Khamis, April 28, 2016

UPGRADING.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

 
Welcoming new buddy...
Encik Bruce hihihi
Moga dapat sesuaikan diri di tempat baru yer Encik Bruce... suasana kampong, I bet you will love it

 
En.Bruce ni baru sampai semalam, jauh datangnya, dari KL ke Temerloh
Ada 3 mesin jahit yang kami review harituh... JUKI, SIRUBA & BRUCE
 
Juki memang hi-end result lah, out of budget hahaha.. maunya kalau pricing termasuk GST dekat2 4k
Then tinggal Siruba & Bruce
Dua2 sama jer performancenya..
Tapi harga beza RM400
 
Akhirnya kami decide ambik yang murah je lah, ada lebihan tuh boleh beli mende lain kan... Duit ni hasil ambik order yang dah 4 tahun tuh Alhamdulillah
 
 
Kita rapat2 kan lagi yerrr... cun kan
 

Moga pelaburan yang berbaloi2 dan customer lebih berpuashati dengan hasil kerja kami.

Terima kasih atas sokongan, tanpa anda siapalah kami..

Apa pun... tanpa Rahmat dari Allah, kami ini hanyalah tubuh badan yang kaku dan lesu, terima kasih Allah, atas kasih sayang Mu, kami di sini dan berpeluang untuk terus bernafas

Wassalam

Regards;

Isnin, April 25, 2016

Acik sukerrrrr

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Bila acik sesekali dapat komen positive dari customer.. acik lompat bintang kikiki


Terima kasih Puan Ezati atas tempahan yer....


Regards;

Harga baru telekung LittleMaryam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dengan berat hatinya, dan mohon ampun dan maaf pada semua pelanggan telekung kami...

Berikutan dari kenaikan harga kain cotton dipasaran, dan kenaikan harga barang-barang jahit, akhirnya kami terpaksa mengalah jua... huhu.

Setelah 4 tahun beroperasi... sejak telekung pertama kami hasilkan... harga kami kekal.. seingat saya, harga semeter kain yg pernah saya beli mula2 dulu hanyalah RM4.80, tapi sekarang dah RM8++ semester huhu,... almost double tuh. Benang jahit tepi kecik tuh dulu2 RM2.80 seketul, now ambik borong baru dapat RM3.50 huhu.. tak masuk lagi kos elektrik... dah berapa kali dah tariff naik adehhhh (sekadar luahan hati)

Tahun lepas ada GST, tapi kami beli kain pukal siap2 sebelum GST huhu (rabak poket koi :-P).. tapi bila stok kain dah surut, bermakna kena beli stok kain baru, takde pilihan lagi dah, beli sikit or beli banyak, memang kena juga bayar GST kan

Dengan berat hatinya kami umumkan harga baru.... dengan satu janji dan tekad kami... mutu jahitan akan terus dipertingkatkan  (in shaa Allah, this week akan sampai mesin baru kami - update kendian yerr hihi) dan juga kami pilih kualiti kain yang terbaik tapi affordable gitu... mampu milik. Jauh lebih baik dari kain yang sebelum ini.
Dan sejujurnya, kami bukanlah naikkan harga kerana dah banyak tempahan huhu... tidak sama sekali.... (sebab tuh kami terus terang dengan kenaikan harga ni.. tiada sembunyi sembunyi)


Disebabkan pelbagai permintaan (telekung shj. tanpa pouch, beg telekung etc) kali ini kami quote harga tanpa pouch, dan ada pilihan untuk pouch ataupun beg. Beg dengan nama tersebut bersaiz standard dan agak besar, jadinya kalau anak2 nak bawa pergi tuisyen pun boleh. Setakat hari ini pilihan corak untuk beg agak terhad, tapi kami akan tambah dari masa kesemasa....

Detail untuk pembelian boleh klik di sini yer http://blogrimbun.blogspot.my/p/tempahan-telekung-littlemaryam.html

Apa pun... jangan sedih yerr
Kasi happy skit....
Dengan ini juga saya umumkan... DISCOUNT RM5 untuk setiap tempahan telekung dari hari ini sehingga 30 April 2016



Regards;

Jumaat, April 22, 2016

Little sejadah & Little Bag for Little one

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Testing
Testing

Testing sejadah mini untuk sicilik... untuk Asfa Maryam lerrr, sapa lagi kan

Matching dengan beg telekung yang sempoi...



Waduhhh tokleh sembang panjang, si Asfa ni nak ngamuk, nak mouse dan nak keyboard... Wassalam

Regards;

Khamis, April 21, 2016

Apron oh apron

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Akhirnya siap jugak tempahan member ni...
Apron denim untuk pesta buku antarabangsa PBAKL yang bermula 29hb April ni..

 
Dengan adjustable shoulder strap.. guna D ring
 
Lipat betul2 tau...
 
 
15 helai semuanya...
 
Ahkak ni jarang-jarang ambik tempahan banyak2.. tapi sebab nak tolong member ni.. oklah. ahkak terai... Alhamdulillah siap jugak, walaupun kadang meraung si Asfa tuh minta di dukung.. mak dok hadap mesin manjang kihkihkih

Sampai jumpa lagiiiii
Wassalam

Regards;

Selasa, April 19, 2016

Jom tempah telekung....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

 


Regards;

Sabtu, April 16, 2016

Yang mana satu pilihan hati??

Opssss...
Tengah nak tempah label baru
 
Acik dah fining nii... yang mana satu erks..
Seme cantik2 jer hihihi (Acik perahsan ler tuh)
 


Kalau sudi, cer kawan2 vote mana satu agaknya yang paling cun...




