Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Cloth Pad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cloth Pad. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 28, 2016

Clearance Cloth Pantyliner (SOLD OUT)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ada sesapa nak tambah stok cloth pantyliner?
Tak pun nak try2 pakai cloth pantyliner setelah sekian lama pakai dispo?

Hakak nak buat clearance skit.. stok melambak sebab hakak malas nak isi butang hahaha.. baru sekarang ada mood nak isi butang. Almaklum, toolnya kecik tenit jer, buat sepuluh jer dah sakit tangan, nak beli yang besau tak cukup modal :-P

Please be reminded: Ini cloth pantyliner, tanpa waterproof tau.. bukan untuk dipakai masa period

Material : Flanel/Cotton (wing) Bamboo fleece (top) (SOLDOUT)
4 layer TANPA waterproof
 
 
Material : Flanel
4 layer TANPA waterproof
(UPDATE : MAAF 5FORRM25 ni dah habis.. OUT OF STOCK)

Kalau ada sesapa berminat boleh WA : 019-2548268
Sila nyatakan pilihan anda, kuantiti dan lokasi penghantaran ok.

Sekali lagi di ingatkan, ini cloth pantyliner, bukan cloth pad (saya dapat message2 yang mengorder cloth pad... sorry sangat sbb saya tak ambik order yer... saya nak clear stok jer)


Regards;

Selasa, Februari 05, 2013

Cloth Pantyliner Restock

Assalamualaikum...

Restock cloth pantyliner in the house..

cpl1, cpl2, cpl 3
Top : bamboo fleece; Wings : Cotton
Price : RM10.00 per piece


cpl4, cpl6
Top : Cotton flannel, Wing : Cotton

cpl5
Top & Wing : Cotton flannel

Price RM8.00 per piece


#Size pantyliner : panjang 8 inci, lebar wing to wing 7 inci
Buy 10 and above will get free postage with pos berdaftar

Please refer to this posting untuk cloth pantyliner ok...

Email me for details at my.milakamila@gmail.com



Regards;
 

Isnin, Januari 14, 2013

Restock Pantyliner

Kepada kawan-kawan yang berminat dengan pantyliner... 
New stock in dhauz..

CPL01 (10 pieces), CPL02 (8 pieces), CPL03 (5 pieces), CPL04 (2 pieces) & CPL05 (1 piece)
Top : Heavy Bamboo fleece, Wings : Cotton
Price RM10.00 per piece 



*CPL03 actual colour is purple

CPL06 (7 pieces), CPL 07(3 pieces) & CPL08(2 pieces)
Top : Flannel, Wings : Cotton
Price RM8.00



restock as at 30/01/2013
CPL01= 4
CPL02=6
CPL03=2
CPL06=1
CPL07=3
CPL08=4
Please refer to latest post on cloth pantyliner

#Size pantyliner : panjang 8 inci, lebar wing to wing 7 inci
Buy 10 and above will get free postage with pos berdaftar

* So sorry, price increase due to the newly restock bamboo price has increase a lot. Kebanyakan tempat yang saya beli bamboo fleece yang agak murah dah pun kehabisan stock, jadi terpaksalah increase price a bit to reflect the increase in the material cost.

To purchase these items, please email me at my.milakamila@gmail.com



Regards;

Isnin, Disember 31, 2012

Cloth Pantyliner (Restock)

Dah lama kan tak restock cloth pantyliner
Inilah dia.. the new stock..

Top = bamboo fleece, wings = cotton.
RM8.50 per piece
SOLD
Top = bamboo fleece, wings = cotton.
RM8.50 per piece
SOLD
Top = bamboo fleece, wings = cotton flannel
RM8.50 per piece
SOLD
Top = bamboo fleece, wings = cotton flannel
RM8.00 per piece
SOLD
Top = bamboo fleece, wings = cotton flannel
RM8.00 per piece
SOLD

Kepada yang berminat, silalah email saya di my.milakamila@gmail.com atau pun WhatsApp 019-934 8268
Sila nyatakan code yang anda pilih. Kuantiti yang ada adalah seperti dalam gambar.

Regards;
 

Selasa, November 20, 2012

Restock cloth pantyliner

Kepada yang berminat dengan cloth pantylinerrr....
Kat tengah tuh saya menggunakan bamboo fleece, as usual..
Bahagian sayap (wings) ada pilihan samada menggunakan flannel  (1a, 2a dan 3a) atau pun cotton (1b & 2b).
Biarpun flannel akan sedikit berbulu selepas di basuh, tetapi makin lama, makin lembut dan sangat sesuai untuk kulit. Saya dah try flannel dan jugak cotton, rasanya saya prefer lagi flannel walaupun nampak lusuh skit selepas di basuh...

