Pengikut

Isnin, Disember 14, 2015

Peria katak goreng rangup yumyum

Assalamualaikum semua

Lagi berkongsi resepi???
Fuh dah tukar status blog kut kan tuan tanah ni.. dari blogger jait2 jadi blogger masak masak hihihi

Alkisah mencari resepi untuk peria katak goreng ni
Selalu sangat makan yang beli depan opis ni. Sedap, rangup dan tak rasa pahit

Dah beberapa kali fail... akhirnya..


Resepi yang sangat sempoi

Peria katak hiris nipis
Rendam dalam air garam
Keringkan dengan memerah air peria dan biarkan dlm tapisan untuk beberapa jam

Then gaulkan dengan sedikit garam+serbuk kari+tepung jagung

Panaskan minyak dan boleh goreng

Percubaan pertama fail = sebab peria tak betul2 garing
Percubaan kedua = Yeah! berjaya

OK baru faham sekarang = silalah goreng sampai peria tuh bertukar jadi warna cekelat mcm dlm gambar ni. No more hijau2 dah. Insyaallah jadiiii..
Alhamdulillah
Tapiiii kan... walaupun rasa pahit tuh mmg very mild (almost takde) tapi tetap jugaklah only me who eat this hahaha
Apa pun mak puas hati. Next time buat lagi yerrr.

Regards;

Jumaat, Disember 11, 2015

Patin Tempoyak koi orang temeloh

Assalamualaikum wrt
Salam pagi Jumaat.. uik pagi ker. Terasa pagi lagi sebab ekon kat opis sejoookk.

Pepagi tadi sempatlah menunaikan hajat hati k.long
Harini k.long kat rumah jer, tak pergi program tahfiz kat UIA sebab cuti (selangor cuti)
Hajatnya harini dia nak makan patin tempoyak
Padahal, baru lagi makan kat rumah mak minggu lepas masa kat kampung

Sempat plak umi snap gambor patin ni berenang dalam tempoyak yer hihihi


Sajer ler arini nak share resepi patin ni.. setiap orang lain cara masaknya, walaupun kekadang bahan2nya sama jer

Ini cara kami sekeluarga masak ikan patin, asalnya cara ni dari jiran kami, arwah Che Rahmah (moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yg solehah)... moga berpanjanganlah ilmu ni untuk orang lain jugak

Kita tgk dulu bahan2nya:

Ikan Patin
Kunyit hidup
Cili api
Tempoyak
Daun kesum
Asam keping
Garam secukup rasa

- Basuh ikan patin dengan limau nipis/kasturi (basuh jer yer, jangan rendam lama2, nanti tawar plak ikan tu). Masuk dalam periuk siap2
- Tumbuk cili api + kunyit hidup, kemudian masukkan tempoyak, gaul sebati
- Masukkan campuran tempoyak-lada tadi kedalam periuk n gaul dengan ikan, masukkan jugak garam dalam sesudu kecil penuh
- Hidupkan api kecil, biarkan air ikan keluar dan sedikit kering (dalam 2 3 minit). Bila air ikan dah kering skit, masukkan air separas ikan, buka api besar
- Masukkan daun kesum dan asam keping
- Didihkan dalam 5 minit (lebih kuranglah) then kecikkan api. Biar mereneh dalam setengah jam. Kacau skit2 jer tau. Rasakan garamnya, kalau belum masin tambah garam k.
Dah siapppp.. sluurrppppp

Nota: Ada jugak resepi yg masuk semua bahan dlm periuk n renehkan, ada jugak yg masak kuah dulu, then baru masuk ikan. Dulu2 memang mak masak camtuh, tapi sejak Che Rahmah bg cara sebegini (seperti yg saya share ni), kami dah stick to this method, sebab rasa lebih sedap (ikut tekak kami ler)

Oklah... selamat menjamu selera yer k.long
Nanti jangan lupa masak nasi, sebab umi sibuk sangat siapkan bubur Asfa sampai lupa nak letak nasi.
Pada yang mencuba resepi ni.. moga bermanfaat.

Wassalam


Regards;

Jumaat, Disember 04, 2015

AlQuran Cover... scrappy project


Assalamualaikum...

Project yang dah lama jahit..
Project beli alQuran dan buat cover
Sebenarnya nak letak naskhah alQuran ni kat Temerloh satu dan di Kuching satu
Dulu2 suka bawa alQuran bila travel, boleh jugak baca masa dalam flight... tapi sekarang agak susahlah nak bawa, henbeg "kenit" dah ada hahaha, bawa jer tapi tak buka pun. So ada baiknya letak satu alQuran kat kampung... tak perlu bawa dalam perjalanan


Alahai... ada orang kenan ler plak dengan alQuran ni huhuhu
Dah kena kidnap dengan kak long plak dah hahahaha
Oklah kak long, ambik ler
Yang penting ianya di gunakan

emmm... tetiba rasa tak de semangat plak nak kerja
Nak tanya kawan2 ler kan.. kalau kita bekerjda di tempat yang ok, bos ok, staff ok, gaji ok, location ok... family & anak2 pun ok.. kalau kita decide untuk berhenti, adakah kita dikatakan tidak bersyukur yer? soklan yang selalu menghantui mak cik niii

Sampai jumpa lagi

Regards;

Isnin, November 30, 2015

Setahun Berlalu

Assalamualaikum wrt

Setahun berlalu
Syukur Ya Allah
Di atas kurniaan Mu

Moga Asfa Maryam jadi anak yang solehah, Moga Asfa berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, Moga Asfa bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh, Moga Asfa akan melahirkan zuriat yang soleh & solehah yang menyambung kalimah Allah di muka bumi ini.
Aminnn


Panjang plak bebelan umi yer..
Masa mengandungkan asfa tahun lepas, umi berharap dalam hati agar dapat anak lelaki. Ala2  mungkin last dah kut mengandung, umur pun dah nak masuk 4 series lagi setahun dua ni hihihi
Tapi Allah rezekikan Asfa, a girl, tetap jugak umi syukuri, sebab tuh ummi nak jugak nama Maryam. Moga jadi solehah sperti Maryam binti Imran. Samalah kan..., Hanna mengharapkan bayinya lelaki, tetapi Allah bagi perempuan, satu satunya nama wanita yang terpahat dalam alQuran.
Asfa ni  budak baik...
Tidur awal malam, jarang bangun kecuali minum susu
Tak suka botol susu, tapi suka nenen hahaha, walaupun susu umi ni ala kadar jer kekdahnya. Umur dah setahun, tapi masih lagi guna botol susu kecik jer, Kalau buat susu lebih dari 3oz, mesti tak abih. 3oz tu punkadang2 2 kali minum baru abih
Sekarang dah ada dua gigi atas dan bawah, gigi sebelah tuh baru nak muncul gak dah
Dah selera makan,

Asfa yang ummi sayang
Happy Birthday...


Regards;