleh beli kat mana? harga berapa semeter? ada idea tak macam mana nak kecilkan muka tudung lapik dagu ni...akak beli tapi besau la pulak bukaan mukanya...asyik nak tercabut je...tq

    BalasPadam
  12. wassalam... saya beli samada dikamdar ataupun jakel

    Rasanya takde cara lain, tetas dagu tuh, lepastu kecilkan muka, dan pasang balik lapik dagu. :-)

    BalasPadam
  13. masih x berapa nak faham la kak tutorial tu..huhu..nak jahit step 1-3..lebih info boleh?

    BalasPadam
  14. nampak kemas! Kalau dah pandai menjahit, alter ape pon sume boleh kannn..jelesnya! :D

    BalasPadam
  15. Huhu.. saya tak reti menjahit. Tgok puan buat, xdaoat nak imejin.. huhu.

    BalasPadam
  16. Huhu.. saya tak reti menjahit. Tgok puan buat, xdaoat nak imejin.. huhu.

    BalasPadam
  17. Like1000x
    Makcik ayu.. like jugak..

    BalasPadam
  18. Like1000x
    Makcik ayu.. like jugak..

    BalasPadam
  19. kemas sekali.. saya suka.. cmana plak nak letak awning kat tudung labuh bidang 60

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah buat.. silalah try test sendiri hihihi
      Actually dpt buat tuto camni pun lepas banyak kali trial n error.. dah jahit tetas.. tak masuk membelek tudung kat pasar malam gak :-P

      Padam
  20. Salam kak ...
    akak ada amik utk repair awning tudung tak ???

    BalasPadam

Love your comments...