Khamis, Mei 08, 2014

FTW WAH SAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Apa ler ke mende nyer kan...
Ok... makna disebalik huruf..
FTW=full time work
WAH = working at home
SAH = stay at home
I purposely omit all M=mum, simply because, tak semua mums jer yg boleh buat kan! (my sister is working at home but still single ;-))

Currently banyak terbaca, mostly kat FB and cerita kawan2:
#yang FTW tapi nak jadi WAH, tapi takut dan ragu2
#yang dah pun WAH tapi dok cakap, nothing special with being WAH and its a tough job at home
#yang dah pun WAH tapi tgh cari kerja FTW
#dan macam2 lagi.. so on and on

Semua topik yang ada pro n cons dan panjang berjela komen orang, setiap orang ada different idea different opinion.
Tapi yang jarang dengar pasal SAH kan... normally diorg ni low profile kut (sebab tak masuk sangat FB untuk promot barang tekkkkk! sorry).

Yo laaa... i believe.. kebanyakan FTW adalah educated person (but tak lah semua), dah biasa pegang duit, dah ada commitment, dan dah ada status kan, so memang have to earn something untuk kekalkan current financial status huhu (ampun kawan2.. this is my personal opnion, pls dont agree with me).. saya cakap sebegini sebab, this is me! (I think so... but I have another strong reason kut)

Lately I get in touch dengan kawan2 masa sekolah menengah, and they are all SAH. Their spouse plak bukanlah someone yang earn 5 or 6 figures per month, some just kerja biasa2, kerja sendiri. But good things about them, I have never heard of them sharing about tak cukup duit, or financially in trouble (or maybe because we just met, after long hiatus). Some happily go to masjid everyday untuk mendalami agama. some every day go to market, buy ikan and sayur, masak for their children... emmmm Peaceful right? what do you think?
Macam zaman mak2 kita dulu... their household income much much lesser than us-ofcoz barang pun murah, they stay at home jaga kita, still they live happily ever after (uik! macam cerita cinderella plak)
Tapi zaman sekarang, seolah2 kemestian untuk mencari wang lebih bagi pihak isteri... kekadang kita rasa kalau tak kerja... anak aku takleh nak pergi universiti, takde itu takde ini... kekadang saya terfikir, adakah kita ini sebenarnya takut dengan bayang2... bayang2 kepapaan, ataupun sebenarnya kita ini mencintai dunia terlebih, deep inside our heart?

Ampun dan maaf in advance kalau ada yang terasa, tapi saya tidaklah nak menuding jari kepada orang lain, lebih kepada peringatan untuk diri sendiri, tetiba terfikir plak hihihi. 
Sekadar ingin membetulkan niat untuk mencari rezeki, kita merancang, tapi Allah yang tentukan. Dan setiap orang dah pun ada rezeki makan pakai masing-masing, kekadang kita alpa dalam usaha mencari rezeki untuk beribadah kepadaNya.... sibuk dengan mencari rezeki keduniaan.
Dan sebenarnya apa yang kita usahakan untuk dunia pun adalah satu ibadah kepadaNya asalkan niatnya betul... dan jangan bergantung keterlaluan pada usaha sendiri... sandarkan setiap usaha itu kepada Allah

Moga aku, yang akan pasti mati ini, dikurniakan kesedaran...

Wassalam

Regards;
 

8 ulasan:

  1. Hehe.. ingatkan tajuk tu nama kedai kain.. hahaha.. teruk betul.. hahaha..

    btol kak.. pandangan masyarakat sgt berbeza tentang perkara ini dan sangat berbeza mengikut situasi dan latar belakang.. jadi perbandingan sgt sukar.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye laaaaaa memang tak boleh nak dibandingkan, we have our own choice...

      Padam
  2. setiap keluarga ada sbb masing2 kan kenapa wanita dlm institusi tu kerja/stah at home etc... semoga apa yg kita hadapi, kita redah dgn redha & memohon keredhaanNYA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. what ever the reason... yang sebetulnya itulah rezeki kita kan... kekadang kita rasa mesti kerja sbb dot dot... tapi sebenarnya Allah nak bagi kita rezeki disitu....

      Padam
  3. As for kakak which is born in a very poor family itulah yg buat kakak tekad tak mahu susah lagi. Bayangkan sewaktu belajar pun kakak buat articlelah, buat sajak hantar publisher, ambil upah jahit baju kawan sebab tak cukup duit Mila. Sedih bila ingat... sebab itulah bila dah penat belajar memang kakak tekad nak kerja nak pegang duit. Sanggup lagi employ maid ribu-riban kos sebab nak kerja. Sekarang pulak bila anak-anak dah besar eh... buat apa duduk rumah goyang kaki. Baik kerja boleh sedekah pada org, boleh membeli tak perlu meminta, boleh bagi bapak walau dia tak pernah mintak...

    Itulah kakak rasa kakak nak kerja selagi Allah bagi kesihatan dan abang benarkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kak... sangat setuju, kekadang kita bekerja atas alasan tertentu, dan dari situ kita dapat rezeki dan mungkin juga adalah sebenarnya rezeki orang lain jugak.

      Padam
  4. Saya pun hidup susah , tp rasanya ada orang lain lagi susah dari saya. Niat saya dulu nak bagi duit kat mak..so bila mak dah tak ada saya macam tak tahu lagi kenapa saya kerja. Saya rasa duit saya habis toll petrol makan je. So akhirrnya jdilah surirumah ni. Jaga anak2.

    BalasPadam
  5. ada yang perlu keluar bekerja sbb dia menjadi dahan dan ranting utk insan lain berlindung..

    BalasPadam

Love your comments...