Khamis, Disember 29, 2011

Azam Tahun 2012?

Aproaching..
Image : Google
Leaving...
Image : Google
Kenangan manis di 2011?
- Spending 3 days of Ramadhan at Baitullah is the most happiest moment, not only in 2011, but in my whole life
- Spending our leisure time at KK, Sabah
- Dapat jugak menjejakkan kaki ke Singapura
emmm nampaknya saya terlalu banyak bercuti dan travel in 2011

Kenangan pahit?
Off course, miscarry my 2nd child after 9 years waiting.. making me abandoned my plan to have 2nd child in 2011, and not even in 2012. I choose to be thankful of what I have at this moment. 

2012?
To be healthier than today and eat more healthy food.
This year kami dah kurangkan makan di luar sebelah malam dan hujung minggu, dari sekali seminggu, now lebih kurang sekali in 2 weeks. But need to make it lesser. And maybe kena selalu masak n tapau bila g office.
Dengan cerita minyak recycle lately ni, saya dah makin takut nak membeli makanan di luar. Better beli raw food and masak sendiri di rumah.

Eat more fruits... lately ni kami dah selalu minum fruit juice. Boleh dikatakan setiap malam akan blend fruit juice.. my favourite is tomato juice. Sebiji sehari yum yum. Izzah plak hari2 dengan green apple juice dia. Hubby in between.. semua ok jer hahhaa. Sarapan pagi plak selalunya dengan buah pisang n tak lupa a glass of fresh milk for me.. or skim milk for hubby and full cream milk for Izzah (now I know kenapa my fridge selalu penuh.. susu pun ikut pilihan masing2 hahhaa)

Big NO NO to oily food. Akan banyakkan rebus, kukus or grill. Even kalau menggoreng I choose to use Olive oil. Kalau deep fry plak, minyak kena tukar selalu, tak lebih dari 3 kali goreng jerr.

I choose organic food. Sejak last year, memang saya hanya menggunakan ayam organic Azzain kalau memasak di rumah. Sayur2an plak kalau membeli di hypermarket memang akan ambil di organic section, tapi kalau di pasar malam, takde pilihanlah kan... this year kena banyak makan ulam2 lah plak.

HAhaha.. pelik tak? Anything to do with craft tak masuk dalam list. Wellll... I need to be healthy in order to sew right...


Regards;

Rabu, Disember 28, 2011

Never ending sewing activities...

Tissue box cover for car lagiiii
Saya rasa makin seronok buat tissue box cover ni, sebab bila dah banyak kali buat, bab2 yang susah macam melekatkan piping/binding ni jadi makin senang. Sebab tu lah orang kata "Practice Makes Perfect" kan. Kalau dulu terkial-kial, pastu asyik nak menetas je kerjanya, now no more hehehe..

Ini adalah tempahan dari rakan FB saya, tema pink or purple menjadi pilihan, harapnya berpuas hati dengan pilihan fabric ni yer. Saya mempunyai pilihan heavy cotton yang terhad, kalau guna light weight cotton rasa macam tak berapa cantik plak...


Dan yang ini plak bukan untuk kereta, saja buat dari lebihan heavy cotton yang ada... kiranya dari scrap je niii
Nampak tak butang HEART tuh? First time guna untuk tissue box niii. Saja pilih hijau untuk nampak menyerlah skit.

Aktiviti cuti sekolah yang wajib plak adalahhhhh...
jahit baju sekolah Izzah..

Tahun ini saya buat 3 helai baju sekolah, plus 3 helai kain untuk sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan, kain biru masih elok, tak singkat. plus dah terlalu banyak kain. Rasanya ada 6 helai kain biru kat rumah tuh.. banyak kan.. seminggu sekolah pun tak habis pakai lagi.

