Jumaat, Disember 11, 2015

Patin Tempoyak koi orang temeloh

Assalamualaikum wrt
Salam pagi Jumaat.. uik pagi ker. Terasa pagi lagi sebab ekon kat opis sejoookk.

Pepagi tadi sempatlah menunaikan hajat hati k.long
Harini k.long kat rumah jer, tak pergi program tahfiz kat UIA sebab cuti (selangor cuti)
Hajatnya harini dia nak makan patin tempoyak
Padahal, baru lagi makan kat rumah mak minggu lepas masa kat kampung

Sempat plak umi snap gambor patin ni berenang dalam tempoyak yer hihihi


Sajer ler arini nak share resepi patin ni.. setiap orang lain cara masaknya, walaupun kekadang bahan2nya sama jer

Ini cara kami sekeluarga masak ikan patin, asalnya cara ni dari jiran kami, arwah Che Rahmah (moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yg solehah)... moga berpanjanganlah ilmu ni untuk orang lain jugak

Kita tgk dulu bahan2nya:

Ikan Patin
Kunyit hidup
Cili api
Tempoyak
Daun kesum
Asam keping
Garam secukup rasa

- Basuh ikan patin dengan limau nipis/kasturi (basuh jer yer, jangan rendam lama2, nanti tawar plak ikan tu). Masuk dalam periuk siap2
- Tumbuk cili api + kunyit hidup, kemudian masukkan tempoyak, gaul sebati
- Masukkan campuran tempoyak-lada tadi kedalam periuk n gaul dengan ikan, masukkan jugak garam dalam sesudu kecil penuh
- Hidupkan api kecil, biarkan air ikan keluar dan sedikit kering (dalam 2 3 minit). Bila air ikan dah kering skit, masukkan air separas ikan, buka api besar
- Masukkan daun kesum dan asam keping
- Didihkan dalam 5 minit (lebih kuranglah) then kecikkan api. Biar mereneh dalam setengah jam. Kacau skit2 jer tau. Rasakan garamnya, kalau belum masin tambah garam k.
Dah siapppp.. sluurrppppp

Nota: Ada jugak resepi yg masuk semua bahan dlm periuk n renehkan, ada jugak yg masak kuah dulu, then baru masuk ikan. Dulu2 memang mak masak camtuh, tapi sejak Che Rahmah bg cara sebegini (seperti yg saya share ni), kami dah stick to this method, sebab rasa lebih sedap (ikut tekak kami ler)

Oklah... selamat menjamu selera yer k.long
Nanti jangan lupa masak nasi, sebab umi sibuk sangat siapkan bubur Asfa sampai lupa nak letak nasi.
Pada yang mencuba resepi ni.. moga bermanfaat.

Wassalam


Regards;

1 ulasan:

  1. Oh itu petuanya mila..
    Nanti akak cuba resepi mila ni pulak..
    Anak2 akak suka patin tempoyak ni..

    BalasPadam

Love your comments...