Harga : RM8.50 per piece
SOLD
Email me at my.milakamila@gmail.com for detail ok

Regards;

Selasa, Oktober 16, 2012

Restock Cloth Pantyliner

Salam semua.. sobahulkhair..
Malam tadi sempat restock 10 pieces cloth pantyliner niii.. sementara Izzah ke tuisyen n hubby g swimming, masa yang best, hanya aku dan mesin jahit ku auwwww
Kepada yang berminat silalah email yer, saya minta maaf sebab tak dapat nak notify those yg email saya sebelum ini bertanyakan pasal pantyliner ni, malu wehhhh dah lama sangat hahaha... (tetiba baru ni terhegeh2 nak restock kan hihi)
Harga : RM8.50 per piece exclude post
Wassalm

Stock update : 10 pieces SOLD OUT

Regards;
 

Sabtu, April 14, 2012

Bamboo Cloth Pantyliner Restock.... with LE tooo

Kepada peminat cupcakes... its now on your pantyliner hahaha...
This is a limited Edition Bamboo cloth pantyliner - Cupcakes - Japanese and US cotton

Selling at RM12.50 per pieces
Only available as per in the picture

Dan kat bawah ni normal bamboo cloth pantyliner... restocking about 20 pieces (tapi tak semua dalam gambar) with two choices of colour, Price at RM8.50 per piece


The flannel pantyliner is still in stock, you can check it out here

Ada banyak juga pertanyaan yang mana satu lebih bagus, yang guna flannel atau pun yang guna bamboo..
Personally I would say Bamboo adalah lebih baik, ianya really good to your skin, some more its an antibacterial fabric. Lagi satu, saya menggunakan cotton untuk bahagian "wing"nya. Compare to flannel, cotton lebih tahan lama.
Manakal flannel akan berbulu dan menipis through time. Tapi so far saya dah pakai almost 2 years, my first flannel pantyliner still ok lagi. And offcourse, flannel is much more cheaper than bamboo.

Pilihan di tangan anda, kalau setakat nak cuba2 dulu, trylah flannel, takut nanti hangat2 taik ayam jer, sekerat jalan jer pakai, so tak lah rugi sangat sebab murah jer kan ahaks...

Ops.... tak lupa, anda masih berpeluang untuk dapat 2 pantyliners for free yerr. Do join the GA from Notamanjaku here

Regards;

Isnin, Mac 26, 2012

Restock and your chance to get this for FREE

Weekend baru-baru ini saya agak bizi dizi..
Pertamanya pada hari Sabtu, pagi2 lagi kami dah bertolak ke Taman Botani Bukit Cahaya Seri Alam (Aiyakkk panjangnyer nama), Shah Alam.

Mini gathering dengan kawan-kawan masa di UIA dulu. Dah 2 tahun kami miss gathering, tahun 2010 kami tak ikut serta sebab kenduri kawin adik. Then tahun 2011, gathering di batalkan atas sebab kurang penyertaan, dan tahun ini Alhamdulillah menjadi jugak, walaupun just a mini gathering, daytrip jer.

Entah kenapa kan... bila dah masuk alam pekerjaan, alam dewasa, bukan lagi pelajar, tidak dinafikan kita jumpa dengan ramai kawan baru.. terlalu ramai. Tapi kawan-kawan yang susah senang masa belajar ni jugaklah yang too dear to my heart. Semua orang dah ada famili sendiri, anak2 pun dah besar, dan kalau berjumpa tuh macam tak hengat dunia bercerita hahaha..
Nasiblah kat Bukit Cerakah ni ada kolam, so anak2 sesama diorg dok berendam dalam pool sampai kecut, kulit pun dah bertukar warna... hahaha

Terima kasihlah kepada Mr&Mrs Organiser kerana dalam kesibukan tugas harian, dapat jugak menganjurkan program ini dengan jayanya... Syukran Jazilan.
Ibu-ibu suka, anak-anak gembira, dan bapa-bapa riang ria.
Tahun depan siapalah yang sudi jadi organiser agaknya....

Comes Sunday... masa untuk bersantai di rumah, masa untuk aktiviti jahit2 walaupun hajatnya nak mengemas rumah, tapi tersangatlah malasnya, agak2 tunggu next week panggil cleaner jer lah... yer yer.. saya memang tersangatlah malasnya nak mengemas rumah.... lebih suka menghadap mesin jahit jer kerjanya.
Apa yerr yang sempat saya jahit hari ahad arituh...
ada 3 helai tudung, siap quilting "Attic Window" baby quilt and currently tinggal handstitch binding jer, Siap jugak restock yang kat bawah niiii..

Ada 21 pieces semuanya..

Berminat untuk dapat cloth pantyliner ini for free?
Silalah berkunjung ke sini
Ada peluang untuk memenangi hadiah lain jugak yerr
http://notamanjaku.blogspot.com/2012/03/mini-giveaway-by-manja-im-limited_20.html
 First time saya sponsoring a GA... selalu buat GA sendiri jer kan.
Harap boleh bertambah kenalan dengan cara ini, plus promoting pemakaian cloth pantyliner.
Its good for your health, better for the environment and saving your pocket too.

Happy Monday..

