Pengikut

Jumaat, Disember 30, 2016

Projek jahit untuk anak2 umi...

Assalamualaikum...

Dah lama tak menjahit untuk diri sendiri...sesekala seronok buat projek untuk diri sendiri ni tauuu

Cardigan untuk taktak :-D
Dah lama muka kakak tak jadi model umi kan.. dulu2 memang muka kakak jer memanjang, kesian kakak kikiki
 
Ini plak recycled rompers, jadi dress untuk dak Maryam
Kengkonon nak buat bubble dress, tapi sebab tak cukup kembang, langsung tak Nampak bubble nyer hahaha.. FAIL tang bubble, tapi Berjaya memanjangkan jangka hayat rompers ni
 
 
Kalini umi plak jadi model hihi
Telekung customer untuk di alter..
Umi kekalkan sulam kat muka tuh, walaupun agak susah nak buat camni, Alhamdulillah, customer suka
Moga acik Shima selesalah guna telekung2 yang umi baik pulih
 
Dan yang ni customer punya jugak, ini di pos oleh customer pada umi...

Pada yang nak alter telekung, boleh ajer WA saya ok... boleh pos guna pos bungkusan (jimat skit), nanti saya alter dan pos balik pada anda... jangan risau, jarak tidak memisahkan kita cheewahhh kikiki

WA 019-2548268

Sampai jumpa lagiiii
Wassalam



Regards; Mila

Dikala merinduimu...

Assalamualaikum.. salam Jumaat

Bila rindu serindu rindunya nak jahit beg :-P
Maka menetas lah sebuah beg merah ni..
Suka dengan kain ni walaupun ada banyak defect, actually kain lelong kat FAH(mungkin sbb defect, contengan hitam2), Tapi ini Japanese cotton yang memang tebal & good quality, macam linen tebal pun ya jugak..

Jenuh nak siapkan beg ni, dah guna portable jer kan... tang tebal2 tuh memang mencabar betul.. bilalah en.protex tuh nak dapat alat ganti huhuhuhu.. kesian acik

Arituh try leher baju kurung ala2 yg jual readymade kat kedai tuh, agak senang jugak buat gini, terutama tang teluk tuh kan..

Ini hasil dari tengok tuto kat FB hihihi, sekarang dah ramai yang share tuto jahitan terutama di FB, which is very good move, lebih ramai boleh memahirkan diri menjahit kan...

Till we meet again

Regards; mIlA

Selasa, Disember 27, 2016

Bayam oh bayam : Homemade mi bayam

Assalamualaikum..

Alkisahnya, banyak sangat bayam kat rumah ni..
Bayam organic tau, walaupun tak de certification hihihi
Bayam di tanam oleh mak kat kampung,

Maka di jadikan jus bayam yumyum... sedap tau, takde pun rasa pelik

Sambil tuh saya try buat juz pure bayam sahaja, tanpa ada buah lain. Dari satu cekak (ambik daun sahaja) dapatlah 50ml pure jus bayam untuk projek seterusnya jeng jeng

 
Projek seterusnya..
Maka jadilah mee bayam, home made tau..
Warnanya kehijau-hijauan skit, tapi tak Nampak sangat dlm gambar nih, dah mcm kuning plak kikiki
 
Sedap tak?
SEDAPPPPPP.. Asfa makan sampai bertambah-tambah lagi hihi
 
saya buat mee ni nipis skit, so bila goreng kering dah macam mee segera yang lebar skit tuh. yum yum..
 
Boleh buat lagi next time, tunggu balik kampong, kutip bayam mak lagi hihihi
 
Resepi?
Sama macam resepi mee yang saya kongsi sebelum ni, tapi 50ml air tuh saya gantikan dengan 50ml pure jus bayam
 
Till another story... Wassalam


Regards; mila

Cerita baiki telekung singa haha

Assalamualaikum

Saje nak cerita pasal baiki telekung plak arini..
Dapat telekung yang agak pelik skit designnya dari jiran untuk dibaiki..
Mencabar gaklah.. pikir punya pikir camna nak buat nih..
Tanya2 kawan2 kat group, ada yang suggest buat mcm tudung jer.. emmm

Saya try gak pakai telekung nih, udah mcm singa plok kikikiki
Boleh imagine dak? bila renda kat muka tuh mengembang :P

 
Telekung ni memang cantik sangat kain nya, dari kain TC bersulam, tebal dan berat gitu
 
Seteleh ditetas, di sambung kat hujung tuh, maka jadilah sehelai telekung yang cun melecun kihkihkih

 At least bolehlah di pakai kan... walaupun Nampak bertampal jugak tuh, almaklum, nak cari kain yang betul2 serupa in shaa Allah tak jumpa huhuhu

 Ada sesapa yang berminat untuk alter telekung lama or telekung baru? Nak bagi cantik dan selesa dipakai?
Boleh WA saya yer 019-254 8268 (No phone call pls)


Regards; mila