Pengikut

Selasa, Januari 29, 2013

fabric in my gerobok

Asal ceritanya saya ambik gambar kain ni sebab nak "let go" some of the stash..
Kengkonon nak buat jualan amal lah...
TETAPI nyerrr...
Bila terkujat dengan kenaikan FRE (asalnya USD16.95) now dah jadi USD23.95... terus terbantut niat nak let go kain2 ni... 7 dollar tuh, translated into RM dah dekat RM22.00 adoiiiii...
Tetiba jadi kedekut... rasanya berakhir sudah zaman nak merasa kain cotton US ni...

Saya pun dok mengemas cantik2... dan inilah masanya nak update stok kain yang ada untuk pilihan customer...

Nantikan yerr... :)


Regards;

Long weekend activities...

Assalamualaikum kawan-kawan.. what a long weekend...
Apa achievement bilik jahit in 5 days cuti?
Tak banyak mana pun...

These are all three telekung untuk anak-anak dan ibu..


Macam biasa, bila buat telekung dewasa saya akan test ok ke tak bahagian muka tuh..... terpaksalah diri sendiri jadi model 

Suka sangat dengan kain purple ni, texture cotton yang licin dan kurang kedut, jangan tak caya, ianya lebih murah dari yang pink tuh (beberapa puluh sen je lah kikiki) . Dan sayangnya untuk warna pink with the same quality is not available... aishh sebenarnya malu nak letak gambar diri sendiri kat sini (sebab tuh image small wakaka)... tak fotogenik langsung kan

Bahagian dahi tuh saya guna deco stich NV50... fuh memang mencabar nak jahit row by row dengan 1/2 inch jarak antara satu row tuh... tapi end resultnya saya suka... terasa macam tebal skit bahagian kepala tuh dan senang terbentuk..

Berjaya jugak siapkan cosmetic pouch ni... tempahan rakan sekerja


Dan jugak bekas botol air ini atas permintaan anak dara, saya guna oilcloth, tapi terseksa skitlah jahit oilcloth ni, dah tuh malas nak tukar tapak protex, so guna NV50 je lah... senang nak tukar ke non-stick foot..


Seronok bila dapat weekend yang panjang camni...
Macam2 boleh buat..
Khamis tuh kami ke Cheras, nak beli ini.. (image from google, yang kat rumah tuh lebih kuranglah camni)


Gedabak besau Elliptical Cross Trainer ni kat ruang tamu rumah tuh... hahaha
10 minutes jer dah cukup nak buat saya berpeluh, nampak sangat tak berapa fit kan.
Lepas ni bolehlah buat alternate... arituh asyik wat weight training jer memanjang, dah boring plak dah dengan dumbell tuh..

Sempat jugak singgah disini
Yummyyyy... first time try, memang sedap, rasanya nak pergi lagilah lepas ni..

Dan tanpa dirancang... kami ke CH (Cameron Highland)..
Bila tak dirancang tuh, makna nya tanpa ada booking bilik hotel.. menggagaulah cari hotel, dan akhirnya dapat jugak apartment yang boleh muat 10 orang hahhaa.. padahalnya kami 3 orang jer, padan muka, sapa suruh tak booking awal2 kan. 
Dah lama kami tak ke CH, dah lebih dari 4 tahun... yang terlebih seronoknya adalah Izzah. Suka sangat dengan strawberry, boleh habis sekotak yang RM10 tuh untuk dia sorang huhu... 
Balik rumah dok sibuk nak buat strawberry cecah coklat, last2 jadi strawberry curah coklat ops..
Penuh fridge dengan strawberry jer... makan strawberry sampai kenyang gitu....

Wokeylah... harini dah start kerja.. dan only 3 days in a week for those yang bekerja di Wilayah Persekutuan horayyyyy..
Friday ni kita balik kampung (aishh bilalah nak siapkan tempahan yang berderet tuh yerrr.. harap bersabar yer customer ku yang budiman)


Regards;
 

Rabu, Januari 23, 2013

Telekung Chomel in purple and pink..

Assalamualaikum kawan-kawan..
Selamat Menyambut Maulidurrasul...
Setiap tahun kita di ceritakan dengan pelbagai kisah berkaitan Rasulullah kan... tapi saya rasa tahun ini lebih bermakna... tidak tahulah kenapa, tapi cerita2 berkaitan Rasulullah yang selalu di siarkan di ikim.fm terlalu mendapat tempat di hati saya... rasa sangat tersentuh di hati.
Moga kita sebagai umatnya dapat mencintai Baginda sedalamnya dan menyambung perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan agama fitrah ini.

Semalam saya siapkan kesemua 7 pasang telekung kanak2... siap semua termasuk pouch. 
Tapi hari ni nak tayang 3 helai dululah, ini semuanya saiz L untuk si chomel Saffiya, Najihah dan Nabilah

First time buat yang warna ungu.... yang pink tu pula dengan kombinasi polkadot yang baru...

Terima kasih di ucapkan pada Aimila (repeat order, arituh untuk si adik, Sara, now untuk si kakak, Saffiya) & Kak Salina atas tempahan ini...

Lagi 4 helai tuh saya simpan dulu, nak siapkan telekung mak2 mereka dulu hihihi, sabar yer mummy semua...

