السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Selamat tahun baru Masihi 2014 kawan2 blogger semua
Sedar2 dah 2 hari di tahun 2014
Tahun yang dijangkakan penuh dengan cabaran kan!
Hari ini saya bawa bekal pulut dari rumah, so tgahari tadi saya keluar untuk beli buah sahaja, tetiba akak jual buah tuh bagitau, dia minta maaf sebab naikkan harga buah, yang harga RM1, now dah RM1.20 yer... oh! I am poorer by 20% rupanya harini. Nasib badan
Kenaikan harga barang lately ini cukup memenatkan fikiran kalau we keep bothering about it. Kalaulah ada petisyen pasal kenaikan harga ni, saya nak sign 1000x hihihi
Tapi apakan daya, paksa rela menghadapinya, dan percaya Allah Maha Kaya, moga rezeki kurniaaNya tidak berkurang walaup sedikit pun
Teringat zaman2 gawat puluhan tahun lepas, masa tuh kami masih bersekolah. Sementara arwah abah hanyalah penoreh getah... harga getah turun, harga barang naik.. what we did? Makan ikan kering dengan nasi berbulan lamanya. Ada masa terputus bekalan beras, pinjam kat rumah mak saudara sebelah rumah huhuhu
Ini plak rezeki..
Rezeki shopping kain murah..
Original Japanese cotton ada yg 1.5 meter @ RM12 dan ada yang 2 meter @ RM18
Kain2 ni cantik dan tebal macam US cotton.
Hasil menjejakkan kaki ke Gambier street di Kuching arituh hihi
Arini jugak.... dengan rasminya anak dara ku itu masuk tahun 6. Dah besar, so hantar takat pintu pagar sekolah je lah. Bg peluanglah kat makbapak budak darjah 1 je lah memenuhkan sekolah hiiiiiii
Persediaan ke sekolah ala jimat cermat and kerukut (kedekut :P)
Kain Izzah ni dah agak singkat tapi masih boleh dipakai.. saya buka getahnya dan sambung kat atasnya..colour blocking betul kan!
Kebetulan cari2 remnant hijau takdek.. tibai je lah kain biru sekolah.
Nasib baik anak omak (sempoi) takde nyer si Izzah ni kisah hihihi
Baju sekolah izzah pun saya tak buat baru, masih ada 5 helai baju putih (yang dah kelabu hasap tuh), yang singkat lengannya, saya buka jahitan hujung lengan dan kelim halus jer. Hihii memang masa gunting baju arituh dah reserve untuk buka jahitan pun.. self-engineered kan kan... hahhaa (mak gelak jahat udah)
Kasut jer yang kami terpaksa beli 2 pasang tahun ni. Awat ntah kaki si Izzah ni membesar lelebih plak. Dah pun pakai saiz 2, kasut tahun lepas dah tokleh pakai.
Cerrr kira balik perbelanjaan sekolah tahun ni..
Baju/kain sekolah - NIL
Kasut sekolah - RM28 x 2 = 56.00
Stokin =RM9.9
Tudung = 1.5meter kain lycra =RM11.50 + 1 meter kain @RM6=RM17.50 (makcik ni request nak ada tudung 2 lapis style zaman dolo dolo)
Buku sekolah = RM70.00 ++
Buku sekolah agama RM85
Beg sekolah = NIL
Stationery = dapat free makteh bagi hihi
erksss apa lagi yerrr... tu je lah kut
Yerrr memang skit jer, dah anak pun sorang jer kan
OPsss nanti balik nak tengok berapa kenaikan tambang bas sekolah plak huhu..
last but not least for today.. back to TRAFFIC JAM!!!! lemah lotot mokcik ni
Oklah.. caucincau..
sampai jumpa lagi
Wassalam
Regards;
great
BalasPadamYuran taska anak pun naik rm10...nasib...
BalasPadamnasib baik mamanya tgh diet..jd jimat duit lunch.. hehehe..
Akak lom tanya lagi yuran taska, arini nak tanya kut
Padamyg confirm tambang bas sekolah dah naik dari Rm70 to RM80
Bila dengar kecoh2 barang naik mmg pening. Tapi insya Allah dimurahkan rezeki.
BalasPadamMemang skang sumer pun naik gaji jek tak naik2 acaner....eh comella kain cotton tu...
BalasPadam