Jumaat, Mac 13, 2015

Hasil dalam pantang.. pantang tengok mesin jahit!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Berpantang?
Menyiksakan bila pantang menjahit kan, sedangkan mesin jahit depan mata, dan sikecik tuh tido jer. Hahaha terseksa jiwa dan ragaku... akhirnya lepas 20 hari jer aku pun start menjahit.. hihhi sabau je lah.
Nasib baik mak kata 20 jer, kalau sesetengah orang sampai 30 hari kan..




Patchwork blanket.. sebenarnya nak clearkan WIP yang dah lama terbengkalai.. rasanya patchwork ni saya dah pernah cerita dalam entry2 yang lepas.
Cukuplah gambar sebagai kenangan... blanket ni dah pun terbang entah kemana. Saya donate pada NGO yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin dan Syria, blanket ni kemana? entoh ler.. yang penting sampai pada yang memerlukan


Another blanket.. yang ni untuk pakai kat rumah. Blanket dah kekurang sejak setahun lepas kuikui...

Dan yang ini... hadiah tertunggak untuk anak sedara tersayang..
Kebetulan Wafiy lahir time saya ni mabuk kepayang hahahaha.. mampu buat top shj, nak binding semua tuh memanng tak termampu.. tapi oklah, siap jugak akhirnya

Bolehlah wafiy golek2 atas quilt baru, yang abang punya kang, abang marah plak kakakka..

Sekian Wassalam


Regards;

Khamis, Mac 12, 2015

READYMADE TELEKUNG KANAK-KANAK UNTUK DIJUAL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kepada pelanggan yang berminat dengan telekung kanak-kanak, tapi takmo tunggu lama untuk made to order.. boleh pilih telekung2 yang readymade ni..
Takes few days sahaja untuk kami siapkan pouch dengan sulam nama dan pos kan..
Tak perlu tunggu sampai 2-3 minggu

Stok terhad, sepasang setiap coding

SAIZ M
Harga RM62.00 termasuk pos laju (semenanjung M;sia)

Warna berbeza skit dari gambar, boleh refer S7 untuk warna yang hampir sama dengan warna sebenar

M2 SOLD

SAIZ S
Harga RM47.00 termasuk pos laju (semenanjung M'sia)

SOLD
Sila rujuk S7 untuk warna yang hampir sama dengan warna sebenar
S2 SOLD

SOLD

S4 SOLD

Ini warna pink (refer S7 untuk warna yang hampir dengan warna sebenar)

SOLD

SOLD


Kalau berminat boleh email mr.telekung@gmail.com coding yang berkenan k.


Regards;
 

Rabu, Mac 04, 2015

My 34 weeker..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Inilah dia.. Asfa Maryam
Lahir pada 28.11.2014 pada usia kandungan 34 weeks/8 months
Bersalin secara normal (VBAC=Vaginal Birth after Csect)
di Gombak Medical Centre


Sebagai kenang-kenangan, sajerlah nak ceritakan kat blog ni detik2 kelahiran puteri kami yang ke2 ini.

Sebenarnya, hari Rabu 26hb Nov tuh, lepas ambik keputusan UPSR kakak, saya pertama kali pergi check up di GMC. Plan asal nak dengan doktor sorang lg, tapi nurse tuh bagi dengan doktor Zana. Apa pun, saya rasa selesa jer dengan Dr. Zana. Dia pun galakkan sangat supaya boleh natural birth dan elakkan c-sect untuk kali ni.

Khamis saya ke ofis seperti biasa, tapi hari tuh kakak ikut ke opis.Dah cuti sekolah kan.
Start rasa kurang selesa dari pukul 3 petang, sampaikan Izzah dok tanya2, umi ni macam dah nak beranak kikikiki

Nak drive balik ke rumah memang rasa mcm nak nangis jer. Kejap2 rasa sakit. Yang sebenarnya saya langsung tak tau yang itu adalah contraction kuikui

Sempat lagi masak for dinner, dah lapar terus makan, masa makan tuh siap nangis2 lagi tahan sakit uhuk uhuk
Pukul 9 malam dah tak tahan sangat dah, telefon Dr. Zana, doktor minta datang ke klinik sebab dia masih belum balik.
Masuk2 jer terus di iring ke labour room untuk check bukaan. OMG dah buka 5cm
Doktor just explain, kalau 5cm ni memang kena ambil suntikan matangkan paru2 baby, anytime boleh beranak. So dia bagi ubat tidur supaya mamai n relex untuk tahan selama 6 jam (supaya ubat matangkan paru2 tuh berkesan)
 Walaupun ngantuk, tapi sakit contraction tetap terasa woooo
Pukul 2 pagi air ketuban pecah sendirinya, dah start untuk prepare for delivery.. masuk LR semula.. memang tak tahan2 dah rasanya nak tunggu doktor sampai.. 2.50am lahirlah puteri ke2 kami, Asfa Maryam
Sempat doktor letak baby atas dada lepas keluar tuh, then doktor bagi penghormatan pada suami untuk potong tali pusat baby. Actually lupa nak minta DCC, baru jer dok draf birth plan nak bagi kat doktor for the next visit huhuhu

