Selasa, Disember 22, 2015

Creamy Mushroom Potato Soup

Assalamualaikum..
Uikkk pasal makanan lagi
Resepi lagi..

Kalini kita western skit yer

Asalnya tak tau nak masak apa
Tapi ada beli fresh button mushroom
Kita bedal je ler yer..



RESEPI

Fresh button mushroom
1 biji kentang (kupas n hiris nipis)
1 batang celery
Air untuk merebus
(satukan semua ni n rebus)

3 ulas bawang putih (cincang)
Olive oil
(Tumiskan dan masukkan dalam rebusan mushroom diatas)

Then masukkan chicken stock
*saya buat sendiri, rebus tulang ayam+bawang putih+bawang merah+celery dalam 8-10 jam guna slow cooker, then boleh pack kecik2 n simpan, meant for Asfa, tapi sekeluarga boleh makan

Dah sejuk skit, blend rebusan mushroom
Masuk balik dalam periuk dan didihkan
Masukkan susu cair (apa2 susu pun boleh, low fat, full cream or fresh milk)
Rasakan garam n masuk black pepper skit
Kalau kurang pekat, boleh masuk tepung jagung skit
Wokeyyy.. dah bleh makan
Jangan lupa bakar roti dgn butter dulu erks...

Walaupun resepi bedal ajerrr.. turn out to be sedap lerr
Alhamdulillah...

pst past.. makcik baru buka kotak



Regards;

Jubah munga munga

Assalamualaikum
apa khabar kawan2.. ada yang bercuti ke?
uhuk uhuk... makcik tuan tanah (read: blog) sebenarnya nak cuti, tapi encik bozz reject cuti makcik. Camna tuh? Makcik nak balik jugak, and makcik dah beli tiket kapai tebang
Lupakan kisah makcik dan cuti makcik tuh yerr

Ini jubah segera, untuk kak long kesayangan umi dan adik
Munga2 kan..
Jubah lycra denim

Guna mesin coverstitch, kemas jeer... sejuk mata memandang hahahaha

Oklah.. till next story..
Wassalam


Regards;

Selasa, Disember 15, 2015

10 Soalan Daripada Puan Siti Munirah mystorymory

Assalamualaikum semua..

Uihh lama dah tak main tag2 ni kan..
Tetiba hakak ni rasa nak ambik join ler kiki

Mai hakak jawab soklan cik puan Siti Munirah dari sini http://www.mystorymory.com/



1) Apa maksud nama anda?
Kamila=Sempurna/Yang sempurna (Yang masih mencari kesempurnaan hidup, moga disempurnakan dengan husnulkhatimah)... panjang nau plak hakak membebel
2) Warna kegemaran. Kenapa anda suka warna tersebut?
Turqoise lembut kut.. tapi seme warna hakak suka jer
3) 3 lagu paling feveret
alamakkk jenuh plak hakak pikior nih..

- I am sorry : Irfan Makki
- Assalamalaik (rasanya ler tajuk nyer gini) Maher Zain
- In Shaa Allah Maher zain
Rasanya lagu2 Maher Zain memang seme hakak suka kut hahaha

4) Destinasi percutian idaman dan kenapa nak bercuti di situ?
Istanbul

... alaaa hakak dah lama plan nak g. Kengkonon nak g di tahun 2015, siap reserve cuti dah, tapikan.. tgh 2014 peknen plak, jadilah hangan2 tertunda... bukan takmo g dengan baby, tapi below 2 yrs ni payah skit lah, hakak nak enjoy jalan2 kang jadi stress plak (hakak terbebel plak dah)

5) Apa respon anda bila seseorang berkata, "Cantiknya awak hari ini"
Alhamdulillah... Yang Mencipta confirm lg cantik dari yang di cipta
6) Penang, KL, JB - yang mana pilihan anda?
KL lah kut
7) Macamana cara anda memujuk anak / anak kecil / anak saudara yang  sedang menangis?
Penampau boya sekali kuikui