Alhamdulillah, sejak dah besar skit ni dah pandai dah Izzah jaga baju putih tuh. Taklah kotor sangat macam masa darjah 1 & 2 arituh.  Tapi masih lagi satu hari satu baju, pagi dan petang pakai baju yang sama, cuma kain jer bertukar.
Parents yang ada anak sekolah mesti dah sibuk menyediakan pelbagai kelengkapan sekolah kan.. tambah2 plak kalau ramai yang dah bersekolah. Bagi saya yang hanya ada seorang je anak sekolah ni takdelah sibuk sangat. Kasut dah beli awal2 cuti arituh, beg masih ok, pencil case masih ok, stationery pon masih banyak yang ok, tinggal nak beli buku tulis dan buku kerja sahaja.
Projek jahit saya pun masih banyak 'on hold'. Katanya dulu nak buat cover kerusi dining room n table runner, tak lupa jugak wall hanging, ops satu lagi nak buat selimut quilt untuk diri sendiri.. tapi semuanya masih dalam list hahha.. belum jadi kenyataan.... pejam celik pejam celik.. dah nak habis sekolah kan.

Today dah 28 dec 2011... masih pikir2 nak letak azam apa untuk 2012. rasanya azam 2011 arituh saya dah lupa dah.. or else saya takde azam apa2 wakakaka.. Kalau crafter lain mesti ada azam untuk tingkatkan jualan barang2 craft sendiri kan... rasanya saya punya azam opposite of that, nak kurangkan taking order dan cuba jahit item2 baru untuk diri sendiri hahaha...
Aishhh arini banyak betul saya membebel eks.. saya ni banyak benda nak tulis tapi tulis dalam fikiran jer.. tak ter"type" hahha..
Others making Wednesday without word , I am making wednesday with too much words..

Salam Sayang Rabu...

Regards;

Sabtu, Disember 24, 2011

The Singing Birdie

Alangkah senangnya rasa hati (nyanyi2 macam lagu PRamlee tuh) hehhee
Senang hati sebab satu lagi order telah disiapkan

The singing birdie bag for Cikgu Elly
Nampak simple and elegant gitu hehhee (pehrahsan gitu)

Quilted bottom..


Zippered..


"Jeans" like finishing

I made a simple tutorial on the applique here

And here is a triangular pouch.. also for Cikgu Elly

Harapnya Elly suka dengan apa yang akak buat yer... TQ for your repeat order and for being my loyal customer. I really appreciate it from the bottom of my heart.. aduhhh jiwang karat plak hahaha

Good night and happy holiday semua.

Regards;
 

Khamis, Disember 22, 2011

Migrating or upgrading??

Keep on thinking..

Thinking of buying a new machine.. aduhhaiii.. berapa banyak mesin jahit agaknya yg saya ada kan..
Actually dah plan sejak tengah tahun arituh, tapi "terbeli" mesin sulam NV90e plak.. and now here I am again.. dreaming of an industrial machine.

Kalau yang ni harganya RM1590.00
Gambar dari carian di internet

And kalau yang ini harganya RM1250 jerr
Gambar carian internet
Aishhh mana yang ok yer?
So far dah pernah guna JACK kat kampung, memang ok, kecuali ianya agak sensitif, kalau benang tuh longgar jer jahitan mmg tak elok, kena make sure benang tuh ketat. Tapi memang senyap...

Tapi tengok review, JUKI ni dah lama in the market, kiranya proven track record..

Emmm agaknya adalah lebih baik stays in dream jer.. lebih indah gitu. Kalau di realisasikan, mana plak nak sumbat this bulky fellow.
wahhhh there are so many things in my dream... a brand new industrial sewing machine, a brand new water proof compact digicam (no no to DSLR because I wanna to see me in the picture, not see me taking picture only hehehe), a brand new handphone ahaks..  dont worry, as at now just see me dreaming ok. I am a stingy person by nature hahaha..

Happy Thursday...

Regards;
 

Rabu, Disember 21, 2011

Door Gift???

I was making this for the first time last night..

