Pengikut

Isnin, Oktober 23, 2017

Gambar2 telekung dari customer....

Assalamualaikum

Terima kasih tak terhingga pada customer semua atas perkongsian gambar...

Saya kongsikan sebahagiannya...

Gambar paling WIN niiii... Nampak dak.... cer zoom skit kikiki





 




Regards; Mila

Readymade telekung kanak-kanak LittleMaryam

Assalamualaikum..

Pada yang mencari telekung kanak-kanak, kami mempunyai pelbagai pilihan telekung kanak2 yang lain dari biasa. Warna2 yang ceria, boleh ditambah dengan sulaman nama, boleh tambah beg bersulam nama, boleh tambah sejadah sedondon, in shaa Allah jadi asbab untuk anak-anak suka bersolat.

Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah hari jadi, juga terdapat banyak pilihan warna berbeza, mengikut citarasa anak-anak.

Harga tertera digambar adalah untuk sepasang telekung sahaja, tambahan untuk lain2 seperti di bawah (optional):

Pouchbag/drawstring dgn sulam nama = RM7
Totebag dgn sulam nama = RM20
Sulam nama dtelekung = RM3
Sejadah kecil S = RM25
Sejadah sederhana M = RM40
Kos pos spsg telekung =  RM8 s.m, RM11 ss

Penghantaran di jadualkan pada hari Selasa dan Khamis sahaja, namun begitu jika terdapat tambahan (pouch/sejadah/beg etc), kami akan siapkan dalam masa 3 hari bekerja dan akan di poskan pada jadual pos berikutnya.






















  
 
Contoh Sejadah
 
 
Boleh wasap saya di www.wasap.my/60192548268
 
 
 
 
 
 

Sabtu, September 23, 2017

21daysewnshowchallenge

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu kawan2 blogger semua...

Akhir2 ni blog makin ditinggalkan kan... sunyi jer. Kalau dulu meriah dgn sew a long laaa... giveaway laaa... mcm2...
Kat fb pun so n so... bnyk iklan dari cerita2 perkongsian pasal kraf.

Acik mila pun bukanlah aktif sangat dgn blog ni pun kan.... cuma tak dilupakan jer. Blog ni dah macam diari peribadi untuk bacaan anak2 suatu hari nanti. Ntah lah brp tahun boleh bertahan kan...

Baru2 ni ada rakan fb anjurkan #21daysewnshowchallenge .... acik yg semangat jait suam2 ni seronok gak nak join... nak memotivasikan diri kan...

Hasil join selama 3 hari hihi

Day1



Day2



Day3



posted from Bloggeroid

Isnin, September 18, 2017

Butter cookies sedappp....

Assalamulaikum....
Monday morning yang suram... hujan renyai2..
Lepas hantar kakak ke sekolah tadi, singgah sebentar di taman, tapi tak dapat main lama, hujan makin lebat... balik je lah. Kesian Asfa, tak puas main lagi hihihi

Balik rumah tak tahu nk makan apa.... terfikir plak nk buat cookies.. simple butter cookies, resepi dari Tam. Dia buat masa raya haji harituh, Asfa suka makan...



Alkisahnya terjumpa pure butter at clearance price... expiry date next month, harga asal rm8.99, now at rm2.25.... murah benor tuh...

Resepi utk rujukan masa depan...

225gm pure butter
1 cwn gula perang (resepi asal 2 cwn, tp saya letak secawan jer dan ianya just nice to me)
2 biji telur

* campurkan 3 bhn ini dalam bekas dan gunakan mixer, pukul sampai jd creamy, masukkan 1 tsp esen vanila

2 1/2 cawan tepung
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

* satukan n ayak
* masukkan dlm adunan telur+butter+gula di atas, mix sampai sebati
* guna sudu kecil utk membentuk adunan di atas dulang pembakar
* bakar @ 200°c for 10 minutes
posted from Bloggeroid