Regards;
 

Rabu, Mac 07, 2012

Restock Cloth Menstrual Pad

Atas permintaan saya restock my Version 8 : CMP (Cloth Menstrual Pad) Economy

You have an option on folding soaker or bamboo soaker

Ada 3 pilihan housing..

Dulu saya menggunakan Flannel & Zorb as soaker, tapi kali ini saya buat Bamboo (2 ply ) + Zorb (in the middle) as soaker... much much better for those who has sensitive skin

Untuk folding flannel pula, you have 2 choices of colour

Boleh  pick n mix:
Housing at RM15.00 per piece (I have 10 pieces in stock but 4 are reserved)
Bamboo soaker at RM15.00 per piece
Folding flannel at RM5 per piece

Dan ini pula... restocking flannel pantyliner

Seems a good bussiness on selling Cloth Pad right. I do agree that its a good bussiness, but deep in side my heart, a positive feedback from user give me more strength to sew more and more. Its not something that I do for a profit, but more of promoting good things for our health and the environment. And I really hope that I can offer something that is affordable to all ladies out there.

Thanks for the support

Regards;
 

Rabu, Februari 29, 2012

Fast Restock

"Merempit" in two hours last night and I finished restock all these Cloth Pantyliner


Top With Bamboo Fabric Cloth pantyliner
Price at RM8.50 per piece



Flannel Pantyliner
Price at RM6.00

Interested?
Please email me at my.milakamila@gmail.com


Regards;
 

Ahad, Februari 19, 2012

Restock Cloth Pantyliners

Kepada yang bertanyakan stok cloth pantyliner saya... adalah di umumkan (ayat lebih-lebih plak kan), saya telahpun restock my cloth pantyliner.

This one, top with bamboo fleece, if you ask me why bamboo fabric, the simple answer is it an antibacterial fabric, but if you need to know more, you can find it here

From my discussion with friends who are using this bamboo fleece, its important that the furry side do not touch your skin. So please dont worry, all this pantyliner sewn with the furry side facing inside, it will not touch your skin at all.

I restock 10 units of this type. The wing side made from cotton fabric.
Selling at RM8.50/piece


And below I made one with flannel only, an economical cloth pantyliner, selling at RM6/piece

Please email me if you are interested ok.
First come first serve basis, reservation only for 2 days.


Regards;

Rabu, Februari 08, 2012

I am back.... to my machine

Saya masih keletihan, walaupun dah 3 hari majlis kenduri berlalu.
Lack of sleep and I kept on moving around.
Bila dah habis kenduri, banyak plak barang2 yang perlu di simpan dan dikemaskan.
Tapi mungkin lebih bertuah dari zaman saya dulu, sebab dulu kami pinjam barang2 untuk kenduri seperti kawah, periuk, pinggan mangkuk etc etc dari surau, menjadi tanggungjawablah nak memulangkan semula ke surau kan. But now, semuanya disewa. Apa yang perlu kami lakukan adalah cukupkan bilangan barang2 yang disewa, letakkan satu tempat.

Dan macam tu lah kalau kenduri di kampung, masih lagi ada saki baki kerja gotong royong untuk kenduri kendara ni. Walaupun tidaklah seperti dulu.

Dulu-dulu, seingat saya kerja2 kenduri ni bermula beberapa hari sebelum majlis berlangsung lagi. Its long time ago, masa tuh saya masih lagi budak2, suka tolong bungkus gula2 untuk cenderahati majlis kahwin, sambil2 tuh boleh makan gula-gula jugak hahahaha

Dan di zaman sekarang, dah ada yang mula beralih ke catering services, tapi seperti majlis2 di KL ni, majlis yang menggunakan khidmat caterer tidaklah semeriah majlis kenduri secara bergotong royong. Kebanyakan tetamu akan pulang selepas habis makan. Tapi zaman dah berubahkan, agak2nya, suatu hari nanti jangan mimpilah nak makan sayur umbut kelapa kalau ke majlis kenduri, or gulai kawah.. yum yum.

Dah balik rumah sendiri terasa plak boringnya, senyap sunyi jer, Izzah layan TV jer memanjang. Untuk menghilangkan boring "terpaksa"lah saya merajinkan diri, potong kain untuk cloth pantyliner niii... ahaaa.. saja cari alasan kan.

Restock my 6th Version
With 4 layers of flannel, memang sesuai sangat untuk daily use.
Saya dah kekurangan bamboo fleece, so terpaksalah guna alternatif lain plak kan. Good thing is, ianya lebih murah..

Mixed and matched..


Bila dah tengok gambar kat PC baru perasan yang ini gambar sebelum isi snap button hahaha..

And lastly, saya letak gambar bilik pengantin dengan segala dulang hantaran yang ada. Opssss.. saya ni tergolong dalam golongan minimalis, jadi sememangnya tidak boleh di harap untuk menghias dulang hantaran.
Cuma satu sahaja hasil kerjatangan saya di sini, bukan satu dulang tau, only part of the work jer, agak-agak ada sesiapa boleh teka tak?



TQ for visiting..


Regards;