Jumaat, Februari 14, 2014

Food warmer a.k.a Lunch Box review

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

I bought this few months ago..

Apa ke mende nyer nih?
Inilah bekal mokcik ke opis, sebab kawasan opis ni dah kurang choice kedai makan, so bawa bekal sendiri lebih menarik dari beli kat kat kedai. Bekal pun sempoi2 jer, apa jer balance dinner semalam, pack ke ofis, jadilah lunch plak hihihi.
Alkisahnya, kalau makan makanan yang sejuk tekak makcik ni segan skit, nak panaskan dalam microwave makcik tak kenan... maka tercari2lah sesuatu yang boleh memanaskan makanan dan ianya mestilah portable (banyak benor syaratnyer weih!).

Cari punya cari, terjumpa food warmer nih... (ini yang termurah & locally made, lain2 mahal & made in china)
Maka mokcik pun order ler satu..
Nak terus bagi review, rasa macam tak best plak, so dah pakai berbulan2 baru bagi review hihi

Dari luar nampak besor benor bekal nih hihihi.. (Melantak ke apa!)


Tapi sebenarnya kecik jer, sebab bahagian bawah tuh ada warmer, tapi kalau isi nasi sampai penuh memang boleh makan 2 orang jugaklah (dosage mak cik lerr).
 Sebelah tuh ada bekas sup, boleh dikeluarkan dan ada penutup asing.
Dekat2 nak makan jer boleh cucuk kat plug dan ianya akan start panaskan makanan. takes about 10 - 15 minutes jer cukuplah, jangan lama sangat sebab kalau tak nasi tuh akan jadi agak kering.
Nak basuh plak senang jer, tutup jer tempat nak attach wire to plus point tuh, dah boleh basuh, Asalkan jangan rendam dalam air dah ler..
Bekal makcik tengahari ni yerrr...
Ikan kembung masak asam jer (ada org panggil masak pindang kan)
Pastu ada set ulam kacang botol yang takde dalam gambor nih. Sempoi gitu.... (diet ler sangat kan)

Sekian review (erkk cerita je pun) dari mok cik yerr
Kalau sesapa nak tapau satu boleh survey kat sini http://www.lazada.com.my/trio-electric-lunch-box-tlb-891-131278.html 
Tapi korang jangan rely kat sini jer yer.. trylah survey2 kut dapat murah lagi kat Groupon ker kan..

Wassalam

Regards;





4 ulasan:

  1. Baguslah Mila. Kakak nak carilah satu macam ini.
    Kakak hari-hari pun bawa bekal ke tempat kerja
    Malas nak turun bawah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita kak, saya pun malas nak turun beli makanan.
      Akak survey2 ler dulu yer, kut ada yg lebih ok, so far yang ni ok jer... no problem... kecuali takde auto shut off ler. Ianya keep on warming.. sampai nasi pun jadi keras.

      Padam
  2. Saya keje dulu bw juga bekal. Warmer pula saya dpt hadiah kahwin. Oklah supnya panas smp lunch. Nasi masak kat opis.

    BalasPadam

Love your comments...