A pocket tissue cover

Agak2 kalau buat doorgift untuk kenduri kahwin, does the receiver appreciate it? Maksud saya, adakah ianya akan digunakan instead of di buang sahaja... Any opinion?

Actually I am thinking of making hundreds of this for my sister's wedding this coming February. Maybe attching a "Thank You" label to it or else their name n the wedding date.. aggghhhh too many things in mind but too liltle time to do it.

Regards;

Isnin, Disember 19, 2011

Oh My Telekung...

Saya ada cerita pasal belajar buat telekung kat sini dulu kan
Saya belajar ngan Kak Zai kat sini... siap ada gambar saya lagi tuh hehehe..

Telekung tuh terus jadi WIP sebab banyak benar aktiviti cuti sekolah, kesempatan untuk menjahit tuh memang ada tapi tak boleh nak concentrate.. dan hari ini tadi, balik jer dari office, terus buka NV50 dan taddaaa.. dah siap pun muka telekung nii 

Sungguh selesa sekali.. walaupon tanpa anak telekung.


Pertama kali jugak membuat loop tuh as simple as ABC dengan kehadiran my new tool in dhauz niii.. its a loop turner. bukan takat to turn the loop, tapi nak masukkan elastic pun senang saaaanggatt..

banyak lagi new tools yang saya beli Jumaat lepas.. ni dia...

Beli di mana? Mana lagi kalau tak di CW... minus the 20% discount memang berbaloi2.. loop turner tuh berharga RM6 jer, and after discount only RM4.80... dannnn will be back for sure, before the year end. Ada sesapa nak kirim?


Regards;
 

Jumaat, Disember 16, 2011

Neat Applique... (with tutorial)

I am working with denim..
Simply love denim because it can be matched with any colors or print.
Perfect for applique too

Just sharing my tutorial on this neat applique... the original idea is not solely on me, I think I have came across few tutorial or read it on the mag before. But this tutorial is on what I think practical to me... plus I am a bit lazy too

Yang ini saya nak buat birdie..

Pic 1: Just cut a birdie pattern from your interfacing (perfect project to finish my interfacing scrap)
Pic 2 : Sew the interfacing to the right side of the fabric, make sure the adhesive side facing the fabric and leave only a small allowance
Pic 3 : Then cut the fabric slightly outside the interfacing (+- 1/8 inch)
Pic 4 : Cut the interfacing in the middle, and pull out the right side of the fabric.

Here we are.. get ready for the next step.

Now just sew the applique using a straight stitch, you will not see any fabric fray anymore. Here I used thick thread (normally to sew jeans)

Here it is my finished applique project.. the singing birdies

Seronok buat burung ni, the birdie idea comes from one of my fabric collection

The grass applique just a normal applique because I love to see the fabric fray..

To Cikgu Elly, this is the WIP for your order.. Harap bersabar yer...

Happy Friday to all my cyber friends..
Selamat bertunang to my dearest sister..

Regards;

Khamis, Disember 15, 2011

New Fabric in dhauz

Saya ni.. arituh dah bertaubat beli kain bila USD dah makin mahal.. tapi bila tengok Christmas sales ada coupon discount niii.. buat saya gatal tangan. Luckily, when I purchased these, USD rate murah skit, compare to now, dah naik balik, rasanya semalam saya check RM3.22 utk USD1.
Dulu2 masa belajar subject P9 eks P7 ke.. CIMA nyer subject, ada aku kesah ngan forex niii??? hahaha.. takat tau kira jer oklah kan.. now USD rate ni really concern me.. ahaks

Here is my new collection..



Kalau ada sesapa nak jugak koleksi kain2 ni boleh tengok kat sini yer
I am giving a free postage using registred post till 31/12/2011
Saya boleh share this fabric up to 1 yard only
Cukup2lah tuh layan fabric ni kan...
Regards;
 

Selasa, Disember 13, 2011

Soft toys... more and more

Ter"addicted" dengan softie plak dah saya ni

Here are Cashmere Bunnies

Pattern and tutorial are here
I used cotton fabric instead of felt


Another balls... the small and medium size

Soft toy ni pada pendapat saya amat sesuai untuk baby, ianya toxic-free product (its a fabric) and fur-free product (cotton instead of felt).. some more its washable...