Hamboi hakak garang sangat kan.. teringat plak hakak masa kat Madinah dulu2. Hakak kena jaga Khaalisah (masa tu dia setahun lebih skit jer) kat bilik hotel. Sepanjang hakak jaga tuh dia dok nangis, last2 hakak nangis sekali hahahaha

8) Satu perkara yang anda konfem buat sebelum tidur
Gosok gigi kikikiki

- hakak verangan sangat nak baca surah alWaqiah sebelum tido dan jadikan alWaqiah sebagai bedtime story kat Asfa, tapi hakak ni kadang ingat, kadang lupa. Pastu hakak rasa kekok bila baca sambil baring, mcm makhraj huruf tak berapa nak betul jer (kena baring sebab nyusukan Asfa)

9) Apakah pencapaian terbaik dalam hidup anda?
Semuanya terbaik...
10) Apakah yang paling anda harapkan untuk tahun 2016?
Harapnya konsisten ler menjauhi larangan Allah dan mengikut apa yang disuruh
Kalau hakak mati di tahun 2016.. hakak nak mati dengan husnulkhatimah

********************************************************

Fuhhh abih dah menjawab soklan cepumas.. patutnya hakak plak tag orang kan..

Soklan hakak kopipes je ler dari soklan puan Munirah yer hihi

1) Apa maksud nama anda?

2) Warna kegemaran. Kenapa anda suka warna tersebut?

3) 3 lagu paling feveret

4) Destinasi percutian idaman dan kenapa nak bercuti di situ?

5) Apa respon anda bila seseorang berkata, "Cantiknya awak hari ini"

6) Penang, KL, JB - yang mana pilihan anda?

7) Macamana cara anda memujuk anak / anak kecil / anak saudara yang  sedang menangis?

8) Satu perkara yang anda konfem buat sebelum tidur

9) Apakah pencapaian terbaik dalam hidup anda?

10) Apakah yang paling anda harapkan untuk tahun 2016?

alamak.. nak tag sapa plak nih..
Hokey.. hakak tag sesapa yang ada kat bloglist hakak ler yer

Yati http://homemakers-puteri.blogspot.my/ 
Yati http://cahayahidupku2569.blogspot.com/ 
MamaD http://mamadaniel2008.blogspot.my/
Cik Melur http://cmelor.blogspot.my/
Suzi http://suzi3aina.blogspot.com/

Nak tag kawan2 yg lain tapi malu plak kikiki (malu sangat ler kan)
Lepas dah siap postnya, jangan lupa drop link kat entry ni ya :)


Regards;

Isnin, Disember 14, 2015

Peria katak goreng rangup yumyum

Assalamualaikum semua

Lagi berkongsi resepi???
Fuh dah tukar status blog kut kan tuan tanah ni.. dari blogger jait2 jadi blogger masak masak hihihi

Alkisah mencari resepi untuk peria katak goreng ni
Selalu sangat makan yang beli depan opis ni. Sedap, rangup dan tak rasa pahit

Dah beberapa kali fail... akhirnya..


Resepi yang sangat sempoi

Peria katak hiris nipis
Rendam dalam air garam
Keringkan dengan memerah air peria dan biarkan dlm tapisan untuk beberapa jam

Then gaulkan dengan sedikit garam+serbuk kari+tepung jagung

Panaskan minyak dan boleh goreng

Percubaan pertama fail = sebab peria tak betul2 garing
Percubaan kedua = Yeah! berjaya

OK baru faham sekarang = silalah goreng sampai peria tuh bertukar jadi warna cekelat mcm dlm gambar ni. No more hijau2 dah. Insyaallah jadiiii..
Alhamdulillah
Tapiiii kan... walaupun rasa pahit tuh mmg very mild (almost takde) tapi tetap jugaklah only me who eat this hahaha
Apa pun mak puas hati. Next time buat lagi yerrr.