Dan ini gambar Alanna, dengan telekung barunya, happy betul kan.. hihi
Suka betul saya tengok si comel Alanna ni


Terima kasih sekali lagi buat kepada Mummy Alanna kerana sudi kongsi gambar ni. Moga Alanna rajinlah nak solat yerr... 

Selamat bercuti semua...

Regards;
 

Isnin, Januari 21, 2013

Miscellaneous a.k.a merapu

Assalamualaikum kawan-kawan,
Kita dah pun masuk ke minggu ke4 tahun 2013 kan.. cepat jer masa berlalu, saya ni masih lagi terkonpius... kekadang masih tersasul tulis 2012

Sepanjang minggu lepas langsung takde update kat sini kan.. bizi.. too bizi, menyiapkan 9 pasang telekung tempahan pelanggan. Dan masih lagi ada 2 pasang telekung saiz dewasa yang perlu saya siapkan. yang kanak2 7 pasang tuh tinggal pouchnyer sahaja...nama pun dah di sulam..

Hari sabtu arituh kami ke Pejabat Imigresen Wangsa Maju... renew passport.. aiyaaaaaa... tension kan. Datang pukul 9 pagi, dapat nombor 228... Pukul 12.45 baru siap bayar.. dan ambil passport esok harinya. Rasa mcm nak pengsan menunggu tanpa buat apa2 selama.. 1 2 3... almost 4 jam. Alangkah bestnyer kalau boleh buat passport yang validitynya seumur hidup kikiki, or else boleh pakai sampai habis all the pages kan.... mood berangan. Kali ni saya buat terus 5 tahun, Izzah pun sama, so that dia boleh ambik kesempatan dapat 50% at RM150.00 shj.

Dari Wangsa Maju, kami singgah lunch di Sup Island kat Taman Melati... tempat feveret Izzah. suka benor dengan sup daging (tapi dagingnya dia tak makan kiki) makan dengan telur dadar. Boleh licinlah sepinggan nasi dan di tambah separuh nasi dari pinggan umi huhuhu...
Lepas lunch, balik rumah dan bersiap2 untuk g swimming, sempatlah rehat2 jap...

Swimming session di Cheras sahaja, ambil sessi pukul 6 petang, Last week ke Shah Alam, agak selesa di sana, tapi kesuntukan masa plak dah. Kalau arituh saya dok kira berapa round boleh buat kan, last sekali boleh buat 26 round, equivalent to 1.3km. Tapi sekarang saya dah tak kira, tapi try berenang to & from continuously, means 100 meter continuously, hihihi...

Ahad plak masa untuk menjahit, masa untuk mengemas rumah, masa untuk memasak.. tapi disebabkan nak g ambil pasport, lunch kat luar jugaklah nampaknya. Kami ni jenis yang tak biasa continuously makan di kedai, so terasa macam dah tak tau nak makan apa bila seharian makan di luar...rasa macam nak jugak makan di rumah walaupun taklah sesedap mana pun... jeng jeng.. setelah penat mengemas bilik jahit saya
Berjaya jugak buat laksam.. kegemaran Izzah.. kalau zooom dekat skit, yang nampak ada lobang2 tuh sebab terlebih minyak hahaha.. resepi tanya pokcik google, rasanya resepi Yani MyResepi.. saya ni copy paste n print, pastu dah tak ingat dari mana.

Update bilik jahit skit... Minky fabric from Korea... dapat last week lagi, bestlah dengan minky ni, lembut sangat, sangat sesuai buat selimut, tapi saya tak mo buat selimut hihi.. nak buat cloth pad, terasa mcm nak pakai cloth pad baru plak hahaha...
Minky ni kalau tengok kat kedai memang mahal, rasanya YeeButton ada jual at RM80++ semeter. Sebab tuh saya pilih untuk beli online sahaja, yang ni in average RM35 jer per yard. Rasanya yang hijau tuh boleh consider buat selimut untuk Izzah kut, yang tuh lebih panjang bulunya... lebih gebuz gitu.

Saya kan mengemas bilik jahit, nak tunjuk gambar malu, sebab taklah sekemas mana pun. Tapi sekarang all in one room. Rasany saya ni kena belajar camna nak mengemas bagi sekemas2nya... alahai... barang besar mcm fiber, kekabu, batting semua tuh memang makan space n bulky, camno ntah nak disorokkan, kena ada store khas kut. Kalau tengok sewing room minah2 salleh tuh kan.. cantik dan kemas jer.. camno eks nak buat camtuh?.. aishh mampu verangan jer.. or else, campak segala UFO tuh masuk tong sampah jer.. ada berani?phewwwwww keputusan yang tak terjangkau dengan fikiran wakakaka

Awatlah saya tulis panjang2 ni? naper eks.. sebab saya tension. Tension sebab pagi2 kelam kabut. Harini anak dara tuh tak susun buku, sebab semalam buat homework sampai late at night.. aiskkk camno nak disiplinkan budak sorang tuh yer... Seharian dia dok mengadap buku cerita jer, in 2 days boleh habis baca 2 novel, tapi homework lupa yerrr...

Wokeylah kawan2.. harini sajer nak merapu... malam ni sambung jahit telekung, harapnya by tomorrow dah boleh pos mana yang takde kaitan dengan telekung dewasa. Yang ada telekung dewasa tuh maybe next weeklah baru siap ok...

Regards;