Rabu, Februari 13, 2013

Preview SGC..

Assalamualaikum kawan-kawan..
Selamat kembali menjalankan tugas...
Cuti telah berakhir, tapi di office macam senyap sunyi jer kan, ramai yang sambung cuti kut. Hajat di hati nak jugak sambung cuti, tapi kena sedar diri yang cuti taklah sebanyak mana pun kan... eloklah kerja jer.

Apa aktiviti masa cuti? Rest and relex....

Ops... nak cerita lain sebenarnya, cerita pasal invitation untuk preview SGC.... Sepang Gold Coast..

Dah banyak kali jugak dapat call pasal SGC ni sebenarnya... tapi semuanya di tolak. Tapi masih jugak call balik, aduhaiii tak reti bahasa betul, tapi itulah strategy diorg kan, at last saya pun setuju je lah untuk pergi (masuk perangkap sudahhh...). Actually teringin jugak nak kesana, setelah rasanya hampir 10 tahun tak kepantai morib tuh. Lama kan... 

Sebelum setuju tuh saya dok review blog entry pasal invitation ni, ada jer  blogger yang cerita tapi semua ok jer, just pergi melawat kawasan dan last sekali dapat voucher... kut diorg tak cerita abih or memang marketing SGC macam tuh at that time, saya pun tak pastilah.

Saya sampai dah agak lewat, saya pun dah tak berapa pasti jalan kesana, berpandukan GPS je lah. 

Sampai di sana.. wahhhh meriahnya pantai morib. Ramai sangat yang berkelah, ada yang buka khemah etc.... memang ramai orang. Nak parking pun susah, dah ala2 PD gitu. Seingat saya, 10 years ago, kami adakan gathering di sini, taklah semeriah ini walaupun pada hujung minggu.

Sampai jer di SGC terus ke di suruh ke Iconic Vacation Club... dalam hati dah terfikir mesti akan ada sessi mempromosi ni.. ramai plak tuh orang yang datang.

Dan kami pun di beri taklimat oleh consultant pasal SGC ni... segala mcam cerita menariklah. 
Kami juga di interview, selalu tak pergi bercuti, last bercuti di mana? Negara mana yang pernah dilawati hihihi...
sebetulnya kami memang bukan kaki jalan.. jadi memang kena condemnlah dengan consultant ni, "apalah kakak n abang ni tak pernah pergi bercuti di oversea ke? takan takat dalam negara jerrr, abih tuh kalau cuti jer takan takat balik kampung jer, itu stail lama" dan macam2 lagi. Siap cakap lagi kat Izzah, " Mama ni jahatlah tak bawa g bercuti" Adeh... sungguh kecik hati, tapi itulah taktik diorg kan... bagi kita rasa inferior then suruh cover balik dengan ambik club diorg

Then kami dibawa melawat bilik... tapi 2 jenis jer lah, traveller and canary, yang dua jenis lagi tuh full house

Dah habis lawatan, barulah si Manager kepada consultant ni tadi buka pricing.. suruh kitorg beli Vacation Club diorg.. hihihi

Mai saya citer pasal berapa rege nyerr:
Ada 2 jenis, yang murah tuh apa ntah namanya, berharga RM28,600.00 SAHAJA, tapi promosi HARI TU AJER, boleh dapat dengan RM26,000.00
Dapat apa dengan RM26k ni?
- Free stay 7 days a year at SGC for 20 YEARS tapi kat traveller je lah (bilik paling murah tuh)
- Bayar 10% deposit, dan boleh buat interest free installment for 5 years huhu
- dan ada lagilah.. free 7 night stay at RCI hotels for first year

Dan yang kedua tuh package mahal... berharga RM42,800, dan promosi HARI TUH JER at RM40,000.00
- Dapat Free stay 7 days a year at SGC for 25 YEARS bilik Canary (2 rooms)
- Byr deposit RM7,800 dan remaining boleh buat installment for 5 years
-plus free 7 night stay at RCI hotels for first year..

Can you imagine spending vacation for 25 years kat SGC jer setiap tahun, mesti muntah hijau lerrr hihi.. so diorg cover dengan boleh convert to RCI, tapi kena bayor ler plak... rasanya SGD199.00 untuk convert 7 hari tuh kalau within Asia, kalau kat Europe plak SGD388 rasanya... pastu banyaklah plak restriction lainnya.. Saya belek2 catalog RCI tuh.. tak wujud dalam list tuh hotel2 kat Mekah or Madinah yer...  Kalau ada ok jugak tuh... setiap tahun spend seminggu kat sana hihi

Keputusan memang time2 tuh jugak kena buat... untuk save that RM2,800.00 tuh.. hihi. Kalau buat immediate decision to save RM40k, dengan bayar RM2,800.00 berbaloi ler jugak. Ini saving RM2.8k, to suffer another RM40k... tak perlukan otak akauntan nak fikir pasal ni kan.

Dan saya ni memanglah bukan impulse buyer... kalau nak invest besar2 ni memang saya akan buat cashflow analysis, NPV analysis dan segala mak datuk analysis... then baru buat keputusan. My friend kata saya ni dah pakai calculator sejak dalam perut ibu kut hahahaha... ini gara2 saya cakap beli je lah tissue muka yang kotak biasa tuh, bukan yang gambar macam2 kat luarnya sebab dari segi harga sama, tp pieces berbeza, so price per piece of tissue lebih murah wakakaka. 