Regards;

Jumaat, Disember 11, 2015

Patin Tempoyak koi orang temeloh

Assalamualaikum wrt
Salam pagi Jumaat.. uik pagi ker. Terasa pagi lagi sebab ekon kat opis sejoookk.

Pepagi tadi sempatlah menunaikan hajat hati k.long
Harini k.long kat rumah jer, tak pergi program tahfiz kat UIA sebab cuti (selangor cuti)
Hajatnya harini dia nak makan patin tempoyak
Padahal, baru lagi makan kat rumah mak minggu lepas masa kat kampung

Sempat plak umi snap gambor patin ni berenang dalam tempoyak yer hihihi


Sajer ler arini nak share resepi patin ni.. setiap orang lain cara masaknya, walaupun kekadang bahan2nya sama jer

Ini cara kami sekeluarga masak ikan patin, asalnya cara ni dari jiran kami, arwah Che Rahmah (moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yg solehah)... moga berpanjanganlah ilmu ni untuk orang lain jugak

Kita tgk dulu bahan2nya:

Ikan Patin
Kunyit hidup
Cili api
Tempoyak
Daun kesum
Asam keping
Garam secukup rasa

- Basuh ikan patin dengan limau nipis/kasturi (basuh jer yer, jangan rendam lama2, nanti tawar plak ikan tu). Masuk dalam periuk siap2
- Tumbuk cili api + kunyit hidup, kemudian masukkan tempoyak, gaul sebati
- Masukkan campuran tempoyak-lada tadi kedalam periuk n gaul dengan ikan, masukkan jugak garam dalam sesudu kecil penuh
- Hidupkan api kecil, biarkan air ikan keluar dan sedikit kering (dalam 2 3 minit). Bila air ikan dah kering skit, masukkan air separas ikan, buka api besar
- Masukkan daun kesum dan asam keping
- Didihkan dalam 5 minit (lebih kuranglah) then kecikkan api. Biar mereneh dalam setengah jam. Kacau skit2 jer tau. Rasakan garamnya, kalau belum masin tambah garam k.
Dah siapppp.. sluurrppppp

Nota: Ada jugak resepi yg masuk semua bahan dlm periuk n renehkan, ada jugak yg masak kuah dulu, then baru masuk ikan. Dulu2 memang mak masak camtuh, tapi sejak Che Rahmah bg cara sebegini (seperti yg saya share ni), kami dah stick to this method, sebab rasa lebih sedap (ikut tekak kami ler)

Oklah... selamat menjamu selera yer k.long
Nanti jangan lupa masak nasi, sebab umi sibuk sangat siapkan bubur Asfa sampai lupa nak letak nasi.
Pada yang mencuba resepi ni.. moga bermanfaat.

Wassalam


Regards;

Jumaat, Disember 04, 2015

AlQuran Cover... scrappy project


Assalamualaikum...

Project yang dah lama jahit..
Project beli alQuran dan buat cover
Sebenarnya nak letak naskhah alQuran ni kat Temerloh satu dan di Kuching satu
Dulu2 suka bawa alQuran bila travel, boleh jugak baca masa dalam flight... tapi sekarang agak susahlah nak bawa, henbeg "kenit" dah ada hahaha, bawa jer tapi tak buka pun. So ada baiknya letak satu alQuran kat kampung... tak perlu bawa dalam perjalanan


Alahai... ada orang kenan ler plak dengan alQuran ni huhuhu
Dah kena kidnap dengan kak long plak dah hahahaha
Oklah kak long, ambik ler
Yang penting ianya di gunakan

emmm... tetiba rasa tak de semangat plak nak kerja
Nak tanya kawan2 ler kan.. kalau kita bekerjda di tempat yang ok, bos ok, staff ok, gaji ok, location ok... family & anak2 pun ok.. kalau kita decide untuk berhenti, adakah kita dikatakan tidak bersyukur yer? soklan yang selalu menghantui mak cik niii

Sampai jumpa lagi

Regards;