Sabtu, April 16, 2016

Kain lagiiii

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Memburu kain telekung lagi dan lagi...

 
Adik seronok tengok kain2 yang ada bergulung gulung tu hihi
 

Stok kain lama dah menyusut... dan tempahan dah start masuk, maybe untuk puasa
Saya kadang tuh rasa terharu sangat, banyak tempahan repeat customer sebenarnya...

Kali ni kami ke Jakel WholeSale, location : Wisma Jakel lama kat area Jln Masjid India tuh.. erks ker Jln Bunus kat situ erks.. acik tak tau.

Yang bagusnya, harga quoted after GST, jadi tak yah kita fining2 piker nanti berapa additional dari quoted price untuk bayor GST kan. Kain2 ni berharga RM8.50 semester kalau kat Jakel Mall.. harga borong???? pandai2 ler tawar yerr
Pembelian 10 kayu n keatas dapat penghantaran percuma ke sekita lembah Klang ikut jadual yang telah ditetapkan. Penghantaran ke B. Caves adalah pada hari Jumaat
Alhamdulillah, semalam sampai dengan selamatnya semua kain2 ni

Harini kita bawa balik Temerloh, senang hati Tam nak menjahit. In shaa Allah bila Asfa dah besar skit nanti akan ada additional sorang lg tukang jahit hihihi... buat masa ni saya hanya jahit ready stock, harapnya by bulan puasa nanti dah ada enough readystock bagi pelanggan yang nak order untuk raya or pakai untuk pergi terawih

Oh yaaa.. nota sedikit buat pelanggan semua, akan ada sedikit kenaikan harga bila kami start menggunakan kain2 baru ini, kenaikan yang tidak dapat di elakkan kerana kenaikan harga kain, tapi..... kami jugak telah memastikan yang kualiti kain adalah jauh lebih baik dari yang sebelum ini, in shaa Allah "menang memakai"

Sampai jumpa lagi... Wassalam



رب اني لما انزلت إلي من خير فقير
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat
kepada rezeki pemberianMu (28:24) 


Regards;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Love your comments...