اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Apa khabar kawan-kawan?
Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa khabar berita hikhik..
Akhirnya berpeluang juga untuk update blog ni..
Sihatkah saya? Huhuhu masih lagi melayan perasaan loya didada.. walaupun dah masuk 13 weeks. Ingatkan bila puasa terus hilang, tapi nampaknya cuma boleh berpuasa, dan loya tetap ada... but alhamdulillah sejak semalam tak muntah kecuali pagi ini lepas bersahur, but still controllable
Seronok tau... bila berpuasa hari pertama adalah hari cuti, tambah berganda seronoknya sebab meriah dengan kehadiran mak dan adik2. So boleh memasak beramai2 sambil borak2.. gelak2... tapi saya selalu mengelat kikiki.. pening jer, dok tersandar kat kusyen.
Seronokkan.. dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi, masih bernyawa kita pada hari kedua Ramadhan ini... Alhamdulillah.
Terdapat juga adjustment dalam diari ramadhan saya tahun ini, kalau tahun lepas seronoknya lepas berbuka sibuk bersiap2 nak ke surau, disurau plak dapat solat jemaah, dapat dengar tazkirah, dapat bersedekah etc etc... tapi tahun ni dengan sedih hatinya saya terpaksalah dirumah sahaja. Hari pertama saya cuba untuk jemaah disurau, tapi bacaan imam yg panjang amat meletihkan saya, suasana panas dan sesak menyebabkan saya hampir pitam, balik rumah dah sakit pinggang dan kebuluran.... At last saya buat keputusan untuk solat terawih dirumah jer lah... buka aircond huhuhu... solat pun ikut kemampuan. Rasa penat, rehat or baca alQuran kejap... then sambung lagi. Kalau lapar boleh makan.... Agaknya bila dah ada baby ditahun depan, mampu tak saya melakukannnya lagi? Huh.. anggaplah ini sebagai training yer hihi
Dalam gembira ada juga sedihnya.. sedih sebab sejak dari awal tahun arituh saya dok mendoakan agar suami terpilih untuk ke conference di Jeddah awal Ramadhan nih (last kami pergi bulan ogos 2011, cerita disini), doa yang dimakbulkan Allah, tapi dalam keadaan diri yang sebegini, memang impossible untuk ikut sekali. Kalau ikut pun menyusahkan sahaja... malahan membahayakan diri sendiri huhuhuuhu.. sedih tau! Terbayang nak berbuka puasa di Masjidiharam, berebut tempat solat... berbuka dengan roti dan yogurt.. tinggal angan2 je lah kan...Tapi kejap je lah sedihnya.. a'la kulli hal.. ما شاء الله كان ما لم يىشاء لم يكن
Dah abihlah citer sedih...
Ini cerita menu buka puasa semalam..
Sahur 1st Day : Nasi putih, Udang goreng dengan kacang, balance ayam masywi dinner dan telur dadar
Bebuka : Buah melaka, badak berendam, murtabak (adik beli), tepung pelita (beli jugak), air tembikai laici
Nasi putih, sayur lemak petola, siakap kukus, sambal kicap
Sahur2nd day : Nasi goreng, ikan kembung goreng
Wassalam.. الى اللقاء