السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Inilah dia.. Asfa Maryam
Lahir pada 28.11.2014 pada usia kandungan 34 weeks/8 months
Bersalin secara normal (VBAC=Vaginal Birth after Csect)
di Gombak Medical Centre
Sebagai kenang-kenangan, sajerlah nak ceritakan kat blog ni detik2 kelahiran puteri kami yang ke2 ini.
Sebenarnya, hari Rabu 26hb Nov tuh, lepas ambik keputusan UPSR kakak, saya pertama kali pergi check up di GMC. Plan asal nak dengan doktor sorang lg, tapi nurse tuh bagi dengan doktor Zana. Apa pun, saya rasa selesa jer dengan Dr. Zana. Dia pun galakkan sangat supaya boleh natural birth dan elakkan c-sect untuk kali ni.
Khamis saya ke ofis seperti biasa, tapi hari tuh kakak ikut ke opis.Dah cuti sekolah kan.
Start rasa kurang selesa dari pukul 3 petang, sampaikan Izzah dok tanya2, umi ni macam dah nak beranak kikikiki
Nak drive balik ke rumah memang rasa mcm nak nangis jer. Kejap2 rasa sakit. Yang sebenarnya saya langsung tak tau yang itu adalah contraction kuikui
Sempat lagi masak for dinner, dah lapar terus makan, masa makan tuh siap nangis2 lagi tahan sakit uhuk uhuk
Pukul 9 malam dah tak tahan sangat dah, telefon Dr. Zana, doktor minta datang ke klinik sebab dia masih belum balik.
Masuk2 jer terus di iring ke labour room untuk check bukaan. OMG dah buka 5cm
Doktor just explain, kalau 5cm ni memang kena ambil suntikan matangkan paru2 baby, anytime boleh beranak. So dia bagi ubat tidur supaya mamai n relex untuk tahan selama 6 jam (supaya ubat matangkan paru2 tuh berkesan)
Walaupun ngantuk, tapi sakit contraction tetap terasa woooo
Pukul 2 pagi air ketuban pecah sendirinya, dah start untuk prepare for delivery.. masuk LR semula.. memang tak tahan2 dah rasanya nak tunggu doktor sampai.. 2.50am lahirlah puteri ke2 kami, Asfa Maryam
Sempat doktor letak baby atas dada lepas keluar tuh, then doktor bagi penghormatan pada suami untuk potong tali pusat baby. Actually lupa nak minta DCC, baru jer dok draf birth plan nak bagi kat doktor for the next visit huhuhu
Alhamdulillah ala kulli hal.. Asfa lahir dengan berat 2.1kg, dan dia menangis dengan kuat masa mula2 keluar tuh, so doktor kata tak perlu masuk inkubator. Dari ujian darah pun, dia normal. Everything mcm bayi normal yang lahir cukup bulan.
Tapi doktor minta supaya stay for 2 night untuk dia pantau progress baby, bila everything ok, boleh balik rumah. Alhamdulillah.
Walaupun ini anak ke dua, tapi first time merasa sakit bersalin. Masa kakak arituh tak rasa apa pun.. tetiba doktor kata dah buka 3 cm, dah suruh stay. Bila no progress, doktor pun c-zer jer. Kesiankan, langsung takde ilmu, main ikut cakap doktor jer.
Walaupun tak sempat nak pergi mana2 birthing class macam Amani or Hypnobirth, still dari pembacaan dan jugak sharing pengalaman kawan2 di FB group, tau lah jugak apa yang perlu dilakukan, terutama nak elak dari kena induced. Biarlah baby lahir secara natural, no one pregnant forever kan.
OK, thats all for today.. masih nak ambik aura bercerita di blog hikhik
Wassalam
Regards;
Alhamdulillah.... syukur segalanya dipermudahkan.
BalasPadamBetulkan date tu dik. Supposed 28-11-2014 kan kalau 2015 still another 8 mths to go hihi... tersilaplah tu:)
Sukalah Izzah dah jadi kakak. Tahniah dari kami sekeluarga.
Hihi dah betulkan.. TQ kak
Padamalhamdullilah
BalasPadamAlhamdulillah
Padamadoiii.....gegirl rupanya....5cm...patut lah dah nangis...mmg sakit tu. klau saya dah kat labour room dah terpusing pusing dah tahan sakit....saya masuk je labour mesti dah 3 cm....apa...apa pun alhamdulillah....
BalasPadamPerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Alhamdulillah, lahirnya sihat dan sempurna walaupun lebih awal dari yang dijangka... :)
BalasPadamNo onw pregnant forever,,, hahaha,,, lawak tul ayat tu,,,
BalasPadamNo onw pregnant forever,,, hahaha,,, lawak tul ayat tu,,,
BalasPadam