Jumaat, Disember 20, 2013

Minggu-minggu terakhir 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Lama jugak tak update blog kan.. dah hari Jumaat pun.
Terima kasih atas kunjungan, kepada kawan2 baru, yang baru jumpa blog ni saya ucapkan selamat datang, moga blog ni ada manfaatnya kepada anda

Projek jahit yang di siapkan dalam seminggu ni kuikui.. hanyalah satu beg telekung buat Sofea.. (hanya beg, tanpa telekungnya)

Apsal ntah, kureng skit mood menjahit dah akhir2 tahun ni. Mood shopping barang jahit jer... almaklum banyak sale akhir tahun, sana diskaun, sini diskaun, maka bocor ler poket makcik ni

Hari Selasa, kami sekali lagi ke Hulu Langat, ambik Izzah balik dari kem motivasi, Prokids

3 Generasi -ada persamaan tak?
Saya bajet2, tahun depan mesti Izzah ni dah sama tinggi ngan saya kut huhuhu, macam adik kakak ler kitorg hahaha (makcik perahsan muda gitu)

Sajer perhati apa perubahan budak sorang ni bila balik dari kem niii.. emmmm nampaknya dah tak de solat patuk ayam.....
Harituh dia dok cerita pasal Rasulullah... melelah airmatanya, katanya baru tahu Rasulullah sangat sayangkan kita semua (aishhhh selama ini kalau umi cakap, dok kata umi ni membebel kui kui)
Moga membawa perubahan positif buat anak umi... dan moga ianya berkekalan.

Shopping2 akhir tahun, restock kain matching untuk telekung

Berminat untuk tempahan telekung kanak2?



Regards;

5 ulasan:

  1. Eh... buku tu tak publish pulak dah ye Mila.
    Ramai juga yg berminat tau... kena letak kat sidebar bagi kawan-kawan melihatnya

    Izzah tak lama lagi jadi anak daralah Mila. Memang masa tu akan lebih tinggi dari uminya. Anak kakak macam itulah. Masuk 13 tahun aje dia lebih tinggi dari kita..

    BalasPadam
  2. hehee. mood shopping tu yg best tuuu :)

    BalasPadam
  3. Best shopping akhir tahun! Poket je tak best hehe

    BalasPadam
  4. Wah...is that ur mum?se usia saya le..Mila kene panggil saya aunty lah...nice picture bole frame..

    BalasPadam

Love your comments...