Rabu, Februari 26, 2014

Bubur Nasi : My Style

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Saya tercari2 alternatif untuk buat bubur nasi ni, selalunya buat ala-ala bubur lambuk tuh, isi segala rempah ratus, but exclude santan.

Macam biasalah, zaman generasi google ni, segalanya type kat pocik google kan, so terjumpa ler plak resepi Chinese Chicken Congee ini 

Nampak macam sedap hihii
So excited to try
Maka jadilah Chicken Congee My Style

Buat peringatan untuk diri sendiri, so tulis jugak resepi kat sini

Bahan A:
Beras (kalau boleh rendam dulu) + Air
# Masukkan dalam slow cooker dan select "High"

Bahan B:
Ayam dada
Ayam (bahagian tulang)
Air
Halia seketul -banyak pun takper- (diketuk sahaja)
Bawang putih (ketuk)
Daun bawang (saya ambil bahagian bawahnya sahaja, buang akarnya dan ketuk)
# Masukkan dalam periuk dan rebus dengan api kecik lebih kurang 1 jam (lebih kurang ler yerr :-p)

Bahan C:
Halia hiris nipis
BAwang merah hiris nipis
Olive oil
#Goreng sampai agak garing

#Campurkan bahan A + B (Sup/air sahaja) + C
#Tambahkan : sesame oil & fish sauce & perasakan garam
#Isi ayam tadi di siat2 dan di masukkan kedalam bubur
#Masak sehingga beras tadi betul2 hancur dan bolehlah dihidangkan

#Optional#
Boleh tambahkan ikan bilis goreng, daun saderi & daun bawang yg dipotong kecil2, serunding daging /ikan/ayam, cili padi yg dihiris nipis + kicap + limau

Bila rasa bubur ni.. erkkkk ala2 rasa bubur mekdi plak huhuhuhu

Lepas ni boleh buat lagiiii
Wassalam


Regards; 

12 ulasan:

  1. Yesss... ini style kakak juga Mila.
    Rumah kakak selalu juga masak bubur bila malas nak makan nasi.
    Kadang makan dgn sayur kangkung tumis dan ikan bilis goreng+cili kicap aje pun sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh kak, kekadang terasa berat sgt makan nasi, so makan bubur je pun dah ok.
      Kekadang ikut apa yg ada jer, ada ayam masak merah pun boleh makan dengan bubur nasi hihi

      Padam
  2. Balasan
    1. yang sihat walafiat pun boleh tumpang semangkuk kan hihi

      Padam
  3. Suka mkn bubur plain dengan lauk , terutama lobak masin goreng. Emmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satu yg hubby suka jugak, katanya mengimbau kenangan zaman kat asrama, bubur nasi kosong makan ngan ikan bilis goreng n sambal kicap hihi

      Padam
  4. bubur nasi yg jejaka lama tak minta sekarang ni....huhuu.. sedap tu.. tambah sikit telur masin hancuq.. terliuq dah petang2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya memang resepi chinese style ada pecahkan telur masin kan... tapi saya takde ler resepi tuh... nak try2 jer takut tak leh masuk tekak plak.. nanti share2 yer cik azue. n

      Padam
  5. zam kalau nk potong & cincang bawang dgn cantik n halus, zam akan tgk dlm youtube.. hehe

    BalasPadam
  6. macam sedap. bukak selera bila xlalu makan nasi....

    BalasPadam

Love your comments...