Jumaat, November 29, 2013

Ku pohonkan Kebaikan dan Perlindungan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Pagi tadi dengar rancangan Usrati kat ikim.fm, dengar ustazah ajar doa memohon kebaikan & perlindungan, cari2 kat google, dapat pun.....


Jom kita sama2 amalkan..
Wassalam

Regards;
 

Khamis, November 28, 2013

Tampal.. jangan tak tampal..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Edisi tampal menampal lagi.. dedicated to my returned customer yang power ini hihihi
sapa lagi kalau bukan tuan meja yang bersepah ni

Customer saya ni kalau dah order, nak siap segera.. malas nak jawab soklan bila nak siap..

Ok.. arini g taska silalah bawa buku latihan yerrrr..
mesti spend masa at least 1 hour untuk buat latihan MATHS! hihi kejam tak? budak ni tak suka maths, tapi umi paksa dia buat latihan maths banyak2..

Till another story
Wassalam

Regards;
 

Rabu, November 27, 2013

Tafsir AlQuran cover.... and covering stories

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dua tiga hari kebelakangan ni saya dah start mengajar Izzah, subjek2 teras je lah, Maths-BI-BM-Science
Walaupun sebenarnya.. kalau bab subjek sains tuh, saya sendiri pun kantoi kikiki. Tengok jawapan kat belakang je lah jawabnyer. Dah siap2 buat jadual waktu, malam pukul 8.30 - 10.00. After 10.00 kena sambung baca buku BI, story book yang senang2 je lah... for 15 minutes. Nampaknya bagus jugaklah disiplin budak sorang ni, sanggup dia tak tengok TV, tapi naik atas, dok tengok buku (ehemm.. untuk sehari dua ni lah kan!)

Sesambil tuh lah saya layan mesin jahit skit2... bukan apa, kalau dok ngadap dia jer, bukannya nak cari jawapan sendiri, semua nak tanya umi jer kerjanya. Skit2 tak reti, skit2 tak pandai, skit2 luper.. aishhhh
So saya bagi assignment jer lah, buat beberapa pages, then baru diskusi jawapan.

Projek jahit "celup-celup" saya hihihi.. 
(celup2 tuh maksudnya kejap2 mana sempat je hihi)
A quilted tafsir alQuran cover


Opsss selingan dari cerita asal plak dah.
Isnin hari tuh saya pergi hantar Izzah ke kelas tambahan sekolahnya. Ramai jugakyang datang, katanya ada 2 kelas penuh, sampai 45 orang satu kelas... ramailah tuh, tapi taklah sampai separuh pun.
Tapi budak sorang ni susah betul nak berkawan luar dari kelompoknya, at last kami ambik keputusan tak perlulah attend kelas tuh. Duduk kat taska je lah.. main sepanjang hari huhuuhu.
Dan dan tadi terima sms plak dari budak bertuah ni.. "Next week nak balik kampung, dah boring kat taska, kat kampung boleh tengok TV, tengahari boleh belajar dengan Tam" aishhh plak dah.
Arituh awal2 cuti suruh balik kampung takmo, katanya Tam garang sangat. Emmm ini mesti ada kelahi dengan member2 taska ni hihihi.
Camtu lah kan budak2.. kekadang seama adik beradik pun tak sah kalau tak kelahi. Tapi kejap jer pun, kalau dia bercerita, layankan je lah, cuba fine tune yg -ve jadi +ve.

Semalam dok bercerita sambil nangis2 sebab bantal dia jatuh kat atas tanah.. huhu huhuhu (rasanya anak umi ni manja sgt kut erks).. nak tergelak pun ada jugaklah, takat bantal tuh je pun, so nak pujuk skit, cakap kat dia alhamdulillah bukan anak umi yg jatuh kat tanah, takat sarung bantal kotor, boleh basuh, boleh tukar lain, boleh jahit sarung baru lagi hihi..kain umi kan banyak... barulah ok skit.. siap request sarung bantal baru warna pink siap dengan sulam nama dan ada AnaMuslim lagi.. kukui.. lebih2 ler plak.

Setakat ini dulu bebelan on wednesday...
Wassalam


Regards;

RRR... Redo, Recycle, Reuse...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Lega rasanya..
Lega bila projek besar saya ini dah siap, besar sangatlah kan
Projek untuk diri sendiri ni selalunya lambat siap, terpaksa mengutamakan tempahan.. tapi alangkah bestnya, segalla tempahan yang ada dah hampir siap...
Percaya tak asalnya selimut ini adalah kemeja kerja hubby, yang setiap hari di pakai ke ofis? 
Its 8 years ago kut, masa tuh kami masih belum ada kesedaran berkaitan pemakan sihat, so makan je lah ikut sesedap rasa... akhirnya baju pun mengembang jadi XXL huhuhu.. alhamdulillah, akhirnya baju2 ini ditinggalkan, now dah pakai saiz L kut. Berjaya juga buang 20kg yang terlebih tuh.. ehemm but now dah naik balik, cuma taklah sampai angka lama

Ini hanyalah blanket, bukan quilt...
Backing dengan fleece yang lembut dan gebuz...
Selimut fleece ni asalnya adalah readymade selimut saiz permaisuri (kiki queen size)
Walaupun taklah setebal comforter, selimut ni cukup selesa.. tak panas dan taklah terlalu nipis sampai kesejukan plak.. just nice, almaklum, aircond pun ala kadar jer, 25 degree jer pun... saving the energy for future generation!

