Jumaat, Mac 31, 2017

Alkisah sebuah rumah

Assalamualaikum..

Cerita masa balik kampong arituh..
Alkisahnya encik laling nak mencari rumah di kampong halaman, (rumah dah ada, tapi nak tambah rumah yg besar skitlah)

So sesaja lah survey rumah yang mana available for sale.
Inilah satu2nya yang kami pergi tengok sebab tuannya available..

Besar kan.... kalau rumah kat KL ni payah nak jumpa dah, double storey semi-D

 
Dah siap2 extend kat tepi... kiranya kalaulah saya ada rumah camni, memang kat tepi tuh jadi bilik jahit yang sangat best.. dah boleh jadi macam kedai mini plak kikiki, sebab boleh masuk direct tanpa lalu ruang tamu


Tapi ini di sana.... bukan di KL..
Entah bila nak balik kesana..

Dan saya dok terfikirlah plak... waktu kita muda ni (muda lah sangat kan :P), kita mengimpikan rumah yang besar dan gah. Anak2 pun masih dengan kita, riuh rendah jer. Senang saudara mara datang bertandang..

Dan selalunya, impian ini... kita hanya dapat bila kita dah di akhir usia, dah nak pencen or dah pencen baru extend rumah beriya-iya... sambung sana sini....besar dan cantik

Tapi di kala itu jugaklah... lutut kita dah mula sakit, tenaga pun dah kurang. Rumah yang besar sudahnya menjadi beban, terbeban untuk mengemas dan menguruskannya. Di tika itu jugak lah kita dah kembali berdua, anak2 pun dah ada rumah sendiri.... ini cerita tuan rumah ni sebenarnya, dan dia tengah dalam plan untuk buat rumah kecil jer di kampong. Kendian baru hubby bgtau yang dia nak jual rumah ni selepas kematian isterinya.

Bila memikirkan hal sebegini, saya mula rasa apa yang ada ni dah cukup sebenarnya. Ada rumah yang sederhana besarnya, biarlah sempit sedikit masa sedara-mara datang, bukanlah selalu pun. Dan, kalau bolehnya, bila dah tua nanti, cukup dengan rumah setingkat dan ada sedikit tanah untuk bercucuk-tanam. Tak perlu pun rumah yang besar dan gah. So kensel ler rumah ni... kita cari lain lah plak hihi..

Hihi.. sajer berkongsi cerita....
Kadang apa yang kita rasa baik untuk kita bukanlah yang terbaik...
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
Syukur dengan apa yang ada

Wassalam



Regards; mila

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kan... 5+1 room, stor pun besar... dapur pun boleh extend lg

      Padam
  2. KISAH SEBUAH RUMMAH GITULAH N BNYAK2 RMH2 BESAR DI KAMPUNG DITINGGALKAN BGITU SAJA KRNA ANAK2 ADA KHDUPN DI RUMH MRK SNDIRI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian maknayah nak kemas rumag besar kan.. tapi takde orang pun

      Padam
  3. Macam tu juga impian saya Kak, nak rumah yg selesa sikit utk senang kaum keluarga bertandang...senang anak2 berlari sana sini... Tapi takat mampu berangan je la. Kalau ada rezeki syukur, takde pun kita redha je apa yg dah ada ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah.. kalau tak dapat di dunia, dapat di negeri abadi disana nanti lebih baik kann..

      Padam
  4. Saya pun harap duduk rumah setingkat je. Tak larat turun naik tangga. Biarlah rumah sederhana je nak mengemas tak daya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dok berangan, dah tua2 nanti balik kampong buat rumah atas tanah sendiri jer, takmo rumah teres kikikiki (verangan free kan)

      Padam
  5. tapi rumah tu cantiklah tengok dari luar ����

    BalasPadam
  6. Bila dah tinggal berdua itu lah kisah rumah besarkan mila..
    Lagi sedih bila salah seorg pasangan telah pergi tinggalkan kita..
    So bersyukurlah apa yg ada..

    BalasPadam
  7. cantik umh ijo menawan dan besar., hehe2

    BalasPadam

Love your comments...