Selasa, Disember 31, 2013

Cuti-cuti akhir tahun 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Tajuk cuti-cuti, tapi hari ini dah pun berada di ofis, clear off semua kerja tertunda. Melambak ler plak, paling menakutkan kalau ada kerja yg patut settle by 31 dec, kalaulah tak dapat settle kan, memang kaput ler KPI ku... grrrrrr

So rasanya bercuti2 di akhir tahun ni mmg a big mistake, tahun depan takmo lagi dah cuti akhir tahun, cuti awal tahun ok (kesian plak ngan anak daraku itew kena ponteng sekolah kang huhu)

Cuaca di kuching memang agak suram dan sejuk... sepanjang hari hujan, kekadang renyai, kekadang lebat, kekadang berangin
So kami memang stay in house je lah... 
Sesambil tuh layan si Izzah nak buat munga munga nih... nasib menjadi

Minah munga-munga... yang chomel kikikiki

Sebahagian telekung yang telah disiapkan, opss bukanlah saya yg jahit, tapi di jahit oleh adik saya

Bila balik kampung, seronok memasak sebab banyak mulut yang boleh suap, arituh masak puding roti, memang kejap jer habis,
pastu try plak masak butter cake
perrrgghhh! hangus kui kui
Doriyan punya pasal kek ku hitam legam!
Al kisahnya masa bakar kek ni, hubby ajak pergi cari durian. Walaupun hujan lebat mencurah curah, kat sana musim buah sekarang ni, banyak durian, rambutan n cempedak di jual.

Plan asal nak cari duriyan kat area Tabuan jer, last2 melalut sampai ke Samarahan, depan gate ke Unimas baru jumpa kedai yang kenan di hati.
Balik dari makan durian, oven dah shut off, tapi tengok2 belah atas kek ni masih belum masak betul, maka dengan tanpa fikir panjang, saya pun terus onn balik oven letak api belah atas jer, terus pergi solat.
Apa lagiiii.. hangit satu rumah! Nasib baik MIL cepat sedar dan switch off the oven.

Kawan2...satu soklan nih.. agak2nya kalau kita tukar setting api oven tuh, kena preheat jugak ke terlebih dahulu erks..aiyaaah mokcik ni kureng ilmu membaking ler!

Nasib baik bahagian bawah ok jer... ramai yg kata sedap kuikui.. perahsan dah mokcik nih!

OPss.. nak letak resepilah kat sini, sebagai rujukan diri sendiri di masa depan:

SIMPLE BUTTER CAKE
1 buku mentega (250gm)
5 biji telur
2 1/2 cawan self raising flour diayak
1/2 cawan low fat milk
2 sudu besar susu pekat manis
1 1/4 cawan gula halus
1 sudu besar esen vanilla

#Mentega + Gula di pukul sampai kembang, then masukkan susu pekat manis dan pukul lagi
#Masukkan esen vanilla - pukul sekejap
#Masukkan telur satu persatu - sambil pukul skit2
#Masukkan susu cair & tepung berselang seli sampai habis
#Sediakan bekas membakar, masukkan dalam preheat oven, bakar 1 jam at 150degree, bergantung pada oven jugaklah.

Tengok gambar nih terkenang-kenang ler plak
Sedapnya mee sapi Sepinang Sari a.k.a Haji Salleh
Antara tempat yg wajib pergi kalau balik kampung, trick nak dapat makan cepat dan tak berebut tempat, pergilah time petang, dah pukul 2 or 3 (they close @ 4pm)
Kalau pergi pukul 10 11 or 12 tghari memang for sure lambat dan penuh, kena tunggu turn baru dapat duduk huhuu...
Kalau korang ke Kuching jangan lupa ke Sepinang Sari yer... tak sama rasa dengan mee kolok kat tempat lain.

Oklah setakat ini dulu cerita cuti2 saya ni...
Kekadang terfikir best jugak bercuti ketempat lain selain balik kampung, tapi on 2nd thought, selagi orang tua masih hidup, kena ikhlaskan hati korbankan perasaan ingin bercuti ketempat lain, gantikan dengan menziarahi orang tua dikampung, moga mereka gembira dengan kehadiran kita (alahaiii kalau banyak cuti kan best, balik kampung pun boleh, melancong pun boleh!)

Wassalam

Regards;
 

11 ulasan:

  1. betul tuu. nina law balik kg terajinn sgt nk baked kea apa. sebab ramai dn byk mulut kt sana. kalau kt sini berdua dgn husby jea xsyok. hehe

    BalasPadam
  2. salam mila.. hitam manis gitu kek...kiki..saya bukanlah pakar tp belajo dari pengalaman..oven xperlu preheat. just rendahkan suhu. insyaallah dlm masak elok n tak hitam manis kalernyer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh TQ sooooo much. rupanya kena rendahkan suhu yer. Lepas ni boleh cuba, hopefully takde lah hitam legam camtuh hihi

      Padam
  3. tak mengapa hitam pung.. janji sodap.. !!! kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena kikis yg hitam2 tuh azue... dah mcm arang batu ropernyerrr

      Padam
  4. Balasan
    1. paling seronok sebab tak yah g kerja sebenarnya kan kan

      Padam
  5. comel la telekung tu ai loike...sweet sangat bunga2 tu pun comey tau..balik kampung memang best kan mila tambah ader makan2 best memang makan jerla kerjanyer...kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asal balik kampung jer, jarum penimbang tuh mesti gerak ke kanan kan... aishhh uncontrollable betul

      Padam

Love your comments...