Lepas ni nak try apa plak eks...


Regards;

Soft toy for baby Azeq

Just come back to work, masih terasa penatnya.
Penatnya kalah bercuti-cuti Malaysia ke Langkawi or Sabah.. padahal cuti2 Malaysia at home jer hahaha.
Actually kami mendapat kunjungan dari tetamu2 dari Kuching, my mother in law plus my sister in law n family.
Yang bestnyer time ada tetamu camnilah saya tumpang sekaki shopping hahaha.. kalau tak, memang payah nak jejakkan kaki ke Jakel or Mydin area Jln Masjid India sana, or even Pasar Malam hari Sabtu di Jln TAR tuh, tapi disebabkan tetamu2 saya ni suka nak kesana, maka dengan senang hati.. jommmmm kita ronda.

Sempatlah saya bershopping kain2 untuk buat tudung, denim fabric tuh. Dulu2 bukan main mahalnya, sekarang dah RM15 jer semeter. Kain2 cotton pon agak murah, boleh dapat dengan RM6 semeter. Tak pastilah harga sebelum discount yang di paparkan tuh betul ke idok.

Dan projek jahit saya pon tergendala, tapi dalam sibuk2 nak memasak dan jugak melayan tetamu, sempatlah saya menjahit yang simple2 jer niiii..
soft toy untuk si baby Azeq

Beach ball pattern tuh dapat kat sini
Cube tuh saya trial n error jer. The first cube saya buat 5 inch x 5 inch.. besar sangat plak. Second cube tuh 4 inchx 4 inch. Ingatkan nak buat 3 inch x 3 inch, tp dah tak sempat ler plak.


Challenging jugak untuk matchkan fabric tuh, ye lah... for baby mestilah warna yang terang2 kan

Here is baby Azeq

Kakak Izzah memang suka sangat ngan baby Azeq niii

Suka dukung sana sini, suka bagi baby susu, suka tengok baby mandi hahaha...
Now, bila baby Azeq dah pulang, kakak nangis sorang2 tengah malam dok teringatkan baby Azeq. Kesian kakak kan.

Till another story.. bye

Regards;

Khamis, Disember 08, 2011

Scrap yang buat saya SENYUM sepanjang hari...

Dah lama dapat "love letter" from Pos Malaysia, tapi hari ini baru ada kesempatan nak pergi.

Alkisah kejadiannyer... ada orang yang nak bagi kain buruk scrap "jer" kat saya hehehe..
Dengan tak sabarnya, masuk jer kereta, terus buka, tak dan lah nak balik rumah dulu wakaka.. tetiba eks...

WOWIIIII junior juice
In red color.. and its one of my favourite colour

Cantik sangat2 kan.. pelbagai koleksi corak ada, its from here 

Kat dalam ada card slots, ignore ler gambor IC mokcik yang "chumel" sangat tuh yerr hehehe
Memang sangat muat untuk pelbagai saiz telepon tangan (read : handphone)
Very neat and perfectly sewn.
Seriously, saya rasa kak Jamilah kena buat label lah.. senang orang nak kenal sapa yang buatkan.
Sebenarnya kalau kawan2 berkunjung ke blog SCLover ni, macam2 pattern beg ada, bukan takat wristlet.
I am one of the secret admirer of SCLver Collection ni tau.

Kepada yang ingin memiliki wristlet chomel ni bolehlah berkunjung ke

ha.. yang ni betul2 from scrap... baru siap satu.. my kaleidoscope cushion cover

Happy cuti2 Malaysia, saya cuti2 at home jer nampaknya.

Regards;