For future reference:
90 pieces of 9.5 inch square from 5 helai XXL kemeja

Budak yang sentiasa nak enterprem bila umi ambik gambar.. now nak gambar tido ler plak hihihi

Till another story...
Wassalam

Regards;
 

Selasa, November 26, 2013

Scrap bag tutorial (Part 1)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Apa khabar kawan-kawan?
Pagi2 ni nak bertutorial plak dah hihi, dah lama tak buat tutorial. Sebenarnya bukanlah apa sangat pun, sekadar berkongsi idea.

Warning! Warning!... (apa ke hal bagi warning plak kan :-P) tajuk kat atas tuh macam tutorial nak buat bag from scrap, TAPI sebenarnya adalah, nak buat bag isi scrap

I got this idea from my sister in law, who is a tailor, on our raya visit early of this year. Scrap dia memang melambaklah kan, ada yang di jual semula, terutama yang bersaiz besar, tapi yang kecil2 tuh di jadikannya bantal... There come my idea..
I used to keep all cotton scrap, but yang bukan cotton, saya buang jer dalam tong sampah.
Instead of throwing it away, why not collect it wink wink!

Bahan2 yang diperlukan : Kain polycotton or any cheap fabric, mesin jahit, benang, gunting dan paper to draw the pattern 

Saya pilih nak buat bag bulat, so I draw a 1/4 circle pattern
Size overestimate kikiki.. diameter pattern saya ni 23 inci kui kui... an ambitious size :-P
Anda juga boleh buat pattern empat segi, hexagon.. etc etc.. ikut kreativitilah yer

Kain ni saya lipat 4, dan potong ikut pattern, make 2 pieces

Then ukur keliling bulatan, tambah 6 inci.
Lebar ikut suka hati... bare in mind, beg ini untuk collect all unwanted scraps yang mana akhirnya nanti, bila dah penuh, akan transform jadi bantal yerr. 
Yang ini saya buat 6.5 inch, panjang ukut lilit circle 72+6=78 inchi ( kain ni saya sambung2 sampai jadi 78 inci hihi)

sew both ends of the 78x6.5 inch fabric

Cantumkan pada bulatan

Make sure ends of the fabric bertindih, akan jadi opening

Then cantumkan dengan bulatan yang satu lagi

Terbalikkan kain melalui opening ni

Now its done

Through that opening, you can just add in your unwanted scraps.. kecik or besar, sesuka hatilah

Beware of any sharp object.. mcm jarum or gunting (erks boleh ker termasuk kat dlm ni hihi)

This is a continuous project, so please keep your pattern for our next project, which is the cover for this scrap pillow "to be", at mean time it will be my scrap bag... sitting next to my cutting table. Hopefully ianya akan mengurangkan sampah2 yang di buang dari my sewing room.

Part2 tutorial ini akan ada bila bag ini dah penuh yer.. till we meet again. 
Wassalam

Regards;
 

Rabu, November 20, 2013

Wednesday Sewing

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

On free (e)motion sewing mood.. and thats nothing to do with free motion sewing hihi

Following a "sew-a-long" table runner at fb group..

A simple table runner, but sometimes can be tricky too

I added up a scrappy look border, tapi rasa mcm tak puashati plak..
What do you think?
Rasa mcm nak letak border kecik 1 inci dulu lah.. baru add the scrappy border kan.. baru nampak menyerlah gitu.

Budak ni memang pantang nampak umi ambik gambar.. nak interprem jer kerjanya..

Wassalam...



Regards;
 

Isnin, November 18, 2013

Halatuju kemanakah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

What a lazy weekend, and comes today... already on Monday
No Monday blues... no Monday moody
Just a fresh new Monday!

Happy school holiday to all students and teachers... Yang paling best time cuti sekolah ni adalah... no more traffic jam yuhuuuuuu.... sempatlah nak breakfast dulu kat rumah, 7.15am baru keluar, sampai ofis before 8am.

Next year Izzah dah masuk darjah 6.. cepatnya masa berlalu kan (dalam hati rasa muda lagi ler tuh hihi), cuti sekolah ni cikgu2 dah start nak buat kelas tambahan. To appreciate the move.. kami memang nak hantar Izzah ke kelas tambahan, instead of going to tuisyen center. Tapi kan.... baru ku tahu, no transport available, aunty bas sekolah dah cakap awal2 yang dia tak kerja masa cuti sekolah uhuk uhuk. 
Izzah seronok je nak naik basikal, lagi pun dekat jer taska dengan sekolah, TAPIIIIIII... recent cases, budak sekolah pun kena ragut, menyebabkan kami fikir 1000x nak biarkan dia naik basikal. Not to mention, beberapa orang termasuk jiran saya yang turut kena ragut, sampaikan luka di kepala terkena pisau sebab bergelut dengan peragut.... recently.. 5 kereta hilang in 1 night. Fuhhh... manusia ke apa ntah.. takde perasaan langsungkan, predator dari planet lain kut...
Nampaknya takde harapanlah Izzah nak ke kelas tambahan, kawan2 ada idea tak? Kelas dia dari pukul 8 - 11 pagi.. alangkah best kalau I am just a FTHW kui kui..