Regards;

Kain lagiiii

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Memburu kain telekung lagi dan lagi...

 
Adik seronok tengok kain2 yang ada bergulung gulung tu hihi
 

Stok kain lama dah menyusut... dan tempahan dah start masuk, maybe untuk puasa
Saya kadang tuh rasa terharu sangat, banyak tempahan repeat customer sebenarnya...

Kali ni kami ke Jakel WholeSale, location : Wisma Jakel lama kat area Jln Masjid India tuh.. erks ker Jln Bunus kat situ erks.. acik tak tau.

Yang bagusnya, harga quoted after GST, jadi tak yah kita fining2 piker nanti berapa additional dari quoted price untuk bayor GST kan. Kain2 ni berharga RM8.50 semester kalau kat Jakel Mall.. harga borong???? pandai2 ler tawar yerr
Pembelian 10 kayu n keatas dapat penghantaran percuma ke sekita lembah Klang ikut jadual yang telah ditetapkan. Penghantaran ke B. Caves adalah pada hari Jumaat
Alhamdulillah, semalam sampai dengan selamatnya semua kain2 ni

Harini kita bawa balik Temerloh, senang hati Tam nak menjahit. In shaa Allah bila Asfa dah besar skit nanti akan ada additional sorang lg tukang jahit hihihi... buat masa ni saya hanya jahit ready stock, harapnya by bulan puasa nanti dah ada enough readystock bagi pelanggan yang nak order untuk raya or pakai untuk pergi terawih

Oh yaaa.. nota sedikit buat pelanggan semua, akan ada sedikit kenaikan harga bila kami start menggunakan kain2 baru ini, kenaikan yang tidak dapat di elakkan kerana kenaikan harga kain, tapi..... kami jugak telah memastikan yang kualiti kain adalah jauh lebih baik dari yang sebelum ini, in shaa Allah "menang memakai"

Sampai jumpa lagi... Wassalam



رب اني لما انزلت إلي من خير فقير
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat
kepada rezeki pemberianMu (28:24) 


Regards;

Jumaat, April 15, 2016

COMEL RIMBUN KREATIF in da hauz

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


 
First of all.. ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua pelanggan kami...
Terima kasih sebab memberikan kami kepercayaan
Tempah telekung dengan kami walaupun kita ni jumpa di alam maya jer
Entahkan wujud entah kan tidak ye tak...
Alhamdulillah.. setakat hari ini, rezeki tempahan telekung ni ada jer, tak putus2
Alhamdulillah kami di berikan kesihatan dan kelapangan untuk menyiapkan tempahan
Alhamdulillah...
 
Himpunan gambar2 telekung terbaru... memana yg masih ada gambor hihih



Setelah sekian lama tertangguh
akhirnya terlaksana jugak
 
Lahir juga COMEL RIMBUN KREATIF niiii (nama dalam perancangan lain, bila register jadi lain huhuhu)
Yang penting BERDAFTAR kan, apalah yang ada pada nama (mak jemah nak sedapkan hati jer ni :-P)
 
COMEL RIMBUN KREATIF
CT0041917-M
 


Doakan kami terus maju yer kawan-kawan.. Aminnn


Regards;

Sabtu, April 09, 2016

Koboi kenit hihihi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

 Selamat datang ke blogrimbun
Blog yang merapu pasal kerja jahit2
Sesambil tuh ambik jugak tempahan telekung kanak2

Arini plan nak membebel panjang2
Tapi sayangnya dak nit ni bangun awal plak... adoyaiiii
Mak ni dah rindu nak bw nak oiiii

Bila keluar kereta renyai2, teringat nak buatkan topi untuk Asfa, almaklum, kalu renyai tak berbaloi bawa payung kan.. silap2 payung tuh nnt tinggal jadi wakaf jer kat kedai haha

Maka mak gigih cari tutorial dan free pattern di internet.. tapiiiiiii... camno nak print kalau printer dok kat tempat lain kan....
Malas nak tunggu, saya draft jer pattern sendiri.. trial n error orang kata..

Trial nya = dapat topi sebijik
Errornya = kepala Maryam 17", buat topi 18", tapi ketat.... naper erks

 
Boleh jer masuk kepala dia, cuma ngam2 jer..
 
Kalau dalam rumah memang kejap jer lekatnya topi ni..
Tapi kalau keluar rumah, ok plak dia pakai topi..
KAdang dia sendiri yang letak topi tuh
 
 
Ok ini percubaan kedua..

Kali ni tema boboy
Nak bagi hadiah kat new boboy.. sapakah yang bertuah tuh
Try besarkan skit, tapi agak ngam2 gak dengan kepala Maryam
 
Percubaan ketiga....
Ubah skit pesen nyer tuh
Pastu potong dari kain denim yg arituh digunakan untuk try2 sulam
Topi satu lagi untuk Maryam
Dan yang ini memang ok..
Bila ukur2 balik.. yg ni 19"
So moral of the story, kalau nak buat topi, tambah kan 2 inci dari ukur lilit sebenar kepala... baru sedap pakai & senang nk masuk
 

Dah masuk Rejab pun harini kan kan...
Jom kita perbanyakkan doa..
 
 
 

Regards;

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

***PINNED POST
SILA SCROL KEBAWAH UNTUK NEW POST***

Assalamualaikum
Ada yang masih berminat dengan buku ini?
RESTOCK : Cetakan ke 8, March 2016
Harga seperti dibawah:

#kos pos tertera untuk semenanjung sahaja
 
Boleh message or WA saya ok
019-254 8268
(No phone call, just message shj)


Regards;