Bila nak tolak or say NO tuh yang susah. Saya ok jer nak say NO tapi, bila orang argue balik, saya memang tak pandai nak jawab, not born to be a lawyer... nasib partner ku ini lawyer (walaupun dah convert jadi syariah manager) hahaha, Once buka mulut jer, terus si Manager nyer tadi agree jer. Dan akhirnya dapatlah voucher free stay 1 night plus voucher makan RM50.00. Voucher valid on weekdays sahaja ok

Actually kami pernah dengar pengalaman dari kawan2 yang masuk vacation club sebegini... nak bercuti kena booking at least 2 months ahead.. so kat mana prioritynya tuh? kekadang kita ni buat keputusan 2 weeks ahead jer, sebelum tuh tak boleh nak predict boleh cuti ke tak, unless kalau nak keluar negaralah kan.

Jangan tak percaya.. ada jugak antara yang datang hari tuh betul2 ambik promo tersebut. Its either diorg memang banyak duit kut, or jenis yang tak pandai nak say NO or memang an impulse buyer, asal nampak murah jer beli... which ever category they are, I dont care.... 

Alhamdulillah.. selamat duit kami dari melebur, rugilah skit kat RM2,800 kan kan.. tapi save RM40K.

Kepada kawan2 yang dapat invitation tuh, silalah fikir2 kan, tapi kalau rasa nak voucher free stay tuh.. baik pergi jer, sebelum tuh tinggalkan credit card anda di rumah hihi... cash bawa RM100.00. Rasanya macam tak nampak any ATM machine kat area tuh hihi...

Sharing is caring :)

*** Kami tebus voucher, boleh baca cerita disini http://blogrimbun.blogspot.com/2013/04/kita-enjoy.html

Regards;
 

15 ulasan:

  1. ..serba salah nk say NO kalau org promote pape..thats y sy prefer ckp xnk sblm diorg bukak mulut.. :D <even kdg2 rs guilty yg teramat sgt :P)

    BalasPadam
  2. Saya pun ader dpt invitation pegi buat preview di Sepang Gold Coast tue last 2 weeks, mmg same la jgk bwk tunjuk bilik2 n citer la apa yg best klu join IRC tue, at the end saya n suami terang-terangan menolak offer tersebut memandangkan tak berbaloi2 pun join. Better duit tue diinvest ke tempat yg lebih memberi keuntungan buat diri kita sendiri.

    BalasPadam
  3. Zira... kami dah cakap pun awal2 tuh yg kalau financial commitment mmg kami takan buat easy decision, tapi suruh jugak join hihi

    Liza Aziz... betul tuh...diorg tuh dah tau kita takmo tp still insist suruh juagk masuk, itu yg malas nak layan tuh.
    Dah reddem ke voucher free stay tuh? senang tak nk dapat bilik?

    BalasPadam
  4. sy dh byk kali dpt invitation mcm ni..tp mcm biasa otak ni byk je idea nak mengelak..ahahah..so far selamat le..
    sama la mcm org kol suruh join insurans itu ini..kalau no stranger mmg sy tak angkat..tapi kadang2 naya pulak kalau yg tepon tu mmg berkaitan dgn kerja, bila no. yg kol tu takde dlm registerd list dlm phone mmg tak angkat punyer...tapi kalau terasa nak angkat tu pastu terkena pulak ngan agen2 insurans ni dan2 ckp tgh drive la, tgh meeting la suh diorg kol semula..pastu kalau diorg kol semula jgn harap le teman nak jwb ahahah

    BalasPadam
  5. Shiedah.. saya pun selalu mcm tuh jugak.. simply saya " saya tak berminat". Yang ni jer tetiba rasa nak pergi sebab ada free 1 nite stay tuh hihi.. padahal bayar guna duit sendiri pun boleh jer kan... nasib baik tak terpedaya.. yg penting free gift pun dapat

    BalasPadam
  6. As salam mila.. sy mmg pernah terkena.. siap da say No.. dia kejar balik kami di lif... mood dari senyum da jadi masam... geram jugak masa tu.. tapi ni cerita lama.. lps dari pengalaman tu, kami da tahu.. so mmg selalunya mengelak..
    la ni lagi senang nak ngelak.. alasan saya... "sy da lama berpindah ke Johor".. so dia pun "aaa uuuu ok lah kami call balik..."
    tq milla.. bagus juga awak share.. maybe ada juga yg belum terkena...

    BalasPadam
  7. tengkiu Mila! this post really helps :D

    BalasPadam
  8. Thanks kak! Baru je dapat call dr SGC dan dah say yes pastu hati berbelah bagi..alhamdulillah jumpe entri ni bile mengoogle. So now malas plak nak gi sbb malas nak argue bile dorang persuade join member club tuh..heheee thanks kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Most welcome.. tapi kalau nak try bilik free tuh pergi je lah... berbaloi jugaklah.

      Padam
    2. nak tanya detail: mula2 kena buat ape bila smpai sana?
      ada kata kena dengar taklimat itu ini. lepas tu baru dia bgi voucher..
      ada kena bayar ape2 ke?
      masa tebus voucher tu ada kena bayar ape lg x?
      ramai kata ni scam, tipu x boleh caya...
      nak mintak kepastian akak jelas kn betul ke x.. kena bayar ape2 ke.. haish.. serabut sbb org tu call2 je.. smpai jemu plak nak jawab... kata nak send invitation tp x dpt2 pn...

      Padam
    3. sampai kesana terus dengar taklimat pasal kelab dari junior diorg, pastu g buat lawatan ke bilik, balik dari lawatan baru diorg buka harga, mula2 yg junior tadi try persuade us, kalau tak jalan jugak barulah yg senior datang, tapi kalau takmo jugak, diorg bagi je lah voucher tuh...

      Padam
    4. masa tebus voucher dah x perlu bayar, cuma kena booking awal ler, bilik pun ala kadar jer hihihi. rasanya ada saya cerita kat blog ni

      Padam
    5. boleh baca disini http://blogrimbun.blogspot.com/2013/04/kita-enjoy.html

      Padam

Love your comments...