Projek masa cuti saya...
Projek suka2 nak menaikkan semangat menjahit ni, kenapa ntah, takde mood nak menjahit :(



Mungkin kena muhasabah diri kut...
Kenapa saya menjahit? kenapa erks? 
Nak cari duit lebih kah?
Nak suka2 je kah?
Nak cari gelemer kah?
Nak kongsi2 ilmu kah?
Mistaken identity betul kan!
Dok terfikir jugak yang kena spend time untuk support Izzah nak exam tahun depan, so mungkin terpaksa kurangkan sedikit masa menjahit.

Opsss panjang sudah bebelan ku di hari Isnin kan
Sampai jumpa lagi
Wassalam

Regards;

Khamis, November 14, 2013

Telekung on Thursday :-)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Telekung oh telekung...

Pergi kesungai mencari kepah
Anak kucing melompat-lompat
Terima kasih pada yang sudi menempah
Moga anak-anak gembira dan semangat untuk solat

Tetiba semangat nak berpantun plak pagi ni, lama dah tak mengarang pantun ni... jenuh pikir2 nak buat 2 rangkap kat atas tuh hihi

Pada kawan2 yang berminat dengan tempahan telekung, boleh email ok :-)
Or kalau beminat dengan buku bahasa Inggeris, boleh tengok di sini


Regards;

Isnin, November 11, 2013

When I am not sewing....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Motivasi pagi hari ini... marilah kita sama2 perbanyakkan selawat ke atas nabi kita Muhammad 

Dah pun di minggu2 terakhir persekolah sessi 2013 kan...
Jalan raya pun dah mula lengang. Actually bukan sahaja budak2 yang seronok nak cuti, mak bapak budak pun seronok sebab nak bercuti, pada yang kerja plak, jalan lengang jer... 15 minit sampai ofis, fuh best kan!

Last week kami ke JB... ops bukan Johor Bahru, tapi Janda Baik, Pahang
Nak kat first time taklah jugak, cuma dah lama sangat, dah luput pun dari ingatan.
Seingat saya first time kami kesana, masa 3rd year di UIA, masa tuh kami join berbasikal dari UIA Gombak, ikut jalan lama ke Janda Baik. Bermalam di Janda Baik, chalet tepi sungai, tapi dah tak ingat apa nama chaletnya... aishhh banyak makan semut kut, itu yang banyak lupo tuh kikiki

Gathering kali ini ala-ala camping, cuma khemahnya diperbuat dari papan hahaha..
Ada 8 family kesemuanya yang bermalam, manakala satu family datang daytrip shj.
Actually faciliti kat maklang chalet ni taklah memuaskan sgt pun, tapi booking online kan... tengok dalam website memanglah nampak best jer.
Keluarga yang besar dengan anak kecil duduk chalet besar, ada 1 katil queen & 2 katil single... keluarga kecil macam kami duduk A shape jer, lebih kurang besar khemah jer, bilik air pun kongsi2.
Anak2 pun seronok sesekali berjumpa... air sungai depan chalet jer pun... part tuh memang best. Sampai2 jer budak2 ni sibuk nak turun ke sungai. Tapi hujan lebat belah malam, so pepagi air nya dalam dan deras, warna pun dah macam teh susu. Masing2 dok tenung sungai... muka poyo minta kesian nak mandi lagi kakakaka

Selasa plak cuti MaalHijrah kan...
Bergather2 dengan member sebilik masa kat UIA plak, actually nak hantar quilt lilbirdie for Aisyah ni... sambil tuh gather2 sekalilah...
To be honest... bila dah lama bekerja, jumpa dengan ramai kawan2 sekerja baru, kawan2 semasa belajar jugak yang masih kekal in touch dan mesra seperti dulu...

Semalam plak... Izzah dok sibuk nak ke majlis hari kecemerlangan sekolah agamanya... dah tuh di adakan di Rawang plak tuh huhuhu.. jauhnya.
Fuh! mencabar minda betul kan.. majlis bermula pukul 2, tapi ambik hadiah pukul 5, jenuh dah tengok persembahan budak2 ni kikiki (Dalam hati dok teringatkan bilik jahit ler tuuuuuu)


Oklah,.. bizi2 pun sempat jugaklah saya siapkan Off to the Rescue niiii
Ada lagi sarung bantal yang perlu disiapkan ni sebelum di poskan kepada tuannya...


Sempat jugak memvacum rumah, mengemop lantai dapur, nasib baik anak dara ku rajin mengemop kat ruang tamu, sempat jugak masak2... buat bubur jagung+barley, basuh kain, lipat kain... fuh!!!! 
Setakat disini dulu...
Till another story :)

Regards;