Rabu, Mac 19, 2014

Rabu berkata-kata..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم



Kebiasaannya hari Rabu adalah hari tanpa kata2 kan? Ramai yang post Wordless Wednesday pada hari Rabu.

Tapi saya tetap mahu berkata-kata :-))
Berkata-kata pada diri sendiri... 
Terus doakan MH370
Terus doakan kesejahteraan buat mereka, walaupun mereka tidak ku kenali, tapi sebahagian mereka adalah saudara ku jua, saudara seagama.
Moga aku terhindar dari berita2 palsu, fitnah dan prasangka. Di saat ahli keluarga mereka bersedih, ada yang mengambil kesempatan menabur fitnah dan tohmahan. Sedihnya kan....


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (١٢) يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

Terjemahan:

  1. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
  2. Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
AlHujurat :12-13

Wassalam...

Regards;
 

8 ulasan:

  1. Berkata kata yang baik baik saja ok.comel2 nya telekung.

    BalasPadam
  2. mila, sejujurnya, azu baru berusaha kembali selepas berita MH370 itu... tak tahu nak kata... huge impacts on me... tak tau la apa yg ada dlm diri their next keen kans...
    to me.. what so ever news.. whether make me totally down or make my eyes full of tears.. setiap hari berdebar2 jer nak tunggu press conference...hope semua baik.... dan kena selalu positif untuk tidak lebig down... yg pasti.. hari2 pasti ada airmata yg tumpah kerana MH370 - i don't know why... there is somebody close to my heart....

    BalasPadam
  3. jangan putus2 berdoa..semoga Allah selamatkan mereka semua..
    *datang laju2 follow sini..salam ukhwah..:)

    BalasPadam
  4. Telekung cantik dan menarik satu cara nak bagi budak-budak suka solat.

    Betul Mila kesian keluarga mangs MH370. Jgnlah menambah kesedihan yg melanda. Teruskan doa kita moga ada petunjuk ke mana perginya ia menghilang.

    BalasPadam
  5. Betul kak.. mari kita terus berdoa.. :) semoga ada berita gembira di hujung penantian ini....

    BalasPadam
  6. assalamualaikum, saya nak tanya..dalam gambar di atas, yang nama damia dan imani tu guna kod pinkdot5 atau pinkdot6 ye? sebab saya nak order kaler macam tu..tak pasti yng mana satu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Az, kain untuk imani/damia tuh dah sikit, so saya dah tak publish kat blog, kalau ada pun paling besar boleh buat untuk saiz M sahaja. itu kain pinklove. kalau nak saiz S or M, bolehlah email saya yer.

      Padam
    2. oh okay..nanti saya email ya. tq

      Padam

Love your comments...