Alhamdulillah ala kulli hal.. Asfa lahir dengan berat 2.1kg, dan dia menangis dengan kuat masa mula2 keluar tuh, so doktor kata tak perlu masuk inkubator. Dari ujian darah pun, dia normal. Everything mcm bayi normal yang lahir cukup bulan.
Tapi doktor minta supaya stay for 2 night untuk dia pantau progress baby, bila everything ok, boleh balik rumah. Alhamdulillah.

Walaupun ini anak ke dua, tapi first time merasa sakit bersalin.  Masa kakak arituh tak rasa apa pun.. tetiba doktor kata dah buka 3 cm, dah suruh stay. Bila no progress, doktor pun c-zer jer. Kesiankan, langsung takde ilmu, main ikut cakap doktor jer.
Walaupun tak sempat nak pergi mana2 birthing class macam Amani or Hypnobirth, still dari pembacaan dan jugak sharing pengalaman kawan2 di FB group, tau lah jugak apa yang perlu dilakukan, terutama nak elak dari kena induced. Biarlah baby lahir secara natural, no one pregnant forever kan.

OK, thats all for today.. masih nak ambik aura bercerita di blog hikhik
Wassalam

Regards;
 

Selasa, Mac 03, 2015

Sew for Adik....

Assalamualaikum kawan2 blogger semua.
Dah lama tak membebel di sini, dah lama jugak tak BW
Kawan2 masih ingat saya? uhuk uhuk.. jgn lupa daku

This week dah minggu ke2 bekerja.
Adik dah cukup 3 bulan on 28.02.2015 arituh... dan dah seberat 4.6kg
Kakak plak asyik x larat nak dukung adik lama2 huhuhu.. nasib ler dik

Macam2 cabaran bila ada orang baru kat rumah ni kan... kelam kelibut nak pergi ofis dah satu, takut plak terlupa susu ke, terlupa pam susu ker.. wadoiii
Dah balik rumah plak kelam kelibut nak masak, nak susukan adik, nak kemas beg etc etc
Dah tuh tak termasuk pakej night shift waduhhhh..

Aktiviti2 jahit menjahit saya setakat harini lebih tertumpu pada nak jahit barang Asfa jer, pastu nak convert baju yang ada jadi nursing friendly. Naka ambik upah?? oh tidak.... terpaksalah melupakan apa2 sahaja pasal ambik upah ni, kecuali telekung, sebab bukan sendiri yg jahit kan kikiki

Saya berpantang di kampung setakat 2 minggu jerr.. terpaksa balik awal sebab banjir huhuhu. Yer laaa,, tak dapat nak bayangkan camna nak pindah randah harung air dengan baby, tu yang mak suruh balik KL gak. Sedih tauuuu huhuhu

Dah kat KL, macam2 ler aktiviti saya, bagi memenuhi masa lapang, yang tak berapa lapang pun tuh..

SOFTIES untuk Asfa Maryam, ada cik ladybird and cik ellie anak beranak


QUILT for Asfa, alkisahnya tak sempat nak jahitkan quilt untuk asfa, so batu ni nak buat satu. Fit to baby cot, both sided boleh guna and equally beautiful
DIAPER STACKER.. dah bersepah jer diaper, baru terfikir nak buat. Siap ada poket tuh. Buat isi nail clipper and termometer

NURSING PILLOW dengan COVER
Cover tuh saya guna tuala yang belah pink tuh kuikui, konon takmo tergelincir, memandai jer ler mokcik nih kan


Boleh jadi "sit me up" boss kecik nih


Persiapan nak ke taska
TUALA mandi kita sulam nama supaya tak tertukar

BURP CLOTH cum selimut etc, tapi aku tengok penjaga kat taska tuh tak pandai pakai pun. Agak2 diorg lap guna apa ler kalau air liur meleleh ke apa kan..

BANTAL dengan sarung bantal minky lagi youuuu hihi

Dengan penuh gaya Asfa ke taska kan..
Alahai bukanlah nak berlagak ke apa, dah ada kemudahannya kan, buat je ler.

Wokey lah
Sampai jumpa lagi
Banyak nak tulis sebenarnya kat sini, tapi masa tak mengizinkan

Wassalam





Regards;